Rabu, 17 Jun 2009

BIODATA RASULULLAH SAW


Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda.

Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW.

Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

BIODATA RASULULLAH SAW

· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

PESANAN :
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk
mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita
kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...

Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihi dirimu di akhirat kelak.

Selasa, 16 Jun 2009

Dr. Fathi Yakan di dalam kenangan…


"Islam, apabila ia menekankan supaya para pemuda melaksanakan matlamatnya yang menginginkan perubahan. Ianya bukanlah bererti menyerahkan tugas itu kepada mana-mana generasi tanpa punya ciri-ciri khas. Tetapi hendaklah dipastikan bahkan dituntut supaya generasi itu mempunyai ciri-ciri Islam, berpegang teguh dengan prinsip-prinsip Islam dan berkehendakkan generasi Islam yang tulen.

Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam. Tetapi malangnya mereka dipergunakan untuk meruntuhkan umat manusia.

Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda. Tetapi pemuda ini hanyalah kosong, hanyut dan terbiar. Pemuda yang tiada peribadi bersifat seperti kera. Pemuda yang tidak mempunyai akhlak lebih dekat dengan binatang. Pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim, disusun oleh parti-parti kufur dan syaitan. Pemuda pondan yang tiada kebaikan di dalam diri mereka. Tetapi ternyata keberkatan itu datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya."

Tulisan ini amat memberi kesan buat diri saya. Inilah buat tangan ulama’ terkenal Ikhwanul Muslimin Lubnan; Dr. Fathi Yakan.

Ulama’ yang dikenang.

Ulama’ apabila ia mati, bukan jasadnya sahaja yang ditanam. Tetapi ilmunya juga turut ditanam bersama-sama.

Saya diberitakan bahawa Dr. Fathi Yakan telah meninggal dunia semalam. Beliau meninggal pada usia 76 tahun lantaran sakit. Lantas saya menggesa jemaah untuk sama-sama solat jenazah ghaib untuknya. Sunnah Nabi SAW di dalam menghormati orang yang berjasa.

Semoga Allah mencucuri rahmat buatnya dan menjadikannya sebagai syuhada’ di dalam perjuangan agama Islam ini. Sesungguhnya pemergiannya mendatangkan kesan yang mendalam buat para pendakwah, harakah islamiah, penulis dakwah dan buat umat Islam yang cintakan ad-Dinnul Haq ini.

Sedikit latar belakang Al-marhum.

Dr. Fathi Yakan telah dilahirkan pada 9 Februari 1933 di Tripoli, Lubnan. Isterinya bernama Dr. Mona Haddad Yakan. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan 4 orang puteri dan seorang putera.

PhD yang diperolehi beliau adalah di dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab. Apa yang menariknya B.A dan M.A nya adalah di dalam bidang kejuruteraan. Allah telah mengurniakannya akal yang cerdas dan tangan emas kepada beliau. Hasilnya beliau telah menulis banyak karya-karya Islami yang menggegarkan pemikiran dunia Islam.

Ziarah awalnya bertemu Dr. Mustafa As-Siba’ie Rahimallah di Syria telah menjana azam yang bergermelapan buat dirinya bersama lebih kurang 50 orang yang turut serta. Lantas mereka mempelopori gerakan pembaharuan Islam di Lubnan.

Antara bukunya yang terkenal dan dijadikan asas oleh ramai jemaah ikhwan di seluruh dunia adalah ‘Maza Yakni Intima il-Islam’ yang bermaksud ‘Apakah ertinya saya menganut Islam?’ Buku ini mengupas erti Islam buat ummah dalam keadaan yang ringkas dan mudah difahami.

Golongan sasaran beliau adalah pemuda dan pemudi. Beliau sedar golongan ini adalah aset yang amat bernilai bagi menyambung tugas yang pernah disandang oleh para sahabat Rasulullah SAW yang majoritinya terdiri daripada golongan pemuda. Ini disebabkan tenaga dan kesungguhan yang mereka miliki adalah melebihi golongan tua.

Tahun-tahun akhirnya beliau bergiat sebagai ahli politik kerana melihat pentingnya daei hadir ditengah-tengah masyarakat. Harakahnya juga pernah ditentang, malah beliau pernah dipenjarakan. Tubuhnya pernah diseterika sehingga seluruh badannya menjadi remuk. Ada berpendapat umurnya lebih muda daripada tubuh badannya akibat seksaan yang menimpa beliau.

Buat Dr. Fathi Yakan…
Bersemadilah dengan tenang di alam sana, sesungguhnya umurmu banyak dihabiskan kerana memikirkan masalah umat ini. Semoga Allah memberikan balasan yang syurga yang tiada tolok banding nikmatnya kepadamu dan juga kepada kita semua.

Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama’ah hamba-hamba-Ku, masuklah ke dalam syurga-Ku. (Surah al-Fajr, 27-30)

*Rujukan: Tokoh-tokoh gerakan Islam abad moden, karya Zainuddin Hashim dan Riduan Mohammad Nor.

FILEM “PEREMPUAN BERKALUNG SERBAN” MENYUNTIK FAHAMAN FEMINISME


Sebuah filem yang sedang tersebar di Malaysia hari ini, “Perempuan Berkalung Serban”, yang telah diterbitkan oleh perfileman Indonesia, jelas mempunyai objektif penyesatan yang hebat. Anda boleh dapatkan sendiri filem tersebut, atau melarang anak-anak anda daripada menontonnya. Ini kerana fahaman yang dibawa daripada filem tersebut adalah feminism.

Feminisme adalah pemikiran yang memperjuangkan hak kebebasan wanita. Bahkan di dalam filem tersebut menonjolkan bahawa pusat pengajian pondok ini menyekat kebebasan wanita, mengongkong dan sebagainya. Seolah-olah wanita itu dipenjarakan oleh Islam. Secara jujur saya sebut, filem tersebut bertujuan merosakkan pemikiran manusia, dan memburuk-burukkan Islam.

Adakah Islam mengongkong, memenjarakan wanita? Orang bodoh sahaja yang berkata demikian. Memang benar, Islam mendidik wanita, supaya wanita tidak bebas melakukan kejahatan. Ini kerana Islam memelihara wanita daripada bebas melakukan kejahatan. Dalam erti kata lain, menghalang daripada wanita bebas menjerumus dalam kejahatan.

Filem tersebut menggambarkan bahawa wanita diharamkan menjadi pimpinan, tidak dibenarkan menyambung pelajaran ke pengajian tinggi, meredhai kekejaman suami dan sebagainya. Sebaliknya itu hanyalah rekaan terhadap Islam. Islam bukan seperti yang digambarkan di dalam filem tersebut.

Tentang aurat, Islam menjaga harga diri wanita daripada aurat mereka yang bernilai itu, didedahkan di hadapan khalayak ramai. Kepimpinan pula, Islam membenarkan perempuan menjadi pimpinan, tetapi yang pastinya, pimpinan tertinggi adalah lelaki. Islam tidak menyekat wanita untuk menyambungkan pelajaran, selagi mana pelajaran tersebut tidak bercanggah dengan Islam.

Filem tersebut menggambarkan juga bahawa pusat pengajian pondok mengharamkan perempuan daripada belajar menulis, membaca buku dan sebagainya. Mana mungkin Islam sedemikian rupa. Ramai sahaja penulis Islam dari kalangan perempuan. Membaca buku juga dibenarkan oleh Islam, bahkan digalakkan selagi mana buku tersebut mengandungi ilmu dan tidak tersimpang dari kebenaran.

Islam meletakkan wanita di bawah suami, menunjukkan bahawa suami bertanggungjawab terhadap isterinya. Menzalimi isteri bukanlah ajaran Islam sepertimana yang digambarkan di dalam filem tersebut. Filem tersebut menggambarkan seorang wanita yang dianiaya oleh suaminya yang memiliki sijil sarjana dalam pengajian Islam, sedangkan Islam bukan sedemikian teruknya.

Bahkan isteri dibenarkan untuk meminta cerai daripada suami sekiranya benar suaminya berlaku zalim terhadapnya. Tetapi, isteri diharamkan berlaku curang terhadap suami sekiranya suami tersebut tidak menzaliminya! Hari ini, sekawan isteri menuntut cerai terhadap suami sewenang-wenangnya, sedangkan mereka sendiri yang menzalimi diri mereka.

Menyebut tentang isu poligami. Sebab suami berpoligami tidak boleh dikatakan sebagai kesalahan isteri kurang melayani suami. Juga tidak boleh menyalahkan suami sebagai gila seks. Sebaliknya, di dalam filem tersebut menggambarkan bahawa si perempuan di hina kerana suaminya berpoligami, bahkan si suami berjanji akan berlaku adil. Inilah penghinaan mereka terhadap sunnah Nabi SAW.

Perempuan ingin berdikari juga dibenarkan dalam Islam. Menunggang kuda juga dibenarkan selagi mana tidak terdapat unsur-unsur haram yang bercanngah dengan Islam. Sekiranya perempuan tersebut berdikari untuk merosakkan dirinya sendiri, maka ia diharamkan! Begitu juga perempuan bersukan dengan cara yang diharamkan, juga diharamkan oleh Islam.

Saya tidak pernah menemui pusat pengajian pondok yang menyekat perempuan. Melainkan menjaga nilai kewanitaan dan harga diri mereka daripada terjerumus kepada haram. Sedutan daripada filem tersebut, kiyai yang sedang mengajar menyebut “haram bagi isteri menolak pelawaan suaminya, ketika suaminya berhajat…”

Lalu si heroin pun bertanya “Apakah dosa suami sekiranya si suami tersebut menolak permintaan isterinya untuk bersama?”.. Lalu Kiyai yang berlakon itu mengatakan “Isteri yang begitu adalah isteri yang gatal…” Ini bukanlah jawapan daripada seorang Kiyai. Tetapi ia adalah imaginasi pengarah filem semata-mata untuk memburukkan golongan ilmuan! Bodoh punya pengarah filem!!

Sepatutnya jawapannya begini, suami wajib memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri. Apatah lagi sekiranya isterinya berkeinginan! Bodoh punya pengarah filem!!. Manakala si isteri pula wajib melayan keinginan suami. Kesimpulannya kedua-duanya berhak mendapatkan keinginan masing-masing. Bodoh punya pengarah filem!! Semoga engkau diazab di dunia lagi supaya menunjukkan bahawa engkau cuba memburukkan Islam!

