Jumaat, 6 Mac 2009

BANTAH PPMSI-7 MAC 2008-KL

HADIRLAH BERAMAI-RAMAI MEMBANTAH PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS BAGI PELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK

SABTU 7 MAC DI KUALA LUMPUR








Selasa, 3 Mac 2009

LAMAN BLOG PAS Kawasan Temerloh


TEMERLOH - PAS Kawasan Temerloh kini telah memiliki laman blog untuk semua ahli dan penyokong PAS & Pakatan Rakyat berkongsi maklumat dan penerangan terkini. Laman yang dibangunkan oleh Lajnah IT Kawasan dengan kerjasama Lajnah Penerangan Kawasan. Menurut ketua Lajnah IT Kawasan, Sdr Farid Rani, laman ini disediakan untuk kemudahan Lajnah Penerangan Kawasan menyampaikan segala info dan maklumat terkini samada isu setempat, negeri, nasional mahupun antarabangsa.

Menurutnya lagi, laman ini juga menyediakan ruangan untuk semua ahli menyatakan pendapat atau cadangan demi kebaikan PAS Kawasan Temerloh.
Untuk melayari laman ini, sila http://pastemerloh.blogspot.com

Isnin, 2 Mac 2009

AKADEMI BELIA MUSLIM CEMERLANG (B'Muslim)


TAMAN TEMERLOH JAYA - Genap 6 bulan selepas pelancaran pertubuhan belia B'Muslim pada bulan Julai 2008 yang lalu, hari ini operasinya dipergiatkan semaksima mungkin. Menurut pengerusinya, Ustaz Mohd Syukri Shuib, pendaftaran untuk kelas al-Quran dan Fardhu Ain khusus untuk golongan belia dan dewasa dibuka hari ini sehingga tarikh tutup yang akan dimaklumkan kemudian. Selain dari itu, Kelas Tahfiz dibuka untuk para pelajar rendah dan menengah. Maklumat lanjut, sila hubungi : Ust Syukri : 019-945 2024, Hj Sham : 019-913 1799




Sabtu, 28 Februari 2009

Skim Dana Taqwa PAS Pahang



Pakatan Amal Sejagat mensasarkan 25 peratus ahli PAS Pahang menyertai program Dana Taqwa – eTiqa yang baru diperkenalkan.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, projek Dana Taqwa – eTiqa ini adalah sebahagian daripada usaha merealisasikan konsep negara berkebajikan yang disebut dalam manifesto pilihan raya PAS tahun lalu.

Katanya, walaupun PAS Pahang tidak berjaya mentadbir negeri Pahang, namun usaha untuk memberi kebajikan kepada ahli dan masyarakat tetap dilaksanakan mengikut kemampuan dan salah satu daripadanya ialah projek Dana taqwa yang diusahakan dengan kerjasama Takaful eTiqa.

Menurut beliau, program ini adalah kesinambungan program Danataqwa – Syarikat Takaful Malaysia yang diperkenalkan PAS empat tahun lalu yang menempa banyak kejayaan.

“Program Danataqwa ini adalah kesinambungan program terdahulu yang diusahakan dengan kerjasama Syairkat Takaful Malaysia,” katanya ketika berucap pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) dengan Takaful eTiqa berhad di pejabat Badan Perhubungan PAS Pahang dekat sini.

Jelas beliau, berikutan Syarikat Takaful Malaysia menamatkan program wakaf dalam penyusunan semula plan-plan perniagaanya maka pihak Pakatan Amal Sejagat terpaksa mencari rakan niaga baru dan memilih Takaful eTIqa berhad sebagai rakan niaganya.

Tuan Ibrahm menjelaskan melalui kerjasama ini, syarikat tersebut akan menguruskan plan takaful bagi ahli PAS Pahang yang dibahagikan kepada tiga iaitu Amal Jamaie, Amal Jamaie warga emas dan Al Ansar. Manakala PAS akan mengutip sumbangan daripada ahlinya melalui agen-agen di kawasan masing-masing.

Program berkenaan akan memberi perlindungan Takaful (RM3,000 termasuk khairat kematian) kepada ahli PAS yang membayar RM10.00 setahun iaitu yuran keahlian PAS (RM3.00), infaq (RM2.00) dan Takaful RM(5.00).

Plan Al-Ansar pula memberi perlindungan (RM 19,000) termasuk khairat kematian, melalui plan ini ahli-ahli diminta menyumbang RM100 setahun.

Manakala plan Amal Jamaie Warga Emas memberi perlindungan Takaful (RM3,000) termasuk khairat kematian kepada warga emas berusia dianatara 65-80 tahun.

Tuurt hadir pada majlis berkenaan ialah Mohamad Assri Husin Naib Presiden Korporat Takaful Etiqa dan Mohd Yunus Mohd Soad, pengurus Takaful eToqa Pantai Timur, Roslan Zainal , setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang , Abdul Majid Hasan , Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang.

Jumaat, 27 Februari 2009

Sah SPRM Tiada Integriti, Mangsa Dera Halimi Wira Untuk Menghalang Siasatan Politik Wang UMNO !


Mana hilangnya laporan polis dan kes Seorang bekas Ketua Pemuda UMNO dan juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian yang telah membuat laporan polis mengatakan bahawa beliau dikasari semasa dalam tahanan oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Pahang pada 23 Januari lalu. Halimi Kamarulzamman, 46, mendakwa kejadian tersebut berlaku di dalam lokap tahanan Tingkat 10, Wisma Persekutuan di pejabat SPRM Kuantan, Pahang.

Dalam laporan polisnya, Halimi berkata beliau telah menyerah diri pada pagi 23 Januari berhubung siasatan rasuah melibatkan pemilihan UMNO di negeri tersebut. Menurut laporan polis yang tersebar melalui email itu, Halimi, seorang kontraktor, mendakwa beliau dipukul oleh tiga pegawai SPRM semasa proses soal-siasat.

Selain dipukul, mangsa juga mendakwa dibogelkan dan di minta berguling-guling di atas lantai. "Bakul sampah yang kotor telah diletakkan di atas kepala saya, dan saya dipaksa untuk menyanyikan lagu Negaraku berkali-kali, lagu UMNO berkali-kali dan disuruh menyebut Rukun Negara berulang kali. Semasa saya dipaksa berbuat demikian bakul sampah di atas kepala saya diketuk berkali-kali," katanya dalam laporan polis itu.

Apa akan jadi dengan SPRM jika laporan ini benar?. Insiden yang berlaku kepada Saudara Halimi Kamarulzaman ini memang tidak perlu dipertikaikan lagi, kerana kami memang amat mengenali beliau sebelum ini. Ketika beliau tewas dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran dulu beliau pernah kehabisan hingga RM20,000 kerana terpaksa membeli undi pemuda.

Namun, akibat kekalahan itu beliau akhirnya terpinggir. Namun begitu, beliau berjaya melobi banyak projek-projek besar termasuk balak di Pahang. Khabarnya balak-balak di sepanjang Projek Lebuh Raya Pantai Timur dari Chenor ke Maran telah diperolehi olehnya. Maka itu kami tidak hairan jika beliau disiasat oleh SPRM kerana memang beliau adalah antara pemimpin UMNO setempat yang gemar menabur wang untuk memancing undi.

Sebenarnya di UMNO Bahagian Maran memang banyak wang ditaburkan, soalannya kenapa SPRM hanya menyiasat "Ikan Bilis" tetapi "Ikan Paus" dibebaskan. Mereka yang menaburkan wang itu mendapatnya dari Mantan MB Selangor, Khir Toyo supaya bahagian itu mencalonkan Khir Toyo sebagai Ketua Pemuda UMNO.

Selain Khir Toyo, calon yang juga banyak menabur duit di Pahang ialah Mat Taib, beliau dikatakan telah membawa "berkilo-kilo" wang untuk ditaburkan di Bahagian Lipis pada ketika itu. Ini bermakna, mereka inilah yang perlu disiasat oleh pihak SPRM. Namun kenapa SPRM terus mendiamkan diri dan menyepi tanpa berita sekarang ini, tatkala pemilihan UMNO sudah semakin hampir.

