Selasa, 27 Januari 2009

DAPAT KAD KUNING kerana simpati PADA PALESTIN





Mohamed Aboutreika adalah nama yang tidak asing di dunia Arab, terutama dikalangan peminat bolasepak Arab. Beliau mungkin tidak terkenal dikalangan rakyat awam Malaysia yang lebih cenderung mengikuti perkembangan bolasepak Eropah. Tapi pada mata sebenar, beliau merupakan seorang tokoh ahli sukan yang harus dibanggakan dan dihayati kisahnya.

Aboutreika merupakan seorang pemain bolasepak kebangsaan Mesir. Melalui sepakan beliau, sudah dua kali Allah mengurniakan kemenangan kepada pasukan Mesir dalam Kejohanan piala negara-negara Africa (African Cup of Nations, ACN). Bahkan pada awal 2008 beliau telah diundi melalui International Federation of Football History & Statistics (IFFHS) sebagai pemain bola sepak paling popular di dunia.Pada Januari 2008 lalu, sewaktu ACN di Ghana, dalam satu perlawanan kumpulan Mesir menentang Sudan, beliau telah menimbulkan kekecohan dalam dunia bolasepak dan Confederation of African Football (CAF) dengan satu adegan kontroversi, tapi sangat bermakna pada umat Islam.

Beliau yang menyarung jersey nombor 22 menjaringkan gol pertamanya dalam ACN lalu menyingkap jerseynya yang mendedahkan t-shirt yang dipakai di dalam dengan tulisan "تعاطفا مع غزة Sympathize With Gaza "(LIHAT FOTO). Tindakan ini diambil dalam usaha membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap Gaza yang ketika itu baru sahaja ditutup sempadannya dari semua arah dan disekat semua bekalan kemanusiaan oleh penjajah zionist Israel . Bahkan, penduduk Gaza dengan desperate terpaksa memecahkan benteng Rafah untuk tembus ke Mesir untuk mendapatkan bekalan.


Peristiwa di Stadium Ohene Djan, Accra , Ghana itu mengundang perhatian dunia. Pengadil menghukum Aboutreika dengan kad kuning. CAF(Confederation of African Football) memberi amaran kepadanya. Dunia bercampur-campur perasaan mengenainya. Reaksi dunia yang sebahagian besarnya mengecam tindakan Aboutreika ini cukup bertentangan. Sedangkan pada World Cup 2006 yang lalu, seorang pemain Ghana secara terbuka mengibarkan bendera Israel selepas menjaringkan gol, namun tidak dikenakan sebarang tindakan. Dia hanya perlu meminta maaf kerana mengusik isu sensitif kepada bangsa Arab. Aboutreika pula menerima pelbagai tohmahan dan amaran kerana dikatakan membawa mesej berunsur politik. Namun, Aboutreika terpaksa menjelaskan mesejnya lebih berupa humanitarian. Walaubagaimanapun, umat Islam tetap menjulangnya tinggi kerana berani menyuarakan perasaan umum umat Islam, berani menanggung risiko untuk saudara-saudarinya di Gaza , berani berseorangan menegakkan kebenaran.


Di Gaza, satu pertandingan bolasepak yang dianjurkan telah diberi nama Piala Aboutreika bagi menghargai tokoh tersebut yang peka dan memperjuangkan isu mereka (rakyat Gaza ) dan sanggup menghadapi kesusahan yang boleh menggugat kariernya.

Selain peristiwa "Sympathize with Gaza ", Aboutreika juga pada 2006 pernah menyingkapkan t-shirt dengan mesej "We Sacrifice Ourselves for You Prophet Muhammad" selepas menjaringkan gol pada ACN 2006. Mesej tersebut adalah respon berikutan lukisan karikatur zalim mengenai Nabi Muhammad S.A.W. yang diterbitkan media Denmark .


Demikianlah Aboutreika sentiasa memainkan peranannya sebagai Muslim sejati dan bermaruah dalam memperjuangkan isu umat Islam.Secara realitinya, keberanian yang dimiliki Aboutreika dalam menyuarakan kebenaran kepada dunia perlu diambil iktibar oleh para pendokong Islam. Aboutreika seorang yang terkenal kerana sentiasa akan bersujud syukur sebaik sahaja menjaringkan gol. Beliau juga dilaporkan sebagai seorang yang berakhlak mulia dan patuh kepada perintah agama. Disamping itu, beliau juga seorang yang bergiat aktif dalam kerja-kerja kemanusiaan, membasmi kemiskinan dan aktiviti-aktiviti social service yang lain. Dari sini kita boleh mendapat gambaran kecenderungan, prinsip dan kekuatan beliau yang unik.


