Jam 11 pagi semalam (sepatutnya, semalam update... tapi sibuk) dpp diwakili Ketua DPPT Ust Jauhari Ishak dan Pemangku Naib Ketua merangkap Ketua Penerangan DPPT Ust Fairuz Hisham Nordin telah menghantar memo bantahan perihal salahlaku perwakilan UMNO dalam Mesyuarat Agung dan Pemilihan Bahagian yang berlangsung baru-baru ni.
2 minggu lalu, dpp telah membuat laporan polis dan BPR berkaitan hal tersebut, namun Jabatan Agama Islam Pahang langsung tidak ambil respon. Kelmarin juga Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang, Ust Suhaimi Saad telah dipanggil Jabatan Agama Islam Pahag atas laporan umno Rompin yang mengatakan khutbah jumaat yg disampaikan oleh ust suhaimi menghasut rakyat. Siasatan dijalankan atas alasan laporan telah dibuat.
Nah ! DPPT telah lama buat laporan rasmi ke BPR dan Polis. Semalam, rasminya ke Pejabat AGama Islam Temerloh. Kita tunggu hasil siasatan ... ada atau tidak ? atau antar dua darjat ?
Jumaat, 28 November 2008
Khamis, 27 November 2008
MEDIA ... dah jadi MEE DIA PUNYA
Macam mee goreng, rasanya mengikut rasa tukang masak. Tukang masak akan makan mee seperti citarasa dia ketika menggoreng. Sedap ke tak sedap ke.. lantak dia laa. tak sedap pun dia cakap, mak bapak dia punya suka la...
So, macam hari ni, bak kata ayahde mat sabu, kalau tv tu harga sekupang dua, hari-hari dia lempaq ke dinding. Malam dulu, malam tadi, malam ini pasti agendanya sama. PECAHKAN PAKATAN RAKYAT. Isu ternak babi, isu selangor, perak, kedah, pinang... kelantan aje yg nampak tenang sikit (dah 18 tahun, takde isu dah) cuma main isu lapok tentang perbezaan pendapat antara 2 org tok guru dan "penasihatnya".
Tapi kita faham, itu hanya nak alih isu supaya rakyat jangan fikir isu rasuah dalam politik umno. isu harga barang. isu rebut pangkat dan akhlak kepimpinan dan pelbagai lagi. sudah lam kita mendoakan agar umno berpecahbelah dan hancur-lebur. Doa keluarga mangsa memali dan mangsa isa sedang dimakbulkan. amin. ALLAHU AKBAR!

Pelancaran Kelab Penyokong PAS Parlimen Temerloh
Kelab Penyokong PAS akan dilancarkan diperingkat Parlimen Temerloh pada hari Sabtu ini. Menurut Setiausaha Sekretariat Program, Pengerusi Penajanya adalah Mr K. Sivanesen manakala timbalannya pula Mr William Oh.
Pelbagai isu semasa dan masalah antara kaum akan dirungkai dalam sesi Dialog yang turut disertai oleh Pemimpin Kelab Penyokong PAS Kebangsaan. Manakala Majlis Perasmiannya pula dijangka pada 21 Disember ini yang bakal dirasmikan oleh YB Dr Mujahid Yusof Rawa, insya Allah. Harapan Sekretariat kepada semua ahli PAS, sebarkanlah maklumat tentang program ini kepada semua penyokong PAS tidak kira Melayu, Cina atau India. PAS FOR ALL ! ALLAHU AKBAR !!!

Rabu, 26 November 2008
PAS Temerloh Lantik Setiausaha & Ketua Penerangan baru
Pemimpin silih berganti, namun adakah pengganti itu lebih baik atau ??? Namun yang tiada perlu diganti. Begitulah realitinya... selepas setiausaha sebelum ini memohon letak jawatan ekoran kekangan masa dan kesibukan.
Bermua sesi 2007-2009, YB Tn Syed Hamid diamanahkan sebagai setiausaha PAS kawasan. Namun selepas PRU12, beliau mohon direhatkan atas alasan ingin memberi fokus sebagai ADUN Kuala Semantan. Sdr Syed Putra juga selepas itu berbuat tindakan serupa dengan alasan peribadi. Diharapkan kepada Sdr Hasanudin Salim kekal hingga ke akhir sesi yang dijangka pada bukan April 2009. Beliau sebelum ini memegang amanah sebagai Ketua Penerangan PAS kawasan. Jawatan Penerangan pula dipikul oleh Sdr Hashim Abdullah. Selamat Berjuang !!