Apakah siasatan kes terhadap "politik wang" UMNO kini benar-benar telah ditutup rapat-rapat? Dan kini SPRM tidak terdaya lagi dengan desakan pemimpin UMNO agar mereka tidak dibenarkan lagi campurtangan dalam hal rasuah UMNO itu. Tambahan pula kini dilihat Ketua Pesuruhjaya SPRM amat "terhutang budi" rupanya kepada pemimpin UMNO yang telah menyelamatkan anaknya dulu.

Kita masih ingat lagi, selepas Halimi membuat laporan polis perkara ini maka SPRM telah mengatakan mereka akan menyiasat perkara itu. Soalnya sekarang kenapa terlalu lama dan tidak didedahkan? Apakah benar Halimi telah dibelasah atau ianya satu trick dan strategi untuk membolehkan UMNO menghalang SPRM "menjaga tepi kain UMNO" dalam hal politik wang.

Maka akhirnya SPRM kini "menikus" dan tidak berani untuk bertindak lagi. Kasihan benar melihat rakan-rakan kita terutamanya pegawai SPRM yang jujur dan ikhlas dalam tugas mereka. Gara-gara campurtangan pemimpin UMNO maka mereka juga terpaksa menutup segala kes rasuah "politik wang" yang dilakukan oleh puak-puak UMNO.

Kononnya pendedahan yang dibuat oleh SPRM itu telah memalukan parti itu, dan menyebabkan mereka kalah teruk di Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu. Atas kerana isu belasah Halimi dan faktor pilihanraya maka akhirnya SPRM akur dan mungkin tidak lagi akan menganggu "rasuah dalam UMNO" sebaliknya akan lebih menumpukan kepada "rasuah dalam Pakatan Rakyat" pula. Inilah dia sebenarnya wajah-wajah SPRM yang telah dirosakkan oleh puak-puak UMNO.

[Ini bermakna, SPRM kini telah rosak dan hilang integritinya. Mereka akan berlaku profesional terhadap laporan rasuah pemimpin pembangkang sebaliknya menutup rapat-rapat rasuah yang dilakukan oleh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Dengan terjayanya agenda ini maka kita layak menggelarkan Saudara Halimi Kamaruzzaman sebagai "Wira UMNO" yang berjaya menipu rakyat dalam isu dibelasah oleh pegawai SPRM.

Halimi berjaya menghilangkan "power" yang ada kepada SPRM sebelum itu yang dilihat begitu serius untuk menangani isu rasuah "politik wang" dalam UMNO. Kini segalanya ternyata hanyalah lakonan semata-mata. Dan Halimi berjaya membawa watak "Hero" untuk menjatuhkan SPRM].

Sumber : Pahangdaily

Khamis, 26 Februari 2009

PM MEWAH RAKYAT TERMUNTAH



Dewan Rakyat diberitahu, Kerajaan Malaysia menyewa kediaman Perdana Menteri (Sri Perdana) dan Kediaman Timbalan Perdana Menteri (Sri Satria) dari Putrajaya Holding

KEDIAMAN PERDANA MENTERI - SRI PERDANA

SEWA
RM 4.15 juta setahun
RM345, 833.33 sebulan
RM11,527.77 sehari

KOS PENYELENGGARAAN
RM1.89 juta setahun
RM158,051.40 sebulan
RM5,268.38 sehari

KEDIAMAN TIMBALAN PERDANA MENTERI - SRI SATRIA

SEWA
RM2.74 juta setahun
RM228,333.33 sebulan
RM7,611.11 sehari!

KOS PENYELENGGARAAN
RM1.13 juta setahun
RM94,156 sebulan
RM 3,138.53 sehari!

Ini bermakna, kerajaan menanggung RM27,545 sehari untuk membayar sewa dan menyelenggarakan kedua-dua istana pemimpin negara ini
Sewa & menyelenggarakeseluruhan hampir RM 10 Juta setahun (RM 9.91 juta)

TIMBALAN MB PAHANG : Kediaman Ada, Jawatan Tiada


Kerajaan Negeri Pahang diminta buat penafian maklumat "bekas Timbalan Menteri Besar Pahang", Dato Tan Aminuddin Ishak (foto) masih mengunakan kemudahan sebagai Timbalan Menteri Besar termasuk mendiami rumah rasmi Timbalan Menteri Besar di Taman Gelora, Kuantan.

Tan adalah bekas Timbalan kepada Menteri Besar Adnan Yaakob, namun selepas BN mendapat mandat baru pilihan raya umum Mac 2008 ltahun alu, Tan tidak dilantik semula sebagai timbalanya dan jawatan itu belum diisi sehingga hari ini. Menurut sumber, meskipun jawatan Timbalan Menteri Besar itu kosong, namun Tan masih dianggap sebagai Timbalan dan bertindak sebagai wakil kepada Menteri Besar malah kepada rakyat khususnya ahli UMNO di DUN Chenor, Tan masih Timbalan Menteri Besar Pahang walaupun hakikatnya jawatan itu telah dimansuhkan Adnan.


Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal mengulas isu berkenaan berkata, kerajaan negeri perlu manafikan spekulasi kononya bekas Timbalan Menteri Besar itu masih mendiami rumah rasmi Timbalan Menteri Besar dan menggunakan segala kemudahan yang bukan haknya lagi. Katanya, jika dakwaaan itu benar, Tan harus mengosongkan rumah berkenaan kerana beliau bukan lagi Timbalan Menteri Besar. Ini akan memberi laluan kepada Timbalan Menteri Besar baru menduduki rumah berkenaan.


Difahamkan hubungan Adnan dan Tan tidak begitu mesra, bagaimanapun Adnan didakwa tidak berani untuk meminta Tan mengosongkan rumah berkenaan kerana Adnan "malu alah" dengan Tan. Itulah sebabnya Adnan tidak melantik timbalanya yang baru. Justeru, jawatan Timbalan Menteri Besar dibiarkan kosong sehingga kehari ini.


"Jika dakwaan ini benar, eloklah kerajaan negeri menafikanya atau Tan sendiri menafikanya," katanya. Sementera itu, desas desus mengenai Pahang akan mendapat Menteri Besar selepas perhimpunan UMNO Mac depan sudah mula kedengaran. Adnan didakwa akan diminta mengosongkan kerusi Menteri Besar bagi memberi laluan kepada perlantikan Menteri Besar baru bagi menyegarkan Umno BN Pahang.


Ini kerana Adnan sudah terlalu lama menjawat jawatan berkenaan tanpa membawa perubahan besar terhadap negeri Pahang malah menambah senarai kegagalan bagi kerajaan negeri. Antaranya termasuklah kegagalan Adnan meningkatkan hasil negeri, defisit bajet semakin meningkat, penjualan aset-aset negeri seperti kilang simen, tanah milik Umno kepada bukan bumiputera, kerajaan negeri hampir muflis, kegagalan kerajaan disaman Seruan Gemilang Makmur dan Agro Bank yang membabitkan pampasan berjumlah RM60 juta dan Agro menyita harta kelab golf milik anak syarikat kerajaan negeri dan bayak lagi.. Renteten kegagalan Adnan itu dikatakan memungkinkannya terpaksa meninggal kerusi panas Menteri Besar sebaik pentadbiran Najib mengambil alih Putrajaya.

[Terkadang kami pun naik hairan dengan sikap Adnan Yaakob yang tidak peka dan takut untuk menghalau Tan Aminuddin dari rumah kediaman Timbalan Menteri Besar yang terletak di Taman Gelora Kuantan itu. Bayangkan kiranya ini terjadi kepada pemimpin Pakatan Rakyat, bukankah ia akan dihebohkan dalam media arus perdana. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin baru-baru ini.


Beliau diarahkan meninggalkan kediamannya kerana sudah ada MB baru. Kenapa Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang tidak berbuat demikian?. Ini kerana Tan Aminuddin bukan lagi Timbalan Menteri Besar Pahang. Ini jelas sekali telah membuktikan wujudnya penyelewengan harta kerajaan sebenarnya. Malah jika melalui kawasan rumah terbabit, ia dilihat lebih besar dari kediaman Menteri Besar Pahang sendiri.


Kenapa Adnan tidak berani menghalau Tan Aminuddin ini?. Apakah dek kerana Tan telah cuba menampar beliau ketika namanya tidak terpilih sebagai calon BN dalam Pilihanraya Umum ke-11 lalu agaknya.


Justeru itu kami menjangkakan satu laporan SPRM akan dibuat dalam masa terdekat ini tentang penyelewengan kemudahan kerajaan negeri Pahang ini. Bayangkan berapa banyak kos penyelenggaraan kediaman terbabit digunakan sewenang-wenangnya oleh Tan Aminuddin yang sudah tidak bergelar Timbalan Menter Besar Pahang sebenarnya].

Selasa, 24 Februari 2009

Isu Syariah Dalam Perniagaan MLM : Suatu Renungan


Secara umum ‘Multi Level Marketing' adalah suatu cara perniagaan alternatif yang berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan melalui banyak level (tingkatan), yang biasa dikenal dengan istilah ‘Upline' (tingkat atas) dan ‘Downline' (tingakt bawah), orang akan disebut ‘Upline' jika mempunyai ‘Downline'. Pokok utama dari perniagaan MLM ini digerakkan dengan jaringan ini, sama ada yang bersifat ‘vertikal' atas bawah mahupun ‘horizontal kiri kanan' ataupun gabungan antara keduanya. (Lihat All About MLM oleh Benny Santoso hal: 28, Hukum Syara MLM oleh Hafidz Abd Rahman, MA)

Bentuk MLM yang Haram atau syubhat
Ada beberapa bentuk sistem MLM yang jelas keharamannya atau keraguannya, iaitu apabila ia menggunakan sistem berikut :

1) Harga tinggi dari biasa : Menjual produk yang diperjualbelikan dalam sistem MLM dengan harga yang jauh lebih tinggi dari harga biasa, ia adalah amat tidak digalakkan menurut Islam malah menurut sebahagian ulama, aqad seperti ini adalah terbatal. Tatkala itu, ia digelar ‘Gabhnun Fahisyh' menurut istilah ulama Fiqh. Hukum jualan secara ‘Ghabnun Fahisy' ini diperbezakan oleh ulama antara harus, makruh dan haram. (Durar al-Hukkam Fi Syarh Majallah al-Ahkam, klausa no 356, hlm 369). Bagaimana Nabi SAW pernah mengisyaratkannya sebagai suatu kezaliman jika berlaku kepada orang yang tidak mengetahui selok belok harga barang. (Al-Qawaid, Ibn Rusyd, hlm 601)

Bagaimanapun perlu diingat, dalam satu MLM mungkin terdapat 3 atau 4 unsur syubhat dan haram yang akan saya sebutkan. Ini tidaklah bermakna saya mengatakan MLM haram hanya kerana adanya unsur "Harga Lebih Tinggi dari Biasa" , ia cuma salah satu unsur yang perlu disemak dan boleh memburukkan lagi hukum sesuatu MLM sehingga boleh jatuh tahap haram kerana penipuan dalam keadaan tertentu yang lain.

Apa yang ingin saya nyatakan ‘Ghabnun' di sini adalah yang dibuat dalam bentuk penipuan harga kepada orang awam, iaitu harga yang sengaja dinaikkan kerana merangkumkan yuran penyertaan dalam system priamid. Sebagai contoh saya pernah ‘terpaksa' membeli sebuah produk MLM. Oleh kerana tukang jual MLM ini amat sukar beralah, dan saya ingin ia cepat menamatkan kempenanannya dengan adab, lalu saya belilah satu produknya yang termurah, iaitu sebiji bantal yang dikatakan sangat hebat, harganya mencecah RM300 sebiji. Inilah namanya 'Ghabnun', sedangkan bantal tersebut rupa-rupanya langsung tiada istimewanya setelah digunakan. Maka jelas harganya dinaikkan kerana penyertaan sebagai ahli dan masuk dalam sistem. Tapi saya senyapkan saja keahlian dan langsung tidak bergerak, membeli hanya kerana kasihan dengan si penjual yang dikenali ini sahaja.


Inilah maksud saya mempunyai unsur ‘Ghabnun', mungkin unsur ini tidak cukup kuat untuk menjadikannya haram, tetapi ia salah satu unsur yang memberi kesan kepada aqad, kesan ini apabila ia bergabung dengan unsur-unsur syubhat yang lain, ia boleh menjadi haram.


Sebagai Makluman :


Mazhab Hanafi : terbahagi kepada 3 pandangan, iaitu ada ulamanya yang mengatakan ghabnun harus walaupun Fahisyh, kedua : Haram , ketiga : Haram bila ada usnur penipuan sahaja ( Syarh ad-Dur , AL-Haskafi, 2/82 )


Mazhab Maliki : Juga ulama mereka berbagai pandangan : Pertama : Ghabnun Mustrasil samada Yasir atau fahsiyh : Haram ; Kedua : Ghabnun lebih tinggi 1/3 dari harga pasaran biasa tanpa adalah HARAM. ( Al-Qawaid : Ibn Rusyd , hlm 601 ; AL-Qawaid Al-Fiqhiyyah, Ibn Juzay, hlm 294)


Mazhab Syafie : Harus hukumnya kecuali pandangan ganjil dari al-Mutawaali yang mengharamkannya . ( Al-Majmu' , 7/500 )


Mahzab Hanbali : Ibn Quddamah berkata : "Ghabn Mustarsil adala apabila si pembeli membeli dengan harga yang terkeluar dari harga pasaran ... teruatamanya apabila didesak ( agar tak pergi semak kedai-kedai lain dulu) dan cuba disegerakan oleh penjual " ( Al-Mughni , 4/78 )


Justeru, perbincangan panjang tentang 'Ghabn' sebenarnya menunjukkan terdapat jenis 'Ghabn' yang disepakati haramnya oleh ulama, ada yang disepakati halalnya, dan terdapat yang diperbezakan pandangan. Justeru apabila saya sebut 'ghabn' sebagai salah satu sebab boleh jadikan MLM haram, maka ini kerana berkemungkinan jenis yang disepakati haram itu berlaku. Justeru, semasa menulis artikel anda perlu faham target saya. Adakah anda yakin semua jenis 'Ghabn' yang berlaku dalam MLM itu tergolong dari golongan yang harus ?. Jika ye, maka itu pandangan anda , bukan saya. Saya lebih selesa berpandangan ia banyak jenis 'Ghabn' yang berlaku lebih menjurus kepada haram terutamanya apabila hampir semua syarikat-syarikat MLM ini amat mengambil mudah akan hal hukum agama. Jika tidak, pastinya mereka telah mengambil Penasihat Shariah sejak dari awal.





2) Jualan target sebagai syarat komisyen : Selain dari yuran yang wajib dibayar oleh ahli, pada kebiasaannya terdapat syarat yang mewajibkan ahli tersebut mencapai target jualan tertentu bagi melayakkannya mendapat apa jua komsiyen dari hasil jualan orang di bawahnya. Apabila ia gagal mencapai ‘harga target' tersebut maka keahliannya akan hilang atau tiada sebarang komisyen untuknya walaupun orang bawahannya menjual dengan begitu banyak. Semua MLM yang terlibat dengan syarat seperti ini, menyebabkan sistem MLM mereka menjadi bermasalah dari sudut Shariah kerana wujudnya unsur kezaliman terhadap ahli selain wujudnya kewajiban jualan bersyarat dengan syarat yang tidak menyebelahi ahli serta berbentuk penindasan. Seolah-olah pihak syarikat memaksanya dengan mengatakan "Anda mesti membeli atau mengekalkan penjualan peribadi sebanyak RM 500 sebulan bagi membolehkan anda mendapat hak komisyen orang bawahan anda".

