Rabu, 20 Mei 2009

HJ NIZAR BERPELUANG MENGADAP TUANKU


YAB Dato' Seri Hj Nizar berpeluang mengadap Tuanku Raja Nazrin tengahari tadi di Istana Iskandariyyah selepas selesai Majlis Anugerah Pingat & Bintang. Demikian dinyatakan oleh Hj Nizar dalam taklimat ringkasnya di Mesyuarat Perhubungan PAS Perak tadi.

Dalam kesempatan yang singkat itu, digunakan oleh Hj Nizar bagi memohon maaf bagi pihak PR dan rakyat Perak sepanjang tiga bulan sebelum ini sekiranya apa sahaja insiden yang berlaku mengguris hati Tuanku.

Beliau juga bagi pihak PR mengucapkan takziah di atas kemangkatan Kekanda Tuanku Sultan Azlan Shah yang juga bapa saudara Raja Nazrin.

Kesempatan itu juga digunakan oleh Dato' Seri secara berterus terang dengan penuh berhimah memberi pandangan-pandangan terhadap senario dan kemelut politik di Perak. Dato' Seri merayu supaya Tuanku memberi penghormatan kepada rakyat untuk memilih semula kerajaan di negeri Perak, kerana melalui pembubaran DUN sahajalah kemelut ini akan berakhir.

Pakatan Rakyat akan menghormati pendirian dan keputusan rakyat yang samada memilih Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional. Dato' Seri juga memberi pandangan supaya tidak ada sidang DUN diadakan dalam tempoh terdekat selagi kemelut politik ini belum berakhir, beliau memberi gambaran insiden sidang DUN 7 Mei yang lalu dibimbangi akan berulang semula sekiranya sidang DUN diadakan juga, dan ianya akan hanya memalukan imej Tuanku dan negeri Perak.

Sebelum ini beliau juga memberi pandangan kepada Sahibus Samahah Dato' Seri Mufti Perak tentang kemelut politik di Perak, beliau merayu supaya Dato' Mufti turut memainkan peranan dengan membantu agar penyelesaian kemelut politik melalui pembubaran DUN.

Pertemuan singkat antara YAB Dato' Seri Hj Nizar dengan DYTM Raja Nazrin merupakan pertemuan yang cukup berharga walaupun pertemuan tidak rasmi. Mesej rakyat yang mahukan DUN dibubarkan telah disampaikan oleh Hj Nizar. Kini, semuanya terserah kepada Tuanku, mesej rakyat telahpun disampaikan oleh Dato' Seri Hj Nizar. Diharap rakyat terus solat Hajat dan bermunajat mudah-mudahan dilembutkan hati Tuanku bagi memperkenan DUN Perak dibubarkan.


Penguatkuasa KPDNHEP Memalukan Bangsa Melayu


Pagi tadi, kawan mengisi minyak kereta disalah sebuah 'petrol station' di jalan Temerloh - Mentakab. Tokey minyak yang berbangsa Melayu sedang asyik berborak dengan seorang peniaga berbangsa Cina.

Kelihatan peniaga tersebut sedang memunggah 4-5 bekas berisi minyak diesel ke dalam bonet kereta 'antik'nya. Dari jauh kawan agak dia tengah merungut sesuatu yang menyakiti hatinya.

Sebelum peniaga itu menutup bonetnya, dia melaungkan: "Apa ini orang Melayu, jahat punya orang! Bikin susah orang beniaga!"

Tokey minyak Melayu pula dengan selamba membalas: "Itu Melayu UmNO memang jahat! Melayu bukan UmNo, baik punya orang, jaga rakyat!"

Tersenyum kawan mendengar sedikit keluhan rakyat yang semestinya mewakili semua bangsa dan kaum dinegara ini.

Tetiba aje, tokey melayu tadi menghampiri kawan... seperti dia tahu persoalan dalam hati, dia cakap bahawa peniaga cina tadi telah banyak kali membeli diesel pakai tong di stesen minyaknya, dan setiap kali dia membawa semacam surat izin dari kpdnhep sebagai tanda pembelian yang sah dan dibenarkan.

Masalahnya, peniaga tersebut telah banyak kali dia di'kejar' oleh penguatkuasa KPDNHEP bukan kerana apa-apa kesalahan. Cuma saja je nak tunjuk kuasa. Paling sakit hati, setiap kali nak tunjuk kuasa, maka setiap kali itulah nak duit paling kurang RM100.00.

Semalam, peniaga tu kena lagi. penguatkuasa mencarinya sampai ke rumah. Alasannya nak pastikan kesahihan surat kebenaran, walhalnya nak minta RM100.00 atas alasan untuk memudahkan urusan dilain kali.

Patutlah peniaga Cina tu bising dan kata macam-macam kat orang Melayu. Rupa-rupanya, perangai orang Melayu ni kadang-kadang bila ada kuasa sikit, mula tunjuk lagak. Penguatkuasa dah rasa jadi YDP Majlis Bandar. YDP dah jadi macam YB. YB dah jadi macam MB. MB dah jadi macam PM. PM dah rasa jadi Tuhan. Astaghfirullah....

Kesimpulannya... Melayu mudah layu, mudah lupa. Oleh itu, perjuangan untuk bangsa Melayu tidak kekal dan berjaya. Tukar perjuangan kepada perjuangan ISLAM yang sempurna lagi mulia di dunia dan akhirat.

ASSALAMUALAIKUM WRT WBT