Rabu, 30 Jun 2010

Tengok Bola Jangan Lupa Derita Gaza

Dalam keseronokan menonton Bolasepak Piala Dunia, kita perlu menyorot kembali bagaimana keseronokan saudara seagama kita yang sedang 'berseronok' bermain dengan bola-bola api dan kanak-kanak mengelecek pantas sejurus melontar batu walaupun dalam keadaan offside.

Pengadil dunia pantas meniup wisel dan melayangkan kad darah bererti hukuman roh terkeluar dari jasad. Para penonton dalam stadium memekik keseronokan. Namun di luar stadium orang ramai berhimpun membantah keputusan tersebut. Apakan daya, sekadar himpunan.

Walaupun begitu, kita perlu menunjukkan tanda sayang dan simpati kepada mereka. Jom berami-ramai hadir ke Malam Penghayatan Palestin Bersama Wira Konvoi Gaza pada Ahad, 4 Julai 2010, jam 9.00 malam di Dewan Orang Ramai Taman Temerloh Jaya. Sebarkan.

Jangan lupa bawa sumbangan untuk Palestin!!!

Tiada ulasan:

ASSALAMUALAIKUM WRT WBT