Khamis, 27 Ogos 2009

ADUN Lunas gugur, Kulim exco baru


Sultan Kedah memperkenankan ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh, yang mengisytiharkan dirinya wakil bebas Ahad lalu, digugurkan daripada jawatan exco Kedah, berkuatkuasa semalam dan digantikan oleh ADUN Kulim dari PKR, Lim Soo Nee.

Titah perkenan Sultan Kedah itu juga diterima semalam, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Perkara ini telah dimaklumkan kepada Mohd Radzhi melalui pembantu peribadinya kerana beliau tidak ada di pejabat, dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri juga telah diarahkan untuk memaklumkan bahawa jawatan exco telah digugurkan mulai 25 Ogos," katanya dalam satu sidang media di Wisma Darul Aman, di Alor Star hari ini.

Ahad lalu, Mohd Radzhi yang juga exco pelancongan, pembangunan masyarakat dan sumber manusia, mengumumkan keluar dari PKR dan melepaskan semua jawatan dalam parti itu serta mengisytiharkan dirinya menjadi wakil rakyat Bebas selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti itu.

Sementara itu, Azizan berkata majlis angkat sumpah pelantikan Lim Soo Nee untuk mengisi jawatan exco yang kosong itu, akan diadakan minggu depan.

"Majlis angkat sumpah akan dilakukan minggu depan kerana ramai pegawai-pegawai masih berada di luar negara dan kita kena tengok masa Tuanku," katanya.

Pada 24 Ogos, Azizan menyembahkan surat kepada Sultan Kedah bagi memohon perkenan baginda supaya perkhidmatan Mohd Radzhi ditamatkan dan digantikan dengan orang lain.

Azizan berkata, pihaknya juga akan berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri sama ada akan melakukan penambahan atau perubahan portfolio exco berkenaan.

"Buat sementara, saya akan pegang portfolio itu (Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia), sebelum majlis angkat sumpah.

Sementara itu, Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim berkata pemilihan Lim untuk menggantikan Mohd Radzhi dibuat selepas mencapai persetujuan hasil perbincangan antara Menteri Besar dan Penasihat parti itu.

Katanya, pemilihan Lim juga mengambil kira faktor geografi kedudukan Lunas yang terletak berhampiran dengan Kulim.

Lim sedia terima

Sementara itu, Lim menyambut baik serta bersedia untuk menerima pelantikan sebagai Exco kerajaan negeri, walaupun tidak mempunyai pengalaman memegang jawatan penting seumpama itu sebelum ini.

Lim, 37, berkata, peluang itu akan digunakan sebaiknya untuk memperjuangkan hak-hak rakyat dan akan melaksanakan tanggungjawab berkenaan dengan penuh amanah.

"Saya sudah terima banyak panggilan dan SMS yang mengucapkan tahniah dan sangat menghargai kepercayaan menteri besar serta
penasihat parti yang memilih saya untuk menjadi exco negeri ini," katanya ketika dihubungi Bernama.

Lim juga berkata bahawa harapan beliau agar polisi yang diamalkan sebelum ini, iaitu sentiasa dekat dengan rakyat dapat diteruskan walaupun sudah memegang jawatan exco kelak.

"Walaupun saya tidak ada pengalaman jadi exco, saya akan tetap dengan polisi saya dan dasar-dasar yang tidak adil akan tetap saya bantah," katanya.

Sebelum majlis angkat sumpah diadakan minggu depan, portfolio yang dipegang oleh Mohd Radzhi akan diambil alih oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Dalam pilihan raya umum ke-12, Mac tahun lalu, Lim menewaskan calon BN, Lim Lee Choo dan calon Bebas, Khairul Anuar Ramli dengan majoriti 7,365 undi.

Lim, seorang kontraktor, mempunyai empat anak berusia antara tujuh dan 15 tahun hasil perkahwinannya dengan isteri, Woon Nyok Yen, 34. Bernama.

Permatang Pasir: PAS menang hampir semua saluran..!


PAS dan Pakatan Rakyat berjaya menyapu bersih semua saluran pengundian kecuali 2 saluran di 2 peti undi di DUN Permatang Pasir semalam, sementara menjauhkan jurang antara PR dengan BN dengan rekod 6-1, dalam pilihan raya kecil sejak Malaysia dilanda tsunami politik pada 8 Mac 2008.

