Selasa, 2 Disember 2008

MPT Tidak Akur Kehendak Rakyat

Pagi tadi, sahabat ajk dpp merangkap pegawai khas kepada YB ADUN Kuala Semantan, telah menemui Pengurus Projek Perancangan Daerah Temerloh, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa di Kuantan atas usaha mendapatkan Draf Rancangan Tempatan. Namun, hasilnya hampa...

Alasan yang diberikan, Pusat Khidmat ADUN Kuala Semantan tidak boleh menerima draf tersebut kerana tidak diputuskan dalam mesyuarat MPT. Iklan dibanting, banner dan akhbar sinar harian hanya memaparkan 7 tempat sahaja untuk draf itu dipamerkan iaitu, 1.MPT, 2.JPBD Negeri Pahang, 3.Pusat Khidmat ADUN Mentakab, 4.Pusat Khidmat ADUN Lanchang, 5.Pusat Khidmat ADUN Kerdau, 6.Pusat Khidmat ADUN Jenderak, dan 7.Pejabat Felda, Jengka 23.

Kenapa Pusat Khidmat ADUN Kuala Semantan tidak disenaraikan sekali dalam mesyuarat tersebut? ADUN Pembangkang? MPT tidak profesionallah kalau begitu. Dato' YDP sendiri menjawab tidak boleh diberikan kepada YB Semantan sebab ianya tidak dibincang. habis, kenapa tak bincang? Mungkin alasan "rasional"nya ialah sebab pejabat yb dekat dengan mpt. masalahnya sekarang kenapa tidak diberi penerangan. YB Semantan sendiri tidak dijemput dalam mesyuarat bahkan dalam Majlis Perasmian draf tersebut... tak perlu nak beri alasan hipokrit !!! jawab aje... memang MPT tak layan Yb Semantan sebab politik berbeza... UMNO memang sedang menggali kuburnya sendiri...


ASSALAMUALAIKUM WRT WBT