Rabu, 30 Jun 2010

Apa Beza Kepungan Palestin dan Kepungan Memali

Peluang menziarahi rumah dan makam syuhada' Memali baru-baru ini digunakan sebaiknya untuk menghayati erti perjuangan yang sebenar. Ujian hari ini tentunya tidak sama dengan ujian hari semalam, begitu juga hari esok.

Apabila masuk ke dalam rumah as-Syahid, terpampang segala kenangan seperti baru semalam peristiwa berlaku. Kesan tembakan jelas kelihatan pada dinding-dinding rumah bersejarah. Semua nama syuhada', gambar bahkan kelongsong bom asap dipamerkan seolah-olah kita berada di musium sejarah. Begitulah gambaran yang mampu kami berikan setelah keluar dari rumah tersebut.

Sebelah malamnya pula, satu dokumentari khas ditayangkan oleh unit ICT DPP Baling kepada rombongan. Sungguh sadis dan mengyayat hati. Kepungan yang dibuat dengan arahan dari Bukit Aman. Tuduhan kepada mereka adalah 'KOMUNIS'!!! Istilah yang sesuai dengan tuduhan pada ketika itu. Kalau berlaku hari ini, istilah pengganas dan militan atau JI yang paling ideal.

Anak-anak kecil dan kaum wanita termasuk warga emas keluar mempertahankan maruah dan kebenaran mereka. Perasaan marah dan sedih bertukar ganti. Entah apa akan jadi andai ia berlaku zaman ini. Siap sediakah kita untuk dizalimi sedemikian rupa. Tiada insan yang mahukan suasana ini berulang!!!

Tapi kita cukup hairan! Pemimpin negara membantah kezaliman yahudi. Pemimpin negara seolah-olah tidak pernah bergantung harap dengan negara haram itu. Tetapi tindakan mereka adalah sama dengan tindakan yahudi dan sekutunya. Kepungan berlaku dimana saja himpunan aman diadakan.

Tetapi, kejadian tanggal 19 November 1985 tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Hancur Yahudi! Hancur Amerika! Hancur Apco! Hancur umNO! HIDUP ISLAM!!!
Sebahagian daripada rumah asal as-Syahid dijadikan bahan sejarah

Tembus! Ini bukti pihak polis menggunakan peluru ori bukan peluru getah !!


Menurut Mudir Maahad, bau wangi daripada kain dan pakaian As-Syahid telah hilang

Rumah As-Syahid yang telah diubahsuai

Orang Memali merupakan orang Melayu Islam pertama di Malaysia terkena bom asap

Al-Fatihah buat para Syuhada'






Tengok Bola Jangan Lupa Derita Gaza

Dalam keseronokan menonton Bolasepak Piala Dunia, kita perlu menyorot kembali bagaimana keseronokan saudara seagama kita yang sedang 'berseronok' bermain dengan bola-bola api dan kanak-kanak mengelecek pantas sejurus melontar batu walaupun dalam keadaan offside.

Pengadil dunia pantas meniup wisel dan melayangkan kad darah bererti hukuman roh terkeluar dari jasad. Para penonton dalam stadium memekik keseronokan. Namun di luar stadium orang ramai berhimpun membantah keputusan tersebut. Apakan daya, sekadar himpunan.

Walaupun begitu, kita perlu menunjukkan tanda sayang dan simpati kepada mereka. Jom berami-ramai hadir ke Malam Penghayatan Palestin Bersama Wira Konvoi Gaza pada Ahad, 4 Julai 2010, jam 9.00 malam di Dewan Orang Ramai Taman Temerloh Jaya. Sebarkan.

Jangan lupa bawa sumbangan untuk Palestin!!!

Selasa, 29 Jun 2010

Releks di rumah Ustaz Syukri

Sawah padi terbentang luas

ada orang panggil pokok beras... huhuhu

Rehat sekejap sebelum makan malam

Mesin pengacau dodol

Siap sedia untuk pulang ke Temerloh



/span>

Sekitar Program Jejak Pejuang DPP Temerloh Ke Negeri Kedah - 6

Pejabat Pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah

Hanya 8 orang termasuk jurugambar... huhuhu

Pertemuan dengan Setiausaha Akhbar MB Kedah dan Setiausaha Penerangan Kerajaan Negeri

Hasrat bertemu dengan MB Kedah tidak tercapai

Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah

Bertukar cenderahati dengan Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah

Dialog antara DPPT dan Urusetia Penerangan



Sekitar Program Jejak Pejuang DPP Temerloh Ke Negeri Kedah - 5

Taklimat HPA oleh Pengarah Jati Mahkota (PJM) di pejabat stokis daerah Sg. Petani

Az-Zahraa Inn perniagaan terkini dari HPA

Di hadapan stokis HPA daerah Sg. Petani

Pandangan dari dalam Az-Zahraa Inn

Ustaz Zahir, Ketua DPP Merbok, pendapatan ketiga terbanyak dalam HPA RM**,***.00



Sekitar Program Jejak Pejuang DPP Temerloh Ke Negeri Kedah - 4

Pejabat Sekretariat Semua Wakil Rakyat dalam Parlimen Baling

Bila agaknya Parlimen Temerloh ada pejabat seperti ini? Selepas PRU-13 insya Allah.

