Jumaat, 18 Jun 2010

TUGAS PEMUDA SELEPAS MUKTAMAR


Kota Bharu, 9-10 Jun 2010 : Pertama kalinya dalam sejarah Pemuda PAS, Muktamar Pemuda dihadiri oleh perwakilan Kawasan dari seluruh negara. Kelantan Trade Center menjadi bukti bahawa Pemuda PAS semakin bersedia untuk bersama memacu kejayaan di dalam PRU akan datang meskipun memahami betapa kesukaran pasti menanti.

Fahami kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Tantawi...
Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan adalah tema Pemuda PAS bekerja sepanjang musim ini disamping menyelesaikan tunggakan tugas serta rancangan yang masih tergendala ekoran tertunda kerana menghadapi 11 pilihanraya kecil pasca pilihanraya 2008 yang lalu.

Insyaallah, seluruh jentera pemuda dipelbagai peringkat mestilah mula aktif malah pro aktif untuk menggerakkan amanah dan tanggungjawab yang sedang dipikul sebagai ansoorullah yang menggalas cita-cita untuk mendaulatkan syariat Islam.

Jangan leka dan jangan lena. Masa kita singkat, kerja kita banyak, cabaran kian sukar dan halangan kian rencam. Atur langkah secara cermat dan berhemat dan depani cabaran dengan tenang dan tabah. Mohon pertolongan daripada Allah dengan sabar, munajat dan solat [doa].

Khasnya kepada saff pimpinan yang sedang memikul beban amanah dan tanggungjawab perjuangan. Pedulikan segala fitnah dan tohmahan. Pacu perjuangan ini semampunya dan bertawakkal kepada. Cari nilai dari sisi Allah swt bukan nilai di sisi manusia .
>
Sabar atau segala susah sukar berjuang. Korbankan masa, tenaga, pemikiran malah jika perlu darah dan nyawa demi Islam. Samaada menang atau syahid..... itulah slogan kita berjuang. Tiada istilah kalah dalam perjuangan.


Jadilah pejuang Ansoorullah untuk terus memimpin Jiil [generasi] rabbani. Inilah tugas besar kita menyambung tugasan golongan as saabiquunal awwalin [generasi terdahulu]. Jika mereka gigih dan istiqamah malah mampu tunaikan tugas mereka , kenapa kita hari ini mesti mengemukakan 1001 alasan untuk berdalih. Ayuh bangkit pemudaku.

Sabtu, 12 Jun 2010

PAS SEDIAKAN LAYAR BESAR UTK TONTON PIALA DUNIA

Dewan Pemuda Pas Temerloh menyediakan Skrin besar utk peminat Bolasepak Piala Dunia yg sedang berlangsung sekarang.Bertempat di hadapan Restoran Ibu Jah di tengah2 bandar Temerloh nampaknya menarik minat belia2 penggemar sukan tersebut.
Pada malam perasmian sukan tersebut malam tadi, DPP mengedarkan jadual perlawanan kpd mereka yg hadir.
Menurut En Shaari, layar besar ini akan disediakan pada setiap malam Sabtu dan Malam Ahad sepanjang sukan ini berlansung.Bagaimanapun pada malam2 yg lain akan ditayangkan mengikut keperluan dan permintaan.
Inilah jersi yg dijual oleh DPP sekarang.Dlm keghairahan mengikuti Piala Dunia ini, DPP tetap membezakan antara "MINAT YG HALAL DAN JUDI YG HARAM"
DPP juga ada menjual Jersi bola yg berbagai jenama dan berbagai warna utk pilihan serta perbagai barangan lain seperti Mafla Pelestin, buku2 agama dll.