Pada asasnya, komisyen yang diambil atas usaha menjual (seperti ‘brokerage fee') sesuatu barangan adalah adalah harus menurut Shariah, ia adalah pandangan ulama besar Tabi'en seperti Muhammad Ibn Sirin, ‘Ato' Bin Abi Rabah, Ibrahim an-Nakha'ie dan ramai lagi (Sohih Al-Bukhari ; Al-Musannaf, 5/242 ; Mawahibul Jalil, 4/452 ). Bagaimanapun, komisyen dalam hal MLM dan system piramdi ini boleh bertukar menjadi haram apabila :-

* Diikat komisyen jualan rangkaiannya dengan sesuatu jualan olehnya, ia menimbulkan masalah dari sudut Shariah seperti unsur pemaksaan, syarat yang tidak sah dalam perwakilan dan perjudian.

* Komisyen datang dari orang bawahan yang langsung tidak dikenalinya kerana sudah terlampau jauh ke bawah. Ini menjadikan orang atasan seolah-olah mendapat untung di atas angina tanpa sebarang kerja dan usaha lagi. Ia juga boleh dikelaskan sebagai broker di atas broker di atas briker di atas broker dan seterusnya. Dalam hal berbilangnya rantaian komsiyen broker ini, menurut perbincangan saya bersama Syeikh Prof. Dr Abd Sattar Abu Ghuddah (Pakar Shariah utama dalam bidang kewangan Islam dunia di Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia, AAOIFI, Dow Jones Islamic Index dan lain-lain) ia termasuk dalam konteks memakan harta orang lain dengan bathil selain terdapat unsur judi. Ini adalah kerana ia seolah-olah meletakkan syarat kepada semua orang bawahan samada dengan pengetahuan mereka atau tidak, semua hasil jualan mereka akan diambil sebahagian keuntungannya untuk orang atasnya.

* Dari sudut yang lain, terdapat juga keraguan dalam isu pemberian komisyen di atas usaha dan tugas agen (wakil penjual) atau "brokerage" (tukang kempen). Ini kerana sepatutnya komisyen ke atas "brokerage" tidak harus mensyaratkan tukang kempen itu untuk membeli untuk diri sendiri sebagaimana yang berlaku dalam beberapa jenis MLM. Sesetengahnya pula mensyaratkan ‘broker' atau ‘agen' untuk menjual sendiri sebanyak sekian jumlah bagi memperolehi komisyen jualan broker (ahli) di bawahnya. Dengan sebab-sebab ini, hal ‘broker' atau ‘agen' menjadi syubhah dan tidak lagi benar ianya disifatkan sebagai komisyen wakil atau broker yang diterima Islam.


3) Jika ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu, tetapi tiada sebarang produk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah dengan mencari orang bawahanya (downline), setiap kali ia mendapat ahli baru, maka diberikan beberapa peratus dari yuran ahi tersebut kepadanya. Semakin banyak anggota baru bermakna semakin banyak jualah bonusnya. Ini adalah bentuk riba kerana memperdagangkan sejumlah wang untuk mendapat sejumlah lebih banyak yang lain di masa hadapan. Ia merupakan satu bentu Riba Nasiah dan Riba Al-Fadl. Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan MLM yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya hanyalah berupa ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian. Malah harga sebenar produknya juga adakalanya jauh dari harga yang dijual kepada ahli (sebagai contoh dijual produk web komputer, sedangkan haragnya jauh lebih tinggi dan si ahli pula tidak mempunyai komputer pun). Pada hakikatnya, si ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193.


4) Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram. Maka MLM tersebut jelas keharamannya. Namun tidak semua MLM begini, cuma sebahagianya sahaja.


5) Terdapat juga unsur mirip "shafqatayn fi shafqah", atau bay'atayn fi bay'ah, (iaitu dua aqad jenis jual beli dalam satu) yang dilarang oleh Baginda SAW dengan pelbagai lafaz antaranya : "

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن صفقتين في صفقة واحدة

Ertinya : "Rasulullah SAW melarang dari membuat dua belian (aqad) dalam satu aqad" ( Riwayat Ahmad, Al-Bazzar ; Al-Haithami : perawi Ahmad adalah thiqah ; 4/84 )


Ini berlaku apabila ada sebahagian syarikat MLM yang membuka pendaftaran ahlinya, setiap ahli perlu membayar sejumlah wang disebut yuran, tidak dapat dipastikan samada yuran tersebut untuk membeli kedudukan di dalam rangkaian ataupun membeli produk. Pada waktu yang sama, dengan termeterainya keahliannya itu, ia akan menjadi wakil pula bagi syarikat untuk merekrut ahli baru, maka tindakan MLM seperti ini, boleh dikatakan termasuk dalam kategori hadis : shafqatayn fi shafqah, atau bay'atayn fi bay'ah. Ini kerana, dalam hal ini, orang tersebut telah dikira melakukan transaksi aqad Mu'awadat (kontrak pertukaran hak kewangan) bila membeli produk atau menjadi ahli dan dalam masa yang sama masuk dalam satu jenis aqad lagi iaitu perwakilan (untuk menjualkan produk itu kelak di samping mencari ahli baru) dengan komisyen tertentu. Maka, praktis seperti ini jelas tergolong sebagaimana hadith di atas.


Ingin saya tekankan juga, hal berkaitan komisyen jualan orang di level keseratus akan diperolehi juga oleh upline di tingkat kedua, padahal mereka tiada sebarang kaitan aqad yang jelas, dan hanya kerana rantaian orang dibawahnya maka ia mendapat untung?. Apa yang diletakkan untuk mendapat untung?.


Sedangkan dalam contoh sebuah syarikat besar, seorang pemegang saham sememang layak dapat untung walaupun goyang kaki kerana ia meletakkan 'modal', sebagaimana yang diketahui , keuntungan boleh didapati dari tiga sebab iaitu 1) Modal 2) Kerja 3) Jaminan 'Dhoman' barangan dari sebarang aib pada barang yang dijual.


Lalu si pemegang modal berhak mendapat untung kerana ia letak modal, si pekerja layak mendapat untung kerana ia bekerja .. jadi apa hak si upline kedua untuk dapat untung jualan si downline ke seratus? Tiada modal, tiada kerja, tiada jaminan atau dhoman barangan yang dijual, kernaa jaminan barangan yang dijual adalah dari syarikat, bukan upline!.


Apa Maksud Sebenar Dua Aqad Dalam Satu ?


Shafqatain di Safqah dan lafaz yang seertinya denganya memang tidak dinafikan mempunyai banyak takrif dan tafsiran menurut kefahaman ulama yang berbeza. Manakala sesiapa yang hanya mendedahkan hanya beberapa kerat dari pandangan tersebut dan kemudian terus memegangnya. Tapi perlu diingat disana terdapat pelabagi tafsiran yang lain pula, dan saya memegang tafsiran yang lain. Maka itu tidak bererti tafsiran pegangan saya adalah salah, dan tafsiran pegangan anda mesti betul. Jika demikian perangainya, maka ini jelas tidak faham konsep ikhtilaf dalam nas.

Sebagai hadiah untuk awam dan pembaca yang mampu faham ini beberapa tafsiran tentang hadith dua aqad dalam satu mengikut beberapa kumpulan ulama silam dan kaitannya dengan MLM:-


1) iaitu contoh berkata penjual kepada pembeli : " Aku jual kepadamu baju ini dengan harga RM 10 tunai , atau RM 20 secara tangguh" , maka si pembeli bersetuju TANPA mengspecifickan plan tangguh atau tunai yang dikehendakinya. Ini bentuk yang ditafsirkan oleh Imam Malik, Abu Hanifah, At-Thawri, Ishak Rahawaih, Imam As-Syafie ( Syarh as-Sunah, Al-Baghawi, 8/142 ; ‘Aridathul Ahwazi, 5/240 ; Al-Mughni, Ibn Quddamah, 6/333; Al-Mudawwanah, 9/191 ).

Tiada khilaf di kalangan ahli ilmu, jenis ini adalah HARAM. Bagaimanapun tafsiran ini tidak berapa berkaitan dengan MLM, kerana biasnaya plan harga akan dipilih dengan tepat.


