
Oleh : PaipPecah
Salam ukhwah, sudah lama rasanya saya tidak menulis dan memberi komentar dalam blog kesayangan Pemuda Temerloh ini. Apatah lagi blog ini nampaknya sudah tiada tenaga, tiada motivasi dan tiada penggerak. Entahlah, kalau dpp sudah tidak beraktiviti.
Walaupun begitu, hari ini para pejuang agama Allah khususnya ahli PAS telah melahirkan perasaan kurang selesa ekoran isu terbaru yang melibatkan 2 tokoh ulama dan umara dalam PAS. TG Nik Aziz sebagai Ulama juga Umara Kerajaan Kelantan. Begitu juga TG Hj Hadi sebagai Ulama dan pernah menjadi Umara Kerajaan Terengganu.
Cadangan untuk mengadakan EGM memang nampak mudah bagi para pengkritik terutama blogger. Kata sahabat saya; kalau PAS berani, buat ajela EGM, apa payohnye? Saya tidak menyalahkannya kerana jahilnya beliau tentang perlembagaan PAS.
EGM memang mudah dilaksanakan, cuma apa tajuknya? Nak pecat Dato' Pa? Jawatan Setiausaha Agung adalah lantikan Presiden, kalau tak nak, pecat aje. Nak pecat Dato' Hasan Ali? Jawatan PJ Selangor adalah lantikan Presiden, kalau taknak, memadai AJK pusat putuskan agar dia dipecat.
Melainkan.... Tukar Presiden! tapi ini lagi mudah, tak perlu EGM, saya percaya TG Hj Hadi sendiri akan letak jawatan kalau tajuk EGM untuk tukar Presiden. Namun, siapa percaya perkara ini akan berlaku? Masya Allah, Subhanallah.
Allah swt berfirman yang bermaksud; "Apakah manusia merasakan dirinya akan dibiarkan sahaja berkata: Kami telah beriman. Sedangkan mereka masih belum diuji dan dicuba (dengan ujian dan cubaan).
Nah, para pendukung dan pejuang agama sedang diuji dan dicuba dengan permainan licik politik musuh. Perlu diingat, sejarah telah membuktikan perbalahan antara pemimpin Islam dahulunya, berpunca dari para munafiqin yang menyelusup ke dalam gerakan Islam.
Para pemimpin hari ini juga perlu lebih berhati-hati dengan mereka disekeliling. Mereka perlu lebih berwaspada, usah mudah bersangka baik dalam sepak terajang politik. Sikap tegas dan tenang mesti ada, mungkin baik bagi kita, tidak baik untuk jemaah, begitu juga mungkin tak baik untuk kita, tetapi amat baik kepada jemaah.
Kepada kita semua, usah tambah lagi gula dalam madu, usah lagi tambah cili dalam sambal, tak perlu tambah lagi petrol ron 96 ke dalam api yang sedang marak. Beristighfar lah wahai sahabat semua...