Isnin, 7 Jun 2010

Deklarasi Sempena Hari Alam Sekitar

Sempena Hari Alam sekitar tahun ini, Pas Pahang mengeluarkan satu Deklarasi yg diadakan di Taman Esplaned Temerloh.Pemuda2 Pas Temerloh turut menyertai program tersebut yg diketuai oleh Ketua Pemuda Ustaz Jauhari Ishak.Mereka turut mengedar risalah yg bertemakan "Jom Pelihara Alam Sekitar".Pengunjung Pekan Sehari Temerloh yg menerima risalah tersebut merasakan satu kelainan apabila isu Alam sekitar kita utarakan kpd mereka.
Deklarasi dibacakan oleh Dr Hamzah Jaafar, Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang sebelum melepaskan anak2 ikan Patin ke dalam Sg Pahang sebagai simbolik program ini.

Jumaat, 4 Jun 2010

‘Dunia Kecam Israel, Polis Kita Mahu Halang Protes’


Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menyifatkan tindakan polis mahu menghalang demonstrasi bagi membantah serangan Israel atas misi kemanusiaan ke Gaza sebagai “tidak mengikut perkembangan semasa.”

“Ketika seluruh dunia mengadakan perhimpunan bagi membantah kekejaman yang dilakukan Israel, polis pula mahu menghalangnya.

“Ini menunjukkan mereka tidak mengikuti perkembangan semasa yang berlaku sekarang.

“Lagipun ini juga adalah perhimpunan rakyat yang sama-sama membantah kekejaman yang dilakukan Israel,” kata beliau ketika ditemui selepas program Solat Hajat Perdana dan Pidato Khas bagi menyokong dan mendoakan keselamatan konvoi misi bantuan kemanusian ke Gaza malam tadi.

Program tersebut diadakan di Stadium Malawati.

Nasharudin berkata demikian ketika diminta mengulas amaran Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman bahawa polis tidak menerima sebarang pemohonan untuk mengadakan perhimpunan dan menyifatkannya sebagai perhimpunan haram.

“Perhimpunan ini juga dikhuatiri akan membahayakan keselamatan awam dan mendatangkan unsur keganasan,” kata Wira.

Nasharudin berkata perhimpunan itu akan tetap diteruskan kerana berpendapat ia hanya perhimpunan aman dan tidak akan mengundang bahaya.

“Kita akan tetap teruskan perhimpunan ini kerana ini adalah perhimpunan rakyat jadi tidak ada apa yang akan membahayakan.

“Saya sendiri hairan bagaimana ketua polis Kuala Lumpur boleh berpendapat sedemikian,” katanya lagi.

Pergerakan Pemuda Umno dijangka mengadakan perhimpunan bagi mengutuk serangan berdarah tentera Israel itu di Masjid Negara selepas solat Jumaat manakala Pakatan Rakyat akan mengadakan rundingan meja bulat di Kelab Sultan Sulaiman pada pukul 11 pagi dan kemudian akan bergerak dari Masjid Jamek Kampung Baru ke arah Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat.

Program Solat Hajat Perdana dan Pidato Khas dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Turut hadir Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Asas Negeri Datuk Dr Hasan Ali, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim.

Selain itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut menyertai program tersebut termasuk Muslim Care, Jemaah Islah Malaysia (JIM), Yayasan Amal, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Progam tersebut dimulakan dengan solat Maghrib yang diketuai Imam Masjid Subang Jaya, Mohd Shukri Ali.

Kemudian ia diikuti dengan zikir munajat dan disusuli dengan solat Isyak sebelum melakukan solat hajat.

Sebaik sahaja selesai solat hajat program diteruskan dengan pidato khas oleh para penceramah yang hadir terdiri daripada ahli politik dan juga wakil dari setiap NGO.

Rabu, 2 Jun 2010

Mesyuarat Tergempar, Hamas isytihar 'Intifada'


Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa, memanggil mesyuarat tergempar bagi membincangkan tindakan perkumpulan 22 negara Arab terhadap apa yang disifatkan "tindakan keganasan" Israel terhadap kapal misi bantuan antarabangsa ke Gaza.