Bahkan saya mendoakan supaya pengarah filem ini, dan sesiapa sahaja yang terbabit dalam perancangan filem ini, supaya ditunjukkan azab mereka di dunia lagi. Apabila engkau diazab, semoga engkau kembali ke jalan yang sebenar, dan berhenti daripada terus mengembangkan ajaran sesat itu! Semoga doa ini dimakbulkan.. tetapi Allah sahaja yang berhak menentukan balasan yang “terbaik” untuk kamu semua!

Wahai kaum perempuan, kebebasan yang dibawa oleh orang kafir laknatullah bertujuan merosakkan kamu. Bahkan merosakkan keperibadian seorang perempuan, maruah, dan harga diri kamu. Seorang anak juga akan rasa terkongkong bersama ibubapa mereka, sedangkan ibubapa mereka menyayangi mereka, dan tidak mahu anak mereka rosak dan tiada harga diri.

Orang kafir berusaha mencetuskan keinginan kepada anak-anak untuk lari daripada keluarga mereka. Kononnya mereka mendakwa bahawa ibubapa mereka mengongkong. Maka, pemikiran ini sepatutnya dihapuskan!

Menteri Hishamudin Yang Tak Reti Lagi Kuat Kelentong


Saya terjumpa artikel ini di dalam laman Cina Islam :
“Hishamuddin Menjawab Soalan Kewajaran Polis Ceroboh Dun Perak

Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin memberi jawapan bahawa tindakan polis masuk ke dalam Dewan dengan arahan dari Speaker Ganesan yang kononnya ada kekecohan dalam dewan, yang padanya menyifatkan Speaker yang sah.

Dalam soalan tambahan, penanya soalan asal, DS.Anwar Ibrahim bertanya apa alasan pihak polis mengambil sikap diskriminasi, Menteri Dalam Negeri boleh menjawab tetapi jutaan rakyat menyaksikannya.

Dalam jawapan tambahan, Hishamuddin tetap mempertahankannya, kononnya tindakan polis adalah permintaan dari Speaker dan beliau berkata ambillah tindakan mahkamah kepada kami kalau tidak berpuashati.

Menjawab soalan tambahan dari tangga batu, Hishamuddin mengulangi sekali lagi supaya mengambil tindakan undang-undang jika tidak berpuashati.”

Ulasan :

Hishamuddin, sudah habis modalkah? Tidak tahu hendak jawab? Memang banganglah kalau polis menceroboh dengan permintaan daripada seseorang yang belum sah jadi speaker! Kalaulah saya boleh ketawa di dalam artikel ini, sudah pasti saya akan ketawa terbahak-bahak. Cumanya, ia hanya dapat ditulis sahaja. Kalau boleh, ingin juga saya ketawa terbahak-bahak di depan Hishamuddin ini. Kenapalah dia menjawab sebegini.

Dia menyebut berulang kali tentang tindakan undang-undang dan mahkamah. Satu lagi bentuk kebangangannya. Adakah dia menyangka rakyat ini terlalu mudah diperbodohkannya? Wahai Hisham, anda tu dah tak lama. Nanti kalau sudah mati, apa yang dapat dijawab di hadapan malaikat? Hendak kelentong juga?

Kalaulah Malaikat bertanya, kenapakah engkau mengkelentong di dalam Dewan? Adakah kamu ingin menjawab “Kalau saya kelentong, sila buktikan. Bawalah saya ke mahkamah kalau tak puas hati dengan jawapan saya….” Kalaulah saya jadi Malaikat, saya akan tergelak dengan jawapannya ini. Adakah dia ingat dia boleh kelentong di dalam kubur? Adakah dia boleh kelentong di mahkamah Allah?

Di dunia lagi beliau sudah terkencing untuk menjawab soalan itu, apatah lagi soalan di kubur? Anwar Ibrahim bukan malaikat pun. Rupanya juga langsung tidak garang seperti malaikat di dalam kubur. Namun, Hisham masih gagal lagi untuk menjawab dengan baik. Bagaimanakah pula di kubur nanti?

Katakan sahaja bahawa tindakan tersebut salah, dan tidak sepatutnya dibuat. Cakap sahaja yang UMNO telah memberi arahan kepada polis untuk lakukan semua itu. Hendak sembunyi apa lagi?



SIAPAKAH YANG BERHAK PUTUSKAN KEPUTUSAN?


Beberapa hari kebelakangan ini, bermula selepas Muktamar kali ini, cukup menarik perhatian media bila 2 orang Ulamak yang amat berpengaruh dinegara kita ini seolah-olah sedang berkelahi dan bertumbuk terajang. Amat malang sekiranya para ahli dan pimpinan akar umbi turut sama menambah perisa dan pandangan. Kadang-kadang mereka langsung tak faham apa yang mereka utarakan.

saya lebih tertarik untuk memperlihatkan kaedah atau prosedur di dalam Islam, untuk menyelesaikan perkara ini. Hakikat ini telah pun dijelaskan oleh Dr Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya, Usul Dakwah.

Beliau menyebut di dalam Bab Syura, tentang hakikat pertelagahan atau percanggahan pandangan ini. Ia terbahagi kepada beberapa persoalan, atau penjelasan :

- Siapakah yang berhak tentukan keputusan? Adakah syura atau presiden?
- Bagaimanakah ahli PAS dapat mengemukakan pandangan?
- Adakah keputusan ahli wajib diterima?

Persoalan pertama, ialah orang yang berhak membuat keputusan. Dr Abdul Karim Zaidan menerangkan bahawa di dalam meletakkan keputusan orang yang lebih berhak, maka beliau menggariskan beberapa etika. Etika tersebut ialah, Presiden berhak mengumpulkan syura, dan mendengar pandangan semua. Sekiranya Presiden memilih untuk mengikut keputusan syura, maka itu adalah haknya.

Bagaimanakah pula sekiranya keputusan Presiden bercanggah dengan Syura? Sekiranya bercanggah, Presiden berhak membuat pilihan, samada ingin mengikut keputusan Syura, atau masih berpegang dengan keputusan sendiri. Presiden mempunyai kuasa untuk mengekalkan keputusannya, walaupun bercanggah dengan syura. Inilah sepertimana yang disebut. Sekiranya saya silap, tegurlah dengan baik.

Ya, Presiden berhak membuat keputusan sendiri, walaupun ia bercanggah dengan keputusan mesyuarat sekalipun. Maka, terdapat persoalan yang bertanya. Sekiranya begitu, maka sia-sialah mesyuarat yang diadakan. Penjelasan perkara ini ialah, mesyuarat diadakan untuk membantu Presiden dalam membuat keputusan. Tetapi Presiden mempunyai kuasa mutlak untuk memutuskan mana-mana keputusan yang dipilih.

Bahkan, Presiden juga mempunyai hak untuk memilih keputusan yang minoriti dalam mesyuarat atau dalam muktamar. Sekiranya begitu, maka, apakah kepentingan muktamar atau mesyuarat. Sepertimana yang telah disebut, ia adalah bertujuan membantu Presiden untuk membuat keputusan, tidak lebih dari itu sehingga boleh melawan keputusan Presiden.

Persoalan kedua, bagaimanakah ahli PAS dapat mengemukakan pandangan? Ya, mana-mana ahli PAS dibenarkan memberikan pandangan. Tetapi, sekiranya diberi ruang oleh Presiden. Sekiranya tidak, maka ahli tidak dibenarkan mengemukakan pandangan melalui saluran-saluran yang dilarang.

Ahli PAS, dibenarkan memberi pandangan sekiranya dibenarkan oleh Presiden. Contohnya seperti di dalam Muktamar PAS, dan sebagainya. Sekiranya tidak, ahli sama sekali tidak dibenarkan melalui mana-mana saluran yang dilarang. Contohnya, Presiden berhak untuk melarang ahli PAS daripada mengadakan sidang media secara peribadi, untuk mengemukakan pandangan peribadi mereka sewenang-wenangnya.

Minta maaf, saya bukanlah seorang yang taksub kepada Presiden, tetapi saya cuma menyampaikan apa yang telah disebut oleh ulama’ kita di dalam karangan mereka.

Persoalan ketiga, adakah menjadi kewajipan kepada presiden untuk menerima keputusan ahli? Sepertimana yang telah disebutkan sebelum ini, Presiden berhak menerima atau tidak keputusan Syura, maka, lebih-lebih lagi keputusan ahli yang tidak termasuk dalam Syura. Ya, sepertimana yang telah diterangkan di dalam Usul Dakwah juga, pandangan ahli tidak wajib bagi Presiden untuk mendengarnya atau menerimanya.

Ahli berhak memberi pandangan, tetapi tidak berhak memutuskan. Bahkan Dr Abdul Karim Zaidan juga menyebut bahawa terdapat 3 panduan kepada ahli sekiranya pandangan mereka tidak diterima :

Pertama :

Orang yang memberi pandangan hendaklah mempunyai niat yang betul untuk memberi nasihat atau menegur pimpinan. Diharamkan bagi ahli untuk mengemukakan pandangan bertujuan menjatuhkan pimpinan, mengaibkan, memburuk-burukkan dan sebagainya, yang dikatakan sebagai tujuan yang diharamkan.

Kedua :

Orang yang mengemukakan pandangan hendaklah seorang yang pakar dan mahir tentang apa yang dikemukakan. Bahkan diharamkan juga mengingkari keputusan yang bersifat ijtihad (keputusan yang tiada dalil yang memutuskannya). Selagi mana keputusan tersebut bersifat ijtihad, maka ahli wajib mengikutnya walaupun bercanggah dengan keputusan mijoriti.

Ketiga :

Diharamkan juga kepada individu yang mengemukakan pandangan, daripada mencetuskan fitnah atau pandangan yang berbeza daripada keputusan tersebut, apabila pandangannya tidak diterima.

Kesimpulan di sini, saya tidak berniat untuk menyalahkan sesiapa, bahkan saya mengucapkan tahniah kepada Husam kerana berani untuk memberi pandangan. Bahkan saya juga bersetuju dengan tindakan Presiden di dalam masalah ini. Bahkan, kita juga diharamkan menimbulkan fitnah untuk memburuk-burukkan sesiapa. Kita langsung tidak berhak di dalam persoalan ini, kerana kita bukanlah ahli di dalam bidang tersebut.

