Malam tadi Dewan Pemuda melakukan kunjungan ke Felda Bukit Damar.Inilah julung kali kami berkunjung disini.Rombongan yg di ketuai oleh Timbalan Ketua Pemuda ini dimulai dgn berbuka puasa bersama dgn hidangan istimewa "Nasi Arab".Kemudian program suaikenal dijalankan sebelum solat isya` dan Tarawih.Selepas itu sedikit tazkirah disampaikan oleh Pengerusi Lajnah Tarbiyah DPP, Ustaz Shukri Shuib.Semuga dgn program Pembuka Jalan ini akan menyusul program2 yg lain, insyaallah.Sementara pagi tadi Qiamullail anjuran Pemuda telah diadakan di Surau Darul Izzah, dan Tazkirah Subuh disampaikan oleh Ketua DPP, Ustaz Jauhari Ishak di Masjid Temerloh Jaya.
Program Ihya` Ramadhan DPP diadakan bertempat di Tapak Pasar Malam Taman Temerloh Jaya.Bermula disebelah petangnya dgn Sumbangan yg disampaikan oleh YB Kuala Semantan.Program diteruskan dgn solat Maghrib, Tahlil Perdana, Solat Isya`. Tarawih di pimpin oleh Ustaz Shahril Azman Al-Hafiz seterusnya menyampaikan tazkirah.Program tidak berhenti setakat itu sahaja, pagi esoknya Qiamullail dan tazkirah Subuh dipimpin oleh Ustaz Shukri Shuib.
