KARNIVAL ORANG MUDA GENG KITA
Karnival orang muda geng kita, selama dua hari berjalan lancar walaupun dihari pertama menyaksikan hujan turun berterusan sehingga petang.Majlis bermula seawal jam 9 pagi dengan uacapan dari pimpinan DPP negeri dan juga dari Timbalan Pesuruhjaya, ustaz Yusof Embong.Perasmian disempurnakan oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Ustaz Nasruddin Tantawi yg berucap dgn penuh semangat.
Karnival yg penuh dgn aktiviti sepanjang hari ini mendapat sambutan dari pelbagai lapisan masyarakat.Antara aktivitinya ialah Pemeriksaan Kesihatan percuma, Kaunter jualan dan pameran pelbagai barangan dan dari berbagai agensi.
Juga diadakan sukan Paintball dan sukan rakyat.Ternyata Sukan Paintball berjaya menarik perhatian ramai kerana mungkin ianya sukan yg baru dikenali dan penuh cabaran.DPP Temerloh yg juga menghantar wakil dlm acara ini menang bergaya pada perlawanan pertama mereka walaupun tewas pd perlawanan kedua.Apapun ini pengalaman yg sangat berharga bagi pemuda Temerloh khususnya, kerana diwakili oleh remaja2 belia yg masih muda.
Malam tersebut diadakan Malam Kesenian yg dijayakan oleh Artis2 seperti Renggo arrow, Muslim Voice ( Acapella), Kamarul Raihan, sementara pengacara majlis ialah Ustaz Akhwan Affendi yg berjaya menghidupkan majlis pd mlm tersebut. Beliau juga turut menyanyi beberapa lagu.
Ustaz Syukri dari Temerloh berjaya menduduki tempat kedua seluruh negeri Pahang dlm acara yg sangat mendebarkan iaitu acara.........BOWLING KELAPA !
Pasukan dari Temerloh sedang menimbang bola takraw dgn penuh semangat sehingga mampu menjuarai tempat yg tidak mendapat hadiah.Tahniah kpd mereka.kelihatan juruletih sedang memerhati gelagat anak buahnya.Beliau baru sahaja memenangi acara Gusti Lengan.Pada hari ini diadakan acara2 seterusnya seperti Merentas Desa dll.Dan pada mlm ini Ceramah Perdana menampilkan Ustaz Nasarudin Tantawi, Saifudin Nasution, Zaid Ibrahim dll.Semuga Karnival seumpama ini yg berjaya mengumpulkan Pemuda2 dari seluruh negeri akan memberi semangat baru kpd mereka utk menjadi pemuda yg berkualiti zahir dan batin dan akan berjuang kpd kebenaran insyaallah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan