Rabu, 31 Disember 2008

Himpunan Intifadhah Membantah Kezaliman Zionis

PENTING... SEBARKAN... Satu Himpunan Intifadhah Membantah Kezaliman Regim Zionis ke atas Umat Islam Palestin akan diadakan Selepas Solat Jumaat, 2 Januari 2009, bertempat di Perkarangan Masjid Abu Bakar, Temerloh, anjuran bersama Parti Islam SeMalaysia (PAS) Negeri Pahang dan Gabungan NGO-NGO Islam Temerloh.

Semua lapisan masyarakat Islam terutama di Temerloh diseru agar manghadirkan diri sebagai menunjukkan protes bantahan kepada siri pengeboman dan kezaliman berterusan kepada umat ISlam seluruh dunia. Juga sebagai membuktikan kebersamaan kita kepada saudara seagama dan kekuatan umat islam di malaysia. AYUH ! Jom kita ke sana. Ajak saudara, ajak sahabat. TAKBIR !


Tiada ulasan:

ASSALAMUALAIKUM WRT WBT