
Pahangdaily
Ramai yang terkejut dengan pendedahan berani yang dilakukan oleh saudara mara dan kaum kerabat isteri Perdana Menteri Malaysia, Rosmah Mansor, tentang sikap sebenar beliau selama ini.
Susulan daripada pendedahan inilah kononnya timbul arahan kononnya kerajaan tidak membenarkan penjawat awam menggunakan “modem” untuk melayari internet baru-baru ini.
Sebelum ini, kami sudah mendapat banyak laporan berita yang mengaitkan Rosmah Mansor ini sebenarnya, terutama ketika awal-awal beliau “mendapatkan perhatian” Najib Razak yang menjadi Menteri Besar Pahang ketika itu.
Rosmah dikatakan menggunakan proksinya “Maznah Mazlan” untuk mendapatkan Najib. Malahan juga terdapat laporan yang mengatakan ketika Najib menjadi MB Pahang ketika itu, Rosmah dikatakan saban hari menjengok Wisma Sri Pahang dekat Kuantan.
Bomoh apakah yang beliau pakai, hingga Najib sanggup tidak mahu berjumpa dengan orang setiap petang gara-gara ingin bersama dengan Rosmah. Manakala, Maznah Mazlan dikatakan menjadi pengawal di lobi Wisma Sri Pahang.
Malah, bagi mengelirukan orang ramai Najib telah mengarahkan pengawal SUK mengalihkan kereta rasmi Menteri Besar ke bahagian belakang bangunan itu. Dan mengarahkan pengawal memaklumkan bahawa “MB tiada di pejabat” setiap kali ada orang awam atau pemimpin tertentu ingin bertemu dengan beliau.
Kisah ini dicerita panjang berjela oleh seorang pengawal SUK Pahang yang pernah bersama Najib ketika beliau menjadi Menteri Besar Pahang.
Malah, dari kalangan mulut pemimpin wanita Pahang memang terdapat desas-desus yang Rosmah juga pernah mendapatkan khidmat “Mona Fendy” dalam usaha untuk mendapatkan Najib hingga menyebabkan isterinya ketika itu seolah-olah “gila”.
Laporan di atas adalah sebahagian daripada kisah kebobrokan Rosmah Mansor. Namun pendedahan yang dibuat secara eksklusif di internet sekarang ini cukup menggemparkan rakyat Malaysia di seluruh dunia.
Tambahan pula mereka yang membongkar maklumat itu adalah mempunyai pertalian rapat dengan isteri Perdana Menteri itu sendiri. Makanya, dibawah kami paparkan video berkenaan untuk tatapan seluruh rakyat.
Semoga ianya dapat menjadi iktibar dan ilmu yang berguna untuk dihebahkan kepada rakyat yang masih dibutakan mata dan hati mereka. Dengan pendedahan ini juga jelas membuktikan kepada kita yang Najib sebenarnya bukanlah Perdana Menteri Malaysia, beliau hanyalah “Pak Turut” yang terpaksa mengikut apa sahaja arahan yang dikeluarkan oleh Rosmah Mansor.
Justeru itu, yakinlah kita sekarang bahawa isteri Perdana menteri itu bukanlah seperti yang digambarkan oleh sesetengah orang. Malah beliau lebih hebat dan teruk dari itu sebenarnya. Klik http://www.youtube.com/watch?v=Tgw-DgS13YE dibawah untuk info ;-
[Sebenarnya banyak lagi maklumat tentang sikap sebenar Rosmah Mansor ini sebenarnya. Maka itu, sebagai manusia dan rakyat Malaysia yang celik mata dan hati, anda boleh menilai sendiri apakah kita harus mempunyai isteri pemimpin seperti ini untuk kita agung-agungkan?. Rosmah yang diketahui telah membolot berbagai kemewahan dan kekayaan termasuk PLKN dan berbagai lagi projek-projek mega yang lain dilihat sebagai individu yang telah merosakkan dan menjatuhkan maruah Najib Razak sendiri. Namun, segalanya bagai sudah tersurat bahawa Najib terpaksa menghambakan diri juga kepada wanita yang terkenal dengan sifat borosnya ini. Oleh itu, rakyat yang perlu membuat perubahan jika mereka mahu menghalang Rosmah dari meneruskan berbagai agenda dan cita-cita beliau yang masih belum tercapai sejak dulu, kini dan selamanya].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan