Selasa, 29 Jun 2010

Sekitar Program Jejak Pejuang DPP Temerloh Ke Negeri Kedah - 4

Pejabat Sekretariat Semua Wakil Rakyat dalam Parlimen Baling

Bila agaknya Parlimen Temerloh ada pejabat seperti ini? Selepas PRU-13 insya Allah.

Lepas majlis makan durian lagi...

Cenderahati kenangan buat Ketua Pemuda dan DPP Baling... terima kasih atas segala pandangan dan cadangan

Ucapan dari Setiausaha DPP Baling ketika Majlis Dialog



Judi Bikin Umno Bergolak, Ahli PAS Wajib Turun 3 Julai


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat isu kelulusan judi bola menyebabkan kepimpinan Dato' Seri Najib mulai dipertikaikan oleh kepimpinan Umno yang lain. Semalam sayap Pemuda Umno dan Puteri mereka menyertai Umno Perak, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Johor dan Pahang membantah tindakan kepimpinan Najib yang mahu meluluskan lesen judi bola untuk rakan baiknya, Tan Sri Vincent Tan.

Najib yang juga Presiden Umno kini menerima tekanan yang kuat dan ini pertama kali berlaku sejak Najib mengambil tampuk kepimpinan tertinggi parti itu tahun lepas. Jelas isu judi menjadi kudis dalam pentadbiran Najib yang juga cucu kepada Pengerusi Genting (Syarikat Judi terbesar negara) yang pertama, Tan Sri Mohammed Noah bin Omar.

PAS sejak dari mula-mula ditubuhkan lagi konsisten dengan perjuangan menentang judi. Dakwaan Mahathir bahawa PAS hanya menentang judi bola adalah satu fitnah yang dangkal. Beliau lupa bahawa ketika beliau menjadi Perdana Menteri, PAS membantah kelulusan lesen judi yang beliau hadiahkan kepada Syarikat Bukit Tinggi Resort yang hampir muflis. PAS juga konsisten menentang pelbagai lesen judi yang diluluskan zaman beliau. Sokongan beliau kepada Najib hanya membuatkan orang memandang rendah kepada beliau.

PAS juga mengucapkan tahniah kepada pihak Polis yang berjaya menahan dan membongkar kegiatan bookie dan sindiket judi haram akhir-akhir ini. Gerak kerja polis akhir-akhir ini membuktikan bahawa kerajaan mampu menghapuskan sindiket judi haram dan tiada sebab mengapa judi harus dihalalkan dengan pengeluaran lesen.

PAS tekad untuk menyokong himpunan membantah Judi anjuran Gerakan Rakyat Membantah Judi. Oleh itu, semua ahli PAS diwajibkan untuk turun pada 3 Julai ini bagi menunjukan bantahan rasmi kepada dasar kerajaan yang jahil ini. Organisasi PAS disemua peringkat diminta mengedar risalah kempen membantah judi dan mengadakan program penerangan berkaitan isu ini di kawasan masing-masing.

PAS juga mengajak masyarakat Cina dan India turun beramai-ramai bagi menafikan dakwaan Mahathir yang mengatakan mereka adalah masyarakat yang suka berjudi. Pemimpin Umno disemua peringkat juga dicabar untuk turut serta bersama rakyat dan NGO yang membantah pemberian lesen judi ini.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Ahad, 27 Jun 2010

Sekitar Program Jejak Pejuang DPP Temerloh Ke Negeri Kedah - 3

Sabtu, 26 Julai 2010
12.30 tghari : Tiba di Markaz PAS Kawasan Sik, Sungai Pau
12.45 tghari : Makan durian ditaja oleh DUN Jeneri, YB Haji Yahya bin Abdullah

2.10 ptg : Hajat tak kesampaian... jalan masuk tidak selamat

2.30 ptg : Tiba Makam Syuhada’ Memali

3.00 ptg : Makan tengahari di Pondok Tembak, Baling

4.30 ptg : Ziarah Kediaman YB Dato’ Haji Mahfuz Omar di Langgar, Pokok Sena



Sabtu, 26 Jun 2010

Sekitar Program Jejak Pejuang DPP Temerloh Ke Negeri Kedah - 2

11.30 pagi : Tiba Ladang Anggur (Beris Lake Vineyard), Sik











Kedai Jualan Anggur Segar, Kordial Anggur dan pelbagai minuman berasaskan anggur


Sekitar Program Jejak Pejuang DPP Temerloh Ke Negeri Kedah

Sebahagian Peserta Rombongan

25 Jun 2010

8.15 malam : Bertolak dari Temerloh Jaya

26 Jun 2010
5.10 pagi : Rehat di Masjid Ridhwaniah, Baling

9.20 pagi : Bergerak ke Madrasah Islahiah Diniah (MID), Kg. Memali

9.50 pagi : Tiba bersama DPP Jerantut.