DPP Bersedia Menjadi Pemangkin Program
Hari ini, hanya tinggal 3 hari lagi, Kempen Jom Sertai PAS semakin hampir.. Persiapan semakin ligat dek kerana melibatkan agenda dan tetamu istimewa, 'ala kulli hal, alhamdulillah.. semua pihak memahami tugas dan peranan masing-masing..
Pelbagai aktiviti dirancang sebagai usaha untuk menarik minat orang ramai supaya hadir pada 29hb ni (sabtu). Antaranya, Fesyen Muslimah Show, Basikal Lambat, Motor Lambat, Sepak Raga Bulat, Azan Subuh, Kaligrafi Cina, Tulisan Khat. Acara yang dijangka menarik perhatian ialah Acara Masak Ikan Patin (selain Masak Tempoyak), Acara Gubahan Hantaran Pengantin dan Acara Gusti Lengan.
Kaunter pendaftaran Ahli Baru PAS dan Pemilih Baru SPR akan turut dibuka sepanjang program tersebut. Majlis Dialog Bersama Komuniti Non Muslim akan diserikan dengan kehadiran Mr Vincent Lee dan Mr N. Balasubramaniam iaitu Timb dan Naib Kelab Penyokong PAS Kebangsaan. Majlis akan disempurnakan oleh Ustaz Ahmad Awang, Naib Presiden PAS.

Blog DPP, Cuba Buka Guna Mozilla
Salam perjuangan buat semua.. gangguan yang tidak tahu puncanya.. mungkin blog ini perlu dibuat semula. Sabar ye Seladang.. (siapa agaknya..)
Isnin, 24 November 2008
Blog DPP Masih Hijau Muda
Alhamdulillah... segala syukur kepada Yang Esa atas bantuanNya jua, program semalam selesai seadanya, tugasan selanjutnya menanti dpp pada 29hb ni, Kempen Jom Sertai PAS yang dianjurkan oleh Penerangan PAS Kawasan namun Ketua Penerangannya adalah Timb Ketua DPP, maka dpp perlu bersama dari awal hingga ke akhir.
Terima kasih juga kepada sahabat (seladang) yang kerap memberi komentar kepada setiap artikel yang disiarkan.. blog dpp ini mungkin dilihat tidak banyak mengulas isu politik, pertamanya ianya masih baru dan sedang dalam proses penambahbaikan samada dari segi pengisian mahupun ketrampilan. keduanya, seperti yang diperkatakan orang, dpp takde program. so, aktiviti dpp terutama bersama masyarakat perlu disiarkan. Tapi insyaallah mulai tahun depan, dpp akan tugaskan setiap ketua lajnah dpp untuk artikel yang sesuai. Ketua dpp merangkap Ketua Lajnah Politik & Pilihanraya akan mengulas isu politik, Ketua DACS akan mengulas isu sukan, Ketua Kebajikan aan mengulas isu kebajikan, begitulah seterusnya... harap semua sahabat bersabar... terima kasih dan salam mahabbah.

Ahad, 23 November 2008
PROGRAM BERKHATAN DPP TEMERLOH MERIAH
Program tahunan ini sungguh meriah dengan berbagai kerenah ibubapa dan saudara mara yg turut hadir.Program tahun ini turut menerima peserta dari mentakab,kuala krau dan lain-lain.
Pengarah program,Hj Syam mengucapkan terima kasih kepada semua yg terlibat terutama ajk dewan pemuda yg bertungkus lumus untuk menjayakan program ini.Juga kepada Dr Alias,Pak ngah(bukan Ayahngah) dan semua team Doktor yg bertugas.
YDP Kawasan Temerloh,Ust Abd Rahim Latif merasmikan majlis,turut menghantar dua org anaknya untuk berkhatan.
Terima Kasih yg tidak terhingga kerana mereka bekerja dengan bersungguh-sungguh walaupun dengan ganjaran yg tidak seberapa.Hanya Allah lah yg dapat membalas jasa kalian.
Seorang peserta pada tahun lepas,mohd Firdaus turut hadir pada tahun ini untuk merasakan kemeriahan sambutan seperti tahun lepas,walaupun menolak untuk di khatan
kan sekali lagi.