Melalui trademark sujudnya dan qudwahnya ini juga, terbaru dari Islamonline. net pada 24 Nov 2008, beliau telah pun menarik ramai rakyat Congo memeluk Islam. "..merupakan pendakwah Islam", menurut Mufti Congo , Sheikh Abdullah Mingala Lwaba. Ahli-ahli sukan lain, terutama yang beragama Islam, seharusnya meneladani Aboutreika. Kerjaya sebagai seorang ahli sukan tidak patut memisahkannya dari tanggungjawab Islam. Kelebihan yang dimilikinya seharusnya ditujukan untuk keuntungan agama. Bahkan, kerjaya tersebut sepatutnya lebih mengeratkannya dengan Tuhan Pengatur segala keputusan, lalu dia mematuhi segala anjuran dan perbatasan yang telah ditetapkan Allah. Ini adalah satu saranan khusus buat atlet-atlet Muslim. Kemenangan Mesir dalam Piala negara-negara Afrika awal 2008 lalu yang menang 1-0 ke atas Cameroon dalam perlawanan final. Biar melalui kejohanan dengan penuh kontroversi, namun gol tunggal kemenangan Mesir itu dijaringkan oleh, tidak lain tidak bukan, Mohamed Aboutreika! Tahniah di atas kejayaan yang berliku jalannya!

Kenapa saya suka sangat peristiwa "Sympathize with Gaza "? Kerana ia satu mesej dari seorang insan kerdil tapi berjiwa besar yang mencabar Israel , "perencana" perjalanan dunia hari ini. Ia satu mesej yang mengajak dunia peka dan mempersoalkan "kuasa" yang kebanyakan negara tunduk kepadanya. Aksi Aboutreika yang menyeru agar dunia peka terhadap Gaza merupakan peristiwa yang akan sentiasa terpahat dalam sejarah, walaupun ada pihak yang cuba memadamkannya. Carilah di Youtube atau apa2 web video, sukar untuk anda menemui video kejadian tersebut. Namun, ada video atau tidak, ada gambar atau tidak.. Pada bangsa Arab, Mohamed Aboutreika adalah wira. Pada gerakan Islam, beliau memberi inspirasi. Pada umat Islam, beliau merupakan tokoh. Pada rakyat Palestin, beliau adalah pejuang.

Semoga Allah SWT memberkati dan menerima amalan beliau dan mengurniakan kesudahan yang baik buatnya.

KEHEBATAN HAMAS/BRIGED AL-QASSAM


ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!

Hebatnya pejuang-pejuang Islam Briged al-Qassam(unit HAMAS). Moga ALlah memberi kekuatan kepada mereka serta anak isteri mereka. Begitulah juga hendaknya kita di Malaysia ini.

Bukan sikit pimpinan Hamas yang telah terkorban syahid sejak tahun 1987(penubuhan Hamas).


Cuba baca laporan di bawah:

GAZZAH(Gaza) : NERAKA ISRAEL Sumber : http://arruhuljadid86.blogspot.com/
Sebuah laporan yang tidak anda perolehi dari Media Pro Amerika
Pada pukul 10.30 waktu mesir 19 Jan 09 telah diadakan sidang media oleh Briged Qassam yang diwakili oleh Abu Ubaidah.

Ini diantara butir2 dalam sidang media tersebut:
80 TENTERA ISRAEL YG TERBUNUH (PALING KURANG)
49 DIBUNUH SECARA SECARA LANGSUNG. 48 SYAHID DIKALANGAN PEJUANG BRIGED QASSAM
MENJATUHKAN PESAWAT PENINJAU TANPA PILOT
MENEMBAK 4 HELIKOPTER
MEMUSNAHKAN 47 KERETA KEBAL DAN KENDERAAN TENTERA
MELANCARKAN 980 ROKET DAN MISIL KEARAH BANDAR2 ISRAEL
TIDAK ADA SEORANG PUN DI KALANGAN PEJUANG HAMAS YANG DITANGKAP.
MELETUPKAN 79 BOM KE ARAH TENTERA ISRAEL.
MENEMBAK HENDAP 53 ORANG TENTERA ISRAEL
MELANCARKAN 12 SERANGAN HENDAP
BERTEMPUR SECARA BERDEPAN 19 KALI
MENAWAN TENTERA2 ISRAEL SEBANYAK 2 KALI DAN SEMUA TENTERA YANG DITAWAN SUDAH DIBOM OLEH JET PEJUANG ISRAEL
BERJAYA MELANCARKAN SATU SERANGAN BERANI MATI DI ATAS KERETA KEBAL ISRAEL.


MENGHENTIKAN SERANGAN (setelah 13 jam Israel mengistiharkan genjatan senjata sebelah pihak) DAN MEMBERI MASA SEMINGGU KEPADA TENTERA ISRAEL UNTUK KELUAR DARIPADA BUMI GAZZA.


