Selasa, 23 Februari 2010

ANTARA KEMAHUAN DAN KEMAMPUAN

Sebahagian AJK DPP berbincang seketika sambil memantau para peserta

Slot terakhir Mukhayyam Syabab adalah "Antara Kemahuan & Kemampuan". Slot ini khusus untuk para peserta yang tiada jawatan dalam DPP Kawasan Temerloh. Tujuannya untuk memberi kesedaran bagaimana menghadapi kemahuan golongan muda serta bagaimana menzahirkan kemampuan mengurus mereka.

Sememangnya sukar untuk DPP melayan kehendak semua kerana semuanya memerlukan masa, tenaga, wang ringgit dan kerjasama semua pihak. Namun ramai yang beranggapan ianya sekadar alasan bagi menafikan kelemahan DPP. Oleh itu, slot terakhir ini disediakan khusus untuk menyedarkan kesulitan tersebut.

Tunjuk ajar dan bimbingan sentiasa dicurahkan kepada peserta sepanjang program

Semua peserta telah dipecahkan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan perlu melantik seorang Ketua Pemuda, Setiausaha, Ketua Lajnah Ekonomi, Ketua Lajnah Sukan, Ketua Lajnah Kebajikan dan Ketua Lajnah Penerangan.

Setiausaha DPPT, Sdr Farid sedang menceritakan pengalaman beliau

Setiap kumpulan hendaklah merancang 3 program yang dikira mampu menarik minat golongan muda. Setiap program yang dirancang perlu disediakan objektif, anggaran kewangan dan sumber kewangan. Masa diberi 1 jam untuk menyediakannya.

Walaupun penat di hari ke-3, agenda perlu diteruskan. Aktiviti bebas 2 minit.

Kesimpulannya, para peserta sedar bahawa bukan perkara yang senang untuk mengurus sesuatu program dengan sumber kewangan yang terhad dan tenaga kerja yang minima. Itupun, belum dikira pengorbanan masa yang cukup berharga. Apapun, tahniah untuk semua.

Pokcu sebak menceritakan kisah duka pengalaman dalam dunia caving & tracking.


Tiada ulasan:

ASSALAMUALAIKUM WRT WBT