"Setiausaha Agung Liga Arab sudah memanggil mesyuarat tergempar peringkat wakil bagi membincangkan jenayah kejam tentera Israel terhadap orang awam tidak bersenjata yang menyebabkan ramai terbunuh dan cedera.

"Liga Arab mengutuk tindakan keganasan itu," menurut kenyataan pertubuhan itu yang dipetik oleh Reuters.

Sementara itu, AFP pula melaporkan Hamas hari ini menyeru rakyat Arab dan umat Islam supaya 'berhimpun' di kedutaan-kedutaan Israel di seluruh dunia bagi membantah serangan maut rejim itu terhadap kapal-kapal yang membawa bekalan bantuan ke Semenanjung Gaza.

“Kami menyeru semua rakyat Arab dan umat Islam supaya berkumpul di kedutaan-kedutaan rejim Zionis itu di seluruh dunia,” kata jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri sambil menggunakan perkataan Arab 'intifada'.

Perdana Menteri Hamas Ismail Haniya di Gaza mengecam 'serangan' berkenaan dan turut meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melindungi aktivis yang mengikuti misi penghantaran bekalan bantuan itu.

Selasa, 1 Jun 2010

DPPT Beri Sumbangan Atap Baru


Kg. Sungai Rabit, 15 Mei 2010 : Setelah 3 bulan DPPT berusaha mendapatkan sumbangan untuk membantu seorang buruh JKR, akhirnya hasrat En. Baharom Nordin, 44, terkabul apabila sumbangan atap berjumlah RM2,500.00 telah berjaya dipasang siap secara gotong-royong dengan kerjasama pihak Pejabat ADUN Kuala Semantan.

Turut kelihatan YB Syed Hamid yang datang meninjau keadaan rumah

Menurut Setiausaha DPPT, Sdra Mohd Farid Rani, sebahagian besar kos ditanggung oleh Tabung Kebajikan DPPT dan selebihnya adalah sumbangan dari Tabung Kebajikan ADUN Kuala Semantan.


Wakil Pejabat ADUN Kuala Semantan yang sempat ditemubual, En. Zuber Omar menjelaskan pihaknya amat berterima kasih kepada pihak DPPT atas usaha mencari dana untuk membeli atap dan sebagainya. Hampir keseluruhan atap kediaman En. Baharom telah ditukar pada hari tersebut. Difahamkan, beliau sepatutnya telah menerima peruntukan PPRT sebanyak RM5,000.00 tetapi telah disekat oleh pihak tertentu kerana beliau ahli PAS.

En. Baharom ketika ditemui amat bersyukur di atas segala usaha Dewan Pemuda PAS Temerloh. "Sudah lama kami tidur kesejukan terutama ketika hujan, ekoran atap yang bocor dimerata tempat. Semoga Allah membalas segala usaha ini. Terima kasih Pemuda PAS", tambahnya lagi.

Sebahagian AJK Dewan Pemuda bergambar kenangan selepas tamat gotong royong.
Turut kelihatan, En. Zuber (berdiri paling kanan) dan En. Baharom (berdiri 4 dari kanan)

Isnin, 10 Mei 2010

Muktamar Dewan Pemuda Pas Pahang





Muktamar diadakan di Balok, Kuantan.Temerloh menghantar 8 orang perwakilan ke Muktamar kali ini.Perasmian disempurnakan oleh Ustaz Kamal Shaari.Ketua Pemuda, Ustaz Suhaimi Saad menyampaikan ucaptama sebelum perasmian.

Sister in Islam : Kumpulan Kelirukan Islam


Sebanyak 14 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Pahang semalam menyelar Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG) dan Sisters In Islam (SIS) berhubung kenyataan dua badan itu yang menganggap hukuman ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor sebagai kejam.

Kartika dihukum denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada 20 Julai lepas selepas mengaku salah minum arak di sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai 2008.
PERSOALANNYA SIAPAKAH SISTER IN ISLAM (SIS) ?

