Jam 11 pagi semalam (sepatutnya, semalam update... tapi sibuk) dpp diwakili Ketua DPPT Ust Jauhari Ishak dan Pemangku Naib Ketua merangkap Ketua Penerangan DPPT Ust Fairuz Hisham Nordin telah menghantar memo bantahan perihal salahlaku perwakilan UMNO dalam Mesyuarat Agung dan Pemilihan Bahagian yang berlangsung baru-baru ni.
2 minggu lalu, dpp telah membuat laporan polis dan BPR berkaitan hal tersebut, namun Jabatan Agama Islam Pahang langsung tidak ambil respon. Kelmarin juga Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang, Ust Suhaimi Saad telah dipanggil Jabatan Agama Islam Pahag atas laporan umno Rompin yang mengatakan khutbah jumaat yg disampaikan oleh ust suhaimi menghasut rakyat. Siasatan dijalankan atas alasan laporan telah dibuat.
Nah ! DPPT telah lama buat laporan rasmi ke BPR dan Polis. Semalam, rasminya ke Pejabat AGama Islam Temerloh. Kita tunggu hasil siasatan ... ada atau tidak ? atau antar dua darjat ?