Rabu, 26 November 2008

PAS Temerloh Lantik Setiausaha & Ketua Penerangan baru

Pemimpin silih berganti, namun adakah pengganti itu lebih baik atau ??? Namun yang tiada perlu diganti. Begitulah realitinya... selepas setiausaha sebelum ini memohon letak jawatan ekoran kekangan masa dan kesibukan.

Bermua sesi 2007-2009, YB Tn Syed Hamid diamanahkan sebagai setiausaha PAS kawasan. Namun selepas PRU12, beliau mohon direhatkan atas alasan ingin memberi fokus sebagai ADUN Kuala Semantan. Sdr Syed Putra juga selepas itu berbuat tindakan serupa dengan alasan peribadi. Diharapkan kepada Sdr Hasanudin Salim kekal hingga ke akhir sesi yang dijangka pada bukan April 2009. Beliau sebelum ini memegang amanah sebagai Ketua Penerangan PAS kawasan. Jawatan Penerangan pula dipikul oleh Sdr Hashim Abdullah. Selamat Berjuang !!

DPP Bersedia Menjadi Pemangkin Program

Hari ini, hanya tinggal 3 hari lagi, Kempen Jom Sertai PAS semakin hampir.. Persiapan semakin ligat dek kerana melibatkan agenda dan tetamu istimewa, 'ala kulli hal, alhamdulillah.. semua pihak memahami tugas dan peranan masing-masing..

Pelbagai aktiviti dirancang sebagai usaha untuk menarik minat orang ramai supaya hadir pada 29hb ni (sabtu). Antaranya, Fesyen Muslimah Show, Basikal Lambat, Motor Lambat, Sepak Raga Bulat, Azan Subuh, Kaligrafi Cina, Tulisan Khat. Acara yang dijangka menarik perhatian ialah Acara Masak Ikan Patin (selain Masak Tempoyak), Acara Gubahan Hantaran Pengantin dan Acara Gusti Lengan.
Kaunter pendaftaran Ahli Baru PAS dan Pemilih Baru SPR akan turut dibuka sepanjang program tersebut. Majlis Dialog Bersama Komuniti Non Muslim akan diserikan dengan kehadiran Mr Vincent Lee dan Mr N. Balasubramaniam iaitu Timb dan Naib Kelab Penyokong PAS Kebangsaan. Majlis akan disempurnakan oleh Ustaz Ahmad Awang, Naib Presiden PAS.

Blog DPP, Cuba Buka Guna Mozilla

Salam perjuangan buat semua.. gangguan yang tidak tahu puncanya.. mungkin blog ini perlu dibuat semula. Sabar ye Seladang.. (siapa agaknya..)




ASSALAMUALAIKUM WRT WBT