UMNO-BN yang tidak meletakkan calon dalam pilihan raya kecil DUN Penanti, 31 Mei 2009, walau bagaimanapun mengekalkan rekod kekalahan 6 kali berturut-turut di Semenanjung Malaysia selepas PRU ke-12, dalam pertembungannya dengan Pakatan Rakyat.

Kemenangan mutlak PAS-PR

PAS dari PR semalam bernafas lega, apabila menundukkan calon UMNO-BN dengan kemenangan mutlak di kesemua saluran pengundian. Menurut keputusan terperinci yang terpapar, BN hampir menembusi saluran pengundian kedua di Permatang Ara (97% pengundi Melayu) dengan 287 undi, bagaimanapun tidak kesampaian apabila PAS-PR memperolehi satu undi lebih daripadanya.

Begitu juga apabila UMNO-BN dihampakan dengan 10 undi sahaja, di saluran pengundian kedua di Kampung Pelet, kawasan yang terdiri daripada 72% pengundi Melayu. PAS-PR memperolehi 185 undi, berbanding UMNO-BN dengan 175 undi.

Antara sembilan daerah mengundi, PAS-PR menang dengan margin majoriti yang paling selesa di Cross Street, dengan menyapu 75% undi. Cross Street terdiri daripada lebih 80% pengundi bukan Melayu. Sebaliknya, di daerah mengundi yang terdiri daripada 93% pengundi Melayu, Kubang Semang, menyaksikan PAS-PR merangkul 74% jumlah undi.

Di daerah mengundi seperti Sama Gagah, Permatang Pauh dan Permatang Tengah, PAS-PR berjaya mencatat nisbah jumlah undi 7:3, berbanding UMNO-BN.

UMNO-BN hanya mampu merapatkan jurang di daerah mengundi seperti Permatang Ara (43% undi), Kampung Pelet (42% undi) dan Bukit Indera Muda (40% undi). Dari struktur kaum pengundi, kawasan tersebut adalah kawasan Melayu majoriti, dengan Permatang Ara 97% pengundi Melayu, Kg.Pelet 72% pengundi Melayu dan Bukit Indera Muda 96% pengundi Melayu.

Pengundi muda tetap memihak PR

Walau bagaimanapun, PR kekal dengan kelebihannya di saluran pengundian ketiga dan keempat, memperlihatkan sokongan pengundi muda terhadap pakatan politik baru ini. Walaupun di kawasan yang majoritinya pengundi Melayu, misalnya di ketiga-tiga daerah pengundian di mana UMNO-BN "berjaya merapatkan jurang", golongan pengundi muda tetap bersama PR. Di Permatang Ara misalnya, UMNO-BN kalah dengan satu undi di saluran pengundian kedua, tetapi kalah dengan 152 undi majoriti (PAS 349: BN 197) di saluran ketiga.

Di daerah mengundi Permatang Tengah misalnya, dengan majoriti 89% pengundi Melayu, jumlah undi di saluran pengundian ketiga, keempat dan kelima menyaksikan bagaimana UMNO-BN tewas dengan 491 undi majoriti, apabila PAS-PR memperolehi 804 undi dan UMNO-BN mendapat 313 undi.

UMNO-BN dijangka tidak berubah

Jelas, kelebihan UMNO-BN hanya pada saluran pengundian pertama dan kedua, iaitu golongan pengundi yang umurnya lebih lanjut, di kawasan pengundi Melayu majoriti. Peningkatan sokongan Melayu mungkin tidak jelas, khususnya di kubu politik Anwar Ibrahim. Tetapi, mungkinkah keputusan ini cukup untuk memberangsangkan pemimpin UMNO?


Pengarah Strategi PKR, Tian Chua meramalkan bahawa UMNO-BN akan terus dengan propagandanya seperti "Anwar pengkhianat", "DAP hina Islam" dan sebagainya, memandangkan peningkatan undi 1% pun mungkin memberi kepuasan kepada UMNO.

"Sememangnya kami (PR) juga bimbang akan kehilangan undi Melayu, tetapi selagi kami mengambil pendekatan yang sederhana, mengekalkan sokongan dari struktur pengundi yang sedia ada, maka UMNO-BN akan musnah dengan sendirinya," jelas Tian Chua kepada MerdekaReview.