2) Iaitu contohnya pembeli : "jualkan kepadaku barangan ini dengan harga RM 10 tunai atau dengan sebuah radio pada tarikh akan datang", kemudian kedua-dua bersetuju tanpa memberikan yang mana satu mereka inginkan. Ini adalah tafsiran Imam Malik pula ( ‘Aridathul Ahwazi, 5/240 ) . Ini juga tiada kaitan dengan MLM.

3) Iaitu contohnya berkata seorang lelaki : "Aku jual kebunku ini dengan harga RM 10,000 dengan syarat kamu jualkan rumah kamu pula dengan harga RM 15,000" . Inilah juga tafsiran ulama mazhab Hanafi, Hanbali dan Syafie. ( Al-Mughni , 6/332 ; Al-Um, 3/67 ; ‘Aridatul Ahwazi, 5/239 )

Inilah tafsiran yang saya lihat ada kaitannya dengan kebanyakkan MLM. Iaitu berkata syarikat MLM kepada seorang ahli baru sebagai contoh : "aku jual barang water filter ini dengan harga RM 2000 dengan syarat engkau jadi wakil jualanku dengan komisyen sebanyak 3 % dari harga jualanmu dan aku beri mandate kamu untuk jadi lantik ahli baru dan setiap jualannya kamu akan dapat 1 % dengan syarat kamu ada jualan sendiri sebanyak RM 1000 setiap bulan"


Lihat, dalam contoh saya tu ada berapa jenis aqad muawadah maliah yang bersifat lazim?

a- Jual barang RM 2000 - Aqad jual beli yang bersifat lazim

b- Lantik jadi wakil dengan upah (Wakalah bil Ujr) - aqad wakalah yang bersifat lazim.

c- Beri mandate untuk cari ahli - ini tiada masalah

d- Setiap ahli yang kamu lantik jual kamu layak dapat 1% - Ini ju'alah, juga kelihatan tiada masalah.

e- Kamu hanya layak dapat 1 % ju'alah tadi dengan syarat kamu ada jualan sendiri RM 1000 - Ini ada syubhat sikit syarat seperti ini. Perlu perbincangan dan ijtihad.


Cuma, secara umum kita dapat melihat bergabungnya dua aqad mu'awadat maliah (pertukaran hak milik harta) yang bersifat Lazim. Jika aqad itu ghayru Lazim maka ia diharuskan, tetapi dalam hal ini dua aqad itu adalah "aqad lazim"


4) Iaitu seorang penjual menjual dua barangan berlainan harga iaitu kasut dengan harga RM 100 dan handphone dengan harga RM 700, tetapi ia membuatnya terikat, iaitu jika anda beli handphone, maka pembelian kasut juga menjadi wajib. Inilah takrif yang dipegang oleh Al-Qadhi Ibn Al-Arabi al-Maliki ( Al-Qabas Syarah Al-Muwatta', 2/842 ; Al-Muntaqa , 5/36) .

Ini juga mempunyai sedikit kaitan dengan MLM kerana meletakkan syarat satu aqad lain sebagai syarat untuk sesuatu aqad itu boleh ‘concluded'.


5) Iaitu contohnya : Berkata penjual : " Aku jual handphone ini dengan RM 100 dengan bayaran ansuran dalam 3 bulan, dengan syarat aku akan belinya semual darimu dengan harga RM 80 tunai" . Ini adalah tafsiran Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim pula. Ia adalah sama dengan takrif Bai Inah. ( Mukhtasar Al-Fatawa Lib Ibn taymiah, hlm 327 ; Tahzib Mukhtasar Sunan Abi Daud, Ibn Qayyim, 5/100 )

Tafsiran ini agak kurang kaitannya dengan MLM.


Demikianlah beberapa takrifan dan tafsiran ulama tentang hadith dua aqad dalam satu. Sebenarnya ada terdapat 3 lagi tafsiran, Cuma cukuplah sebagai info tambahan kepada pembaca. Oleh kerana beberapa yang dilakukan dalam MLM ada terdapat dalam salah satu tafsirannya, maka saya masukkan point dua aqad di dalam satu sebagai isu yang boleh menjadikan MLM samada haram atau batal atau syubhat.

Keputusan Majma Fiqh Sedunia ?

Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Islami) pernah mengeluarkan fatwa ke atas satu bentuk perniagaan MLM jenama PT Biznas yang disifatkan sebagai haram kerana ia adalah salah satu bentuk perjudian. Selain itu, keputusan itu juga menafikan bahawa komisyen yang digunakan adalah komisyen atau upah ‘brokerage' sebagaimana didakwa. (Rujuk keputusan nombor 3/24, 17 Julai 2003). Selain itu, Syeikh Salim Al-Hilali pernah mengeluarkan fatwa pengharaman dengan katanya : "Banyak pertanyaan berkenaan perniagaan yang diminati ramai. Yang secara umum gambarannya adalah mengikuti kaedah piramid dalam sistem pemasarannya, dengan cara setiap anggota harus mencari ahli-ahli baru dan demikian selanjutnya. Setiap anggota membayar yuran pada syarikat dengan jumlah tertentu dengan angan-angan mendapat bonus, semakin banyak anggota dan memasarkan produknya maka akan semakin banyak bonus yang dijanjikan. Sebenarnya kebanyakan anggota MLM yang menyertai cara ini adalah hasil motivasi bonus yang dijanjikan tersebut dengan harapan agar cepat kaya dalam waktu yang sesingkat mungkin, padahal ia langsung tidak menginginkan produknya. Perniagaan jenis ini adalah perjudian murni, kerana beberapa sebab berikut, iaitu:

Ø Sebenarnya anggota MLM ini tidak mahukan produknya, akan tetapi tujuan utama mereka adalah menyertai rangkaian piramid bagi mendapatkan kekayaan cepat apabila setiap ahli baru membayar yuran.

Ø Harga produk yang dibeli sebenarnya tidak sampai 30% dari wang yang dibayarkan pada syarikat MLM.

Ø Tujuan perusahaan adalah membangun jaringan individu secara berkesinambungan. Yang mana ini akan menguntungkan anggota yang berada pada level atas (Upline) sedangkan level bawah (downline) selalu memberikan nilai point pada yang berada dilevel atas mereka.


Justeru, saya kira, amat tipis untuk mencari MLM yang tidak tergolong dalam item-item salah yang saya sebutkan di atas, malah saya juga suka menyarankan agar pengamal-pengamal jualan amanah saham dan Takaful secara wakil untuk lebih berhati-hati agar tidak terjerumus dalam bab MLM. Bagaimanapun, jika anda masih ingin mendakwa halalnya MLM ini, saya sarankan agar pengamal MLM memastikan asas minima Shariah berikut dapat dipatuhi :-

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli menjual jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya.

6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.



Mana MLM alternatif??

"Kalau ustaz pandai sangat, kenapa tak tuliskan sahaja macam mana MLM yang menepati Shariah tu, biar orang boleh guna" Demikian tempelak seorang pemuda tanpa kesabaran melalui sebuah web.


Jawapan saya seperti berikut :-

Pertama : Memang ramai 'suruh', 'arah' dan minta saya sebutkan macam mana MLM yang harus serta realistik.


Inilah masalah orang ramai, tidak berfikir mendalam sebelum meminta. Kita kena faham, tak semua yang perniagaan diasakan ikut cara yang menpeati Shariah itu menarik pada pandangan mata orang ramai dan boleh laku untuk dijual di Malaysia, dan tak semua pula plan dan skim atau produk yang sangat boleh dijual dan menarik itu menepati hukum Shariah. Jadinya bagi menghasilkan satu plan hebat yang menepati Shariah dan boleh jual, perbincangan dua pihak antara Ilmuan Shariah & bisnesman amat perlu dalam hal ini.


Mana mungkin sebuah plan pemasaran MLM terbaik dapat dicadangkan hanya dengan mengemukakan permintaan mudah begitu sahaja kepada saya, ini kerana mungkin saya mempunyai penyelesaian dari sudut teori Shariahnya. Teori ini pula sebahagiannya bersifat fleksible dan tidak sebahagian yang lain, kerana itu perbincangan diperlukan dengan pihak pakar pemasaran demi memastikan samada ia 'viable' untuk diperkenalkan atau tidak. Kerana saya bukanlah pakar dalam bab pemasaran.