Semoga dengan artikel ringkas ini tetapi penting, dapat dimanfaatkan oleh semua. Saya tidak berniat untuk menjatuhkan sesiapa atau menaikkan sesiapa, tetapi ia adalah garis panduang yang telah disebut oleh ulama’ kita. Anda juga boleh merujuk dengan buku-buku yang lain seperti Ahkam as Sultaniah, Imam al Mawardi, Fiqh al Khilafah dan sebagainya sebagai panduan.

Salam Perjuangan
Dr. Fikrah

Isnin, 15 Jun 2009

DPP Temerloh Bersedia Ke Arah PRU 13


Dalam mesyuarat DPP kali ke3 sesi 2009/2011, satu pembentangan bertajuk; "Persediaan dan Hala Tuju Pemuda Menghadapi PRU-13" telah dibincang dan diluluskan. Begitu juga apabila pembentangan dibuat dalam mesyuarat PAS Kawasan baru-baru ini. Pemuda dilihat begitu komited dalam persediaan menghadapi apa jua keadaan masa depan.

Slogan "Temerloh Milik Kita, Mentakab DUN Pemuda" dilihat jelas sebagai hasrat Pemuda agar semua gerak kerja dan aktiviti ke arah merampas 2 kerusi tersebut daripada uMnO dan Bn.

Namun hajat yang cukup besar ini akan hanya ditertawakan jika tiada komitmen dan semangat dari para pemuda yang berada di cawangan. Satu perancangan gerak kerja tersusun rapi sedang diatur agar Pemuda tidak dilihat berangan-angan kosong.

Kesungguhan telah dizahirkan oleh kepimpinan Pemuda Kawasan perlu disambut sebaiknya dengan mematuhi segala strategi dan program yang diatur. Kita tidak mahu lagi, pemuda di cawangan hanya tahu mengeluh tiadanya aktiviti tetapi malas untuk bekerja.

Jawatankuasa Pemuda Cawangan (JPC) perlu diwujudkan sekurangnya oleh 5 orang pemuda. Jika usaha itu berjaya, pasti kemenangan sudah berada disebelah kaki kita. Pemuda tidak boleh leka dengan keseronokan semata-mata, kita mesti berfikir seolah kita adalah pemimpin cawangan.

Banyak cawangan lesu dan tidak beraktiviti dek kerana tiadanya pemuda cawangan yang kedepan untuk bersama memikul tanggungjawab. Pemuda tidak boleh hanya pandai melihat dan mengkritik bahkan perlu pandai memikul tugas dan amanah dalam memperjuangkan kesyumulan Islam yang dibawa PAS ini. Moga semua diberkati Allah hendaknya.

Khamis, 11 Jun 2009

Gambar Perasmian Bangunan Pas Pahang di Bandar Temerloh




Restoran Ibu zah juga dirasmikan oleh Tuan Guru Nik Aziz


span class="fullpost">



Ahad, 7 Jun 2009

Sajak Altantuya Karangan Mat Sabu


Petikan sajak yang dideklamasikan Mohamad Sabu:

'Atantuya'

Aku Insan Ajnabi,
Aku Berasal Dari Tanah Tinggi
Bangsaku menjelajah dunia
Bangsaku pernah menguasai dunia
Kecantikanku menawan sesiapa sahaja
Lemah gemalaiku melembutkan lelaki perkasa
Kecerdikanku, kecantikanku boleh diperniaga


Aku wanita Ajnabi merantau kemana=mana
Mencari rezeki merata dunia
Kuala Lumpur, Paris, Hong Kong aku merata
Pembesar negara kuasai ku
Kukuasai pembesar negara
Sebut sahaja apa berniaga aku tetap disana
Kepercayaan dan akidah sama sahaja
Sekejap muslimah sekejap insaniah
Aku tetap manusia beragama


Manisku dijilat, manisku disedut
Aku rela kerana berniaga
Aku berakidah aku insaniah
Ku tahu siapa yang menyedutku
Manisku masih banyak
Manusia rakus menghirupku
Kadang menggilir kadang digilir
Aku berniaga tak kira siapa


Zuriatku ada
Ku tahu siapa bapanya
Masakan tidak, disarangku dia bertelur
Manisku belum habis dihisap
Sepahku dibuang merata
Badanku dihancur luluh
Tubuhku berkecai rapuh
C4 dipanggil untuk memusnahku


Rohku tetap menjalar
Rohku tetap merayau
Setiap dada media ku buka cerita
Ku tahu siapa pemusnahku
Rohku berulang alik
Entah di Mongolia, entah di Paris
Entah di Shah Alam, entah di Putrajaya
Rohku menjalar terus menjalar
Roh suciku diawang-awangan
Menghinggap siapa sahaja
Tak kira pangkat atau kedudukan
Pemusnahku akan musnah...

TAHNIAH BUAT DATO' TUAN IBRAHIM!


Sekalung tahniah kepada Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man di atas kepercayaan para perwakilan untuk beliau menjawat tugas Naib Presiden PAS untuk sesi kali ini. Walau tanpa sebarang berita dan isu yang boleh menaikkan nama beliau, bahkan beliau menolak sebarang usaha untuk membantu beliau dalam pemilihan baru-baru ini.

Tugas baru amat berat untuk dipikul, tugas lama usah dilupakan. Sudah dapat rotan yang berguna, akar yang baik jangan dibuang. Bila sudah berada di atas, jangan lupa pandang ke bawah.

Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang yang bermuktamar sebelum ini telah meluluskan usul tergempar agar Dato' Tuan kekal sebagai Pesuruhjaya PAS Pahang samada menang atau kalah dalam pemilihan Naib Presiden.

Tidak lama lagi, pasti akan diketahui samada Dato' Tuan kekal atau digantikan oleh pemimpin lain untuk menerajui PAS Pahang. Andai berubah PJ, pasti berubahnya gaya kepimpinan dan corak pemikiran. Semua jentera juga pasti terkena tempiasnya. Apa yang pasti Jabatan Penerangan Negeri dan Jabatan Pilihanraya Negeri perlu ada perubahan ke arah positif. Usah takut berubah. Perubahan perlu ke arah menjamin penerusan kerja dan tenaga baru. Kalau pemimpin takut untuk membuat perubahan, apa sangat yang kita mampu katakan kepada rakyat agar mereka berubah!


Jumaat, 5 Jun 2009

6 strategi perkukuh PAS - Presiden


SHAH ALAM: PAS memulakan Muktamar Tahunan Ke-55 pagi ini dengan menggariskan enam strategi, antara lain mahu menampilkan satu imej dan citra sebagai parti Islam yang sentiasa bersedia untuk berdepan dengan apa jua cabaran semasa dan mendatang.

Sehubungan itu, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS perlu menampilkan satu pendekatan imej yang bersifat ‘usuliy’ dari segi prinsip-prinsip perjuangan, ‘mu’asirah’ dari segi kepimpinan dan organisasi-jentera, ‘istiqbaliy’ dari segi persiapan dan kesediaan untuk menggempur senario perjuangan masa depan.

Selain itu, Hadi yang menerajui PAS sejak 2002 berkata, beliau mahu semua peringkat ahli parti memperkukuhkan ukhuwwah, mahabbah dan persaudaraan dalam saf jemaah khususnya di peringkat kepimpinan serta aktivis parti sehingga ke seluruh akar umbi. “Arahan ini juga termasuk memperkukuhkan Kelab Penyokong PAS sehingga kebersamaan mereka dalam perjuangan PAS dapat terus diperkasakan,” katanya.

Malah, Ahli Parlimen Marang itu berkata, pihaknya ingin memimpin perubahan dalam negara ini dengan Islam.

“Semua petugas parti perlulah mencari formula dan ruang yang ada untuk menonjolkan kepimpinan Islam dalam segenap segi kehidupan dengan cara yang penuh hikmah dalam menangani harapan rakyat dari pelbagai kaum, agama dan budaya serta terus kekal dengan iltizam disiplin yang tinggi supaya tidak goyah oleh perancangan jahat musuh,” kata beliau dalam ucapan dasar bertemakan Islam Memimpin Perubahan.

Tiga strategi lain yang diketengahkan Hadi ialah:

- Melaksanakan mesej dakwah secara muwajahah silmiyyah, dengan bersedia berdialog, bermuzakarah dan berdebat dengan sesiapa sahaja demi merealisasikan tema Islam Memimpin Perubahan.

- Terus-menerus memperkasakan parti dan mempersiapkan kepimpinan PAS bagi menangani cabaran persaingan yang semakin sengit dari segi tuntutan intelektual dan mendepani permasalahan negara dalam konteks global.

Para pimpinan ulama PAS juga perlu berani berijtihad bagi menangani polemik-polemik baru dalam urusan perundangan dan kancah politik yang serba mencabar ini.

- Mengeratkan persefahaman dan keserasian setiakawan dan kelancaran bekerja di semua peringkat dalam Pakatan Rakyat sehingga benar-benar dapat menyerlahkan kredibiliti dan perpaduan Pakatan Rakyat khususnya di semua negeri-negeri yang kita tadbir bagi bersiap sedia untuk menempah kejayaan yang lebih besar dalam pilihan rata umum ke-13.

~ mStar

Pemuda PAS perlu rangka pelan kekalkan sokongan golongan muda - Presiden PAS


SHAH ALAM, 5 Jun (Hrkh) - Menyedari golongan pengundi muda memberi sokongan besar kepada PAS, pemuda perlu menjadi generasi yang akan mendominasi geo-politik masa depan negara , Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu Pemuda PAS merangka pelan untuk mengekalkan sokongan golongan itu.

Kesan sokongan besar pengundi muda dapat dilihat dalam pilihan raya umum lalu yang menumbangkan Umno/BN di semenanjung Malaysia, katanya.

Justeru kata Ustaz Hadi, program-program bersesuaian, termasuk 'mengakhlakkan' aktiviti-aktiviti hiburan, sosial dan sukan yang selama ini dilihat di luar ruang lingkup aktiviti PAS perlulah dirancang.

"Usaha ini perlu bukan sekadar untuk tujuan politik, tetapi lebih utama untuk melaksanakan tugas 'penyelamat' bagi mengeluarkan mereka daripada keruntuhan akhlak serta hanyut dalam hiburan di luar batasan agama," ujarnya menyampaikan Ucapan Dasar pada Perasmian Muktamar Tahunan PAS Kali ke-55 di Stadium malawati, di sini sebentar tadi.

