
DPPk mohon maaf kepada semua follower yang agak lama menanti update dari kami. Bukannya bosan mengadap PC mahupun LT, tapi waktu sehari hanya ada 24 jam. Tidak lebih tidak juga kurang. Seperti mati, tidak didahulukan atau dikemudiankan walau sesaat.
Tahun 2009, banyak kenangan sakit, suka, pahit, manis yang dilalui DPP. Teringat kata-kata akhir Dato' Pesuruhjaya ketika merasmikan Konvensyen ICT Pahang baru-baru ini, selepas beliau membacakan ayat terakhir surah alMaidah.
"Para petugas parti perlu banyak bersabar dan menyabari diri ketika melaksanakan tanggungjawab dan amanah jemaah. Tentu ada hati yang terasa, perasaan tertekan dan tidak puas hati, namun itu adalah adat dalam kerja berjemaah. Tentu ada pihak yang menekan dan tertekan. Satu pihak yang menggerak dan digerak."
Bila difikirkan, terkadang kita berada dipihak penggerak, maka kita mesti menggerakkan operasi atau program melalui arahan kepada pihak yang mesti digerak. Dalam proses itulah, terkadang kita lalai, leka atau tak ambil berat tentang arahan tersebut. Akhirnya pelaksanaan tidak seperti perancangan.
Entahlah, kata orang dalam kerja parti yang tidak bergaji ini, tak boleh nak paksa orang sangat. Mungkin betul. Tapi kalau kita tidak displinkan anggota parti hingga ramai yang tak ambil penting, jemaah juga yang rugi. Bila dah jadi macam tu, lebih ramai lagi yang tolong tunjuk orang ini tak pandai kerja, orang itu tak reti kerja.
Bila kita toleh ke belakang, ramai lagi ajk yang dipilih atau dilantik belum menggerakkan usaha ke arah memperkasakan parti. Kita lebih bersemangat membincangkan isu nasional dan dalaman parti. Kita jarang sekali nak mengaku 'saya tak cukup usaha bagi menguatkan parti'.
Dimana kita?? Maka, tahun 2010 DPP beriltizam menukar rentak langkahan dan strategi. Majlis Tindakan Pemuda Zon akan bermesyuarat sebulan sekali bagi membincangkan perancangan 2010 sehingga PRU13 nanti. Dana Pilihanraya 13 telah berrmula carumannya. DPP menjangkakan jumlah caruman sebanyak RM20,000 pada April 2011. Pastinya, jumlah itu masih belum cukup untuk penyediaan bahan kempen terutama untuk golongan muda.
Pembinaan Pelapis perlu dipergiatkan. Tenaga pilihanraya perlu diberi pengetahuan lebih mendalam. Pemuda di setiap lokaliti perlu dikenali dan dikembangkan prestasi mereka. Program ziarah perlu diperkerapkan. Aktivtiti kepemudaaan di setiap cawangan dan lokaliti juga perlu dipergiatkan. Itu semua mesti disegerakan jika kita semua punya cita-cita bertnding di parlimen Temerloh dan menang!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan