Selasa, 23 Disember 2008

Pusingan Pertama Road-show Draf Selesai

Sudah agak lama jejari ini tidak mengendahkan desakan naluri agar membariskan bait kata atau bicara mengenai perkembangan semasa dpp. Bukan sudah letih atau bosan, cuma kadangkala masa itu amat mencemburui diri ini dan sahabat dpp yang lain.

Malam tadi, selesai pusingan pertama roadshow Draf Rancangan Tempatan Daerah Temerloh. Para penduduk di 3 lokasi utama yang terlibat dengan draf tersebut telah diberi taklimat dan penerangan sewajarnya. Terpulang kepada mereka untuk tindakan susulan. Pihak Jawatankuasa Bertindak (JB) hanya akan membantu mereka. Keputusan ditangan mereka. Malam ini, insyaAllah mesyuarat JB untuk membincangkan tindakan seterusnya. Pihak MPT telah memaklumkan bahawa tempoh untuk semakan dan bantahan telah dilanjutkan kepada 21 Januari 2009. Maka, terus merangka yang terbaik!

Tiada ulasan:

ASSALAMUALAIKUM WRT WBT