Beliau turut mahu Dewan Pemuda menggiatkan program tarbiah kepada anak muda untuk melahirkan generasi pemimpin dan penggerak yang menghayati perjuangan menegakkan Islam.

Ustaz Hadi mengakui, pemuda telah memberi sumbangan besar dalam pilihan raya dan kegiatan PAS termasuk menggerakkan massa selain berharap Unit Amal terus meningkatkan prestasi.

"Pemuda juga perlu terus pro aktif menghadapi isu-isu dalam negara dengan memimpin ummah di medan dan secara bijaksana berhadapan dengan entiti yang berkenaan.

"Dalam konteks parti dan kerajaan serta percaturan politik yang serba mungkin dewasa ini, PAS terus menggalakkan Pemuda PAS memainkan peranan sebagai semak dan imbang agar landasan perjuangan PAS dan kerajaan-kerajaan Pakatan rakyat terus berjalan sebagaimana tuntutan Islam dan harapan rakyat," ujar Ustaz Hadi menegaskan peranan Pemuda PAS masa kini.


2 Kali Tahniah Buat Sdr Abdullah Abdul Karim


Pertamanya tahniah kepada Sdra Abdullah Abdul Karim (Naib Ketua DPPN Pahang) dan pasangannya di atas perkahwinan yang baru saja berlangsung dengan jayanya pada 30hb Mei yang lalu. Kami difahamkan majlis menyambut menantu akan diadakan di rumah ibubapanya di Mentakab pada 13 Jun 2009 akan datang. Semoga rumahtangga yang dibina kekal sehingga 'dijemput Ilahi'.

Perkahwinan adalah suatu perkara yang semua orang suka.Kebanyakan anak muda hanya nampak nikmat sementara yang pasti akan hilang suatu hari nanti. Perkahwinan hanya dilihat sebagai cara untuk menghalalkan apa yang diharamkan. Tidak lebih dari itu...

Kalau dilihat hari ini, kes perceraian semakin meningkat terutama yang melibatkan golongan muda apatah lagi golongan artis. Bahkan golongan dewasa yang semakin berumur turut terlibat dalam gejala ini.

Perkawinan bukan sekadar melepaskan hajat terpendam, bahkan lebih dari itu adalah amanah Ilahi kepada kita untuk menyebarkan dakwah kepada ahli keluarga dan keturunan kita. Sejauh mana kita mampu mempertahankan IMAN dan ISLAM dalam diri keturunan kita selepas ini. Tugas kita cukup berat, seberat memimpin negari dan negara.

Kalau keluarga sendiri pun kita tak mampu jaga dan pelihara AMAN dan AKHLAK, bagaimana kita nak uruskan perjuangan yang besar ini? Kalau kita tak mampu pikul amanah dalam keluarga, kenapa kita masih beriya-iya benar menawarkan diri untuk memikul amanah yang lebih besar? So, fikir-fikirkanlah.... tepuk dada, kalau sakit jumpa doktor, kalau tak sakit, tanya Iman dan Taqwa...

Keduanya, tahniah juga buat sdr Abdullah kerana telah dipilih oleh para perwakilan pemuda kali ini untuk jawatan jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat. Moga kedua amanah yang baru dipikul ini memberi ruang yang lebih untuk saudara menambah amalan kebaikan. TAKBIR!!


Selasa, 2 Jun 2009

Salahkah Menyokong Perjuangan Anuar?


Oleh: Mee Celup

Gelombang politik terbesar di dalam negara ini hanya berlaku sebaik sahaja berlaku peristiwa pemecatan DS Anwar Ibrahim dari kabinet dan parti Umno lebih kurang 11 tahun yang lalu. Sebelum peristiwa tersebut, gelombang politik juga pernah berlaku tatkala berlaku pertembungan merebut jawatan Presiden Umno di antara Tun Dr Mahathir dengan YBM Tengku Razaliegh yang mana mengakibatkan wujudnya Parti Melayu Semangat 46(S46).

Sebelum itu juga, Umno pernah diharamkan sebelum Tun Mahathir menubuhkan Umno Baru yang kekal hingga sekarang. Namun gelombang politik yang menyaksikan pertarungan di antara Umno/Bn dengan Parti S46 yang telah bergabung bersama PAS dan DAP tidak sehebat gelombang yang dibawa oleh DS Anwar Ibrahim selepas tahun 1997.

Saya yakin sesiapa yang membaca kembali sejarah pada awal era reformasi sehinggalah kini, suka atau tidak terpaksa mengakui bahawa pengaruh DS Anwar sememangnya banyak mempengaruhi sokongan rakyat terhadap parti-parti pembangkang yang ketika itu begitu mudah diratah oleh Umno/Bn, kecuali kekuatan kental PAS di Kelantan.

Natijah daripada fitnah yang telah dilakukan oleh mereka yang cemburu serta dengki dengan pengaruh DS Anwar sehingga menyebabkan beliau dipecat dari kabinet dan parti, pembangkang terus mendapat tempat dihati rakyat.

Rakyat sudah tidak lagi meyakini Umno malahan mereka seolah-olah tidak percaya tergamaknya Umno mengkhianati tokoh Melayu yang Pro Islam ini. Tetapi bak kata orang, benih yang baik dicampak ke mana sekali pun tetap akan boleh hidup subur.

Secara jujurnya, parti PAS dilihat lebih banyak memakan hasil daripada peristiwa yang berlaku dan saya percaya ini adalah `kifarah' buat DS Anwar yang mungkin ketika di dalam Umno melakukan beberapa kesilapan di dalam pendekatannya.

Kini, setelah pembangkang mulai mendominasi beberapa buah negeri selepas pilihanraya Ke 12 yang lalu sehingga menyebabkan kerajaan Bn gagal memperolehi majoriti 2/3 di dalam Parlimen, sudah terdapat suara-suara sumbang terutamanya di dalam PAS yang seolah-olah menidakkan sumbangan, ketokohan dan jasa DS Anwar.

Perkara sebegini tidak pernah timbul sewaktu PAS di bawah kepimpinan Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Almarhum adalah seorang yang jujur, tidak pendendam serta bijak berpolitik. Budi Almarhum terhadap DS Anwar sudah tentu tidak terbalas.

Pulangnya Almarhum Ustaz Fadzil ke Rahmatullah memaksa DS Anwar menitiskan air mata. Semua ini adalah kisah masa lampau yang amat manis dikenang betapa pemimpin bersatu hati dan sedia bermaafan. Kini, masa berubah apabila melihat kepada kekuatan yang ada pada diri masing-masing.

Pemilihan pucuk pimpinan PAS akan bermula beberapa minggu sahaja lagi. Sebagai sebuah parti yang telah kuat sudah tentu pendekatan di dalam berkempen berbeza samasekali.

Saya mengucapkan syabas kepada PAS kerana sehingga kini masih tetap dengan pendirian tegas berkenaan dasar Islam mereka. Tetapi, saya kurang selesa apabila terdapat beberapa pemimpin yang sering mengaitkan pemimpin yang lain di dalam PAS sebagai `orang DS Anwar'.

Apakah dosa DS Anwar sehingga beliau diheret bersama di dalam kancah perebutan kuasa di dalam PAS? Salahkah sekiranya mana-mana pemimpin PAS berbaik serta menyokong perjuangan DS Anwar selama ini? Apakah dengan menyokong perjuangan DS Anwar bermakna mereka meninggalkan prinsip mereka yang termaktub di dalam PAS ?

Semua persoalan ini tidak mampu saya huraikan melainkan pemimpin-pemimpin PAS itu sendiri. Meskipun saya seorang penyokong DS Anwar tetapi saya juga tetap menyokong serta menghormati pemimpin PAS.

Memang benar, mungkin terlalu simpati saya terhadap DS Anwar menyebabkan saya ingin menyuarakan perkara ini kerana bagi saya tidak adil DS Anwar dijadikan bahan tohmahan untuk melemahkan lawan politik sesama mereka.

Saya hairan mengapa wujud gelaran pemimpin ini `orang Anwar' dan pemimpin itu `orang Tuan Guru'. Setahu saya di dalam PAS pemimpin mereka adalah Presiden mereka dan Tuan Guru Nik Aziz adalah Muryidul Am mereka , tiada yang lain dari itu.

Umum mengetahui bahawa Presiden PAS dan Tuan Guru Nik Aziz sendiri tidak pernah ingin berjauhan dari perjuangan DS Anwar malahan ingin dirapatkan lagi.

Harus diingat bahawa musuh sentiasa berada di sekeliling kita dan jika kita tersilap langkah, musuh akan mengambil kesempatan. Bukan tujuan tulisan ini untuk membela DS Anwar yang bukan seorang yang maksum dan bukan juga seorang Ulamak.

Saya sedikit terubat apabila mendengar segala kata-kata Tuan Guru Nik Aziz berkaitan hubungan yang perlu dijaga sesama kita di dalam PR. Jangan dimusnahkan apa yang telah dibina landasannya oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor.

Kesihan juga kepada DS Anwar yang tidak mampu mempertahankan dirinya apabila dikaitkan di dalam mainan politik oleh rakan-rakan seperjuangannya sendiri. Mungkin DS Anwar hanya mampu berkata di dalam hatinya," Kalaulah Almarhum Ustaz Fadzil masih hidup......"


Pelajari Kekalahan PKS di Indonesia


Kekalahan yang dideritai oleh Partai Keadilan Sejahtera (PKS), Indonesia dalam pilihan raya Parlimen bulan lalu sangat memedihkan bagi umat Islam, namun kekalahan dan kemerosotannya sangat wajar dipelajari khususnya oleh pendukung gerakan Islam dan parti Islam di mana saja.

Pada pilihan raya Parlimen Indonesia tahun 2004, prestasi PKS yang pada watu itu di bawah pimpinan Dr Hidayat Nur Wahid, ulama lulusan Madinah, sangat cemerlang. Parti bernuansa Islam itu dianggap sebagai pengganti Masyumi, parti gabungan pimpinan Almarhum Muhd Natsir pada tahun 50-an kerana wawasannya sama mahukan Indonesia itu bernaung di bawah panji-panji Islam, walaupun Muhd Natsir sedar Indonesia sebuah negara berbilang agama dan budaya.

PKS dianggap parti Islam generasi baru yang sangat menjanjikan, begitu banyak harapan dan dukungan diberikan kepadanya. Dalam pilihan raya 2004 itu, PKS memenangi kerusi bandar-bandar besar.