Kedua : Saya juga bukanlah seorang jutawan yang membolehkan saya memperkenalkan plan bisnes MLM contoh yang hebat dan menepati Shariah. Mudahnya, selagi tiada bisnesman Muslim yang punyai perhatian kuat tentang halal haram dan berkesudian berbincang dengan orang Shariah, selagi tu tidak akan didapati plan dan skim MLM alternatif yang menepati Shariah.


Untuk maklumat, proses inilah yang amat kerap kami (ilmuan Shariah sedunia, saya dan rakan-rakan ustaz di semua institusi kewangan Islam seluruh dunia) ; iaitu kami duduk berjam-jam dengan pakar pemasaran, peguam untuk mencipta produk kewangan Islam yang halal serta dalam masa yang sama aqad-aqadnya juga halal dan boleh diaplikasikan di sisi undang-undang Malaysia. Kesimpulan saya, jika hanya ada satu pihak sahaja yang bersungguh, ia pasti akan menjadi hasrat yang terbengkalai juga.

Akhirnya, saya tahu bahawa hukum MLM ini masih terbuka untuk perbincangan, malah Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah ketika perbincangan dengan beliau mengakui ini isu yang agak baru baginya. Benar, amat sukar ditemui tulisan para ulama Islam dari Timur Tengah berkenaan hal MLM ini, disebabkan MLM belum masuk ke pasaran negara Arab dengan meluas. Justeru, menjadi tanggungjawab para ilmuan Shariah Asia Tenggara untuk membantu masyarakat untuk mengetahui pandangan Shariah tentang MLM ini. Tulisan ringkas saya hanyalah pandangan awal bagi memberi peringatan bahawa dengan sekadar pandangan, kelihatan begitu banyak keraguan boleh muncul dalam perniagaan MLM ini. Tidak perlulah pembaca merasa marah dan benci dengan tulisan ini. Ini sekadar nasihat bagi mereka yang mengambil berat tentang pendapatan serta memikirkan barzakh dan akhirat mereka yang kekal abadi. Wallahu ‘alam.

sumber : www.zaharuddin.net

Isnin, 23 Februari 2009

Dato' Sharkar : MB Baru Pahang ? Dato' Nan Ahli MT?



Apa sudah jadi dengan Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob (foto) sebenarnya?. Ternyata kini beliau memang "lidah bercabang" dan "cakap tidak serupa bikin". Ia berikutan kenyataan terbaru beliau semalam bahawa dia akan bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi Umno pada pemilihan parti yang akan berlangsung bulan depan.

Katanya keputusan itu dibuat selepas mengambil kira nasihat rakan-rakan walaupun beliau sebelum ini memutuskan untuk tidak bertanding. Nampaknya bagai ada sesuatu yang tidak kena kepada MB Pahang itu agaknya.

Sebelum ini beliau antara yang paling lantang menyifatkan amalan rasuah atau politik wang dalam pemilihan jawatan UMNO kali ini adalah yang paling parah pernah disaksikan. Paling memeranjatkan Adnan yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang turut menyatakan beliau malas mahu bercakap persoalan UMNO hari ini yang semakin parah.

Soalnya kini kenapa tiba-tiba sahaja MB Pahang ini "berubah hati"?. Apakah benar dek kerana nasihat atau pun tekanan "yang kian menghantui dirinya". Ini kerana krew kami di pejabat UMNO Pahang mendapat maklumat bahawa Najib Razak akan melantik proksinya sebagai Menteri Besar Pahang yang baru selepas rombakan dibuat tatkala memegang jawatan Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO nanti.

Mungkin inilah agaknya yang menyebabkan Adnan Yaakob merasa amat "gusar dan sangsi". Lantaran itulah beliau kemudian memikirkan semula "untuk bertanding MT UMNO" biarpun tahu yang dirinya akan "bergelumang" dengan rasuah yang berlaku dalam parti itu sekarang ini. Segalanya berkemungkinan sekarang, jika tidak masakan Adnan boleh berubah hati secara tiba-tiba.

Difahamkan, pemimpin UMNO Pahang yang diwar-warkan akan mengambil alih jawatan Adnan ialah Dato' Sharkar Shamsuddin (foto) iaitu ADUN Lanchang dan juga Exco Kerajaan Negeri Pahang yang menjaga hal ehlwal penerangan serta multimedia negeri ini. Beliau khabarnya telah mendapat "lampu hijau" untuk menggantikan Adnan Yaakob sebagai Menteri Besar Pahang yang baru tidak lama lagi.

Ini kerana, Adnan dilihat ternyata gagal membangunkan negeri ini, malah menanggung kerugian dan defisit sehingga hampir RM100 juta sejak 11 tahun menjadi Menteri Besar Pahang. Itu belum lagi termasuk dengan kes "saman RM60 juta" yang dibuat oleh Seruan Gemilang Makmur Sdn. Bhd berhubung dengan penipuan konsesi balak UMNO yang sudah diluluskan kepada syarikat terbabit.

Di fahamkan Adnan masih belum membuat apa-apa rundingan terhadap bayaran hutang terbabit, malah kini cuba mencari jalan untuk menggagalkan usaha pihak terbabit. Semua ini bukti jelas mengapa pucuk pimpinan tertinggi UMNO dan BN mahu menggantikan Sharkar sebagai MB Pahang yang baru selepas Najib berkuasa tidak lama lagi. Tambahan pula Sharkar dilihat adalah seorang pemimpin muda dan bekas orang kuat Pemuda UMNO yang paling berkaliber di Pahang untuk menggantikan Adnan buat masa ini.

Lantaran itulah, kami yakin yang Adnan terpaksa "merubah keputusan untuk tidak bertanding apa-apa jawatan dalam UMNO" setelah mendapati kedudukannya kini semakin tidak selamat. Ini kerana jika beliau dilucutkan jawatan MB, bermakna beliau juga akan kehilangan jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang. Maka beliau akan kehilangan "taringnya" jika terlambat membuat keputusan.

Sebelum ini kedengaran suara-suara agar Adnan mencabar kerusi Ketua Pemuda UMNO. Namun ia ditolak oleh Adnan atasa alasan umur dan UMNO jijik dengan rasuah. Kini segalanya sudah bermula, Adnan terpaksa mencari jalan untuk menjaga nama dan maruahnya.

Jika tersilap langkah beliau bukan sahaja akan hilang kuasa, malah masa depannya dalam politik UMNO Pahang juga turut akan "suram" sama seperti mana yang dilakukan terhadap Dato' Hassan Ariffin, Dato' Omar Othman serta ramai lagi bekas pemimpin kanan UMNO Pahang yang "dipancasnya" dulu.

Adnan harus berhati-hati sekarang ini, kerana kami dapat menghidu Sharkar dan orang-orangnya juga sedang melobi untuk berusaha ke arah itu. Harapan Sharkar lebih cerah, jika Najib sah ditabalkan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia tidak lama lagi.

[Dengan keputusan Adnan ini, ternyata beliau kini rupanya "gila meroyan" akibat takut kehilangan jawatannya dan bakal disisihkan dari golongan elit UMNO tidak lama lagi. Kami difahamkan akibat ketakutan itulah yang memaksa Adnan akhirnya menawarkan diri bertanding untuk jawatan Exco MT UMNO.

Beliau terpaksa pasrah dengan segala "najis rasuah yang bakal terpalit" ke atas batang hidungnya demi sebuah maruah. Politik Pahang kini juga semakin panas dengan berita Najib Razak (Ahli Parlimen Pekan) yang bakal ditabalkan sebagai Presiden UMNO tidak lama lagi.

Apapun, kami juga mendapat maklumat dalaman UMNO bahawa kemungkinan besar Najib hanya akan dihadiahkan jawatan Presiden UMNO sahaja dan bukannya jawatan Perdana Menteri. Ini kerana, mana mungkin Pak Lah melepaskan jawatan PM sedangkan beliau masih Ahli Parlimen Kepala Batas dan Menteri Pertahanan Malaysia. Sanggupkah "Bapa Mertua" Khairy Jamaluddin itu menggelapkan masa depan menantunya?.