Kelas pekerja bersama PR

Ahli Parlimen Batu ini mengingatkan bahawa golongan yang tidak mengundi semalam adalah dari kelas pekerja, yang tidak mempunyai cuti, malah mungkin keberatan untuk balik mengundi kerana tambang kenderaan yang mahal.

Beliau yakin bahawa penurunan peratus pengundian sebanyak 10%, dikenalpasti sebagai pengundi pekerja yang akan mengundi untuk PR. Maka, kemenangan PAS-PR semalam mengukuhkan keyakinan PR bahawa strategi dan pendekatan yang sama wajar diteruskan, untuk berdepan dengan PRU ke-13.

Cuma, bagaimana pula dengan UMNO-BN?

Selasa, 25 Ogos 2009

Kartika Oh Kartika…. Apa sudah jadi???


Mahkamah Syariah Kuantan telah menjatuhkan hukuman RM5000 serta 6 sebatan ke atas Kartika Sari Dewi atas kesalahan minum arak.

Kartika telah mengakui kesalahan yang dilakukannya dan enggan untuk merayu. Beliau rela menjalani hukuman sebat tersebut malah minta agar ia dilaksanakan di khalayak ramai selaras dengan hukum Islam.

Hari ini, Kartika sepatutnya menjalani hukuman sebat di penjara wanita di Kajang tetapi pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Pahang telah menangguhkan hukuman tersebut tanpa memberi apa-apa alasan. Pihak penjara pula menjelaskan bahawa hanya banduan sahaja yang boleh disebat. Jadi bagaimana kedudukan Kartika sekarang?

Persoalannya sekarang…… tindakan pihak berkuasa di Jabatan Agama Islam Pahang dilihat sebagai satu tindakan mempersendakan hukuman yang mereka sendiri jatuhkan. Tindakan ini seolah-olah mempersendakan hukum Islam. Ini amat memalukan.

Sepatutnya, apabila Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman berlandaskan hukum Islam, semua aspek perlaksanaannya sudah sedia termasuklah tatacara perlaksanaan hukumannya. Sekarang apa sudah jadi?? Macam mana orang bukan Islam nak menghormati keputusan Mahkamah Syariah serta Jabatan Agama Islam serta perlaksanaan undang-undang Islam itu sendiri. Mereka akan mentertawakan kita. Mana maruah kita???

Bila orang bukan Islam mempertikai dan mempersoalkan keputusan Mahkamah Syariah atau Jabatan Agama Islam, kita marah…. kita berasa amat sensitif. Nah, sekarang apabila Jabatan Agama Islam Pahang sendiri memperkotak-katikkan hukuman yang telah dijatuhkan sendiri… bagaimana???

Dengan menangguhkan hukuman tersebut, adilkah Jabatan Agama Islam Pahang terhadap Kartika?? Beliau serta keluarga sudah bersedia menerima hukuman tersebut agar dia boleh meneruskan kehidupannya seperti biasa dengan hati dan fikiran yang tenang tetapi malangnya, hukuman ditanggungkan pada saat-saat akhir tanpa memberi sebarang alasan. Ini satu tindakan yang tidak adil kepada Kartika dan keluarganya.

Apakah ada tekanan yang dikenakan ke atas Jabatan Agama Islam Pahang memandangkan kes Kartika ini mendapat liputan yang meluas serta menjadi perdebatan umum, malah mendapat bantahan dari kalangan NGO-NGO hak asasi manusia serta Menteri yang menjaga hal ehwal wanita Satu Malaysia iaitu Shahrizat Jalil. Apakah ada tangan-tangan ghaib yang sekali lagi cuba mencampuri urusan Jabatan Agama Islam Pahang.

Aha… mungkinkah ada yang mula berasa takut?? Jika Kartika menjadi wanita pertama yang akan menjalani hukuman sebat kerana minum arak….. maka sudah pasti akan ada orang kedua…. ketiga…. ke empat dan seterusnya. Inilah yang menimbulkan kegerunan di hati mereka terutama yang bergelumang dengan kegiatan maksiat ini.

Penangguhan hukuman sebat ke atas Kartika… merupakan satu tindakan mempersenda serta menghina hukum Islam dan Jabatan Agama Islam itu sendiri.