10.00 pagi : Taklimat oleh Ustaz Mat Juki bin Ahmad, Mudir MID

Sumbangan DPPT untuk Tabung Kebajikan Memali

10.30 pagi : Jamuan ringan

Balu As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya

11.00 pagi : Ziarah ke rumah As-Syahid dan kesan-kesan peristiwa

Khamis, 24 Jun 2010

Presiden PAS Pengganas? Kerajaan Perlu Beri Penjelasan!


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu pihak Kerajaan BN dan Polis Diraja Malaysia memberikan penjelasan terhadap laporan Malaysiakini yang mengatakan Presiden PAS didakwa sebagai pengganas dalam satu taklimat keselamatan negara berhubung Jamah Islamiah (JI) di Bukit Aman, Isnin lalu. PAS memandang serius dakwaan ini.

Menurut Malaysiakini, Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin membuat dakwaan bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama bekas mufti negeri itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mufti Perlis sekarang Dr Juanda Jaya dan mantan menteri besar negeri itu Datuk Seri Shahidan Kassim adalah pengganas dalam taklimatnya.

PAS mencurigai kredibiliti Zamihan yang mendakwa penglibatan Presiden PAS dalam gerakan wahabi yang turut dikaitkan dengan Jamaah Islamiah yang dirangkumkan bagi membentuk persepsi bahawa beliau adalah Pengganas.

PAS melihat bahawa fitnah ini sengaja dicipta bagi memberikan imej buruk kepada beliau dan PAS. Perkara ini bukan kali pertama. Tahun lepas Mossad memfitnah presiden PAS sebagai pengganas selepas Menteri Pertahanan Israel membuat rundingan sulit dengan Zahid Hamidi.

Pada tahun 2007 Presiden PAS memenangi samannya ke atas akhbar ternama Britain, Daily Mirror. Akhbar ini telah bersetuju meminta maaf kepada Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi di Royal Court of Justice, ekoran penyiaran gambar dan berita berunsur fitnah yang mengaitkan beliau dengan pergerakan al-Qaeda. Gambar Presiden PAS muncul di akhbar tersebut dengan tajuk "AL-QAEDA - Abdul Hadi" dan dinyatakan bahawa beliau adalah pemimpin nombor tiga al-Qaeda dan sedang ditahan di Guantanamo Bay.

PAS tidak dapat menerima fitnah ketiga yang sengaja dicipta ini selepas kegagalan dua siri fitnah yang cuba mengugat PAS sebelum ini. PAS yakin sedikit sebanyak pengaruh nasihat APCO membawa kecenderungan kerajaan bagi mencipta krisis pengganas untuk dikaitkan dengan Presiden PAS dan parti ini.

Pas yakin fitnah ini juga sebagai serampang dua mata untuk menakutkan orang bukan Islam yang semakin jinak dengan Pas. Ketika sokongan orang bukan Islam telah yakin dengan wadah perjuangan Pas melalui Dewan Himpunan Penyokong Pas, maka musuh Pas cuba menggambarkan Presiden Pas sebagai pengganas. Pas yakin orang bukan Islam tidak akan terpedaya dengan fitnah ini. Mereka sudah lihat dengan mata kepala mereka sendiri pemimpin Pas bukan sebagaimana yang digambarkan sebagai seorang pengganas.

Umno juga dilihat cuba mengajak Dr. Asri bersama Umno, dan tidak mustahil kewujudan tuduhan ini akan dijadikan peluang oleh Umno untuk mengamit beliau bersama parti itu bagi mengelakan ancaman ISA. Ini adalah tidak profesional dan memalukan.

PAS menuntut agar Zamihan, PDRM dan Kerajaan meminta maaf kepada Presiden PAS dan mereka yang terlibat. Pihak Polis perlulah melengkapkan siasatan mereka sebelum tuduhan sebegini dijadikan bahan taklimat atau membuat sebarang pendakwaan yang boleh menjejaskan imej dan kredibiliti mereka yang terbabit.

PAS tidak mahu imej Polis terus tercemar kerana cara kerja yang tidak profesional. Orang yang tidak bersalah ditangkap sedangkan orang yang bersalah membunuh Nurin Jazlin, Norita dan sebagainya masih belum ditangkap hingga ke hari ini.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Rabu, 23 Jun 2010

RELEKS : LUKISAN LUAR BIASA


Oleh: DACS

Kalau dulu sewaktu kecil, jangan harap kita dapat baca komik gelihati, gila-gila, batu api dan sebagainya tanpa dimarahi oleh ibubapa. Kalau baca pun, tersorok-sorok dan terhendap-hendap.