Dan yang paling utama, sanggupkan Pak Lah melepaskan jawatan nombor satu sedangkan beliau masih berada dalam kabinet sebagai Menteri Pertahanan?. Cuba bayangkan senario ini. Apakah Pak Lah sanggup melihat Najib terus bermaharajalela serta menindas rakyat dengan kuasa yang akan diberikan olehnya itu nanti.

Sedangkan beliau masih berada dalam kerajaan. Ia berbeza dengan PM Mahathir, beliau lepaskan jawatan PM dan semua jawatanya dalam UMNO. Bahkan beliau juga melepaskan jawatan Ahli Parlimen Kubang Pasu, maka tidak hairan beliau boleh menerima hakikat "berhenti awal". Tapi Pak Lah masih Ahli Parlimen dan berstatus Menteri, bukankah ini sesuatu yang amat sukar untuk kita gambarkan sebenarnya nanti !!].

sumber ... pahangdaily




Jumaat, 20 Februari 2009

Salah Guna Kuasa: SPRM Punyai Bukti Kukuh Untuk Mendakwa MB Selangor


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan didakwa di mahkamah berhubung dakwaan salah guna kuasa membabitkan penyelenggaraan kereta mewah dan pembelian lembu. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan (foto) berkata, pihaknya mempunyai bukti kukuh berhubung kes itu dan kertas siasatan telah siap dan akan diserahkan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tujuan pendakwaan.

[Nampaknya semakin hari semakin bercelaru undang-undang di Malaysia. Laporan yang dibuat oleh pemimpin pembangkang kepada SPRM terhadap pemimpin UMNO dan Barisan Nasional senhingga ke hari ini masih belum disiasat. Kini SPRM mendabik dada kononnya ingin menjadi juara untuk mendakwa pula MB Selangor. Ternyata SPRM kini bukan lagi telus, malahan telah menjadi "proksi" kepada Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Mana hilangnya laporan yang dibuat terhadap MB Terengganu serta lain-lain pemimpin UMNO yang rasuah dulu. Kini segalanya seolah-olah ditutup rapat-rapat untuk menjaga imej UMNO yang bakal mengadakan pemilihan Mac depan. Jika beginilah cara SPRM bekerja, eloklah badan itu dibubarkan sahaja!!].

Khamis, 19 Februari 2009

Sensasi : Hero Bukit Kepong Jadi Calon BN Bukit Gantang ?


Berita terkini yang kami terima hari ini ialah perihal Hero filem, Bukit Kepong, Jins Shamsuddin yang dikatakan antara nama yang disebut-sebut termasuk dalam senarai cadangan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Bukit Gantang, Perak, pada 7 April depan.

Jins atau nama penuhnya Tan Sri Mohamed Jins Shamsuddin, 74, yang juga seorang senator, menjadi sebutan sebagai calon berikutan beliau adalah anak jati Taiping, selain pernah terbabit dengan Biro Ekonomi Umno Bahagian Bukit Gantang. Menurut Jins beliau sedia memikul tanggungjawab itu seterusnya sebagai Ahli Parlimen kawasan berkenaan jika menang.

“Bagaimanapun, jika kepemimpinan BN berpendapat ada calon lain yang lebih layak daripada saya, pilihlah calon itu,” katanya. Beliau berkata, apa yang penting ialah memastikan BN diterima penduduk dan memastikan parti itu menang pada pilihan raya kecil itu. Jins juga berkata, sebagai anak jati kawasan berkenaan dan menganggotai Umno sejak 1959, beliau juga kerap berhubungan dengan Umno bahagian berkenaan.

Jins memasuki Sekolah Kebangsaan Melayu Changkat Jering sebelum meneruskan pengajian menengah di Sekolah King Edward VII di Taiping. Ahad lalu, Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, dilaporkan berkata, BN memutuskan meletakkan anak jati kawasan Bukit Gantang sebagai calon kali ini.

Nampaknya UMNO dan BN Perak kini kemaruk benar untuk menang dan terpaksa meletakkan artis terbabit sebagai calon kali ini. Jika benar Jins terpilih, memang tidak syak lagi beliau bukanlah hero filem "Bukit Kepong" yang selama ini kita puja-puja sangat.

Ini kerana beliau kini adalah pengkhianat dan sudah menjadi "tali barut" kepada "dasar penjajah" yang memerintah negara ini. Sia-sia kita menjadi peminat beliau selama ini, bila akhirnya beliau sanggup bersekongkol dengan puak-puak UMNO dan BN yang jelas telah merosakkan agama, bangsa dan negara Malaysia yang tercinta ini.

Justeru itu buat para pengundi di Parlimen Bukit Gantang, maka bersedialah untuk "mengepung" dan "menghumbankan" Hero Filem Bukit Kepong ini di sana. Biar beliau tahu hero filem Bukit Kepong tidak setanding dan sehebat Panglima Bukit Gantang. Jins harus berfikir sebelum melakukan tindakan, Umurnya juga sudah 74 dan bila-bila sahaja akan meninggalkan kita.

Janganlah menderhaka kepada rakyat dengan beriya-iya benar untuk menajdi calon BN di Bukit Gantang. Kelak nanti anda akan disumpah menjadi "batu" macam filem "Si Tanggang" dulu. Apapun hanya rakyat Bukit Gantang yang layak menentukan siapakah pemimpin yang wajar membela mereka. Jins Shamsuddin hanya menjadi hero dan pembela di dalam filem sahaja, tetapi bukan di luar filem. Fikir-fikirkanlah !!.

[Mujurlah kini Jins Shamsuddin sudah tidak berlakon lagi. Jika tidak sudah pastilah filemnya tidak akan ditonton lagi oleh rakyat Malaysia. Kecewa rasanya bila dapat tahun Jins sudah menjadi ahli UMNO sejak 1959 dan kini merupakan Senator UMNO di Parlimen.

Jika tahu begini akhirnya perjalanan hidup hero itu, nescaya sejak dulu lagi kami tidak menonton filem-filem beliau. Mujurlah Allahyarham Tan Sri P.Ramlee sudah meninggal dunia, jika tidak sudah pastilah beliau akan menjadi calon menentang Anwar Ibrahim di Permatang Pauh dulu.

Teringat kisah Allahyarham Sudirman Hj.Arshad di Pahang ini, yang pernah satu ketika diwar-warkan akan menjadi calon BN di Parlimen Temerloh. Mujurlah semua itu tidak menjadi kenyataan. Jika tidak sudah pasti beliau juga akan dicemuh oleh rakyat kerana kesilapan membuat perhitungan di saat-saat akhir hidupnya itu. Apakah ini akan berlaku kepada Jins?].

GAMBAR MENARIK EXPO PENERANGAN - Kedua











GAMBAR MENARIK EXPO PENERANGAN - Pertama











Rabu, 18 Februari 2009

TAKAFUL UNTUK AHLI PAS PAHANG


PAS Pahang memperkenalkan produk baru yang memberi perlindungan takaful kepada semua ahlinya yang membayar yuran keahlian mulai tahun ini.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Skim Dana Taqwa Tabaruk yang diperkenalkan ini terbahagi kepada tiga Skim iaitu Amal Jamaie, Al Ansar dan Amal Jamaie warga Emas.

Jelasnya dibawah skim Amal Jamie semua ahli yang membayar sumbangan sebanyak RM10.00 (termasuk yuran tahunan PAS RM3.00) akan mendapat manfaat takaful keseluruhan berjumlah RM4,600 iaitu Khairat Kematian (RM1,000), keilatan kekal (RM800) dan Kematian (RM2,800).

Dibawah skim Al Ansar pula, ahli diminta membuat sumbangan tahunan berjumlah RM100.00 dan manfaat yang diperolehi ialah kematian, RM18,000, khairat kematian RM1,000 dan keilatan kekal berjumlah RM3,750. Manakala Amal Jamaie warga emas (berusia 60-80 tahun) pula mengenakan sumbangan sebanyak RM25.00 setahun dan manfaat yang diterima berjumlah RM3,000 iaitu khiarat kematian RM1,000 dan Kematian RM2,000.

