Hari ini, hanya tinggal 3 hari lagi, Kempen Jom Sertai PAS semakin hampir.. Persiapan semakin ligat dek kerana melibatkan agenda dan tetamu istimewa, 'ala kulli hal, alhamdulillah.. semua pihak memahami tugas dan peranan masing-masing..
Pelbagai aktiviti dirancang sebagai usaha untuk menarik minat orang ramai supaya hadir pada 29hb ni (sabtu). Antaranya, Fesyen Muslimah Show, Basikal Lambat, Motor Lambat, Sepak Raga Bulat, Azan Subuh, Kaligrafi Cina, Tulisan Khat. Acara yang dijangka menarik perhatian ialah Acara Masak Ikan Patin (selain Masak Tempoyak), Acara Gubahan Hantaran Pengantin dan Acara Gusti Lengan.
Kaunter pendaftaran Ahli Baru PAS dan Pemilih Baru SPR akan turut dibuka sepanjang program tersebut. Majlis Dialog Bersama Komuniti Non Muslim akan diserikan dengan kehadiran Mr Vincent Lee dan Mr N. Balasubramaniam iaitu Timb dan Naib Kelab Penyokong PAS Kebangsaan. Majlis akan disempurnakan oleh Ustaz Ahmad Awang, Naib Presiden PAS.
1 ulasan:
Syabbas! Matlamat besar memerlukan kerja besar dan pejuang yang berhati besar! Berjaya - Alhamdulillah! Gagal - tidak ada kesalan. Kita sudah berusaha!
Catat Ulasan