Ahad, 14 Disember 2008

Program Berkhatan di Lanchang berjaya.


Dewan Pemuda Pas kawasan Temerloh berjaya mengadakan program berkhatan beramai-ramai yg diadakan di Markas Pas Kg Chempaka Lanchang dengan kerjasama MTD DUN Lanchang. Ini merupakan Siri Kedua 2008. Siri Pertama telah berjaya diadakan di DUN Semantan.

Majlis dirasmikan oleh YDP kawasan Temerloh,Ust Abd Rahim Latiff. Penyertaan yg menggalakan diterima dari masyarakat setempat dari pelbagai ideologi politik menandakan penerimaan mereka terhadap program yg kita anjurkan. Terima kasih kepada kumpulan Doktor yg menjayakan program ini dan kpd semua yg bertungkus lumus sehingga selesai majlis. (yang balik sebelum selesai, camana?)
Keduanya DPP mungucapkan takziah kepada keluarga mangsa Kemalangan Jalanraya sehingga menyebabkan kematian anak seorang penduduk disini pada malam semalam.
Ketiganya DPP melahirkan rasa simpati terhadap mangsa kebakaran yg berlaku di Lanchang tadi.Kita juga melancarkan derma kilat utk membantu mangsa kebakaran tersebut.

1 ulasan:

Seladang berkata...

Usaha yang baik akan diberkati Allah. Rakyat akan bersama di jalan kebaikan. PAKATAN RAKYAT adalah tapak perjuangan rakyat untuk rakyat!

ASSALAMUALAIKUM WRT WBT