PENUBUH DAN PENGASAS
Sister in Islam ditubuhkan pada tahun 1990. Apabila Dr Amina Wadud dan sekumpulan wanita yang sealiran dengannya yang merasakan wanita islam tidak mendapat keadilan dari hukum islam.

PENGASASNYA :
Zainah Anwar.Beliau adalah diantara Ahli Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia. Diantara yang terlibat sama ialah Marina Mahathir (Anak Tun Dr Mahathir) dan Nori Abdullah (Anak Tun Abdullah Ahmad Badawi)

PENDIDIKANNYA:
Zainah dilaporkan tidak pernah mendapat pendidikan Islam secara formal. Beliau pernah menuntut di Fletcher School of Law and Diplomacy, Tufts University, Boston University dan Institut Teknologi MARA dalam bidang hubungan antarabangsa dan kewartawanan.

PEMIKIRAN SIS
SIS berfahaman dengan fahaman secular dan liberalisma walaupun bertopengkan nama islam pada organisasinya.SIS dicengkam dengan gaya berfikir cetusan “Enlightment” di Eropah beberapa kurun yang lalu.

GERAK KERJA SIS:
Fokus sebenar langkah-langkah mereka ialah mempersoal, memperkecil dan meragukan masyarakat khususnya yang kurang pengetahuan mengenai tentang perlaksanaan hukum-hukum islam.

ANTARA ISU KONTROVERSI YANG TELAH DI CETUS OLEH KUMPULAN INI:
1. Menolak poligami yang dibenarkan oleh Islam dengan menjustifikasikan ianya mendatangkan pelbagai masalah kepada keluarga muslim

2. Mengatakan Murtad bukan Jenayah dan menolak hukuman bunuh keatas Murtad sebagaimana ketetapan syariah.

3. Mengatakan Undang-undang Islam di Malaysia mengamalkan diskriminasi dan gagal melindungi wanita

4. Menolak hukum mewajibkan pemakaian tudung kepala kepada wanita Islam

5. Mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan

Justeru, ramai yang berpendapat kerajaan harus mengambil tindakan sewajarnya terhadap kumpulan ini yang terus-terusan mentafsirkan Islam dengan logik akal, sehingga ada yang memberikan pandangan pendokongnya mesti di hukum dibawah Kanun Kesiksaan kerana menfitnah Islam secara jenayah (criminal defamation).
Dato' Harussani Zakaria, Mufti Perak dalam satu ceramahnya pernah menyifatkan mereka ini (Sister in islam) telah terkeluar dari islam kerana mempertahankan Islam Liberal yang mengatakan bahawa Al-Quran sudah ketinggalan zaman.
Oleh itu, Sikap kita sebagai seorang mukmin ialah sama-samalah kita pertahankan islam yang menjadi agama kita dan menolak fahaman ini dari terus mengalir ke dalam keluarga, masyarakat dan negara kita.

Sabtu, 8 Mei 2010

Dialog Bersama Naib Presiden


DPP Kawasan Temerloh melalui Jabatan Kerajaan dan Swasta ( JKS ) menganjurkan program Dialog bersama Naib Presiden, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man bertempat di Hotel Sri Malaysia, Temerloh.Pengarah program, Dr Alias mempengerusikan majlis dgn ucapan aluan oleh YDP Pas kawasan Temerloh, Ustaz Abd Rahim Latif.

Ust Tuan Ibrahim mengupas isu2 semasa yg melanda negara khususnya isu Telaga minyak yg diserahkan kpd Brunai, isu kesihatan YB Kerdau, dan isu2 yg lain. Beliau juga melancarkan Tabung Pilihanraya Dewan Pemuda Pas utk PRK umum ke-13. Di bawah antara gambar-gambar menarik sepanjang Majlis Dialog tersebut.




