Khamis, 16 Julai 2009

Manik Urai Vs Perang Hunain


Majoriti sikit atau banyak tidak begitu penting bagi sesebuah parti politik. Menang tetap menang, kalah tetap dikira kalah. Berbeza kalau parti politik itu juga adalah sebuah badan dakwah yang mementingkan nilai atau keberkatan.

Benar “a win is a win” walau dengan 1 undi, namun sebagai sebuah gerakan Islam, parti yang bertunjangkan adab dan prinsip Islam, kita perlu bermuhasabah menyaring dan merenung dimana kekurangan dan kesilapan kita kalau mahu dibandingkan dengan di Kuala Terengganu dan di Bukit Gantang. Biar kita berterus-terang, jujur demi kelangsungan perjuangan yang maha suci ini.

Sirah Rasulullah bagaikan sebutir mutiara perjalanan Mukmin. Amat penting bagi Gerakan Islam seperti PAS menghayati dan mengambil pengajaran dari Sirah ini.

Ghazwah Hunain adalah salah satu perjalanan Sirah Rasulullah. Peristiwa Hunain berlaku pada Syawal 8 Hijrah selepas Pembukaan Kota Mekah.

Dalam perjalanan menuju Hunain timbul 2 perkara yang amat tidak disenangi Rasulullah iaitu :

a) Seruan tentera Islam (warga Mekah yang baru masuk Islam) agar Rasulullah buat sepohon pokok Zatul Anwat buat mereka kerana mereka percaya tentang keberkatan pokok tersebut.

b) Kekaguman dan yakin dengan bilangan tentera yang ramai mampu kalahkan musuh.

Akibatnya mereka kucar kacir tatkala diserang hendap musuh di Lembah Hunain. Saat itulah Rasulullah terpaksa menyeru mereka agar kembali bersatu semula menyusun barisan perang. Akhirnya Rasulullah dan Tentera Islam berjaya mengalahkan tentera musuh pimpinan Malik bin Auf.

PAS berjaya mengekalkan kerusi Manek Urai dalam PRK dengan majoriti kecil 65 undi. Jika dulu majoritinya dalam PRU 12 adalah 1352 kini merundum kepada 65 undi. Menurun 1267 undi.

Pelbagai analisis di buat. Buat pihak UMNO tentulah suatu kejayaan kerana berjaya menurunkan majoriti PAS. Juga tanda penambahan undi mereka sebanyak 889 undi.

Peristiwa Hunain boleh di"sesuaikan" suasana di Manek Urai. Bermula dengan kata-kata "takbur, sombong dan terlalu yakin" seperti malu mata, pemimpin luar tidak diperlukan, isu lokaliti, menghalang kehadiran orang lain hinggalah kata-kata "berbaur syirik" seperti "tengok gambar tok guru dah dapat pahala".

Di saat akhir juga keluar kenyataan , "yakin menang 2,000 undi "

Apa makna ini semua ! Tarbiyyah mana kita ambil ? Pemuda Temerloh di Muktamar DPP Negeri Pahang baru-baru ini telah menegaskan perkara yang sama. Pemuda tolak semua pemimpin yang sombong, takbur dan terlalu yakin. Apatah lagi jika ada yang mengatakan, takde lagi orang lain yang boleh berjuang, berkorban dan bekerja seperti aku ini! Cisss!!!

Itu semua seperti "mengulangi " kelakuan tentera Islam semasa menuju Hunain dimana amat tidak disenangi Rasulullah.

Kita perlu akui suasana di Manek Urai berbeza dengan suasana mana-mana pilihanraya kecil yang melibatkan PAS sejak tahun 50-60an lagi. Suasana agak kelam, ikatan ukhuwah dan mahabbah berjemaah bagaikan diuji di sana.

Kalau sebelum ini jika pun ada perbezaan pandangan sesama kita, tetapi apabila terjun ke medan perang segala-galanya diketepikan. Keutamaan adalah mempamirkan satu saf ketumbukan yang padu dan kemas bagi menggerun dan menghadapi musuh.

Di Manek Urai kali ini secara jujur saya nyatakan ia tiada malah sebaliknya strategi dan pendekatan asing dibuat sehingga saf tampak tidak kemas, longgar dan renggang.

Ada yang boleh turun, ada yang dilarang. Ada poster yang boleh naik ada yang tidak. Ada yang disusun dan dibenarkan ceramah ada yang tidak. Malah ada pula yang menggunakan gelanggang untuk menyindir dan merendah-rendahkan sesama jemaah. Maaf ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

Kita berharap dengan segala peristiwa " malang dan sedih" Manek Urai segera pimpinan kita bermuhasabah diri masing-masing. Ingat dalam PAS tiada tubuh badan yang maksum atau "seakan-akan" maksum !

Ingat ! PAS bukan ditubuhkan untuk berbangga-bangga dengan "semangat kenegerian" !

Apakah kita bangga dengan kemenangan Manek Urai (itupun 65 undi je) dalam keadaan kita berpuak-puak, taksub tubuh badan seseorang, taksub dengan semangat kenegerian ?

Kita rela kalah dalam sistem pilihanraya(sememangnya kita biasa kalah) tetapi jemaah kita bersatu padu, penuh semangat ukhuwwah dan bersandar sepenuhnya kepada Allah Taala !

Ingat ! Manek Urai satu amaran dari Allah Taala buat kita semua ambil pengajarannya.

