Selasa, 28 April 2009

PERMOHONAN ZAMBRY DIISYTIHAR MB SAH DIMAHKAMAH PERSEKUTUAN DITOLAK OLEH HAKIM


Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Zambry supaya diisytiharkan sebagai MB yang sah. Keputusan itu dibuat oleh kelima-lima hakim. Dalam penghakiman tersebut, mereka sebulat suara berpendapat kes itu perlu dirujuk dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi bukan Mahkamah Federal.

Nampaknya jalan pintas yang cuba diguna oleh Zambry melalui peguam-peguamnya telah dipintas juga oleh para hakim yang arif lagi bijaksana. Zambry gagal menggunakan Mahkamah Persekutuan untuk mengisytiharkannya sebagai MB yang sah. Dia berbuat demikian sebab tertekan dengan gelombang rakyat yang tidak mengiktiraf sebagai MB yang sah di Perak. Kemana sahaja dia pergi rakyat mencemuhnya dan mengelar MB haram.

Dalam kes yang difailkan oleh Zambry pada beberapa hari yang lepas, beliau menuntut Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir:

1) Samada Sultan Azlan Shah mempunyai kuasa menolak permohonan Nizar untuk membubarkan DUN apabila beliau hilang kepercayaan DUN.

2) Apabila Sultan tidak mempersetujui permintaan Nizar, adalah dianggap Nizar dan EXCOnya telah meletak jawatan.

3) Apabila Nizar tidak mahu meletak jawatan, Sultan mempunyai hak untuk melantik Zambry berdasarkan Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, selepas Sultan berpuas hati Zambry mendapat kepercayaan DUN.

Zambry mahu Mahkamah Persekutuan membuat pengiktirafan bahawa beliau merupakan Menteri Besar Perak yang sah dari tarikh perlantikannya iaitu 6 Februari 2009. Zambry membuat permohonan kepada Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Dengan itu, kes permohonan Zambry bagi mengisytiharkannya sebagai MB yang sah akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
http://misabah.blogspot.com

Khalid ibn Walid : "Saya Tidak Berjuang Untuk 'Umar !"


Pada waktu Khalifah 'Umar ibn Khattab menjadi Khalifah, Khalid ibn Walid menjadi Panglima Perang. Ke mana saja ia dikirim pasukannya selalu menang. Sekali waktu pasukan Khalid ada di Asia Kecil. Sebelum menyerbu pertahanan musuh Khalid mendapat surat dari Khalifah, iaitu surat melucut jawatanya sebagai panglima.

Tetapi dalam penyerbuan itu, Kahlid sebagai tentera biasa masih menunjukkan kesungguhannya, bahkan masih berjasa dalam merebut kubu musuh. Waktu ditanya temannya sepasukan: "Wahai Khalid, buat apa engkau bersungguh-sungguh begitu, bukankah engkau telah dipecat 'Umar?"

Khalid menjawab, "saya tidak berjuang untuk 'Umar, melainkan berjuang untuk Islam." Kemudian Khalid minta izin dari panglima yang baru untuk ke Madinah minta penjelasan Khalifahkenapak dia dipecat. Syahdan. inilah dialog secara terbuka antara 'Umar sebagai Khalifah dengan Khalid sebagai bekas Panglima.

Tanya Khalid "Mengapa saya dipecat, apa kesalahan saya?" Jawab Umar"Engkau saya pecat untuk mencegah tiga hal:-

Pertama, untuk Khalifah, Panglima tidak boleh lebih populer dari Khalifah.

Kedua, untuk engkau sendiri, engkau adalah manusia biasa, kalau berhasil terus dalam memimpin engkau akan menjadi sombong.

Ketiga untuk rakyat, rakyat harus dipelihara aqidahnya dan kemusyrikan memuja kepahlawanan kamu."

Lalu Khalid menjawab "Saya terima pemecatan itu dengan ikhlas". Perintah Umar "Engkau sekarang saya tugaskan membantu Sa'ad di pasukan sebelah timur yang sedang mengalami kesulitan melawan pasukan bergajah angkatan perang Parsi."

Maka Khalid dikirimlah ke pasukan sebelah timur. Ia menyarankan kepada Panglima Sa'ad untuk menghadapi setiap ekor gajah perang dengan satu regu pasukan panah. Yang dipanah dahulu adalah penunggangnya. Setelah penunggangnya tewas baru memanah gajah pada bagian yang sensitif.

Khalid sendiri menawarkan dirinya untuk menjadi kepala regu dari salah satu regu pemanah. Taktik Khalid ini berhasil mengalahkan tentera bergajah itu. Karena gajah itu sudah tidak ada yang mengendalikannya, dan kesakitan kena panah, para gajah itu berbalik haluan menginjak-injak tentera berkuda dan kumpulan tentera sendiri di belakangnya, maka kocar kacirlah pasukan Parsi itu.

Ada empat nilai yang masih relevan hingga kini dalam kehidupan berpolitik dan bernegara dari dialog di atas.

Yang pertama, sikap keterbukaan dan keikhlasan, sebab tanpa keterbukaan mudah terjadi kesalah fahaman, yang mengandung bibit perpecahan ibarat api dalam sekam, baik dalam kalangan pimpinan organisasi politik dan negara, maupun antara yang memimpin dengan yang dipimpin.

Yang kedua, kepala negara atau organisasi tidak boleh kalah populernya dari panglimanya. Betapa banyak terjadi perebutan kekuasaan yang dilakukan oleh panglima suatu negara maupun kerajaan dalam sejarah.

Yang ketiga, orang yang selalu mencapai kejayaan dalam bidang apa saja, akan menjadi objek bagi iblis untuk masuk dalam perangkapnya bersifat seperti iblis sendiri, iaitu takbur, menyombongkan diri, baik kesombongan dengan pangkatnya, maupun kesombongan intelek dan jenis-jenis kesombongan yang lain.

Yang keempat, sikap mendewakan pemimpin, taat tanpa batasan, memuja tanpa batas dari rakyat dan ahli organisasi, menyebabkan rosaknya aqidah rakyat , dan pada pihak yang lain pemimpin akan menjadi diktator. Contohnya banyak dalam sejarah seperti misalnya rakyat Jerman yang memuja Fuhrernya, Hitler, sang diktator.

MUKTAMAR DEWAN PEMUDA PAS PAHANG


Pada 10 Mei 2009 bersamaan hari ahad jam 9.00 pagi, bertempat di Kompleks Imam As-Syafie (KIAS) Temin, Jerantut bakal menerima kunjungan bekas Ketua DPP Pusat, YB Dato' Mahfuz Omar yang bakal merasmikan Mukatamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang.

Menurut Pemangku Ketua DPPNP, Ustaz Suhaimi Saad, muktamar kali ini mungkin lebih meriah dengan kehadiran para perwakilan dan pemerhati pemuda dari 14 kawasan kerana muktamar kali ini berlaku pemilihan baru kepimpinan DPP Pahang.

Semua perwakilan dan pemerhati dinasihatkan tiba awal terutama perwakilan dari jauh.

ASSALAMUALAIKUM WRT WBT