Khamis, 28 Januari 2010

CARUMAN DANA PRU-13 DPPT BERMULA


TEMERLOH JAYA, 27 FEB 2010 : DPPT bergerak selangkah lagi dalam usaha mempersiapkan jentera pilihanraya pemuda Parlimen Temerloh sesuai dengan slogan 'Temerloh Milik Kita'. Setelah berjaya menubuhkan jentera pilihanraya diperingkat Parlimen, Dun, Zon dan Peti Undi, kini DPPT merangka pelan kewangan yang mampu menghasilkan kekuatan prasarana yang cukup apabila Parlimen dibubarkan.


Malam tadi, setiap ketua hal ehwal zon menerima watikah perlantikan rasmi yang disempurnakan oleh Ustaz Jauhari Ishak selaku Ketua DPPT. Dalam ucapan ringkasnya, beliau mengucapkan tahniah kepada setiap pemuda yang sanggup menerima amanah perjuangan ini.

Terima kasih juga kepada jentera pilihanraya DPPT yang telah merangka pelan kewangan ini. Mudah-mudahan diri kita semua diberkati Allah swt dan moga amalan kita diterimaNya, tambahnya lagi.

Mesyuarat kali kedua Majlis Tindakan Pemuda Zon ini berjaya mengumpul muka-muka baru yang selama ini agak segan silu untuk bersama. Menurut Setiausaha DPPT, kami telah mencuba pelbagai cara untuk mereka merasakan kepentingan berada dalam satu perjuangan. Rasanya, ini adalah jalan terbaik untuk mereka dan semoga usaha ini berterusan dan mendapat petunjuk dari Yang Esa.

B'Muslim Akan Menubuhkan SAR


Akademi Belia Muslim Cemerlang atau ringkasnya B'Muslim dikatakan dalam proses mendaftarkan sebuah sekolah agama rakyat di Temerloh. Menurut pengerusinya, Ustaz Syukri Shuib pihaknya dalam proses perbicangan serius ke arah pendaftaran tersebut.

Sambutan masyarakat setakat ini amat menggalakkan dan semua pihak sedang mananti perkembangan ini dengan penuh minat, tambahnya.

B'Muslim sebuah pertubuhan bukan kerajaan atau NGO merupakan pertubuhan belia yang aktif menjalankan aktiviti pendidikan untuk semua peringkat umur. Antara aktiviti ialah ceramah agama di tapak pasar malam Taman Temerloh Jaya.

Suasana santai dekelilingi gerai makan cukup menghidupkan majlis. Para pengunjung yang hadir untuk makan malam dapat mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan luar dengan gaya yang tersendiri.

Antara kelainan yang ditampilkan oleh B'Muslim ialah persembahan nasyid sebelum ceramah bermula. Rata-rata pendengar yang hadir cukup terhibur dan berpuas hati dengan isi ceramah yang disampaikan.

ASSALAMUALAIKUM WRT WBT