Semalam, tak semena-mena tetikus ter'klik' pada satu link yang ada dalam blog kengkawan. Jumpa satu blog yang beri komen tentang hasrat Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat untuk berdepan dengan Pemuda umNo dalam ruang ilmiah samada debat, wacana atau diskusi.
Ianya susulan cabaran debat terbuka dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz kepada Presiden umNo merangkap PM 1Malaysia. Entah mana sakitnya, Chegubad tetiba buat keputusan "mengisytiharkan memboikot semua program melibatkan Dewan Demuda PAS termasuk jemputan yang telah disahkan hadir."
Apa cerita ni? Takkan sakit sangat kot? Takkan Pemuda PAS nak berdebat dengan AMK dan pemuda DAP tentang isu Melayu Islam? Nak marah pun biar fikir panjang. Tajuk wacana pun dah diberi, iaitu nak mengesahkan umNo tolak Islam. So, kenapa melompat tak tentu pasal?
Lagi kenyataan chegubad yang turut menghiris kami pemuda PAS, "Tindakan Ketua Pemuda PAS membuat pertemuan 'rasmi' dan 'terbuka' dengan Pemuda Umno dilihat sebagai usaha terkebelakang dalam memastikan kekuatan pakatan.
Nampaknya ada kalangan pimpinan PAS seolah tidak memahami isyarat keputusan Pilihanraya Umum lalu. Mereka juga terus menerus melakukan tindakan memberikan 'talian hayat' kepada Umno - Bn yang makin melemah."
Cantik je jejari tu menyusun kata, seolah-olah PAS dari dulu, kini dan selamanya memberikan talian hayat kepada umNo. Moh kita tengok di Perak. Golongan mana yang bukan sekadar beri talian hayat bahkan memberi kuasa kepada umNo merampas negeri tersebut.
Untuk pengetahuan chegubad, PAS dari dulu lagi maksudnya sebelum idola chegubad dikeluarkan daripada umNo, sentiasa dalam politik terbuka untuk sebarang perbincangan dan muzakarah. Bahkan, bila idola chegubad kena zalim, presiden PAS terus membantu dan menubuhkan GERAK.
Walaupun ramai ahli PAS tak suka kat idola chegubad, sehingga ada yang keluar parti, tapi sebahagian besar ahlinya redha dan menerima idola chegubad seadanya. Tanya abg Mat Sabu, apa perasaannya?
So, nasihat kami, buat-buatlah bersabar dan cuba belajar untuk menerima sahabat seadanya. Sekiranya nak komplen pun, tak perlu sebut dalam blog. Ini siap ugut tak nak hadir program anjuran pemuda PAS. Siapa chegubad ni?
"Maka dengan ini mengecam tindakan Dewan Pemuda Pas yang masih terhegeh-hegeh memberikan talian hayat kepada Umno.
Selaku anak muda che'GuBard mengisytiharkan memboikot semua program melibatkan Dewan Pemuda PAS termasuk jemputan yang telah disahkan hadir." Kenyataan yang nampak tegas tapi takde isi.
Siapa yang terhegeh-hegeh kepada siapa? Pemuda Temerloh tak nak huraikan 'terhegeh-hegeh' ni mengikut situasi politik di temerloh. Cuma, pemuda PAS temerloh tidak pernah terhegeh-hegeh dengan sesiapa. Selemah-lemah kami di Temerloh, kami bergerak seadanya tanpa mempertikaikan sumbangan sahabat-sahabat lain.
BOIKOT!?? Kenapa perlu isytihar boikot? Sekiranya mainan boikot ini diharuskan dalam konteks Pahang atau Temerloh, hmmm... maka kita akan lihat siapa yang akan kena???!!