Sabtu, 22 November 2008
Dpp Temerloh anjur berkhatan beramai-ramai
Hari ini ahad(23/11/08),Dpp Temerloh anjur khatan beramai-ramai di Pasti Az-Zahra'di Taman Temerloh Jaya.Program tahunan ini dianjurkan oleh Lajnah Kebajikan Dpp Kawasan Temerloh.
Pengarah Program Sdr Shamsudin Ahmad berkata sambutan menggalakan diterima dari masyarakat setempat,menyebabkan pendaftaran ditutup awal.Harapnya program ini mendekatkan lagi PAS dengan Masyarakat.

Ilmu & Amal
alhamdulillah... bertambah ilmu it untuk dpp hari ini
harapan agar blog dpp temerloh ini semakin menarik dan berinformasi

Antara Dua Darjat ...
Kelmarin, dpp kecewa sebab 2 banner perihal program kempen Jom Sertai PAS dibuang oleh pihak tertentu, tapi dpp mengambil sikap malas nak layan beriya...
satu banner lagi telah siap untuk direntangkan... cuma tengah fikir lokasi yang strategik dan tidak berlaku kejadian serupa. Kalau ikut dpp la, mahu dijerkah saja org-org kat MPT tu, diorang ingat kos banner tu yang mencecah RM 280.00 (2) tu, hasil duit jumpa tepi jalan ke ? Ingat hasil dari menang nombor ekor lembu bertuah 0440 tu ke ? Ini bukan um-no!! duit jemaah hasil kutipan derma dan sumbangan. Dalam sinar hari-hari hairan yg lalu, komen ketua um-no cawangan di lanchang, kononnya dpp campur tangan masalah dalaman um-no, bilamana dpp buat laporan polis isu rasuah no ekor dalam mesyuarat agung um-no temerloh. Melenting marahnya. Datuk Sangkar Patin pulak cakap dalam negara ada 2 undang-undang, 1. undang-undang negara 2. undang-undang umno. perghh... boleh jalan dah... anda ulas la sendiri...

Jumaat, 21 November 2008
Jom Sertai PAS
"URGENT! Sponsor sedang dicari untuk Program Kempen "Jom Sertai PAS", 29 November 2008. Butiran adalah seperti berikut :
1.RM200 Kanopi (x 6)
2.RM200 Banner (x 3)
3.RM300 Pemidang Perasmian + Belon
4.RM500 Hadiah Acara
5.RM700 Jamuan Tengahari
Jumlah : RM3,300.00
"Sumbangan anda sangat diperlukan".Kepada sesiapa yang berminat untuk menghulur bantuan sila hubungi Bendahari PAS Kawasan Temerloh Ustaz Khairulzaman Md Nor (019-920 1217)

Banner oh Banner ...
Lebih kurang jam 10 malam tadi, wakil dpp telah mendapat laporan bahawa banner program kempen Jom Sertai PAS 29hb Nov ni telah hilang di tempat berbeza.
1. Simpang lampu isyarat Taman Temerloh Jaya 2. Simpang lampu isyarat Bukit Angin. Persoalannya; pihak mana punya kerja ni?
Sememangnya, banner tu takde permit MPT, tapi sebelum ni takde pulak kes hilang macam ni. Program sebelum ni pun takde permit dan bergantung lama, takde tindakan pun. (pihak umno pun ada yang takde permit... ok aje) Cuma mungkin kali ini sebab tajuk banner tu bersifat mengancam populariti umno, ajak orang masuk PAS! Sebelum ni program dalaman ajer..
walaubagaimanapun... kta tunggu dan lihat apa tindakan susulan dpp... jumpa nanti di MPT !

