Selasa, 24 November 2009

Santai Seni "Roti Canai Teh Tarik"


Sabtu, 21 Nov 2009, 5.00 pm, Tapak Pasar Malam Taman Temerloh Jaya : Program Mega PAS Kawasan Temerloh "Jom Sertai PAS" telah dimulakan dengan program DPP Santai Seni 'Roti Canai Tah Tarik' dengan tema 'Orang Muda Geng Kita'.

Satu kelainan dari program sebelum ini, DPP tampil lebih santai dan mesra orang muda dalam program tersebut. Kehadiran yang agak baik memandangkan cuaca mendung hampir hujan sepanjang program berlangsung. Namun dek kerana kesungguhan ajk DPP dan artis undangan, keseluruhan program berjalan dengan jayanya.

Saksikan gambar-gambar menarik pada hari tersebut...








Anak Muda & PAS terus Relevan


alBanjari

Ramai ahli PAS terutama daripada kalangan pemuda terkejut atau terkesan dengan pendedahan Dr Abu Hassan Hasbullah berkenaan kemerosotan sokongan anak muda sebanyak 70% terhadap PAS. PAS juga diramalkan bakal kalah dalam PRU ke-13 berdasarkan beberapa bukti emperikal.

Apa yang saya lihat daripada pelbagai reaksi spontan para pemuda, ada yang menolak mentah saranan agar pemuda PAS meneliti sudut cerapan politik persepsi yang kini mendominasi arena politik dunia.

Ada juga yang pada awalnya ‘merah telinga’ namun akhirnya akur dengan persepsi masyarakat terhadap PAS serta berusaha membangunkan beberapa aktiviti segera untuk mengatasi masalah ini.

Namun begitu, pada pandangan saya, terdapat terlalu banyak suara yang terus melihat aktiviti ‘orang muda’ hanya sekadar berekreasi atau beriadah seolah-olah muda mudi di luar parti hanya inginkan reakreasi dalam PAS. Benar budaya hedonisme telah menyelimuti rakyat Malaysia dengan pelbagai hiburan melampau. Namun jika sokongan anak muda dikatakan menaikan PAS pada PRU-12, adakah pada waktu sebelum Mac 2008, PAS banyak melakukan aktiviti riang-ria bersama muda mudi sehingga PAS menang besar?

Saya tidak melihat dengan hanya mengadakan Futsal, XPDC, berkhemah, bermotor konvoi sahaja berjaya menarik kembali sokongan anak muda. Anak muda ‘hening’ dengan PAS adalah disebabkan isu.

Malah walaupun Dr Abu Hasan menyatakan skala umur yang mula hening dengan PAS adalah sekitar 21-40 tahun, pada pengamatan saya skala umur yang benar-benar memberi dampak kepada kemenangan PAS pada PRU-12 adalah sekitar umur 31-40.

Skala umur inilah yang mengubah haluan mereka untuk menyokong Pakatan Rakyat di sebabkan oleh beberapa isu major yang berlaku. Skala umur ini boleh dikatakan matang dan selesa berada dalam arena politik. Skala umur ini juga bukanlah muda mudi yang perlu dilayani dengan Futsal dan aktiviti konvoi motor semata-mata.

Dalam 21000 orang respondan yang dilakukan soalselidik oleh Zentrum Future Study antara isu major yang menyebabkan peralihan undi ialah, Rasuah (Korupsi) dan Kronisme sebanyak 3327 orang menyokong. Isu Menghalang kebebasan bersuara sebanyak 2673. Isu Penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dipilih oleh 2411 respondan. Isu Ketidakcekapan pengurusan sumber kekayaan seperti petroleum pula sebanyak 2309 undi, manakala isu Pemimpin yang tidak amanah, tidak cekap dan pentingkan diri sendiri sebanyak 2304 undi. (Analisis “Strata Ketidakpercayaan Terhadap Barisan Nasional” - jumlah 10 pilihan masalah paling utama per 21000 responden).