Malangnya kemenangan itu ternyata tidak dapat dipertahankan lama. Dalam pilihan raya Parlimen Indonesia bulan lalu, PKS menderita kekalahan di kawasan yang dipernah dimenanginya dulu. Ia kalah di Jakarta, Depok, Bekasi, Bandung dan kota-kota besar lain.

Kekalan PKS ini disebabkan sikap, memberi kenyataan media tanpa berhati, hati, sikap mengatur strategi, mulai kurang memberikan perhatian kepada rakyat biasa.

Ia beransur-ansur menjadi parti elit yang kakinya tidak berjejak di kalangan rakyat biasa. Sungguh malang, disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Semuanya terjadi apabila sesetengah pemimpin PKS memuji bekas Presiden Suharto yang semua orang tahu mengenai pemerintahan kuku besi serta tindakan tiraninya.

Selanjutnya ada sesetengah pemimpin PKS mahu pula mengadakan hubungan baik dengan parti Suharto, Golkar yang kini dipimpin oleh Jusuf Kalla.

Segala-galanya bermula pada suatu malam bulan November 2008, sebuah majlis jamuan Silatulrahmi dan Dialog Antara Keluarga Pahlawan Nasional diadakan di Jakarta.

Hadir sama puteri Suharto, Titiek Suharto dan duduk semeja dengan Ketua Dewan Syura PKS, Hilmy Aminuddin dan Setiausaha Agung PKS, Anis Matta. Dalam ucapannya, Titiek sangat berterima kasih kepada pemimpi parti politik yang hadir kerana memuji ayahnya, Suharto dan memasukan nama ayahandanya sebagai pahlawan dan guru bangsa.

Acara itu, kata Presiden PKS, Tifatul Sembiring untuk mendorong rekonsiliasi agar tidak ada lagi dendam antara generasi.

Majlis pada malam itu penuh kontrovesi, ramai pemerhati melihat ada usaha sesetengah pihak hendak �memutihkan Suharto�, suastu usaha yang sama sekali bertentangan dengan keadaan yang ada, di mana rejim Suharto menimpakan derita bangsa, pelanggaran hak asasi manusia, matinya demokrasi dan segalanya.

Malangnya, seperti dikatakan tadi, turut hadir pada malam itu, malah memuji dan merestui Suharto sebagai �Pahlawan Nasional dan Guru Bangsa� ialah pemimpin tertinggi PKS. Bagi mereka kalau Suharto itu hendak dimaafkan, ada cara lain � secara peribadi-peribadi � bukan melibatkan pati politik, lebih-lebih lagi ketika menghadapi pilihan raya Parlimen (DPR) dan seterusnya Pemilu Presiden bulan Julai ini.

Ramai pendukung PKS menyalahkan Anis Mata yang hadir dan turut memuji Suharto, tetapi ada yang bertanya bagaimana dengan kehadiran Ketua Dewan Syura PKS sendiri, Hilmy Aminuddin. Bagaimana bliau melihat semuanya ini dari perspektif Islam?

Sejak peristiwa itu, keraguan dan kekecewaan rakyat terhadap parti Islam itu semakin membesar, khususnya generasi muda. Mereka yang kecewa ini bukan saja dari pulau Jawa, tetapi juga dari Sumatera dan Kalimantan, kepulauan Riau serta Sulawesi.

Prestasi PKS yang selama ini diharapkan menjadi tonggak kekuatan parti Islam Indonesia ternyata juga merosot. Tinjauan terhadap momentum kerja, terutama di kawasan yang dimenanginya pada tahun 2004 dulu, didapati merosot. Rakyat yang mendukung PKS dulu kecewa kerana �tidak dipedulikan� setelah menang.

Itulah antara sebuahnya, PKS yang selama ini diberikan harapan tinggi untuk menjadi tunggak parti nasional, setelah Parti Persatuan Pembangunan (PPP) dan Parti Bulan Bintang tidak berdaya memenuhi cita rasa dan harapan rakyat.

Mulanya, ketika awal pemilihan Parlimen bulan lalu, Dr Hidayat Nur Wahid diuar-uarkan untuk mendamping Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) sebagai regu Presiden dan Naib Presidern. Namun dengan kekalahan demi kekalahan yang diterima oleh PKS, maka 'harga' PKS pun merosot, tidak mungkin lagi SBY menerima Dr Hidayat sebagai regunya.

Susilo pun memilih Boediono (bekas Gabenor Bank Pusat), pakar ekonomi sebagai calon naib presidennya menolak calon yang diajukan parti politik lain lain.

Alasannya, SBY mememerlukan seorang pendamping yang ahli di bidang ekonomi untuk menghadapi krisis kewuangan global yang cukup tenat jika kembali memimpin.

Alasan tersebut disampaikan SBY kepada Presiden PKS, Tifatul Sembiring dalam pertemuan menjelang deklarasi pasangan calon presiden dan naibnya: SBY-Boediono (SBY - Berbudi) di Hotel Sheraton, Bandung baru-baru ini.

Tifatul Sembiring bertanya: "Kita minta penjelasan kenapa Boediono - SBY melihat persolan kita ke depan masih masalah ekonomi. Selama lima tahun krisis ini belum berakhir?" SBY menjawab, "memang belum selesai."

Selain itu, PKS juga meminta penjelasan tentang mazhab ekonomi Boediono. Dalam pertemuan tertutup itu, SBY menjelaskan bahwa Undang-Undang Sukuk dan Perbankan Syariah di Indoneia sebenarnya lahir pada masa Boediono memegang jawatan di Bank Central itu.

Kini SBY (Demokrat) berpasangan dengan Boediono, Jusuf Kalla (Golkar) dan Wiranto dari Golkar dan Megawati (PDI) dengan bekas jeneral Prabowo.

Adapun PKS menduduki tempat ke empat dalam senarai pemilihan anggota parlimen bulan lalu.

Sebuah pendapat yang cukup menarik ialah dari Direktur Eksekutif Center for Indonesia Reform, Sapto Waluyo mengenai PKS ini: "Kesan kekalahan PKS ini menyebabkan target mendapat 20 peratus suasara telah gagal, kerana kekalahan strategi, bacaan politik, jangkauan dan lain-lain."

Kini PKS terpaksa mengambil keputusan mendukung pasangan SBY-Boediono, setelah 'harga'nya dipasaran politik Indonesia demikian merosot. Ramai yang bingung mengapalah pemimpin PKS yang lengkap dengan Majlis Syuranya, kepimpinan tertingginya yang berpendidikan tinggi, tarbiyah siasinya dan lain-lain, tetapi memuji Suharto, menganggapnya salah seorang pahlawan nasional Indonesia.

Kesimpulannya, kesilapan dan kelemahan Parti Islam Indoneia, PKS ini wajar menjadi renungan pendukung parti politik Islam di mana saja. (harakahdaily)


Mengambil Iktibar Watak Sayidina Abu Bakar & Omar


Bagi pengamal sirah para sahabat r.a., akan mendapati bahawa antara kedua-dua pimpinan tertinggi khilafah Islamiyah selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w. iaitu antara Khalifah Sayidina Abu Bakar as-Siddiq dan Sayidina Omar bin al-Khattab, mempunyai perwatakan dan keperibadian yang sama sekali berbeza antara satu sama lain.

Ini kerana ada yang ulama sirah seperti Prof Dr Yahya Ismail, pensyarah Hadis di Fakulti Usuluddin, Universiti al-Azhar dalam buku sirahnya berpendapat, bahawa kelainan perwatakan yang ada antara kedua-duanya merupakan satu anugerah Allah yang paling besar ke atas umat Islam. Ini kerana Sayidina Abu Bakar sering dikaitkan dengan seorang yang bersikap lemah lembut dan mirip kepada sifat berkasih sayang, sementara Sayidina Omar pula ada yang mengaitkan dengan seorang yang tegas, berani dan agak sedikit keras.

Kedua-dua perwatakan tersebut sebenarnya amat diperlukan dalam sebuah 'jemaah Islam' seperti PAS yang bercita-cita memperjuangkan Islam dalam segenap aspek kehidupan, terutamanya memastikan undang-undang negara berdasarkan prinsip hukum Ilahi. Ini kerana kedua-dua cara dan penampilan kedua-dua pimpinan khalifah tersebut sesuai sepanjang zaman di mana wujudnya kambing-kambing hitam yang mahu menumbangkan pemerintahan secara tidak demokratik.

Apa yang kita boleh belajar daripada kedua-dua tokoh sahabat Rasulullah berkenaan, ialah salah seorang daripada keduanya memiliki sifat 'low profile' dan seorang lagi tegas, lebih-lebih lagi berlaku insiden atau tragedi yang menyanggah kesucian agama, ia dapat dilihat dalam satu peristiwa selepas berakhirnya perang Badar Kubra.

Dalam peperangan itu, umat Islam berjaya membunuh kira-kira 70 musyrikin dan menawan 70 yang lain, baginda Rasulullah s.a.w. tidak dapat memutuskan kedudukan 70 tawanan tersebut. Maka kedua-dua Abu Bakar dan Omar dipanggil untuk mendapatkan pendapat mereka. Sayidina Abu Bakar mencadangkan agar setiap daripada tawanan berkenaan mengajar 10 anak orang Islam mengenai hal-hal yang bersangkutan dengan ilmu peperangan, cara-cara membuat senjata dan sebagainya, jika projek itu berjaya bermakna 700 anak-anak orang mahir dalam bidang peperangan.

Rasulullah bersetuju dengan pendapat Abu Bakar itu, walau bagaimanapun baginda tetap mahu mendengar pendapat daripada Sayidina Omar pula. Omar juga menyatakan bahawa pendapat Abu Bakar itu ada kebenarannya, tetapi baginya disebabkan puak-puak musyrikin itu adalah punca kepada berlakunya penyelewengan terhadap umat manusia, maka beliau mecadangkan agar kesemua mereka yang ditawan itu dipancung sahaja kepala mereka.

Rasulullah s.a.w. tidak dapat nak memutuskan antara kedua-dua pendapat itu, namun baginda menegaskan bahawa mahu berjumpa mereka berdua pada keesokan hari di tempat yang sama. Pada malam itu Allah SWT memutuskan keputusannya mengenai kedudukan tawanan perang melalui ayat 67 surah al-Anfal sebagai teguran kepada Nabi: "Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan sebelum dia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Boleh dibuat kesimpulan mengenai ayat di atas, bahawa Allah SWT mahu agar Nabi-Nya membunuh (dengan memenggal kepala) para tawanannya, ada mufassir menyebut seolah-olah pendapat Omar menepati ayat yang telah Allah tentukan sejak di 'Luh Mahfuz' lagi kedudukan mereka yang menentang Rasulullah. Ia bukanlah satu pendapat yang memperlihatkan kegarangan Omar, akan tetapi merekalah punca ramai manusia menentang Allah SWT.

Setelah kewafatan baginda Rasulullah, tampuk pemerintahan diserahkan kepada Sayidina Abu Bakar dengan cara syura dijalankan. Abu Bakar berpegang prinsip yang menepati cara dan kaedah perwatakannya. Justeru beliau memilih orang yang tegas dalam memimpin ketumbukan perang agar ketahan Islam dapat dipelihara. Khalid Bin al-Walid menjadi pilihannya, kerana Khalid adala individu yang suka berperang dan mempunyai banyak pengalaman dalam peperangan.

Ringkasnya, apabila Sayidina Abu Bakar meninggal dunia, jawatan itu tidak dikekalkan Omar kepada Khalid, kerana Omar tahu bahawa beliau dan Khalid mempunyai watak yang sama, nanti mereka berdua akan bertindak mengarahkan agar umat Islam sentiasa berperang. Khalid menerima pelucutan jawatannya sebagai panglima perang, kerana beliau juga tahu keadaan tersebut, maka Sayidina Omar melantik Sa'ad Bin Abi Waqqas yang memiliki ciri-ciri yang ada pada Abu Bakar.

Maknanya, kedua-dua Sayidina Abu Bakar dan Omar memahami tuntutan berjemaah, di mana perlu ada seorang yang berwatak agak tidak keras dan seorang lagi berwatak agak tegas pada satu-satu masa. Inilah yang mereka belajar daripada Sirah baginda Rasulullah s.a.w. yang mahukan kedua-dua watak itu wujud dalam 'jemaah Islam'.

Maka dalam PAS juga yang menyifatkan dirinya Islamik, sudah tentu tidak boleh membebaskan dirinya daripada kedua-dua elemen penting itu yang mampu melonjakkan sebagai sebuah gerakan Islam, ia tidak berkecuali apa yang pernah terjadi kepada pimpinan Gerakan Ikhwan Muslimun dalam menentukan sikap mereka terhadap perjuangan Syiah, ada yang berlembut dan ada yang tegas menolak untuk berbaik dengan Syiah.

Dalam senario politik tanah air, banyak yang diperkatakan sejak akhir-akhir ini oleh pihak tertentu mengenai keperibadian kedua-dua tokoh tertinggi dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS), iaitu Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, seolah-olah suatu kecenderungan mahu melaga-lagakan antara mereka berdua. Bagi yang telah mengikuti huraian di atas, maka tidak akan ada lagi spekulasi yang membabitkan kedua-dua tokoh berkenaan.

Sebenarnya perbuatan seumpama itu akan merugikan perjuangan parti sendiri. Apa yang penting kita memiliki panduan iaitu al-Quran, jika sesuatu berita itu dilihat cenderung ke arah melaga-lagakan tokoh pimpinan PAS yang berusaha untuk mendaulatkan Islam, anggaplah ia sebagai sebuah berita yang didatangkan oleh golongan yang fasik, maknanya berita itu perlu diselidiki terlebih dahulu kesahihannya seperti yang diarahkan Allah untuk berbuat demikian menerusi ayat 6 surah al-Hujurat: "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka hendaklah selidiki dengan teliti terlebih dahulu, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan kamu itu."

Sebagai kesimpulan, bagi menjernihkan keadaan di kalangan ahli-ahli parti lebih-lebih lagi menjelang 'Muktamar Tahunan PAS' pada Jun depan dalam suasana pemilihan pucuk pimpinan parti, adalah diharapkan agar setiap perwakilan dapat menggunakan kewarasan cara berfikir dengan tidak bertindak secara melulu, lebih-lebih lagi isu yang mengaitkan ketokohan kedua-dua pimpinan tertinggi PAS yang semakin panas di dada akhbar dan laporan siaran berita yang mempunyai agenda tersendiri. (harakahdaily)


Selasa, 26 Mei 2009

Koleksi Gambar Program Puasa Sunat dan Mogok Lapar


Apa dah jadi dengan UmNo hari ini? Apalagi kata-kata kesat yang sesuai untuk penguasa zalim lagi sombong? tak cukup lagi ke perbuatan jahat yang dilakukan sebelum ini terhadap rakyat dan YB Pakatan Rakyat yang dipilih rakyat?

Orang kamu dah jadi MB! Orang kamu dah kuasai mahkamah! Orang kamu dah kuasai Polis! Apalagi kamu nak? Nak jadi Tuhan?

Kalau buat demontrasi jalanan, polis marah. Orang Islam buat puasa sunat pun, polis nak kacau? Orang bukan Islam nak buat mogok tak nak makan pun, polis ganggu? lantak kami ler nak makan ke tak nak! Bukan ngabeh duit mak bapak kamu woii!







Polis berkumpul untuk apa? Polis (dimaklumkan bernama Glen) menjerit bahawa perhimpunan tidak ada permit, dia bagi amaran sila bersurai, kalau tidak kami akan bertindak.

Jumlah tangkapan keseluruhan termasuk pekerja syarikat event yang ditangkap awal pagi seramai 5 orang , dicampur dengan jumlah tangkapan jam 11.00 lebih tadi seramai 14 orang. Jadi jumlah keseluruhan yang ditangkap ialah 19 orang semuanya.

Semua sekarang ini berada di IPK Ipoh di soal siasat. ADUN Sungkai Sivanesan memaklumkan dia telah cuba memohon dan merayu kepada pengawal pintu masuk IPK Ipoh untuk masuk menghantar ubat kepada Ahli Parlimen Ipoh Barat,Kulsegaran namun tidak dibenarkan.

Difahamkan YB. Kula sejak beberapa hari ini mengalami masalah kesihatan. bayangkan untuk masuk menghantar ubat juga tidak dibenarkan.

DS. Nizar saya sahkan daripada pembantu khasnya, sdr. Amran Harun sebentar tadi dalam keadaan selamat dan mereka menuju ke Kg. Tawas kerana difahamkan terdapat program menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak istemewa pada hari ini.

Nasruddin Tantawi dipilih Ketua Pemuda PAS, lima tanding Naib Presiden


KUALA LUMPUR, 26 Mei : - Tiga jawatan utama Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini menyaksikan masing-masing calon menang tanpa bertanding.

Dengan ini, Ustaz Nasruddin Tantawi dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS yang sah manakala jawatan timbalannya disandang oleh Azman Safawi dan Naib Ketua Pemudanya ialah Sabki Yusof.

Selain itu, calon-calon yang bertanding bagi jawatan Naib Presiden PAS ialah seramai lima orang iaitu Dato' Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Tuan Ibrahim Tuan Man, Dr Mujahid Rawa dan Nik Amar Nik Abdullah.

Lain-lain keputusan rasmi menyusul kemudian. Harakahdaily

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Temerloh


24hb Mei 2009 - Satu pertemuan tidak formal telah diadakan diantara DPP Temerloh dengan AMK Temerloh bagi membuka jalan ke arah kerjasama menggerakkan aktiviti kepemudaan menghadapi PRU-13.

DPP diwakili Setiausaha, Sdr Farid dan Sdr Maslan selaku Ketua Penerangan merangkap Setiausaha Kerja DPP Pahang manakala AMK diwakili oleh Sdr Jamil selaku ketua AMK Temerloh dan Sdr Rizal dari AMK Pahang.

Tiada sebarang resolusi yang diputuskan, cuma persefahaman untuk mengadakan pertemuan rasmi melibatkan jawatan tertinggi dalam organisasi pemuda Pakatan Rakyat.

Pelbagai aktiviti dicadangkan namun tiada kertas cadangan. Oleh itu, samada DPP atau AMK perlu menyediakan pelan kerjasama yang sempurna dan cadangan aktiviti yang tertulis agar perbincangan akan berakhir dengan pelaksanaan.

Satu yang pastinya menjadi soalan; kerjasama dari sudut apa yang kita tagih? tenaga? kewangan? idea? atau hanya tumpang semangkuk? Fikir-fikirkanlah ...

Majlis Kesyukuran : Hari Ibu & Guru Pasti Az-Zahra'


Taman Temerloh Jaya, Jumaat, 22 Mei 2009 : PASTI Az-Zahra' telah menganjurkan Majlis Kesyukuran sempena Hari Ibu & Guru. Terima kasih kepada pengurusan Pasti Az-Zahra' kerana sudi menjemput kami. Terima kasih juga kepada guru-guru yang telah mencurahkan ilmu yang memberi manfaat kepada anak-anak kami.

Majlis yang bermula dengan solat Maghrib berjemaah dan tazkirah. Manakala acara perasmian bermula selepas solat Isyak berjemaah. Kehadiran ibubapa dan tetamu cukup memberansangkan. Lihat saja kepada gambar-gambar berikut ...


Ust Azrul selaku Pengarah Jabatan Pasti Temerloh dalam ucapan perasmiannya telah menyentuh tentang tanggungjawab ibubapa dalam menjaga akidah anak-anak dan keluarga seterusnya membawa suasana islam dalam kehidupan seharian.

Cikgu Zainun pula selaku Guru Besar mewakili guru-guru Az-Zahra' menyampai ucapan terima kasih dan kemaafan sekiranya terdapat kekurangan dan kesilapan sepanjang menjalankan tugas. Sebarang teguran akan diterima demi kebaikan anak-anak.

Hadirin dipertontonkan tayangan khas sempena Hari Ibu & Guru yang cukup mengyayat kalbu. Sebilangan anak-anak menangis menambah kepiluan. Tidak cukup dengan itu, Ibubapa dikejutkan dengan acara anak menyuapi ibubapa. Suasana bertukar kecoh bila ada anak yang menangis kerana tidak menjumpai ibu atau ayahnya. Cukup menusuk kalbu. Tahniah kepada pihak pengurusan Az-Zahra'.

Pada malam itu juga diumumkan senarai pemain bolasepak yang akan mewakili Pasti Temerloh pada 24 Mei 2009 di Kompleks Sukan Mini Bandar Pusat Jengka. Pasukan Az-Zahra' yang memenangi Kejohanan Bolasepak Pasti Peringkat Temerloh telah diperkuatkan dengan 3 orang pemain import dari Pasti Ummu Khalidah dan Habiburrahman.