Lepas majlis makan durian lagi...

Cenderahati kenangan buat Ketua Pemuda dan DPP Baling... terima kasih atas segala pandangan dan cadangan

Ucapan dari Setiausaha DPP Baling ketika Majlis Dialog



Judi Bikin Umno Bergolak, Ahli PAS Wajib Turun 3 Julai


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat isu kelulusan judi bola menyebabkan kepimpinan Dato' Seri Najib mulai dipertikaikan oleh kepimpinan Umno yang lain. Semalam sayap Pemuda Umno dan Puteri mereka menyertai Umno Perak, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Johor dan Pahang membantah tindakan kepimpinan Najib yang mahu meluluskan lesen judi bola untuk rakan baiknya, Tan Sri Vincent Tan.

Najib yang juga Presiden Umno kini menerima tekanan yang kuat dan ini pertama kali berlaku sejak Najib mengambil tampuk kepimpinan tertinggi parti itu tahun lepas. Jelas isu judi menjadi kudis dalam pentadbiran Najib yang juga cucu kepada Pengerusi Genting (Syarikat Judi terbesar negara) yang pertama, Tan Sri Mohammed Noah bin Omar.

PAS sejak dari mula-mula ditubuhkan lagi konsisten dengan perjuangan menentang judi. Dakwaan Mahathir bahawa PAS hanya menentang judi bola adalah satu fitnah yang dangkal. Beliau lupa bahawa ketika beliau menjadi Perdana Menteri, PAS membantah kelulusan lesen judi yang beliau hadiahkan kepada Syarikat Bukit Tinggi Resort yang hampir muflis. PAS juga konsisten menentang pelbagai lesen judi yang diluluskan zaman beliau. Sokongan beliau kepada Najib hanya membuatkan orang memandang rendah kepada beliau.

PAS juga mengucapkan tahniah kepada pihak Polis yang berjaya menahan dan membongkar kegiatan bookie dan sindiket judi haram akhir-akhir ini. Gerak kerja polis akhir-akhir ini membuktikan bahawa kerajaan mampu menghapuskan sindiket judi haram dan tiada sebab mengapa judi harus dihalalkan dengan pengeluaran lesen.

PAS tekad untuk menyokong himpunan membantah Judi anjuran Gerakan Rakyat Membantah Judi. Oleh itu, semua ahli PAS diwajibkan untuk turun pada 3 Julai ini bagi menunjukan bantahan rasmi kepada dasar kerajaan yang jahil ini. Organisasi PAS disemua peringkat diminta mengedar risalah kempen membantah judi dan mengadakan program penerangan berkaitan isu ini di kawasan masing-masing.

PAS juga mengajak masyarakat Cina dan India turun beramai-ramai bagi menafikan dakwaan Mahathir yang mengatakan mereka adalah masyarakat yang suka berjudi. Pemimpin Umno disemua peringkat juga dicabar untuk turut serta bersama rakyat dan NGO yang membantah pemberian lesen judi ini.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Ahad, 27 Jun 2010

Sekitar Program Jejak Pejuang DPP Temerloh Ke Negeri Kedah - 3

Sabtu, 26 Julai 2010
12.30 tghari : Tiba di Markaz PAS Kawasan Sik, Sungai Pau
12.45 tghari : Makan durian ditaja oleh DUN Jeneri, YB Haji Yahya bin Abdullah

2.10 ptg : Hajat tak kesampaian... jalan masuk tidak selamat

2.30 ptg : Tiba Makam Syuhada’ Memali

3.00 ptg : Makan tengahari di Pondok Tembak, Baling

4.30 ptg : Ziarah Kediaman YB Dato’ Haji Mahfuz Omar di Langgar, Pokok Sena



Sabtu, 26 Jun 2010

Sekitar Program Jejak Pejuang DPP Temerloh Ke Negeri Kedah - 2

11.30 pagi : Tiba Ladang Anggur (Beris Lake Vineyard), Sik











Kedai Jualan Anggur Segar, Kordial Anggur dan pelbagai minuman berasaskan anggur


ASSALAMUALAIKUM WRT WBT