Isu di atas tidak banyak mempengaruhi belia sekitar umur 20an sebaliknya ia cukup berkesan terhadap individu berumur 30 ke atas yang telah bekerja dan berkeluarga. Lantaran itu, bagi PAS di Perak umpamanya, untuk menangani undi anak muda, perlu diadakan strategi jangka pendek serta jangka panjang. Hal ini kerana Pilihanraya kecil boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Bagi strategi jangka pendek semestinya isu yang membelenggu belia sekitar umur 31-40 diutamakan (kerana umur inilah yang banyak mempengaruhi undi PAS) dan program memperjelaskan ‘apa itu perjuangan PAS’ perlu diperlanjutkan.

Bagi strategi jangka panjang pula barulah diteruskan dengan aktiviti mengikat tunas muda yang bakal aktif berpencak di arena politik seperti golongan berumur 19-21 tahun serta 21-30 tahun.

PAS telah lama mendekati remaja dan PAS telah berusaha mendidik anak-anak seawal umur 5 tahun melalui PASTI. Pemuda PAS telah lama mengadakan aktiviti riadhah bersama remaja termasuk melalui aktiviti aktif Unit Amal.

Sokongan anak muda terhadap PAS pada pilihanraya yang lalu adalah berasaskan persepsi anak muda yang berubah terhadap PAS terutama melibatkan beberapa isu major yang dinyatakan tersebut, bukan semata-mata disebabkan PAS banyak beriadhah.

PAS perlu proaktif meneliti dan mengamat isu belia dan sosial. Belia dan sosial perlukan perhatian dan tunjuk ajar dari PAS. Masyarakat marhain perlukan pembelaan PAS dalam banyak isu. Lihat sahaja bagaimana aura isu minyak dan rentetan momentum demostrasi BERSIH yang inginkan keadilan berpilihanraya. Dua momentum ini termaktub juga dalam senarai 10 isu major yang dikaji oleh Zentrum Future Study.

Inilah fokus utama terhadap belia jika PAS ingin terus relevan. PAS sebagai ‘Duta Penyelamat dan kasih sayang’ pada PRU yang lepas cukup memberi kesan kepada rakyat baik yang tua mahupun anak muda. Aktiviti PAS sebagai penyalur harapan disamping memacu isu-isu besar di arus perdana adalah dua sinergi kekuatan PAS dalam pilihanraya dahulu dan semestinya 2 sinergi ini juga memaut sokongan anak muda sebelum ini.

Keheningan sokongan mereka dalam soal selidik rawak Zentrum Future Study adalah disebabkan beberapa isu polemik da kontroversi yang melibatkan PAS dan Pakatan Rakyat, bukan disebabkan PAS sudah kurang bersama anak muda. Penerangan perlu diperhebatkan dan anak muda amat bencikan hipokrasi atau kepura-puraan dalam penerangan yang bakal PAS jalankan.

Yang paling utama sekali ialah operasi PAS memperkenalkan perjuangan holistiknya terhadap remaja dan belia. Cara memperkenalkannya pelru dibezakan antara strata umur 21-30 serta 30-41 tahun. Jika dikatakan anak muda tidak kenal PAS, ianya benar kerana PAS masih berusaha memperkenalkan amalnya kepada anak muda. Proses ini sedang berjalan dan perlu diperhebatkan. Anak muda menyokong PAS mendadak pada PRU yang lepas bukan disebabkan ‘kenal PAS’, sebaliknya dimanipulasikan oleh isu negara. Inilah realitinya.


Khamis, 12 November 2009

HASSAN ALI BAKAL DIPECAT ?


Selepas Seminar Politik selesai dengan resolusi dihasilkan, kini pemerhati politik terarah ke topik yang lain pula iaitu hasil siasatan Badan Disiplin PAS yang diketuai oleh Dato Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Pengerusi JK Disiplin PAS. Masing-masing ingin melihat hasil siasatan. Paling utama barangkali mereka ingin tahu nasib PJ Selangor yang juga Exco Kerajaan Selangor.

Bagi yang "anti" Hasan Ali, tentunya ingin melihat karier Hasan Ali berakhir. Kena gantung atau dipecat sebagai PJ. Bagi yang"pro" pula, berdoa agar PJ Selangor ini bebas dari tindakan disiplin. Anda pula bagaimana?

Melihat cara Pengerusi JK Disiplin menjawab soalan media, nampaknya kes ini "tersangkut" juga. Dengan makna Hasan Ali kena jawab "benarkah tuduhan ini dan kena bela diri." Kalau mengikut "tatacara mahkamah", apabila suspek diarah bela diri, ini menunjukkan kena nafi dengan hujah yang menyakinkan hakim.

Mengenang kembali Sirah Rasulullah. Ketika Ghazwah Tabuk, beberapa Sahabat tidak menyertai peperangan tersebut kerana kelalaian dan mereka mengaku salah atas kesilapan mereka. Bukan mencipta alasan seperti golongan munafik. Mereka bertiga adalah Kaab bin Malik, Hilal bin Umayyah dan Murarah bin Rabi'.

Rasulullah menerima pengakuan mereka dan meminta orang Islam memulaukan mereka bertiga hingga Allah Taala memberi keputusan dengan penurunan wahyu.

Kaab bin Malik menerima ujian yang hebat. Dalam tempoh pemulauan itu, Raja Ghassan yang berugama Nasrani melalui wakilnya berjumpa Kaab. Menawarkan kemewahan dan jawatan kepada Kaab. Iman Kaab begitu tinggi hasil tarbiyyah Rasulullah. Kaab membakar surat tawaran itu dan menganggapnya satu malapetaka ke atas dirinya.

Nah! Cantiknya kisah ini untuk direalisasikan dengan keadaan hari ini. Seandainya Dato Hasan Ali melakukan kesalahan, beliau patut mengaku salah dan terima apa saja hukuman parti dengan hati terbuka. Seandainya Badan Disiplin PAS mendapati beliau tidak bersalah, golongan yang "anti" beliau perlulah terima keputusan tersebut.

Penyokong sejati PAS adalah mereka yang mempunyai perasaan :

i) Mereka merasai sedih seandainya Hasan Ali bersalah. Tiada sekelumitpun perasaan gembira jauh sekali perkataan "padan muka". Mereka berdoa Hasan Ali tetap dengan pendirian bersama PAS walaupun dijatuhi hukuman berat. Mereka berharap beliau terima hukuman tersebut dengan perasaan terbuka dan redha.

ii) Mereka bersyukur seandainya Hasan Ali bebas dari tindakan tatatertib.

Hanya golongan munafik yang berasa gembira sekiranya Dato Hasan Ali didapati bersalah ataupun bebas dari hukuman. Mengapa ? Bukankah kerja mereka mengadu dombakan antara sesama pejuang Islam. ?

Sebenarnya kes seperti inilah kita boleh mengenal musuh dalam lipatan, munafikin. Bacalah dalam blog-blog mereka. Kata-kata mengeji pimpinan TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi tertulis dalam blog mereka. Maki hamun, adu domba dan kata-kata jelek terkandung dalam blog mereka.

Peliknya, kadang kala blogger yang pro PAS tanpa segan silu mengutip "sampah busuk" ini untuk disiar dalam blog mereka.

Kita tidak menganggap TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi maksum. Kita juga tidak mahu blogger memuji melangit PAS. Tetapi kita mahu teguran dengan bahasa yang sopan dan beradab. Bukan maki hamun dengan bahasa kurang ajar.Kepada Dato Hasan Ali, jaga diri anda dari "jelmaan semula" wakil Raja Ghassan!

Mampukah PAS dipandang mulia dan menjadi penyelamat ?


Oleh : Tok Pepijat

Perjuangan PAS adalah Islam. Islam itu adalah penyelamat. Islam itu adalah keamanan dan pendamaian.

Selepas 13 Mei 1969, Kerajaan Persekutuan pimpinan Tun Razak mengajak PAS menyertai kerajaan campuran yang di namakan Barisan Nasional. Demi perpaduan dan keamanan, PAS menyertainya. Di kala itu PAS tidak melihat perkara yang bakal berlaku di masa depan. Apatah lagi prasangka buruk terhadap UMNO/BN. Semuanya dipandang positif dan baik oleh PAS. Yang penting rakyat selamat dan sejahtera.

