dari petang semalam hingga jam 9.45 pagi ni , hujan masih tidak henti menandakan kebarangkalian banjir akan melanda temerloh sekali lagi. malam tadi dpp mengadakan meeting khas untuk bincang aktiviti terdekat...
bila semua pihak buat program serentak... aduh, pusing rasanya... maklumkan, ramai yang "sibuk benar" dan benar-benar sibuk. masing-masing merasakan keutamaan dia yang lebih utama. tidak hairan sebab kefahaman mengenai perjuangan ini tidak sama dan kita tak boleh nak minta lebih dari sahabat melainkan yang termampu oleh mereka. kita sendiri belum pasti sampai bila kita boleh bertahan dengan mehnah dan dugaan dalam perjuangan ini. Moga Allah memilih diri kita antara hambanya yang menemuiNya dengan sebaik-baik pengakhiran. Amin.
17 Nov - 5 Dis : Program Cuti Sekolah anjuran Tarbiyyah dan Jab Pelajar dpp di Akademi Belia Muslim, TJ
22 - 23 Nov : Tamrin DPPN di Bera.
23 Nov : Majlis Berkhatan Beramai-ramai di anjuran dpp di Taman Temerloh Jaya (kebajikan-Hj Sham)
23 Nov : Majlis Peperiksaan Anak-anak PASTI Pahang di Sek Agama al-Mukmin, Temerloh
25 Nov : Program Motivasi dgn UST Zamri TV9, anjuran Nisa' Temerloh di Dewan Tun Razak
29 Nov : Kempen Jom Sertai PAS di Hadapan Pej PAS Kawasan, di TJ
29 Nov : Dialog Kelab Penyokong PAS dan Penubuhan JK Penaja, juga di TJ
2 Dis : Kem Kenali Diri di DUN Semantan anjuran Jabatan Pelajar dpp- Ckg Bazli
8 Dis : Majlis Qurban anjuran dpp
Terima kasih kepada semua sahabat ajk dpp yang telah memberi komitmen dan sokongan bagi menjayakan semua program yang telah dilaksanakan...
Moga ALLAH memudahkan segala urusan dan menerima segala amalan kita.. amiiiin. ALLAHU AKBAR ! 3x
3 ulasan:
tahniah dan syabas atas lahirnya blog pemuda pas temerloh..
saya banyak mendengar keluhan dan sungutan dari beberapa orang ahli yang menyatakan pemuda takde kerja.. tapi melalui blog ini saya dapat melihat akan sibuknya ajk dpp dengan aktiviti... saya ada cadangan agar wujudkan satu ruangan untuk bicara ydp, satu lagi khutbah ulama, satu minda dpp, satu renungan nisa'... camana? ok tak ? anyway... good luck.
pas for all... takbir !!!
syabas...
Catat Ulasan