Khamis, 11 Disember 2008

Draf Rancangan Tempatan Daerah Temerloh

Seminggu lamanya admin pulang ke kampung sebelah zaujah di kelantan, seminggu juga jejari ini tidak berfungsi seperti yang diharapkan. Namun, nasib baik sahabat ajk dpp yang lain dapat berkongsi tugas. Lebih kurang jam 7.45 malam tadi admin tiba di rumah, dan tergesa-gesa pula untuk menghadiri meeting khas untuk membincangkan cadangan dan bantahan mengenai draf tersebut.

Meeting tersebut yang dihadiri oleh pimpinan PAS,wakil PKR, wakil DAP dan beberapa individu profesional dalam bidang berkaitan yang berjumlah 15 orang telah bersetuju untuk membuat cadangan atau bantahan berkaitan draf rancangan tempatan tersebut. 3 orang ahli yang berkelayakan (nama dirahsiakan) diamanahkan untuk membuat kajian terperinci. Secara umumnya, banyak perkara yang menjadi tanda tanya.

Daam meeting tersebut, ADUN Kuala Semantan YB Syed Hamid Syed Mohamed dipilih sebulat suara sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Draf Rancangan Tempatan Daerah Temerloh, manakala 3 orang Timbalan Pengerusi dilantik dari Pakatan Rakyat. Hj. Jusoh Darus (PAS), Sdr. Nizam Abdul Hamid (PKR), Mr Wu (DAP). Setiausahanya pula Sdr Syed Putra Syed Ahmad, PRO pula Sdr Hashim Abdullah.

Meeting juga menetapkan bahawa satu Sidang Akhbar akan diadakan pada 12 Dis, jumaat ini jam 10.30 pagi di Pejabat Peguamcara Peguambela Nizam Abdul Hamid. Meeting kedua pula pada minggu hadapan. Tarikh, masa dan tempat belum ditentukan.

1 ulasan:

syampomen berkata...

Semuga mereka yg dilantik dpt memberi input kearah yg positif utk membaiki kecatatan Draf ini,hendaknya jgn sekadar melepaskan batuk di tangga.

ASSALAMUALAIKUM WRT WBT