Hari ini, komik dijadikan medan baru untuk menyuarakan protes dan sindiran kepada pemimpin politik. Tidak pelik apabila komik 3 edisi berkaitan politik, sold-out lebih awal daripada buku-buku lain.

Komik amat berkaitan dengan seni lukisan. Sila perhatikan kehalusan lukisan di bawah ini...










Ahad, 20 Jun 2010

Renungan Bersama


Oleh: Ayahngah

Dalam persiapan DPPT untuk mengadakan Lawatan ke Negeri Kedah, jauh di sudut hati terkenangkan salah seorang presiden yang terlalu banyak jasanya dalam perjuangan Islam di bumi Malaysia ini. Tidak perlu rasanya disebutkan kerana tiada siapa yang akan mempertikaikannya.

Kenangan berbincang dan bertukar pandangan semasa bertemu di satu lobi hotel di Madinah cukup menjadi sejarah. Sikap ingin mendengar pandangan dan persoalan amat dikagumi. Apatah lagi beliau seorang Presiden parti Islam terbesar negara, sedangkan ayahngah hanya seorang ahli biasa.

Cuma ayahngah ingin berkongsi dengan semua akan kata – kata hikmah Almarhum Dato' Fadzil Noor yang berbunyi: “Selagi pimpinan jamaah Islam tidak meletakkan keutamaan dan tumpuan dalam perjuangan Islam, maka selama itulah apa yang kita katakan persiapan harakah menjadi masalah yang belum selesai. Kita tidak mahu memperdayakan diri dan masyarakat kalau kita tidak meletakkan perjuangan kita ini sebagai perjuangan yang serius, KERANA ISLAM TIDAK PERNAH BERMAIN – MAIN”

Almarhum juga pernah berkata, "Pekerjaan yang kita lakukan dalam jamaah Islam ini bukanlah sukarela tetapi ianya adalah kewajipan dan amalan kita, dan janganlah biarkan sehari pun berlalu tanpa kita berusaha bekerja ke arah kemenangan Islam".

Tepuk Dada Tanya Iman masing-masing...

Jumaat, 18 Jun 2010

TUGAS PEMUDA SELEPAS MUKTAMAR


Kota Bharu, 9-10 Jun 2010 : Pertama kalinya dalam sejarah Pemuda PAS, Muktamar Pemuda dihadiri oleh perwakilan Kawasan dari seluruh negara. Kelantan Trade Center menjadi bukti bahawa Pemuda PAS semakin bersedia untuk bersama memacu kejayaan di dalam PRU akan datang meskipun memahami betapa kesukaran pasti menanti.

Fahami kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Tantawi...
Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan adalah tema Pemuda PAS bekerja sepanjang musim ini disamping menyelesaikan tunggakan tugas serta rancangan yang masih tergendala ekoran tertunda kerana menghadapi 11 pilihanraya kecil pasca pilihanraya 2008 yang lalu.

Insyaallah, seluruh jentera pemuda dipelbagai peringkat mestilah mula aktif malah pro aktif untuk menggerakkan amanah dan tanggungjawab yang sedang dipikul sebagai ansoorullah yang menggalas cita-cita untuk mendaulatkan syariat Islam.

Jangan leka dan jangan lena. Masa kita singkat, kerja kita banyak, cabaran kian sukar dan halangan kian rencam. Atur langkah secara cermat dan berhemat dan depani cabaran dengan tenang dan tabah. Mohon pertolongan daripada Allah dengan sabar, munajat dan solat [doa].

Khasnya kepada saff pimpinan yang sedang memikul beban amanah dan tanggungjawab perjuangan. Pedulikan segala fitnah dan tohmahan. Pacu perjuangan ini semampunya dan bertawakkal kepada. Cari nilai dari sisi Allah swt bukan nilai di sisi manusia .
>
Sabar atau segala susah sukar berjuang. Korbankan masa, tenaga, pemikiran malah jika perlu darah dan nyawa demi Islam. Samaada menang atau syahid..... itulah slogan kita berjuang. Tiada istilah kalah dalam perjuangan.


Jadilah pejuang Ansoorullah untuk terus memimpin Jiil [generasi] rabbani. Inilah tugas besar kita menyambung tugasan golongan as saabiquunal awwalin [generasi terdahulu]. Jika mereka gigih dan istiqamah malah mampu tunaikan tugas mereka , kenapa kita hari ini mesti mengemukakan 1001 alasan untuk berdalih. Ayuh bangkit pemudaku.