Walaupun cita-cita PAS untuk tegakkan hukum hakam Allah sedikit terganggu dan tidak lancar, PAS sanggup korbankan "masa perjalanan itu" bukan korbankan prinsip ! Semuanya demi negara dan rakyat. Apatah lagi dikala itu negara berada diambang kemuncak perkauman dan ancaman komunis.

Akhirnya PAS ditendang keluar bagai anjing kurap. Bermula dari tarikh itulah PAS memulakan perjuangannya dengan "zero". Pelbagai pahit maung dialami. Tragedi Memali, Operasi Lalang, Tragedi Lubuk Merbau, penarikan permit Harakah dan 1001 kezaliman.

Itu belum lagi dengan penghantaran "hijrah" penyokongnya ke kawasan pendalaman samada sebagai guru maupun sebagai pegawai kerajaan.

PAS juga mengalami proses "pemutihan". Ramai pembesarnya gugur di perjalanan perjuangan. Nama-nama besar seperti Dato Asri, Datuk Nakhaei antara yang gugur. Oleh kerana perjuangan PAS bukan atas dasar peribadi dan individu tetapi Islam , maka PAS tetap gagah dan utuh. Hanya Allah Taala sahaja yang boleh "mentalqinkan" PAS ! Bukan makhlukNya.



Selepas PRU 12 2008, PAS juga mengalami ujian yang dahsyat. Terutama di Perak dan Selangor. Diumpan dan digoda dengan pangkat jawatan. PAS Selangor dan Perak berada di 2 persimpangan. Samada terima tawaran ataupun patuh kepada perjanjian. Hebatnya godaan itu ke peringkat jawatan MB dan kebenaran laksana hukum syariat!

Alhamdulillah PAS patuh kepada perjanjian walaupun dengan parti sekular PKR dan DAP. Langkah PAS ini mirip dengan apa yang telah Rasulullah lakukan dalam Perjanjian Hudaibiyah. Dikala Umar dan umat Islam agak kecewa dengan perjanjian itu yang mana seolah memberi kelebihan kepada Musyrikin Mekah, Rasulullah memberi harapan kepada Umar bahawa kemenangan Islam sudah hampir, Penaklukan Kota Mekah. Berduyung-duyung manusia memasuki agama Allah.

Mungkin kita melihat, PAS kerugian kerana patuh kepada perjanjian dengan PKR dan DAP. Kita mungkin kerugian jawatan MB dan Exco sepertimana Rasulullah kehilangan Abu Bashir dan Abu Jandal dalam Perjanjiaan Hudaibiyyah.

Tetapi lihatlah di sana, jutaan rakyat Malaysia sedang menanti dan merindui kerajaan yang adil untuk memimpin Malaysia. Seperti ucapan Presiden PAS TG Haji Hadi Awang yang menyatakan kita yakni PAS adalah kerajaan yang menanti.

Kini rakyat Malaysia melihat, PAS adalah parti yang patuh dan setia pada perjanjian. Setia pada perjanjian antara ciri akhlak yang mulia. Bukankah akhlak yang mulia ini yang menyebabkan Islam dapat menguasai 1/3 dunia ? Islam menguasai hati-hati manusia bukannya dengan pedang tetapi dengan akhlak.

PAS dipandang mulia selagi setia dan patuh kepada perjanjian.

Ahad, 1 November 2009

Lawatan Kerja DPP ke Cawangan


















Malam tadi Dewan Pemuda Pas Temerloh turun padang ke Cawangan Paya Pulai.Lawatan kerja ini bertujuan untuk bertemu pemuda2 di cawangan.Walaupun kehadiran Orang tua lebih ramai drpd pemuda, namun pertemuan ini sedikit sebanyak akan dapat mengeratkan lagi ukhwah dan dapat mengenali dgn lebih rapat antara AJK dan pemuda di Cawangan.Walaupun Ketua Pemuda, Ustaz Jauhari tidak dapat hadir kerana ada program di Kedah, namun Timbalan KP bersama saf pimpinannya dapat mengisi program mlm tadi dgn sempurna.

ASSALAMUALAIKUM WRT WBT