Isnin, 24 November 2008

Blog DPP Masih Hijau Muda

Alhamdulillah... segala syukur kepada Yang Esa atas bantuanNya jua, program semalam selesai seadanya, tugasan selanjutnya menanti dpp pada 29hb ni, Kempen Jom Sertai PAS yang dianjurkan oleh Penerangan PAS Kawasan namun Ketua Penerangannya adalah Timb Ketua DPP, maka dpp perlu bersama dari awal hingga ke akhir.

Terima kasih juga kepada sahabat (seladang) yang kerap memberi komentar kepada setiap artikel yang disiarkan.. blog dpp ini mungkin dilihat tidak banyak mengulas isu politik, pertamanya ianya masih baru dan sedang dalam proses penambahbaikan samada dari segi pengisian mahupun ketrampilan. keduanya, seperti yang diperkatakan orang, dpp takde program. so, aktiviti dpp terutama bersama masyarakat perlu disiarkan. Tapi insyaallah mulai tahun depan, dpp akan tugaskan setiap ketua lajnah dpp untuk artikel yang sesuai. Ketua dpp merangkap Ketua Lajnah Politik & Pilihanraya akan mengulas isu politik, Ketua DACS akan mengulas isu sukan, Ketua Kebajikan aan mengulas isu kebajikan, begitulah seterusnya... harap semua sahabat bersabar... terima kasih dan salam mahabbah.

1 ulasan:

Seladang berkata...

Kita sama-sama teruskan perjuangan untuk membangunkan minda ketulinan politik sejagat terutamanya kepada anak muda yang begitu banyak dihanyutkan minda dan akhlak mereka oleh kerakusan pemimpin Umno/BN demi mencapai cita-cita mengekalkan kekuasaan dan berjayalah mereka mengaut harta rakyat untuk pribadi dan kroni mereka.

IsyaAllah jika hari ini kita gagal, lusa, tulat dan satu masa akan tercapai juga apa yang kita perjuangkan.

ASSALAMUALAIKUM WRT WBT