Sabtu, 12 Jun 2010

PAS SEDIAKAN LAYAR BESAR UTK TONTON PIALA DUNIA

Dewan Pemuda Pas Temerloh menyediakan Skrin besar utk peminat Bolasepak Piala Dunia yg sedang berlangsung sekarang.Bertempat di hadapan Restoran Ibu Jah di tengah2 bandar Temerloh nampaknya menarik minat belia2 penggemar sukan tersebut.
Pada malam perasmian sukan tersebut malam tadi, DPP mengedarkan jadual perlawanan kpd mereka yg hadir.
Menurut En Shaari, layar besar ini akan disediakan pada setiap malam Sabtu dan Malam Ahad sepanjang sukan ini berlansung.Bagaimanapun pada malam2 yg lain akan ditayangkan mengikut keperluan dan permintaan.
Inilah jersi yg dijual oleh DPP sekarang.Dlm keghairahan mengikuti Piala Dunia ini, DPP tetap membezakan antara "MINAT YG HALAL DAN JUDI YG HARAM"
DPP juga ada menjual Jersi bola yg berbagai jenama dan berbagai warna utk pilihan serta perbagai barangan lain seperti Mafla Pelestin, buku2 agama dll.

Isnin, 7 Jun 2010

Deklarasi Sempena Hari Alam Sekitar

Sempena Hari Alam sekitar tahun ini, Pas Pahang mengeluarkan satu Deklarasi yg diadakan di Taman Esplaned Temerloh.Pemuda2 Pas Temerloh turut menyertai program tersebut yg diketuai oleh Ketua Pemuda Ustaz Jauhari Ishak.Mereka turut mengedar risalah yg bertemakan "Jom Pelihara Alam Sekitar".Pengunjung Pekan Sehari Temerloh yg menerima risalah tersebut merasakan satu kelainan apabila isu Alam sekitar kita utarakan kpd mereka.
Deklarasi dibacakan oleh Dr Hamzah Jaafar, Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang sebelum melepaskan anak2 ikan Patin ke dalam Sg Pahang sebagai simbolik program ini.

Jumaat, 4 Jun 2010

‘Dunia Kecam Israel, Polis Kita Mahu Halang Protes’


Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menyifatkan tindakan polis mahu menghalang demonstrasi bagi membantah serangan Israel atas misi kemanusiaan ke Gaza sebagai “tidak mengikut perkembangan semasa.”

“Ketika seluruh dunia mengadakan perhimpunan bagi membantah kekejaman yang dilakukan Israel, polis pula mahu menghalangnya.

“Ini menunjukkan mereka tidak mengikuti perkembangan semasa yang berlaku sekarang.

“Lagipun ini juga adalah perhimpunan rakyat yang sama-sama membantah kekejaman yang dilakukan Israel,” kata beliau ketika ditemui selepas program Solat Hajat Perdana dan Pidato Khas bagi menyokong dan mendoakan keselamatan konvoi misi bantuan kemanusian ke Gaza malam tadi.

Program tersebut diadakan di Stadium Malawati.

Nasharudin berkata demikian ketika diminta mengulas amaran Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman bahawa polis tidak menerima sebarang pemohonan untuk mengadakan perhimpunan dan menyifatkannya sebagai perhimpunan haram.

“Perhimpunan ini juga dikhuatiri akan membahayakan keselamatan awam dan mendatangkan unsur keganasan,” kata Wira.

Nasharudin berkata perhimpunan itu akan tetap diteruskan kerana berpendapat ia hanya perhimpunan aman dan tidak akan mengundang bahaya.

“Kita akan tetap teruskan perhimpunan ini kerana ini adalah perhimpunan rakyat jadi tidak ada apa yang akan membahayakan.

“Saya sendiri hairan bagaimana ketua polis Kuala Lumpur boleh berpendapat sedemikian,” katanya lagi.

Pergerakan Pemuda Umno dijangka mengadakan perhimpunan bagi mengutuk serangan berdarah tentera Israel itu di Masjid Negara selepas solat Jumaat manakala Pakatan Rakyat akan mengadakan rundingan meja bulat di Kelab Sultan Sulaiman pada pukul 11 pagi dan kemudian akan bergerak dari Masjid Jamek Kampung Baru ke arah Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat.

Program Solat Hajat Perdana dan Pidato Khas dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Turut hadir Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Asas Negeri Datuk Dr Hasan Ali, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim.

Selain itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut menyertai program tersebut termasuk Muslim Care, Jemaah Islah Malaysia (JIM), Yayasan Amal, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Progam tersebut dimulakan dengan solat Maghrib yang diketuai Imam Masjid Subang Jaya, Mohd Shukri Ali.

Kemudian ia diikuti dengan zikir munajat dan disusuli dengan solat Isyak sebelum melakukan solat hajat.

Sebaik sahaja selesai solat hajat program diteruskan dengan pidato khas oleh para penceramah yang hadir terdiri daripada ahli politik dan juga wakil dari setiap NGO.

ASSALAMUALAIKUM WRT WBT