Rabu, 15 Julai 2009

Ramai beratur ambil wang di MU


Kira-kira 40 dilihat beratur di hadapan sebuah rumah kayu dalam kawasan bangunan pejabat Kesedar, yang terletak kira-kira 50 meter dari pusat mengundi di SK Peria.

Malaysiakini nampak mereka menghulurkan kad pengenalan masing-masing kepada beberapa petugas di depan pintu rumah tersebut.

Beberapa orang yang bertugas di situ memegang senarai nama yang didakwa pengundi yang tinggal di luar Manek Urai dalam daftar pemilih.

Petugas terbabit kemudiannya memanggil nama dari senarai berkenaan dan mereka yang beratur di situ akan menunjukkan kad pengenalan masing-masing bagi mengesahkan identiti mereka.

Seorang lelaki warga emas yang pulang dari Kuala Lumpur untuk mengundi, memberitahu Malaysiakini bahawa mereka menerima RM300 jika nama mereka terdapat dalam senarai tersebut sebagai elaun tambang.

Wartawan melihat sendiri orang ramai menunjukkan kad pengenalan mereka kepada petugas di situ dan kemudian keluar sambil memegang beberapa keping wang tunai RM50.

Tidak kelihatan sebarang logo parti politik tetapi terdapat sebuah kereta Proton Wira warna putih bersama logo Kesedar di depan rumah tersebut, tempat orang ramai beratur.

Seorang petugas lelaki yang berbaju putih memanggil nama mereka yang beratur. Difahamkan beliau merupakan tuan rumah bagi ceramah "Pentas Pemuda" di Sungai Peria beberapa hari lalu.

Mafrel, polis siasat rumah kayu
Sementara itu, pemantau piihanraya, Mafrel, telah pergi ke rumah kayu tersebut dengan ditemani anggota polis pada jam 11.30 pagi, ekoran dakwaan pemiliknya membayar RM300 kepada pemilih yang tinggal di luar Manek Urai, yang pulang mengundi hari ini.

Pemilik rumah tersebut, ketika ditemui pihak Mafrel sebelum itu, menghalang mereka daripada masuk ke dalam.

Lelaki itu berkata:"Ni dah janji daripada Kuala Lumpur untuk bagi pada mereka sebagai transportation allowance (elaun tambang), ini sama dengan PAS, awak tak buat pulak."

Wakil Mafrel berkata, beliau bukan dari PAS tetapi dari badan bukan kerajaan.

"Kita tidak memihak... jika ada laporan, kami akan siasat," katanya.

Lelaki berkenaan yang menganjurkan ceramah untuk seorang pemimpin Pemuda Umno minggu lalu, tetap tidak membenarkan mereka masuk ke dalam, dan berkata:

"Awak semua tak boleh masuk, ini duit politik Datuk Aziz," katanya.

Bagaimanapun, apabila Mafrel tetap bertegas, mereka dibenarkan masuk dengan diiringi anggota polis.

Wartawan Malaysiakini: Kuek Ser Kuang Keng, Hafiz Yatim, Jimadie Shah Othman, Wong Teck Chi, Ng Kok Fong dan Amiruddin Abdullah.

Muhasabah penting!


Oleh SUHAIMI MD. SAAD

Kita bukan bercakap soal penyokong tegar PAS dan Pakatan Rakyat (PR), kerena mereka akan tetap bersama PAS dan PR walau apa pun berlaku. Namun kita harus mengambil kira keseluruhan rakyat Malaysia terutama yang mula berjinak-jinak untuk bersama Pakatan Rakyat sejak ambang pru 12 dan selepasnya.

Tinjauan rambang saya bersama golongan ini, rata-rata mereka yang baru kali pertama memberi undi pada pembangkang sedikit kecewa dengan kemelut yang berlaku dalam PR.

Bermula dari kejatuhan negeri Perak angkara wakil rakyat PR melompat. Diikuti dengan isu muqabalah dan kerajaan perpaduan yang memperlihatkan pimpinan PAS saling serang menyerang antara satu sama lain.

DAP di Kedah pula mengisytiharkan keluar dari PR Kedah angkara babi. (walaupun ia berjaya diselesaikan) Terkini PR di Selangor, Isunya berebut ahli majlis, rombakan exco dan pejabat exco menjadi pejabat aktiviti meragukan.

Serang meyerang ini berlaku dengan menggunakan media milik UMNO. Media-media barua ini menambahkan lagi perisa. Rakyat beralih kepada media maya, media maya juga menyiarkan kemelut ini. Akhirnya rakyat buat kesimpulan berita dalam media arus perdana adalah benar walaupun ada unsur tokok tambah.

Sebagai contoh, isu kerajaan perpaduan, walaupun ia telah ditutup, namun pemimpin PAS pusat masih bersosek-sosek dibelakang. Perasaan tak puas hati kedua belah pihak (penyokong UG dan Pembangkang UG) masih wujud. Mereka bercerita pada pimpinan PAS negeri dan PAS kawasan. Pimpinan PAS negeri dan Kawasan bawa balik ke akar umbi… Maknanya di peringkat akar umbi sekarang sedang bercerita tentang buruk pimpinan PAS.

Saya jadi rimas, di satu sisi ahli dihidangkan dengan cerita buruknya DaTo Husam Musa, Dr Mujahid, Dr Zulkifli, Khalid Samad, Dr Hatta dan lain lain. Di satu sisi yang lain ahli menikmati pula hidangan cerita buruk Ust Nasha, Dato Mustafa Ali, Ust Nasruddin Tantawi, Ust Nik Abduh dan lain-lain (hanya sekadar menyebut beberapa nama)

Kadang-kadang dalam soal perselisihan ini ‘ahli tententu’ ini lebih bermaklumat daripada kita yang menjadi pimpinan kerana hubungan peribadi mereka dengan pimpinan tersebut.

Hanya sekadar menemani pimpinan ke lokasi ceramah atau menjadi pemandu sementara atau sekadar minum-minum dengan pimpinan, esoknya rahsia parti akan diusrahkan dikedai kopi oleh ahli-ahli. Maknanya pimpinan PAS mudah bercerita rahsia parti pada ahli yang menjadi kroni mereka. Nama nama yang saya sebut di atas akan dikutuk.

Serangan sesama sendiri ini meyebabkan kita hilang kekuatan. Bukankah Allah berfirman

Dan taatlah kamu pada Allah dan rasul Nya, jangan kamu berbantah bantah, kelak kamu akan menjadi gentar dan hilang kekkuatan, bersabarlah. Allah bersama orang orang yang sabar.
Al-Anfal 46

Cukuplah dengan hidangan yang buruk yang kita hidangkan pada rakyat Malaysia. Ayuh wahai pimpinan PAS dan PR.. Ajal UMNO/BN semakin hampir… Meneruskan perbalahan ini akan memberi nafas baru pada UMNO/BN.

Ya Allah jadikan ini medan untuk menginsafkan kami. Keangkuhan kami dengan sedikit kuasa dan kesenangan. Keegoan dan bongkak dengan sedikit kepandaian sehinga mengambil alih kerja-kerja Mu. Saling berprasangka, sisih menyisih dan lain-lain dosa yang tidak kami sedari. Ampunilah kami. Ikatkan kembali hati-hati kami yang berpecah-pecah ini. Kukuhkan kembali ukhuwah kami. Amin

ASSALAMUALAIKUM WRT WBT