Patutkah ini berlaku?? Fikir-fikirkan lah…..
MSK...perakexpress

[Macamana dengan kenyataan dibawah pula?....]

Peguam Negara arah tangguh sebat Kartika
24/08/2009

KUANTAN 24 Ogos - Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) supaya hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno ditangguh bagi menghormati kemuliaan Ramadan.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Dakwah dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Pahang, Datuk Mohd. Sahfri Abdul Aziz hari ini. - Utusan

PRK PERMTG PASIR


Petugas dari Dewan Pemuda Pas Temerloh tidak ketinggalan membantu dlm kerja2 di PRK ini.UPU Samagagah menjadi medan kami bertempur dgn petugas2 BN dalam memenangi hati pengundi2.Hujan yg turun berterusan menyaksikan petugas Pas bekerja terus sementara petugas BN memenuhi kanopi2 mereka sambil mengharapkan kemenangan akan dtg bergolek kpd mereka.Jentera2 kerajaan terus menerus berkempen bagi pihak BN, sementara kita berharap tentera2 Allah berkempen bagi pihak kita.Apa pun doa kita agar kemenangan akan berpihak kpd kita diatas kebenaran yg kita perjuangkan.




Khamis, 20 Ogos 2009

Dewan Pemuda Hantar Wakil Ke Permatang Pasir


Sejak 18 ogos lalu, Dewan Pemuda PAS Temerloh telah menghantar 5 orang sebagai petugas di Peti Undi Samagagah. Mereka dijangka bertugas sehingga 23 Ogos 2009. Rombongan DPP kali ini diketuai Timbalan Ketua DPP, Ustaz Fairuz Hisham Nordin.

Menurutnya, kerja-kerja kepemudaan amat banyak tetapi hasil kesungguhan pemuda Pahang dengan kerjasama pemuda tempatan, semuanya dapat diselesaikan dengan cemerlang. Pihak polis seperti biasa mengambil sikap memprovokasi petugas-petugas PAS dengan cara mengacau dan mengugut serta menyusahkan kerja-kerja pilihanraya.

Suasana tidak selesa seperti telah menjadi matlamat pihak polis kerana sepanjang jalan utama di peti undi Samagagah, trak dan kereta polis berkeliaran dengan purata 5 minit sekali. Petugas muslimat pula perlu ditambah dengan segera berikutan tindakan agresif wanita dan puteri Umno dengan ziarah dari rumah ke rumah, ujarnya lagi.

Banyak pengajaran dan pengalaman berharga dapat diperolehi oleh wakil DPP di sana, semoga segalanya dapat dipraktikkan dalam pilihanraya umum akan datang, insya Allah.




Ahad, 16 Ogos 2009

BRAINSTORMING DPP PAHANG

DPPPahang berjaya mengadakan program Brainstorming bertempat di Markas Pas Darul Ansar, Chempaka, Lanchang.Program yg berlangsung pada 14 Ogos-16 Ogos itu mendapat penyertaan hampir 100 peserta dari seluruh negeri.Pengarah program, Ustaz Junaidi Ishak berharap program ini dapat menjadi halatuju DPP utk jangkamasa pendek dan panjang.Ketua DPP Pahang, Ustaz Suhaimi Saad, berucap pada perasmian penutup malam tadi.







Khamis, 13 Ogos 2009

Asri Rabbani meninggal dunia - ALFATIHAH


KUALA LUMPUR, 13 Ogos: Vokalis utama kumpulan Rabbani Mohamad Asri Ibrahim meninggal dunia sebaik sahaja jatuh ketika membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.15 pagi ini.

Menurut saksi, Asri jatuh di hadapannya ketika membuat persembahan itu dan ketika diperiksa dia sudah meninggal dunia.

Isnin, 10 Ogos 2009

Terkini : PRK Permatang Pasir


Maklumat terkini dari malaysiakini sebentar tadi, Penamaan calon pada hari isnin, 17 Ogos 2009, sementara Hari Mengundi jatuh pada hari Selasa, 25 Ogos 2009. Berita selanjutnya selepas ini.