Menurut Tuan Ibrahim, PAS negeri mensasarkan kira-kira 10,000 dari 50,000 ahli PAS di seluruh negeri menyertai ketiga-tiga skim kebajikan ini. Program ini sesuai dengan manifesto pilihan raya PAS dalam pilihan umum lalu iaitu Negara Berkebajikan.

Beliau juga berharap target sasaran dapat diatasi terutama penyertaan didalam skim takaful Al Ansar kerana ia memberi manfaat lebih tinggi berbanding skim Amal Jamaie dan Skim Warga Emas.

Difahamkan plan ini diujudkan dengan kerjasama sebuah syarikat pengendali Takaful terkenal dinegara ini.

um-NO Bangkitkan Thunami Politik Kedua


Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan krisis politik di Perak berjaya mencetuskan ‘tsunami politik’ kedua kepada Pakatan Rakyat.

Berucap ketika merasmikan Exspo Penerangan Pas Kawasan Temerloh, Tuan Ibrahim berkata, salah satu tugas penting penerangan ialah mencari dan menganalisis isu bagi mencetuskan gelombang kebangkitan rakyat namun, ia bukanlah sesuatu tugas yang mudah, tetapi tanpa disangka krisis politik di Perak telah memudahkan tugas itu.

“Jika sebelum ini keadaan tenang dan sukar bagi PAS/Pakatan Rakyat untuk mencetuskan gelombang politik (tsunami politik) tetapi dengan adanya krisis politik di Perak telah mengubah keadaan menjadi mudah,” ujarnya.

Beliau berkata, dalam kunjunganya berceramah keseluruh negara, didapati gelombang kebangkitan rakyat dari pelbagai bangsa meningkat dengan begitu mendadak ekoran krisis poltik di Perak.

“ia adalah sesuatu yang tidak disangka-sangka, terima kasih kepada Umno-BN kerana memudahkan tugas PAS/Pakatan rakyat. Apa yang perlu bagi Pakatan Rakyat ialah mengekalkan momentum kebangkitan itu hingga ke pilihan umum ke-13 nanti,” katanya.

Menurut Tuan Ibrahim, rakyat sudah membenci Umno-BN sebagaimana ditunjukkan dalam pilihan raya umum ke -12 lalu dan kini kemarahan rakyat semakin bertambah ekoran Umno mendalangi ‘rampasan kuasa’ di Perak.

“Ia adalah peluang baik kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk menghadapai pilihan umum ke-13 akan datang,” katanya.

Isnin, 16 Februari 2009

um-No Derhaka Kepada ALLAH : TG Nik Aziz


YAB Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini telah mengulas isu pergolakan politik di Perak. Antaranya ialah isu MB Perak derhaka kepada Sultan. Menurutnya media membesarkan isu derhaka kepada Sultan, pada hal semua manusia adalah sama di sisi Allah, manusia yang bergelar rakyat apabila tidak mengerjakan suruhan Allah, dia akan berdosa.

Manusia yang bergelar raja mahupun sultan juga berdosa, tidak ada keistimewaan di sisi Allah baik rakyat mahupun raja dalam soal yang berkaitan dengan syariat. Kewajipan tetap sama, larangan tetap juga sama. Raja sekalipun kalau minum arak, berjudi, berzina tetap berdosa dan wajib dikenakan hukuman yang setimpal berdasarkan syariat.

Di dalam Islam , sesama manusia derhaka ini hanya wujud antara anak terhadap kedua orang tuanya dan isteri terhadap suaminya. UMNO bising isu MB derhaka kepada Sultan, tetapi dalam masa yang sama bahkan sejak UMNO wujud lagi, ia sudah derhaka kepada Allah swt dan berterusan kederhakaannya kepada Allah. UMNO derhaka kepada Allah kerana menolak syariat, menolak Islam, menolak hukum hudud dan sebagainya. Perlakuan derhaka ini diperlihatkan melalui pertuturan dan perlakuan oleh pemimpin-pemimpin mereka, juga melalui dasar dan polisi yang ditentukan oleh mereka bagi menolak perlaksanaan syariat Islam.

Adakah Hj Nizar derhaka hanya kerana tidak mahu meletakkan jawatan, sebaliknya mahu keadilan ditegakkan dan menghormati Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Dalam menghadapi kemelut politik di Perak apabila Kerajaan Pakatan Rakyat tidak lagi stabil, Hj Nizar sebagai Menteri Besar lebih cenderung memberi kepercayaan dan mandat kepada rakyat bagi memilih kerajaan yang baru melalui proses pilihanraya. Pilihanraya hanya boleh berlaku setelah DUN dibubarkan.

Justeru itu, jangan dibesarkan isu MB Perak derhaka pada Sultan, lebih baik kita bicarakan bagaimana besarnya dosa manusia tidak kira Sultan, Menteri, Kerajaan atau sesiapa sahaja yang derhaka kepada Allah swt. Kita betulkan pemimpin-pemimpin yang tidak solat, tidak puasa, tidak tunaikan zakat, berjudi, minum arak, berzina, lawan syariat Islam dan sebagainya. Cara yang paling berkesan untuk membetulkan mereka ialah dengan menjatuhkan kuasa politik yang ada mereka, di atas kejatuhan kuasa politik itu, kita dirikan dan tegakkan keadilan berdasarkan prinsip Islam yang sejagat.

Ahad, 15 Februari 2009

Expo Penerangan PAS Kawasan Temerloh MERIAH


Tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung dalam menjayakan hari pertama expo penerangan PAS kawasan temerloh bermula jam 2 petang semalam. Para peniaga datang dari pelbagai negeri. Pameran sejarah PAS Pahang dan ADUN PAS Pahang 1999-2009 serta gambar-gambar sejarah cukup mengajar diri kita bahawa perjuangan ini pasti ada pelapis di masa depan. DPP hari ini juga sebagai penyambung perjuangan ayahanda nenda terdahulu.

Sepatutnya bermula jam 5.00 petang, Majlis Dialog Kelab Penyokong PAS Temerloh diadakan. Namun entah mana silapnya, tiada ahli kelab yang hadir kecuali pengerusi kelab. Pelik sebab kelab ini mempunyai lebih 50 orang ahli. Mungkin tempat program yang jauh atau tempat yang 'kurang selesa' atau apasaja kemungkinan, pihak urusetia perlu muhasabah kembali.

Tapak expo mula dibanjiri rakyat bermula jam 6 petang. Petugas Unit Amal mula menjalankan tugas penuh sabar dengan karenah para pengunjung terutama para peniaga. Jalan semakin sesak apabila jam 8 malam. Kenderaan yang parking di tepi jalan dari simpang paya pulai hinggalah .... (tiada maklumat).

Luatan manusia yang melimpahi Markaz Darul Amin mengembalikan nostalgia 1999. Skrin tambahan yang disediakan turut tidak mampu mengimbangi kebanjiran rakyat yang inginkan penerangan rasmi dari pimpinan PAS. Wakil HAMAS dibantu oleh Ketua DPP, Ust Jauhari Ishak sebagai penterjemah menyemarakkan lagi rasa tanggungjawab kepada saudara seagama. Lebih RM 50 ribu disumbangkan rakyat Pahang untuk Dana Palestin.

YB Abdul Wahid Endut memang tidak perlu diulas lagi. Banyak maklumat dan sejarah BN Terengganu diperjelaskan.

Pengerusi Kelab Penyokong PAS Temerloh; Mr. Sivanesen mengkalungkan bunga malai kepada Tuan Haji Muhammad Sabu. Semua hadirin amat terhibur dengan cara olahan dan penerangan beliau. Apa yang penting, malam tadi menjadi sejarah PAS Temerloh apabila berjaya mengumpul sumbangan derma sebanyak 20 ribu. 10 ribu rupiah + RM 10,500 + sebentuk cincin emas. TAKBIR ! ALLHU AKBAR !


ASSALAMUALAIKUM WRT WBT