Acara terakhir penyampaian piala kejuaraan untuk pasukan bolasepak dan saguhati untuk pasukan bolajaring disampaikan oleh Tn Hj Md Jusoh Darus, Timbalan YDP PAS Temerloh.

Acara paling ditunggu ialah acara makan-minum diakhir majlis. Nasi goreng cina dan ayam bakar cukup menyelerakan. Terima kasih kepada guru-guru dan kaum ibu yang ringan tangan.

Terima kasih Pasti Az-Zahra'. Kalau ada majlis makan lagi, jangan lupa jemput kami lagi.


3 Hari Yang Agak Sibuk Buat Blogger DPP


Krisis Perak, Apa Kesudahannya ? dari kiri : Hanipa Maidin, Mohd Fadly Ramli, Harris Abdullah dan YB M.Kulasugaran

Alhamdulillah, banyak program yang dirancang dan semuanya berjalan lancar. Oleh sebab itu, blog DPP tidak dapat diupdate pada hari sabtu dan ahad baru-baru ni. Disini, kami sertakan beberapa gambar menarik untuk dikongsi bersama.

Pertamanya melibatkan program anjuran PAS Negeri Pahang, BICARA 4 PEGUAM di Markas PAS DUN Dong, Raub pada 23 Mei 2009. Kebetulan kami dilantik sebagai JK Teknikal program tersebut.

Program penerangan yang amat baik tetapi tidak ramai yang menghadirinya sekitar 400 orang sahaja. Hujan yang turun cukup lebat selepas maghrib diselangi petir dan ribut mungkin boleh dijadikan alasan kurangnya pendengar pada malam tersebut. Kutipan derma pula hanya lebih kurang RM800.

Apa pun, para ahli panel telah berjaya menyampaikan maklumat yang cukup penting kapada hadirin walau dalam keadaan basah dan becak. Paling menarik apabila forum dihentikan sementara untuk memberi laluan kepada tayangan peristiwa dalam Sidang DUN Perak yang kecoh.

Kazaliman UmNo yang menggunakan polis sebagai anjing mereka telah bertindak diluar batas-batas kemanusiaan. Pada malam itu, kami mengesan lebih kurang 5 orang SB yang menyelinap masuk untuk membuat laporan. mungkin lebih ramai dari itu.

Kesimpulannya, Umno ini memang jahat.

Isnin, 25 Mei 2009

GEMPAR : AGUNG PECAT PM Najib?


Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi awal Januari 2010, Najib Tun Razak yang baru pulang ke rumah rasminya di Putrajaya tiba-tiba dikejutkan dengan satu surat dari Duli Yang Mulia Yang DiPertuan Agung ( YDPA ) bahawa beliau dan Rosmah hendaklah mengosongkan rumah rasminya kerana YDPA telah melantik orang lain sebagai Perdana Menteri menggantikan beliau.

Alasan YDPA di dalam surat tersebut adalah ahli-ahli Dewan Rakyat khususnya dari Pakatan Rakyat ( PR ) dan beberapa ahli BN yang mula menyokong PR telah berjumpa YDPA di Istana dan menyatakan bahawa mereka tidak lagi yakin dengan Najib dan mahu orang lain sama ada Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang atau Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Surat YDPA juga menyatakan bahawa jika Najib tidak meletak jawatan beliau hendaklah dipecat dari jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Najib merengus marah manakala Rosmah berteriak macam orang yang kena histeria. Najib yang masih marah dan berang berkata : “ Macam mana Tuanku dengan sewenang-wenangnya memecat patik sedangkan Parlimen tidak mengadakan apa-apa sidang atau membawa apa-apa usul atau undi tidak percaya kepada patik. Patik tidak nampak mana –mana peruntukkan di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada Tuanku untuk memecat patik sebagai Perdana Menteri. Macam mana patik boleh dengan mudah dipecat dan sebagai ganti dilantik orang lain sebagai Perdana Menteri sedangkan tidak ada sebarang undi tidak percaya diluluskan di Parlimen ke atas patik”.

Keluhan Najib didengar dengan tenang oleh YDPA . YDPA dengan senyum berkata kepada Najib : “ Adakah tuan hamba sudah lupa bahawa pada 22 hb Mei 2009 iaitu pada hari Jumaat jam 3.30 petang di tingkat bawah Palace of Justice, Putrajaya tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Yang Arif ( Y.A ) Dato Raus Sharif, Y.A Dato Ahmad Maarof dan Y.A Dato’ Zainon Ali telah sebulat suara memutuskan antara lain bahawa

a. Seorang Menteri Besar ( di peringkat Negeri ) atau Perdana Menteri ( PM ) di peringkat Pusat secara tersirat boleh dipecat atau diminta letak jawatan jika Sultan atau YDPA memutuskan bahawa MB atau PM tidak lagi mendapat sokongan majoriti ADUN atau Ahli-Ahli Parlimen.

b. Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak atau Perkara 43 ( 4 ) Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut bahawa kaedah bagi menentukan bahawa seorang MB atau PM hilang keyakinan majoriti ADUN atau ahli-ahli Parlimen adalah melalui undi tidak percaya ( votes of no confidence ).

c. Kes Stephen Kalong Ningkan ( 1966 ) iaitu kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di Sarawak yang memutuskan bahawa Governor atau Sultan tidak ada kuasa memecat Ketua Menteri atau MB dan satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya tidak boleh lagi dipakai.

YDPA seterusnya menambah : “ Bukankah keputusan Mahkamah Rayuan tersebut yang tuan hamba inginkan bagi meraih keuntungan politik jangka pendek tuan hamba dan parti tuan hamba. Bukankah tuan hamba yang berkeras tidak mahu mendengar keluhan rakyat dan pemimpin partai komponen tuan hamba sendiri supaya krisis di Perak diselesaikan secara aman dan melalui amalan demokratik iaitu dengan kembali kepada rakyat melalui Pilihanraya semula di Perak. Maaf tuan hamba, Beta terikat dengan keputusan tersebut dan tidak boleh buat apa-apa . Maka Beta dengan ini memerintahkan tuan hamba dan sekeluarga keluar dari rumah rasmi Perdana Menteri kerana tuan hamba bukan lagi Perdana Menteri Malaysia."

Najib tersentak dan lemah segala sendi manakala Rosmah pula terkaku dan jatuh pengsan. Tiba-tiba mereka sedar keputusan Mahkamah Rayuan hari ini kini telah makan diri. Jika keputusan yang paling wajar dan munasabah oleh Y.A Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Y.A Dato’ Aziz Abdul Rahim yang memutuskan bahawa satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya sekaligus mengekalkan doktrin Raja Berperlembagaan ( Constitutional Monarchy ) keputusan Mahkamah Rayuan pula ditafsirkan oleh ramai cendikiawan undang-undang telah melahirkan doktrin baru iaitu Raja Mutlak ( Absolute Monarchy ). Jika Raja Berperlembagaan melahirkan kesejahteraan sudah tentu doktrin Raja Mutlak akan melahirkan suasana yang tidak menyenangkan.

Sketsa di atas adalah , bagi saya, cara terbaik untuk memahamkan para pembaca tentang kesan keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini.

Sebagai seorang anggota pasukan peguam Nizar, saya menghormati keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. Tapi saya tidak pasti keputusan tersebut akan diterima dengan baik oleh rakyat khususnya rakyat di Perak.

Dalam keadaan keyakinan rakyat kepada institusi kehakiman masih belum pulih sepenuhnya sudah tentu keputusan Mahkamah Rayuan tersebut tidak dapat lari dari cemuhan rakyat. Inilah masalahnya apabila sesebuah institusi dalam sebuah negara sudah hilang keabsahan ( legitimacy ). Di negara ini apabila BN memerintah terlalu lama dan keabsahan parti tersebut dipertikaikan turut sama terpalit adalah institusi keadilan seperti Mahkamah , Peguam Negara dan polis. Apabila rakyat hilang keyakinan kepada sistem keadilan , maka sebarang keputusan Mahkamah apatah lagi keputusan seperti keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini sudah tentu tidak akan mudah diterima sebagai satu keputusan yang adil dan telus.

Sejak dari awal rakyat sudah nampak macam ada sesuatu yang tidak kena kepada cara kes rayuan Zambry dikendalikan. Zambry kalah di Mahkamah Tinggi pada 11/5/2009. Mahkamah Tinggi menolak permohonan Zambry bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman.

Pada 12/5/2009 di sebelah pagi Zambry membuat permohonan bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman. Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh pendengaran permohonan Zambry pada pagi hari yang sama . Tarikh pendengaran yang diberikan dengan tergesa-gesa sudah tentu memprejudiskan Nizar dan pasukan peguamnya bagi membuat persiapan yang teliti dan mendalam.

Pada tengah hari 12 hb Mei itu juga Y.A Hakim Dato Ramly membenarkan permohonan Zambry dan perintah diberikan tanpa sebarang syarat.

Nizar membuat permohonan bagi membatalkan perintah penggantungan yang diberikan kepada Zambry. Mulanya permohonan Nizar ditetapkan pada 18/5/2009 tetapi kemudiannya ditangguhkan pada 21/5/2009 iaitu pada hari yang sama rayuan Zambry didengar. Sudah tentu permohonan Nizar tidak lagi relevan untuk didengar atau seperti yang sering dikatakan ianya menjadi akademik.

21 hb Mei rayuan Zambry didengar dengan hujah lisan dan bertulis dikemukakan oleh pihak –pihak secara mendalam . Mahkamah hanya ambil masa satu hari sahaja untuk putuskan. Memang hebat Mahkamah boleh buat keputusan dalam masa satu hari .Tetapi cuba kita bayangkan jika kita menghantar baju untuk dijahit dan tukang jahit siapkan baju kita dalam satu hari- saudara boleh bayangkanlah tahap kualiti baju tersebut .

Suatu yang amat mengharukan pasukan peguam Nizar adalah meskipun Nizar kalah namun sambutan rakyat kepada mereka di Mahkamah Rayuan hari ini seolah-olah menunjukkan Nizar yang menang dan bukannnya Zambry.

Untuk rakan pasukan peguam Nizar iaitu Tuan Haji Sulaiman Abdullah, Philip Khoo, Ranjit Singh, Razlan Hadri, Nga Hock Cheh, Chan Kok Keong, Mr .Leong, Edmond Bon, Amir Arshad dan Zulkarnain Lokman ingatlah keputusan hari ini tidak akan mematahkan semangat anda semua sebaliknya ia memberi semangat baru kepada kita untuk terus berjuang menentang kezaliman dan menegakkan keadilan . Kita semua akan berjumpa lagi di Mahkamah Persekutuan insya’Allah.
-Peguam Hanipa Maidin

Pesuruhjaya Berubah Selepas Muktamar ?


"Saya sudah 8 tahun memegang jawatan Pesuruhjaya PAS Perak dan 2 tahun sebelum itu menjadi Timbalan Pesuruhjaya, sudah 10 tahun, satu dekad sudah, jadi saya mahu pengganti saya orang yang dinamik, progresif dan bertenaga". Demikan antara ucapan Pesusuhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang semasa menggulung ucapan sempena Konvensyen PAS Perak disini.

Itu yang berlaku dinegeri Perak. Sebuah negeri yang tidak diberikan harapan untuk diperintah PAS, akhirnya dinafikan hak oleh Mahkamah Rayuan. Dpp tak nak ulas cerita mahkamah yang semua orang tahu.

Selepas muktamar, semua tumpuan akan terarah kepada siapa Pesuruhjaya negeri-negeri? Kekal atau akan ditukarkan. Perak nampaknya akan berlaku perubahan. Pahang macamana? Dalam muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang yang lalu, satu usul tergempar telah diluluskan!

Usul yang dibawa oleh Dewan Pemuda PAS Jerantut telah mendapat sokongan majoriti perwakilan supaya Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dikekalkan sebagai Pesuruhjaya PAS Pahang walau apa pun keputusan pemilihan jun ini.

Dato' Tuan yang dicalonkan jawatan Naib Presiden PAS dilihat berpeluang untuk memduduki kerusi tersebut dan ia dilihat sebagai alasan untuk meninggalkan jawatan no1 dalam PAS Pahang.

Dpp merasakan Dato' Tuan perlu untuk terus kekal mengetuai PAS Pahang kerana beliau satu-satunya individu yang mampu mendamaikan sedikit kontroversi yang pernah berlaku selepas PRU 2004 yang lalu.

Namun angin bertiup kencang bilamana ada suara-suara yang mengatakan PAS Pahang akan bertukar nakhoda samada Dato' Tuan menang atau tewas dalam pemilihan Naib Presiden.

Persoalannya, siapa yang benar-benar layak? Mungkin nama-nama 3 timbalan PJ boleh disebut, tapi yang cukup layak dengan syarat tambahan... mampu mendamaikan perselisihan dan tidak mudah melatah, yang dihormati pemimpin dan petugas diseluruh peringkat serta disegani pihak lawan.

DPP tidak bermaksud memperkecilkan TPJ sediaada, namun DPP lebih mengharapkan Dato' Tuan Ibrahim meneruskan khidmat selaku PJ Pahang untuk tempoh yang Allah sahaja yang tahu.

Walaupun begitu, DPP amat memahami, keputusan ditangan Presiden Tuan Guru Hj Abd Hadi. Kami hanya menyatakan sikap dan pandangan kami. Sekiranya benar PJ Pahang akan berubah, kami tetap wala' dan patuh kepada keputusan tersebut.


Jumaat, 22 Mei 2009

ADUN Manek Urai Kelantan meninggal dunia.


Adun kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Haji Ismail Yaacob, 60 (gambar)telah kembali kerahmatullah pada jam 5.55 pagi tadi di hospital Raja Perempuan Zainab II.

Demikian satu berita dari satu pesanan ringkas dari Kelantan yang diterima sebentar tadi dan DPP telah mendapat pengesahan dari blogger-blogger Kelantan dan laman web kerajaan negeri.

Sebelum itu beliau dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga dipotong sebelah kanan..

Sebelum ini beliau menghidapi penyakit gaot sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.

Pada persidangan Dun Febuari lalu beliau dapat menghadirinya biar pun badannya kelihatan agak kurus.

Ismail yang lebih dikenali sebagai Paksu Mail antara Adun yang paling lama di Kelantan.

Beliau memenangi Dun Manek Urai pada pilihan raya umum 1986. Sehingga sekarang beliau sudah lima penggal mewakili Dun berkenaan.

Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak bertanding dan Dun Manek Urai diwakili Ustaz Zamzuri Mat Lazim.

Dengan kekosongan DUN ini pasti akan membawa laluan kepada satu lagi pilihanraya kecil setelah disahkan oleh pihak SPR nanti melalui makluman resmi dari Speaker DUN Kelantan.

AL-FATIHAH...

Khamis, 21 Mei 2009

'Tiada jalan damai puak Idris-Ahmad...'


Pertemuan ADUN BN dengan ketua perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Hishammudin Hussein malam tadi belum menemui jalan penyelesaian terhadap kemelut politik di negeri itu, kata ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad.

Nawi yang turut menghadiri pertemuan tersebut di pejabat Hishammmudin di Putrajaya, mendakwa masih sukar untuk dua kumpulan penyokong yang saling bertentangan itu, untuk berbaik-baik semula.

Dua kumpulan tersebut terdiri daripada penyokong Menteri Besar Datuk Ahmad Said dan satu lagi bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh.

"Tiada jalan lain (untuk penyelesaian) melainkan pucuk pimpinan tertinggi melihat punca kemarahan ADUN-ADUN Terengganu sehingga mencetuskan kemelut tersebut.

"Mereka kena tengok prestasi Ahmad sebagai menteri besar, Ini perkara yang penting," katanya.

Sebelum ini, sebahagian ADUN BN Terengganu mahu Ahmad digantikan atas alasan tidak berkeupayaan mentadbir negeri itu.

Manakala 10 daripada mereka tidak menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu baru-baru ini apabila tiga daripada mereka menerima SMS ugutan.

ahmad said idris jusoh terengganuBagaimanapun mereka menghadiri hari terakhir sidang DUN tersebut atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malam tadi, Hishammuddin yang juga naib presiden Umno mengadakan pertemuan berasingan dengan ketua-ketua Umno bahagian dan kemudiannya diikuti pertemuan dengan ADUN BN Terengganu.

Setuju selesai masalah

Sementara itu, ketua Umno bahagian Dungun Datuk Rosli Mat Hassan, ketika ditemui malam tadi, mendakwa semua ketua Umno bahagian tidak ada masalah dengan Ahmad.

Beliau juga mendakwa tidak berlaku kemelut politik yang berlaku di negeri itu sebagaimana yang digembar-gemburkan.

Rosli berkata, dalam pertemuan itu, semua ketua bahagian, termasuk Idris (Besut) setuju dengan permintaan Hishammuddin supaya mereka sama-sama menyelesaikan kemelut tersebut.

Difahamkan dalam pertemuan semalam, tiga ADUN - Rosol (Ajil), Zakaria Ariffin@ Abdullah (Paka) dan Datuk Din Adam (Bukit Besi) - bercakap panjang lebar mengenai kemelut politik Terengganu.

Beberapa ADUN lain turut mencelah, tetapi Idris dan Ahmad yang hadir sama dalam pertemuan tersebut, hanya sekadar mendengar sahaja.

Idris dan Ahmad kelihatan keluar bersama tetapi tidak bercakap ketika menuju ke kereta masing-masing, selepas tamat pertemuan tersebut.

Kedua-dua mereka enggan ditemubual media untuk mendapatkan pandangan mengenai hasil pertemuan dengan Hishammuddin malam tadi.
= malaysiakini

Keputusan Mahkamah Rayuan Hari Ini Penting Buat Barisan Nasional


oleh : menantu perak

Hari ini merupakan hari yang penting dalam krisis perlembagaan Perak yang berlaku sejak kerajaan Perak bertukar tangan, kerana hari ini mahkamah rayuan akan menentukan siapa Menteri Besar Perak.

Sebenarnya saya terperanjat dengan keputusan yang ditentukan oleh Mahkamah Tinggi yang menyatakan Nizar adalah Menteri Perak yang sah, saya tidak dapat terfikir apa yang dirasai para pemimpin Barisan pada ketika itu.

Ya, seperti yang dikatakan oleh PM, BN akan buat rayuan terhadap keputusan tersebut dan Mahkamah Rayuan secara effektifnya telah meluluskan rayuan tersebut dalam masa 5 jam, tapi bagi Nizar, nasib tidak menyebelahinya kerana rayuannya mengambil beberapa hari.

Sebenarnya saya telah dapat menjangkakan keputusan yang akan diputuskan Mahkamah Rayuan atas betapa effektifnya mereka menyelesaikan kes rayuan Zambry.

Khabar angin dimana DUN Perak akan dibubarkan kini tersebar luas. Maka keputusan hari ini amat penting bagi pihak BN kerana mereka perlu memastikan pembubaran DUN Perak ini adalah dikemukakan oleh MB BN iaitu Zambry. Hal ini supaya ia dapat menyelamatkan sedikit undi sekiranya Pilihan Raya Perak diadakan. Pada masa itu, akan muncul banyak pemimpin yang mengatakan BN mengambil berat hal rakyat kerana sanggup membubarkan DUN Perak, walaupun mereka "hilang ingatan" siapa yang menyebabkan krisi Perak ini.

Saya berpendapat, pilihan raya sudah tidak dapat dielakkan lagi kerana krisis ini telah melibatkan pelbagai pihak termasuklah kehakiman, polis, institusi raja dan kerajaan Perak, kerana Kerajaan Perak tidak lagi berfungsi dengan baik.

Parti politik dalam BN kini sudah mula menyuarakan pendapat bahawa DUN Perak perlu dibubarkan (saya anggap mereka telah mendapat "kebenaran" tersebut), Najib kata BN tak takut menghadapi pilihan raya Perak, maka saya percaya BN akan mengumumkan pembubaran DUN tidak lama lagi kerana Najib tidak akan dan tidak boleh membawa tumor ini sehingga ke pilihan raya akan datang, tapi semua ini hanya faktor masa sahaja.

Saya berpendapat masa yang paling baik ialah apabila Zambry diisytiharkan MB Perak yang sah dan beliau akan membubarkan DUN Perak, kerana sekiranya pembubaran ini dilakukan oleh YB Nizar, maka saya anggap ia akan membawa nasib malang kepada pihak BN.

ASSALAMUALAIKUM WRT WBT