Mereka telah menyatakan kejayaan mereka dalam peperangan dengan tentera Israel. Ini kerana mereka berjaya memusnahkan mekanisma ketenteraan israel dan menundukkan Israel untuk keluar secara berperingkat. Adapun Israel tidak mencapai matlamat mereka untuk menghapuskan hamas.
Malahan Abu Ubaidah mengatakan amat sedikit kerugian yang mereka alami dalam peperangan ini. Abu Ubaidah berkata 23 masjid telah dimusnahkan keseluruhannya oleh Israel dgn alas an ia tempat persembunyian para pejuang. Beliau menafikan pejuang bersembunyi di masjid walau sebuah pun.
Bila ditanya tentang pihak keamanan antarabangsa yang hendak menghalang senjata2 diseludup ke pada mereka, beliau menjawab:
"ليفعلوا ما شاؤوا، فإدخال السلاح الطاهر وصناعة السلاح المقاوم هو مهمتنا، ونعرف جيدا كيف ندخله".
“Buatlah apa yang mereka mahu, mendapatkan senjata yang bersih dan membuat senjata pejuang adalah tugas kami. Kami amat mengetahui bagaimana untuk mendapatkannya.”
Ulasan: Pasukan briged Qassam dan briged2 yang lain telah mencapai matlamat mereka iaitu menghalau Israel dr bumi. Adapun Israel tidak berjaya kerana gagal mencapai matlamat mereka. Kenyataan ini disokong dengan kenyataan parti likud (Israel)yg mengatakan tentera Israel tidak mencapai matlamat mereka dan mereka perlu meneruskan serangan terhadap hamas.


Kemenangan ini disifatkan oleh Ismail Haniah sebagai kemenangan ketuhanan (intisor rabbani) dan ianya dimiliki oleh semua orang Islam. Kekuatan ketenteraan pejuang hamas tidak terjejas melainkan sedikit. Tidak ada sorang pejuang pun yang ditangkap.


Tentera Israel hanya menangkap orang awam sahaja. 1300 manusia (sehingga saat artikel ini ditulis) yang dibunuh adalah orang awam yang mana 410 dari jumlah tersebut dikalangan kanak2 dan 104 dikangan wanita. Kemusnahan secara besar2an hanya pada bangunan awam dan rumah penduduk bukannya pada kekuatan ketenteraan pejuang palestin.


Abu Ubaidah menyifatkan kekuatan roket mereka tidak terkesan dengan peperangan selama 22 hari tersebut. Ini kerana kekuatan mereka sangat besar sperti yang dinyatakan oleh pakar ketenteraan Sofwat Zayyat bahawa al-Qassam memiliki puluhan ribu tentera dan tidak kurang 5000 roket.

Semoga para pejuang palestin tetap teguh melawan kezaliman tentera Israel. Sabda Nabi saw:
لا تزال طائفة من أمتي على الحق ظاهرين ، لعدوهم قاهرين ، لا يضرهم من جابههم ، إلا ما أصابهم من لأواء
حتى يأتي أمر الله وهم على ذلك.)) قالوا : وأين هم يا رسول الله؟ قال (( ببيت المقدس وأكناف بيت المقدس
Maksudnya: “Sekumpulan dari kalangan ummatku akan mempertahankan kebenaran, mereka mengalahkan musuh2 mereka dan orang2 yang menenteng mereka tidak dapat mengalahkan mereka dan mereka hanya mendapat sedikit kerosakan sehinggalah datangnya kiamat mereka tetap dalam keadaan demikian.” Para sahabat bertanya “Dimanakah mereka hai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Di Baitul Maqdis dan disekelilingnya.”
(Hr Abdullah bin Ahmad dan Thabrani – para perawinya thiqah)


Semoga kita tetap terus memberikan doa, infaq dan boikot untuk mereka. Jangan hangat2 tahi himar je. Doa, infaq dan boikot dulu, kini dan selamanya.Yang lebih utama kita menjadi tonggak-tonggak Islam yg berilmu, beramal dan ikhlas.
Bukan sekadar penyokong kerana itu hanya lah buih2 yg lemah. Tonggak Islam mestilah berilmu sebanyak mungkin, mengamalkan segala ilmu Islam dan menyebarkan dan memperjuangkan ajarannya sehingga nafas terakhir.


Rujukan: Siaran tv Al-Jazeera, laman web al-Jazeera, buku al-Quds qadiyyah kullu muslim oleh Qardawi.

KEJAYAAN HAMAS (Kataib AL-Qassam)


Salam,

Saya membaca email dalam kolejislam@yahoogroups.com. Ini cerita sebenarnya:

Ringkas cerita drpd sidang akhbar oleh Kataib Qassam,(unit tentera Hamas) dan sumber yg lain:

1) Lebih 80 tentera Israel mati dan ratusan cedera.(kalau ikut berita AL-Jazeera hanya 13 orang shj).Juga sejumlah tentera Israel ditawan, Olmet mengakui kegagalan menjejaki tentera Israel yg ditawan.
2)jumlah tentera Qassam yang syahid ialah 48 orang sahaja.
3) 980 roket dilancarkan. Kemampuannya sentiasadipertingkatkan. Sekarang boleh menjangkau 50km.Jarak pusat nuklear Israel hanya 65km shj. Pusat-pusat pelancar roket hamas tidak terjejas semasa serangan Israel selama 23 hari yg lalu.
Pendetailan sila ke: http://www.palestin e-info.info/ ar/

ASSALAMUALAIKUM WRT WBT