Isnin, 1 Disember 2008

Sejarah Baru PAS Kawasan Temerloh

Tanggal 29hb Nov baru ni menyaksikan satu peristiwa yang cukup membuatkan perasaan para pejuang ISLAM berasa kemenangan semakin hampir. Mungkin di kawasan lain telah lama ianya berlaku, namun untuk PAS Temerloh.. satu kejayaan moral yang pasti membuatkan para petugasnya semakin terdesak untuk mencapai kemenangan dalam pru13 nanti khususnya parlimen temerloh.

Majlis Dialog dan Pelancaran Kelab Penyokong PAS Temerloh telah berlangsung dengan jayanya sempena Program Kempen Jom Sertai PAS di Taman Temerloh Jaya baru-baru ni. Kehadiran hampir 40 orang masyarakat kaum india itu turut mendengar penerangan dari Pengerusi Kelab Penyong PAS Pahang Mr. N Balasubramaniam. Selain Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang, Ust Abd Ghani Shamsudin dan YB Khalil Idham Lee terut sebagai tetamu istimewa.

Rombongan Anggota Perhubungan PAS Negeri Pahang dan Tetamu Kehormat tiba di Hadapan Pejabat PAS Kawasan Temerloh pada jam 10.15 pagi disambut oleh pimpinan pas kawasan temerloh seterusnya dibawa untuk memeriksa perbarisan Unit Amal temerloh seramai 21 orang. Nyanyian Lagu tema PAS dan AMAL yang diiringi hujan renyai-renyai menyebabkan suasana semakin teruja untuk memperkukuhkan perjuangan suci ini.

Pelbagai acara dan aktiviti diadakan untuk memeriahkan lagi majlis tersebut yang berakhir jam 1 petang dengan jamuan tengahari. Rombongan seterusnya bertolak ke Maran. Nantikan Majlis Perasmian Kelab Penyokong PAS Temerloh Januari nanti.

3 ulasan:

Seladang berkata...

Syabass! Teruskan perjuangan tetapi jangan angkuh!

syampomen berkata...

kepada SELADANG,harap buang gambar anta & isteri(mungkin)yg mendedahkan aurat tu!

Seladang berkata...

Syam pomen,

Terima kasih saranan itu, tapi bukan aku! Itu gambar cucu Tok Kedu dan isterinya dalam rumah sedang kira duit jual lembu dan kambing!

Bagaimana pun aku akan buang juga kerana dia pun telefon aku macam Syam pomen ingatkan!

Terima kasih banyak-banyak! Maafkan aku!

ASSALAMUALAIKUM WRT WBT