Selasa, 4 Ogos 2009

AHLAN YA RAMADHAN


Alhamdulillah, tidak lama lagi Ramadhan akan mengunjungi kita lagi. Entahlah sempat atau tidak diri kita dengannya. Ramadhan penuh barakah dan kemuliaan. Hambanya yang bersyukur pasti diberi gandaan darjat manakala yang tidak kenal erti syukur, pastinya amalannya laksana 'habaan mansura' atau debu yang berterbangan.

DPP kali ini telah merancang pelbagai aktiviti untuk masyarakat khususnya pemuda. Melaluinya badan NGOnya, insyaAllah akan melaksanakan ceramah sempena kehadiran Ramadhan. Yang pasti, DPP akan sekali lagi membantu pihak YB Kuala Semantan dalam menjayakan aktiviti Agihan Bubur Lambuk Percuma di Taman Temerloh Jaya dan Taman Bahagia.

Banyak lagi aktiviti yang akan kami maklumkan selepas ini.

Isnin, 3 Ogos 2009

1 MalayISA : Pemedih Mata Didahulukan, Water Canon Diutamakan


Sabtu lalu mencatat sejarah baru politik MalayISA apabila polis semakin mengesahkan kedudukan mereka bukan sahaja ditunggang bahkan diliwat sepuas-puasnya oleh ketuanya yang dikatakan pondan itu.

Salakan media milik parti rasuah itu pula terlalu jelik sejijik dengan air liurnya selepas menyalak babi yang masih selsema 1 MalayISA.


Tiada lagi kata-kata baik yang boleh dikurniakan kepada puak-puak 4 jahaman ini. (polis, media, pewaris, umno) Mereka nak tutup apa lagi? Keganasan? Perusuh?

Kalau ikut hati yang kena 3 kali tembakan 'penuh ikhlas' pengubat mata dan sekali air yang tidak sah wuduk dengannya, mahu saja koi tangkap poolish tu (baca betul-betul), bogelkan dia, gantung kat pokok didepan masjid jamek, pastu sapu dengan penuh kasih sayang dengan kerengga sekampung. Baru poolish tu tahu sedapnya.

Team Pemuda Temerloh yang baru tiba di Masjid Jamek, tak pasal-pasal ditahan dan diselongkar beg galas oleh cif inspektor ntah sape-sape, siap mengugut akan menahan kami jika terjumpa sebarang bahan kempen membantah ISA. Nasib kami baik, walaupun bahan itu ada namun seperti mereka tidak dapat melihat.

Kami berundur dan kembali apabila azan zuhur berkumandang. Kelihatan ramai orang Pahang solat berjemaah disitu.

Jam 2.00 petang : kekuatan perarakan ketika itu di Masjid Jamek sekitar 5,000 orang. Poolish mendahulukan sesi serangan kepada rakyat 1 MalayISA dengan Bom Pemedih Mata. Kekuatan berpecah. Sakit woo mata ni. nasib baik ada 4-5 orang yang memang kerja dia beri bantuan air dan garam kepada yang memerlukan.

Beberapa kelompok perarakan bertembung sesama sendiri. Teringat masa main polis senteri sewaktu bebudak dulu. Camtulah gayanye. Poolish ada dimana-mana. Tembakan dan semburan silih berganti.

Bukan saja unit amal dan pimpinan saja yang terkena, bahkan orang-ramai yang menyaksikan perarakan dari atas jejambat pun diberi saguhati lumayan. Ahli perarakan pun ramai yang tumbang akibat tak tahan dengan serangan poolish yang bertali arus.

Setelah puas bermain dengan poolish, arahan berkumpul dihadapan bangunan pas di jalan raja laut. Maka semua kekuatan Unit Amal dikerah ke sana. puluhan ribu berkumpul untuk mendengar amanah pimpinan PAS dan PR.

Kepada pihak poolish, padan muka kena tipu. kami tak ndak pun ke istana negara. buang masa aje. yang jelas konsep 1 Malaysia dah jadi 1 MalayISA.

Ahad, 2 Ogos 2009

HIMPUNAN MANSUHKAN ISA





Fairuz, Syukri dan Shamsuddin di tahan dan di periksa oleh polis apabila menghampiri Masjid Jamek Kuala Lumpur.Baju amal dan garam yg dibawa mereka mendapat perhatian polis.











ASSALAMUALAIKUM WRT WBT