Khamis, 20 Ogos 2009

Dewan Pemuda Hantar Wakil Ke Permatang Pasir


Sejak 18 ogos lalu, Dewan Pemuda PAS Temerloh telah menghantar 5 orang sebagai petugas di Peti Undi Samagagah. Mereka dijangka bertugas sehingga 23 Ogos 2009. Rombongan DPP kali ini diketuai Timbalan Ketua DPP, Ustaz Fairuz Hisham Nordin.

Menurutnya, kerja-kerja kepemudaan amat banyak tetapi hasil kesungguhan pemuda Pahang dengan kerjasama pemuda tempatan, semuanya dapat diselesaikan dengan cemerlang. Pihak polis seperti biasa mengambil sikap memprovokasi petugas-petugas PAS dengan cara mengacau dan mengugut serta menyusahkan kerja-kerja pilihanraya.

Suasana tidak selesa seperti telah menjadi matlamat pihak polis kerana sepanjang jalan utama di peti undi Samagagah, trak dan kereta polis berkeliaran dengan purata 5 minit sekali. Petugas muslimat pula perlu ditambah dengan segera berikutan tindakan agresif wanita dan puteri Umno dengan ziarah dari rumah ke rumah, ujarnya lagi.

Banyak pengajaran dan pengalaman berharga dapat diperolehi oleh wakil DPP di sana, semoga segalanya dapat dipraktikkan dalam pilihanraya umum akan datang, insya Allah.




Tiada ulasan:

ASSALAMUALAIKUM WRT WBT