Jumaat, 26 Disember 2008

Kem Kenali Diri "Man Ana"... Moga Capai Matlamat


Jam 11.30 pagi semalam, Majlis Penutup Kem Kenali Diri " MAN ANA?" berlangsung dengan jayanya. Suasana syahdu mengiringi kepulangan dan perpisahan para peserta yang membawa pulang pelbagai bekalan yang dikutip sepanjang program ini berlangsung.

Tahniah dan sekalung penghargaan kepada cikgu bazli dan ust syukri diatas kesungguhan dan usaha luar biasa yang dilakukan demi melihat program ini mencapai sasaran dan matlamat yang digariskan. Sememangnya, bukan senang untuk berjaya dan bukan susah untuk gagal. Tidak lupa kepada fasi-fasi yang membantu dengan cukup sabar penuh ceria, moga kalian dapat mengambil pengalaman ini kerana kalianlah pengganti kami nanti, sebarang kesulitan dan kelemahan jadikan pengajaran masa depan.

Kepada pihak Masjid Ar-Rahman, Batu 4, Jalan Maran, Paya Pulai, hanya Allah swt sahaja yang mampu mambalas jasabaik mereka. Hj Zorkornaini, Ust Anuar dan beberapa lagi "orang kuat" masjid, pengorbanan masa dan tenaga untuk memastikan perjalanan program khususnya jadual makan-minum, bukan sahaja berjalan dengan teratur bahkan masakannya cukup membuka selera. Moga kita jumpa lagi di tahun hadapan.

Kesimpulannya, dpp telah berjaya menembusi dinding pemisah antara politik dan masyarakat, antara politik dan masjid dengan cara yang cukup berhikmah dan berstrategi. Sasaran seterusnya adalah dinding pemisah antara politik dan sekolah. Akademi Belia Muslim Cemerlang (B'Muslim) sebuah NGO kelahiran dpp temerloh akan terus memainkan peranan agar Islam terus cemerlang dan gemilang sesuai dengan mottonya; Islam dijunjung, Belia disanjung. ALLAHU AKBAR !

ASSALAMUALAIKUM WRT WBT