Selasa, 3 Februari 2009

Puisi: HARAPAN RAKYAT


Angin sepoi-sepoi bahasa telah bertiup
menyegar lapangkan sedikit demi sedikit
dada rakyat yang dalam kepanasan
selama ini dibara kering derita
dari telapak tadbir bernama Umno.

Angin sepoi-sepoi bahasa
mulai bertiup deras mengalun
gelombang rentak politik tanahair
tercetus reformasi 8 mac 2008
menjalar ke Permatang Pauh
meniti di Kuala Terengganu
merobek angkuh Umno/Bn
meledak mara Pakatan Rakyat
harapan baru bumi pusaka.

Harapan baru itu akan mara
membujur lalu melintang patah
perjuangan rakyat untuk rakyat
yang pernah dipinggirkan Umno
dengan lagu-lagu hikayat.

Kini rentak tari langkah terajang
tidak akan terhalang dek fitnah
kerana luka hati selama ini
mencetus rasa peralihan
dari medan kepura-puraan
ke perjuangan rakyat
yang ditegakkan oleh rakyat.

Demikianlah mula tersurat
harapan baru harapan rakyat
tidak akan berundur
dan mara memburu
keadilan, kemakmuran, kestabilan
dibawah Pakatan Rakyat yang keramat!

2 ulasan:

syampomen berkata...

Penggemar puisi dan sajak juga berhak mendapat sinar hidayah seperti kata cikgu BA.Seharusnya DPP mengambil inisiatif utk mendekati golongan ini supaya sasaran dakwah menyeluruh

jebat_muda berkata...

Berlansungnya Gerakan Anti -PPSMI yang melibatkan ramai, Tokoh-Tokoh Bahasa, Penyair- Penyair Tanahair satu FENOMINA baru bagi kita semua menggembalikan " KEMBALI MERTABAT BAHASA " kita, yang telah di MANDUL kan oleh UMNO ! Tahniah !! diatas sokongan dan komitmen tokoh-tokoh ,penyair-penyair bahasa kita yang sanggup turun menongkah arus...

ASSALAMUALAIKUM WRT WBT