Rabu, 11 Mac 2009

MUHASABAH : Bila Datang Pertolongan Allah?


PRU12 telah setahun berlalu dengan menyaksikan PAS dan PR memerintah lima buah negeri walaupun salah satunya telah diculik dan dibawa lari ke negeri Pasir Berdengung. (Apakah Laksamana Do Re Mi yang menyelamatkan kerajaan Pasir Berdengung itu adalah Presiden PAS, PKR dan DAP?)

Apapun, dalam konteks Pahang, PAS masih perlu menilai jauh akan kekuatan dan persiapan untuk menghadapi PRU13 akan datang. Persoalannya, kenapa PAS Pahang masih belum boleh menang? Jentera tak kuat? Rakyat Pahang tidak cerdik? Orang Felda penakut?

Kita boleh senaraikan seribu alasan, namun klimaksnya, Allah masih belum redha berlaku kemenangan di negeri Pahang ini. Apa syarat kemenangan dan redha Allah?

Kalau kita baca kembali buku susunan Ustaz Nasarudin Hasan Tantawi, pra syarat kemenangan, pasti kita akan temui banyak perkara yang tidak diperhalusi oleh jentera pilihanraya PAS Pahang (sila baca dan fahami buku berkenaan).

Pendapat Dato' Bahaman, PAS Pahang belum menang sebab Allah belum mengizinkan ia berlaku kerana alasan yang kita semua tak nampak zahirnya. Semua pimpinan PAS Pahang berbangga kononnya memiliki antara jentera pilihanraya negeri yang terkuat di Malaysia. Apa tidaknya, buku manual pilihanraya diterbitkan oleh JPN diterima dan digunapakai oleh PAS negeri lain. Hebatnya PAS Pahang tapi kehebatan dan kekuatan serta organisasi yang tersusun rapi belum cukup untuk Allah kurniakan kemenangan.

Dato' Bahaman teringat zaman belajar dulu, punya sahabat seorang setiausaha yang nampak hebat dan kemas dalam perancangannya, tapi gagal dalam mencapai matlamat yang digariskan. Sahabat lain pula, nampak kolot dan tidak tahu komputer, tapi berjaya membawa persatuan ke arah mencapai misi dan visi yang diharapkan.

Di Malaysia ini pun, Dato' Bahaman ada sahabat berjawatan bendahari, rajin berusaha mencari wang, turun ke setiap pelusuk kampong, mencari dana dan sumbangan serta hutang, namun duit tetap tak cukup. Sahabat lain pula menggantikannya, nampak tidak yakin dan gugup, tidak punya perancangan rapi, namun diakhir tugasnya, berjaya mengumpul baki yang luar biasa.

Pahang pula, PRU '99 telah menjadi sejarah bahawa menang enam DUN ketika jentera Pilihanraya Negeri dianggap lemah dan tidak beroganisasi dengan baik. Atas usaha perubahan, JPN dirombak sepenuhnya, mungkin dikira gagal membawa kemenangan di negeri Pahang sedangkan Kelantan dan Terengganu telah diperintah PAS.

PRU 2004, kejutan berlaku, apabila PAS Pahang gagal sekali lagi walaupun jentera semakin kuat dan tersusun. Paling sakit bilamana enam DUN yang dimenangi '99 turut tumbang. Namun macam biasa, ribuan alasan diberikan apabila gagal.

PRU 2008, gelombang penolakan BN cukup kuat akhirnya PAS & PR menang di lima negeri. Pahang masih gagal. Alasan cukup banyak. Cuma masih belum menuding ke muka sendiri. Enam DUN Tumpuan gagal. Dua DUN yang tidak diberi tumpuan, Kuala Semantan (jengok pun tidak) dan Baserah, telah diberi kemenangan. Kalau ikut kekuatan, pimpinan negeri beri markah gagal, tapi Allah beri kemenangan mungkin kerana kebersamaan petugas dengan penuh keikhlasan. Soal selepas kemenangan adalah soal kedua. Yang penting adalah kemenangan.

Apakah Pertolongan dan Kemenangan Allah hanya akan TIBA selepas suatu pemutihan besar-besaran ke atas jentera pilihanraya PAS Pahang? Apakah ada jentera yang merosakkan jemaah? Petugas yang memberi imej buruk kepada jemaah? Adakah ada penyelewangan dalam bentuk tugas atau kewangan atau apa sahaja yang akhirnya menyebabkan kemenangan yang telah Allah janjikan hampir, tertangguh hingga masa yang hanya DIA yang tahu.

Tiada ulasan:

ASSALAMUALAIKUM WRT WBT