Khamis, 20 November 2008
tahniah.. hj sham dapat anak ke 6
pada beberapa hari yg lalu... hj syam kita dah dapat putera amal yang baru... syed mohd ammar. takbir!!
Hujan, Banjir & ...
dari petang semalam hingga jam 9.45 pagi ni , hujan masih tidak henti menandakan kebarangkalian banjir akan melanda temerloh sekali lagi. malam tadi dpp mengadakan meeting khas untuk bincang aktiviti terdekat...
bila semua pihak buat program serentak... aduh, pusing rasanya... maklumkan, ramai yang "sibuk benar" dan benar-benar sibuk. masing-masing merasakan keutamaan dia yang lebih utama. tidak hairan sebab kefahaman mengenai perjuangan ini tidak sama dan kita tak boleh nak minta lebih dari sahabat melainkan yang termampu oleh mereka. kita sendiri belum pasti sampai bila kita boleh bertahan dengan mehnah dan dugaan dalam perjuangan ini. Moga Allah memilih diri kita antara hambanya yang menemuiNya dengan sebaik-baik pengakhiran. Amin.
17 Nov - 5 Dis : Program Cuti Sekolah anjuran Tarbiyyah dan Jab Pelajar dpp di Akademi Belia Muslim, TJ
22 - 23 Nov : Tamrin DPPN di Bera.
23 Nov : Majlis Berkhatan Beramai-ramai di anjuran dpp di Taman Temerloh Jaya (kebajikan-Hj Sham)
23 Nov : Majlis Peperiksaan Anak-anak PASTI Pahang di Sek Agama al-Mukmin, Temerloh
25 Nov : Program Motivasi dgn UST Zamri TV9, anjuran Nisa' Temerloh di Dewan Tun Razak
29 Nov : Kempen Jom Sertai PAS di Hadapan Pej PAS Kawasan, di TJ
29 Nov : Dialog Kelab Penyokong PAS dan Penubuhan JK Penaja, juga di TJ
2 Dis : Kem Kenali Diri di DUN Semantan anjuran Jabatan Pelajar dpp- Ckg Bazli
8 Dis : Majlis Qurban anjuran dpp
Terima kasih kepada semua sahabat ajk dpp yang telah memberi komitmen dan sokongan bagi menjayakan semua program yang telah dilaksanakan...
Moga ALLAH memudahkan segala urusan dan menerima segala amalan kita.. amiiiin. ALLAHU AKBAR ! 3x

Rabu, 19 November 2008
Minggu-minggu Yang Memenatkan Fikiran
Salam semua... bulan ini agak sibuk buat dpp kerana banyak aktiviti yang perlu dilaksanakan segera... maklumlah cuti sekolah..
Program Cuti Sekolah kena ada, Program Berkhatan Beramai-ramai pun kena ada jugak, sebab sebelum PRU-12 dpp dah anjur, takkan lepas menang takde pulak! Program Kem Kenali Diri di setiap DUN dalam Parlimen Temerloh perlu jugak. Persiapan Banjir kena siap sedia. Eh, tetiba Kempen "Jom Sertai PAS" peringkat kawasan Temerloh pulak dah, termasuk Majlis Pelancaran Kelab Penyokong PAS Kawasan Temerloh pada 29hb ni.
Sebelum ni dah berderet aktiviti. Nasib baik sahabat jawatankuasa dpp banyak membantu dan bekerjasama.
Teruskan pengorbanan masa, tenaga & wang ringgit. Allahu Akbar ! 3x

Akhirnya... bertemu jua
Assalamualaikum wrt wbt
Salam pertemuan untuk semua yang telah lama menanti maklumat dan aktiviti dari Dewan Pemuda PAS Kawasan Temerloh. Terima kasih kepada semua yag bertanggungjawab ke arah merealisasikan hasrat suci ini. Moga dengan kelahiran blog ini akan dapat mendekatkan lagi hubungan dan intraksi dengan para sahabat di luar sana.Harapan jua, agar laman blog ini dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa serta diupdate setiap hari.
SYABAS SEKALI LAGI.... WASSALAM
Langgan:
Catatan (Atom)