Keputusan MU : Satu Peringatan !


Oleh : Mee Goreng Celup

Akhirnya debaran menanti keputusan PRK MU telahpun berakhir, PAS yang mewakili PR berjaya mempertahankan kerusi DUN tersebut dengan majoriti yang amat tipis berbanding PRU ke-12 yang lalu.

Saya secara peribadi memang telahpun menjangkakan awal-awal lagi sama ada PAS akan tewas ataupun akan menang tipis. Kita amat berharap agar para pimpinan yang duduk kat atas tu faham akan isyarat yang ditunjukkan oleh rakyat di MU.

Berbagai alasan akan diberikan.... BN guna duitla... janji-janji pilihanrayaa, media berat sebelahla.... dan seribu satu alasan akan dikemukakan. Dan kita telah mendengar semalam PAS akan mengadakan post-mortem untuk mengkaji kenapa perkara ini boleh berlaku.

Bagi saya, tragedi ini (saya anggap ini tragedi) adalah kerana salah PR sendiri, bukan salah sesiapa. Di ambang kita hendak menghadapi PRK ini, berbagai kontroversi melanda dan diperbesarkan oleh media. Nak salahkan media? Sendiri cari penyakit, sendiri jawabla....

Kita sebok nak menghadapi PRK, yang sebok bawak idea Kerajaan Perpaduan tu kenapa? Idea ini dari PAS kemudian PAS sendiri yang tolak. PM dengan senang hati menyatakan sudi menerima idea ni. Sekarang yang nampak jahat siapa?

PAS tolak perpaduan, BN nak perpaduan. Benda ini telah dieksploit dengan baik oleh BN. Kadang-kadang pening memikirkan apa punya idea ni...dulu sebok dengan muzakarah la, muqabalah la dan entah apa-apa lagi....yang pemuda PAS pulak sibuk nak berwacana dengan pemuda UMNO.....?????

Sepatutnya idea-idea macam tu bincang dulu diperingkat kepimpinan, jangan sebok dan gatal mulut pergi bercakap dengan media!

Kalau nak sangat berbincang, bermuzakarah, bermuqabal, berwacana....buatla di peringkat komponen PR...kalau mereka sanggup berwacana sesama sendiri pastilah isu tempat sembelih babi tak timbul di Kedah.

Isu ini juga telah menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap PR. PR kelihatan tidak kukuh dan bersatu.

Timbul pulak isu Kg. Buah pala di Penang. Nampak sangat tidak sepakatnya PR. Ketua AMK sendiri boleh mengeluarkan kenyataan yang tidak sedap didengar. Malaslah nak ulas.

Lepas tu keluar pula berita dalam akhbar, Lim Guan Eng seolah-olah menyalahkan DSAI yang berjanji nak selesaikan masalah ni dan bukannya beliau. Sebelum ni timbul isu ahli majlis MPSP yang dipecat.....macam-macam hal....malaslah nak ulas panjang-panjang.

Pergi pula ke sebuah lagi negeri PR....Selangor. Ni satu hal lagi...tiba-tiba seorang pemimpin kanan PKR tibai secara sindiran terhadap EXCO, dan turut ditambah semangkok oleh salah seorang MP PR dari Wilayah Persekutuan. YB Ronnie pulak minta penjelasan MP ni telah isu yang ditimbulkan.

Tak ke nampak bercelaru? Kalau yepun tak puas hati kan mereka boleh berbincang secara tertutup....bermuzakarah, bermuqabalah, berwacana....sesama sendiri. Tak payahla dihebohkan sehingga menjejaskan imej dan moral kami para pendokong Pakatan.

Dan hari ini dalam blog LKY ada tajuk ni..."Time for Pakatan Rakyat to set up a disciplinary committee to restore public confidence in PR cohesion, coherence, discipline, unity and common sense of purpose" .... saya amat bersetuju sekiranya perkara ini diberi keutamaan.

Sepatutnya dah lama ada. Tapi tak apa...better late then never...keceluparan sesetengah pemimpin dalam memberi keyataan atas sesuatu isu perlu d disiplinkan. Kita bersetuju pendekatan telus dan terbuka, tetapi kalau sampai menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap PR maka perkara ini hendaklah dikaji sedalam-dalamnya.

BN telahpun menganggap kekalahan tipis mereka sebagai kemenangan moral, dan kita dapat menjangkakan pasti mereka akan bertungkus lumus menaikkan kembali imej mereka di kalangan rakyat.

Mereka kini telah mendapat talian hayat yang dinanti-nantikan. Keadaan mereka yang kelihatan nazak sebelum ini seakan-akan telah pulih....awas para pendokong PR, pasti mereka akan menggasak hebat selepas ini.

Diharap para pendokong PR berhentilah berbulan madu....kini masanya kita bermuhasabah, mencari dan mengkaji kelemahan diri, dari dok asyik menyalahkan pihak lain. Kini rakyat ingin melihat hasil bukan lagi dibuai mimpi-mimpi indah kemenangan semalam. Masa masih ada untuk kita sama-sama membetulkan kesilapan...

Apapun bagi kami sebagai aktivis muda peringkat akar umbi, apa keadaan sekalipun kami ingin melihat perubahan senario politik yang dicetuskan pada PRU itu akan kekal momentumnya...namun kalau jadi sebaliknya kami tetap tidak akan berubah....lawan tetap lawan.....INSYA ALLAH!

ASSALAMUALAIKUM WRT WBT