
Dah lama jejari malas ini tidak menari di depan laptop koi. Entah mengapa hati koi semakin meronta untuk mendesak suatu penyelesaian segera dari isu yang dah lama didendangkan samada daripada pihak musuh atau daripada pihak musuh dalam selimut.
ULAMA' @ PROFESIONAL YANG LAYAK MEMIMPIN PAS. Tapi kali ini lebih kepada siapa yang layak untuk jawatan TIMBALAN PRESIDEN PAS? dan siapa koi untuk turut mengulas isu ini? Pemimpin? bukan. Pemikir? bukan. Pengkaji politik? bukan. Koi cuma petugas bawahan yang semakin pening dengan tindakan/kenyataan pemimpin atasan.
Koi baru-baru ni, tidak semena-mena dihubungi seseorang yang mengaku wartawan malaysiakini. Entah ya entah tidak, koi tak tahu. Kononnya, nak tahu pasal perkembangan mesyuarat agung kawasan-kawasan seluruh pahang.
Ada ke percalonan untuk jawatan presiden PAS selain TGHH? Koi jawab takde. Wartawan 'mabuk' berita tu masih tak berpuas hati, itu ini begitu begini........ koi mula bosan.
Akhirnya, seperti lagak boss MU menukar strategi dan taktik memerangkap musuh, koi terpaksa jawab: Encik, kami di Pahang ni takde masa nak bincang pasal percalonan, kami lebih sibuk bincang strategi bila nak rampas Pahang dari Umno 'yang direjam'. Dia ketawa besar dan meletakkan telefonnya. toooottttt.....
Tapi koi dari situ mula merasakan ada kelainan dalam pemilihan parti tahun ini. Sememangnya perubahan itu perlu, tapi perubahan yang macamana? Pemilihan tahun ini yang berlaku depan mata koi, berlalu dalam keadaan agak pelik dan sedikit tegang.
Bermula di cawangan, kemudian kawasan termasuk dewan, dan koi yakin kalau peringkat negeri diizinkan berlaku pemilihan, pasti suasana lebih hangat dari biasa.
Jun 2009 semakin hampir. Beberapa tokoh mula menyatakan kesediaan bertanding atas desakan akar umbi. Entahlah. Koi semakin alergik dengan alasan tersebut.
Koi semahunya tidak mahu bersangka jahat kepada setiap pemimpin, baik diperingkat negeri mahupun pusat. Bagi koi yang tidak punya ilmu yang tinggi ini sudah cukup bersyukur kerana Allah beri peluang kepada diri koi dan keluarga duduk bersama dalam jemaah yang berjuang untuk meninggikan syiar Islam dan mendaulatkan hukum-hakamNya.
Waktu di pondok dulu, arwah tok guru pesan, Bila dengar arahan pimimpin, maka jawab, kami dengar dan kami patuh. Tok guru arah botak 2 bulan sekali, kami akur walaupun 2 minggu lagi dah nak raya (takde peluang nak usha awek time raya).
Tapi realiti sekarang, PAS telah menerima konsep keterbukaan dan perubahan. Secara jujur, koi mengaku takut nak buat pendirian dalam isu ini. Koi lebih rela digelar penakut daripada tersalah anggap kepada pemimpin. Namun, hari ini mungkin koi turut berubah.
Dalam minggu ini saja, sinar harian, harakah, siasah, laman web, blog-blog pimpinan semakin bernafsu untuk membicarakan isu ini (termasuk koi hari ini). Semua ada hujah dan pendirian masing-masing. Kenyataan rasmi Presiden atau Mursyidul Am tidak lagi ditunggu. Tidak seperti zaman Dato' Fadzil Nor.
Koi teringat ada satu isu waktu itu yang mana beberapa pemimpin berlainan pendapat. Media ambil peluang untuk menambah manis, masin, pedas dan masam. Bila Dato' Fadzil Nor yang baru pulang dari umrah, beri arahan DIAM. semua diam, isu tenggelam.
Tapi mungkin ada berhujjah, itu dulu, sekarang PAS semakin terbuka! Mungkin. Tapi jangan pandai buka tak pandai tutup, sudah ler.
Kritikan semakin panas dengan gaya bahasa 'cukup berbahasa', mee celup, mee goreng. Koi lebih suka mee kari. Sudahlah....
Tapi koi lega bilamana TGNA telah menyatakan, mereka yang ingin menawarkan diri bertanding jawatan tertinggi parti itu perlu bermuhasabah diri sama ada mereka benar-benar memenuhi kriteria yang ditetapkan parti. "PAS adalah parti pimpinan ulama. Memang dulu ulama tidak berpelajaran tapi kini ulama sudah banyak yang terpelajar dan pandai. Dia ulama dia jugalah profesional. "Ulama dan profesional ni kita gabungkan. Dah lama dah selesai benda ni, sepatutnya tak timbul lagi isu,"
Sebab itu koi harap pemimpin lain hentikan ulasan. Sila hormati kenyataan TGNA dan TGHH. Koi percaya 2 pemimpin ini lebih faham dan mengerti dalam mengambil apa-apa keputusan. Mereka berjuang lebih lama tapi tak bermaksud orang baru tak layak menegur. Bertanyalah sebelum menegur.
Koi masih berpendirian (kuno?), kalau betul nak berjuang, jawatan AJK pun kita boleh berperanan. Lainlah kalau kita nak keputusan jemaah mengikut selera kita, maka nak tak nak, jawatan tertinggi terpaksa kita calonkan diri kita atau proksi kita (koi tahu banyak lagi alasan untuk bertanding termasuk calon lain tak layak).
Walau apa pun, setiap kalimah yang kamu keluarkan, hanya Allah saja yang tahu buruk baiknya. Jangan sampai PKR kata PAS macam kita jugak... mari pakat gelakkan PAS... hahahaha hihihihih hoohohohho!
MUSLIMIN UNITED
Jihad Islami Forever
Tiada ulasan:
Catat Ulasan