
Oleh: Ayahngah
Dalam persiapan DPPT untuk mengadakan Lawatan ke Negeri Kedah, jauh di sudut hati terkenangkan salah seorang presiden yang terlalu banyak jasanya dalam perjuangan Islam di bumi Malaysia ini. Tidak perlu rasanya disebutkan kerana tiada siapa yang akan mempertikaikannya.
Kenangan berbincang dan bertukar pandangan semasa bertemu di satu lobi hotel di Madinah cukup menjadi sejarah. Sikap ingin mendengar pandangan dan persoalan amat dikagumi. Apatah lagi beliau seorang Presiden parti Islam terbesar negara, sedangkan ayahngah hanya seorang ahli biasa.
Cuma ayahngah ingin berkongsi dengan semua akan kata – kata hikmah Almarhum Dato' Fadzil Noor yang berbunyi: “Selagi pimpinan jamaah Islam tidak meletakkan keutamaan dan tumpuan dalam perjuangan Islam, maka selama itulah apa yang kita katakan persiapan harakah menjadi masalah yang belum selesai. Kita tidak mahu memperdayakan diri dan masyarakat kalau kita tidak meletakkan perjuangan kita ini sebagai perjuangan yang serius, KERANA ISLAM TIDAK PERNAH BERMAIN – MAIN”
Almarhum juga pernah berkata, "Pekerjaan yang kita lakukan dalam jamaah Islam ini bukanlah sukarela tetapi ianya adalah kewajipan dan amalan kita, dan janganlah biarkan sehari pun berlalu tanpa kita berusaha bekerja ke arah kemenangan Islam".
Tepuk Dada Tanya Iman masing-masing...