
Oleh : PaipPecah
Alhamdulillah, akhirnya selepas lama diasak berita dan fitnah, para pimpinan mencapai persetujuannya. EGM tiada lagi disebut bahkan Seminar Pemerkasaan Parti akan diadakan pada 7 November 2009 ini.
Seingat saya, sebelum ini tarikh tersebut dijadualkan program taklimat isu semasa oleh Lajnah Penerangan PAS Pusat. Apapun, tahniah kepada pimpinan kerana segera mengambil tindakan, walaupun pasti ada 'rumah siap pahat berbunyi'.
Baru-baru ni, Mantan PM Dr Mahathir memberi komen mengenai teguran TGNA. Maka, dikatakan TGNA dah nyanyuk sepertinya dan dinasihati bercuti dari pentas politik. Nak tergelak pun ada bila mendengarnya. Sebab pertama, dia mengaku dia dah nyanyuk. Kedua, nasihat bercuti dari politik. eh, diri sendiri mengaku nyanyuk pun masih nak campur politik, tiba-tiba nak nasihat orang lain pulak.
Bab nyanyuk ni, secara bahasa yang difahami, macam dah tahu beza betul salahnya. macam orang nyanyuk. semua perbuatannya samada mengundang kemarahan orang atau membuatkan orang berasa gelihati menyaksikannya. Kekadang perbuatan mereka menjijikkan malah menakutkan.
Berbalik kepada pandangan DrM, bagi saya antara faktor TGNA mengeluarkan kanyataan keras mungkin disebabkan emosi berfaktorkan umur dan kesihatan yang semakin uzur. Kesilapan boleh berlaku kepada pemimpin tapi kenyataan NYANYUK kepada TGNA amat tidak sesuai dan mungkin suatu bentuk penghinaan kepada beliau.
Usah kita pula yang mungkin tidak menyenangi cadangan TGNA, berlebih-lebih pula mempertikaikannya bahkan melabelkannya nyanyuk seperti DrM. Cuba kita perhatikan susuktubuh TGNA dari dulu hingga kini. Bila TGNA bercuti rehat seperti pemimpin UBN? Rehat tubuhnya hanya ketika solat mengadap Ilahi, menziarahi rumahNya dan makam Nabi. Fikirannya sentiasa fokus untuk mendaulatkan kalimah Tiada Tuhan Selain Allah.
Kelmarin, ketika sedang minum petang bersama ramai teman, ada seorang sahabat yang saya kira sudah melampaui etika dan adab seorang ahli dan pemimpin parti Islam. Cara dia mempertikaikan Pimpinan seperti dia seorang sahaja yang betul dan bijak.
Sebelumnya, saya tak pasti adakah dia seorang pimpinan, tapi dari bisikan seorang teman, dia seorang pimpinan di kawasan, negeri dan pusat. Fuh! Hebat! Patutlah cakap ada tinggi sikit. Sampai tak cukup 2 tangan, tunjuk sana sini.
Yang menjelikkan bilamana dia bercerita tentang apa yang berlaku dalam mesyuarat. Tak pasti pula mesyuarat kawasan, negeri atau pusat. Dia dengan bangga menceritakan bagaimana dia bersilat dan berhujjah. Pandangan saya, dia memang punya ketokohan tapi dia tidak ada kebijaksanaan.
Doa saya, semoga semua yang cintakan perjuangan Islam ini agar sentiasa berhati terbuka, tenang dalam situasi tegang, bertindak pantas dan tepat pada masanya. Semoga Allah menjauhkan diri kita dari sifat 'lebih kuah dari sudu'.