Sehari Di Darul Izzah

Program sehari di Darul Izzah mandapat sambutan yg agak menggalakan.Pam bermula seawal jam 4 pagi dgn Qiamullail dan kuliah subuh.Selepas itu seekor lembu ditumbangkan utk hidangan pada malamnya.Selepas asar Program "Al-Kuliah" diisi oleh Timbalan Qadhi Temerloh.




Rabu, 5 Mei 2010

Pemuda PAS : Penyelamat Masyarakatnya Sendiri


Setuju atau tidak, Pemuda PAS adalah seorang anak muda yang memimpin bukan sekadar di dalam ruang parti dan organisasi sahaja malah ia memimpin masyarakat sekitar. Pemuda PAS adalam lambang kepimpinan anak muda walaupun bukan beragama Islam. Inilah yang ditegaskan juga oleh YB Ustaz Firdaus Jaafar dalam perasmian Muktamar Pemuda PAS Perak baru-baru ini.

Allah menegaskan dalam KitabNya berkaitan dua unsur penting dalam pembinaan kekuatan diri pemuda.

"Salah seorang di antara perempuan itu berkata: "Wahai ayah, ambilah dia menjadi orang upahan (mengembala kambing kita). Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat lagi amanah"(Al Qasas : 26).

Kuat bererti sihat jasmani dan kekuatan mental yang tinggi. Amanah adalah ciri penting yang perlu ada pada rangka yang sihat tadi.

Untuk memacu perjuangan pemuda PAS yang sihat, suka untuk saya tulis sebagai Pemuda Islam, pemuda perlu memiliki beberapa ciri yang memastikan mereka menjadi relevan dalam dakwah dan perjuangan politik. Sesungguhya pihak musuh saban hari memikirkan cara untuk memperbesarkan kes moral para pejuang kebenaran walaupun kes tersebut terlalu lama berlalu.

Hal inilah memerlukan persiapan awal pemuda untuk membuat satu grand design untuk diri sendiri dan rentak kerja pemuda. Malah kehendak massa, sosio politik hari ini menghendaki pemuda sebagai pewaris kepimpinan negara memiliki ciri kebertanggungjawaban yang tinggi.

Ciri ini membawa beberapa ciri tambahan yang memberi makna kepada kepimpinan pemuda seperti karismatik, individu yang berkesan, individu yang futuristik dalam menggamat suasana serta individu sihat yang aktif dalam pelbagai aktiviti.

Massa dan sosial hari ini menghendaki perjuangan Pemuda Islam yang bervisi. Bervisi bukan bermaksud tenggelam dalam kalimah retorik dan slogan sahaja. Visi di sini bermakna pemuda memiliki iktikad, pegangan dan idealisme sama ada idealisme thabat yang kekal (iaitu perjuangan Islam) serta idealisme murunah (perjuangan yang anjal, segar dan kena dengan suasana semasa).

Masyarakat hari ini tidak gemar dengan sebarang gerakan pragmatik yang tidak menampilkan idealisme sebenar kerana idealisme juga menjadi faktor konsistensi sesuatu kerja amal. Pragmatik kerana isu atau hanya memainkan isu ‘seronok sendiri’ akan menyebabkan gerakan Pemuda mati dan tidak konsisten sebagai jurubicara umat dan masyarakat dalam negara.

Apabila memikirkan hal ini, suka untuk saya ketengahkan pula permata nasihat dan pedoman yang telah diberikan oleh Al Fadhil Ustaz Abu Bakar Hussain iaitu Pesuruhjaya PAS Perak dalam Muktamar Pemuda PAS Perak baru-baru ini. Beliau benar-benar berharap Pemuda PAS bukan sekadar mewakili nama parti dan jamaah sebaliknya menjadi payung atas nama pemuda Islam iaitu mewakili semua pemuda muslim seluruh negara.

Analogi menarik yang beliau utarakan berkaitan dengan moral dan etika pejuang Islam adalah berkenaan sirah Rasulullah SAW dalam menyelesaikan kes perletakan Hajarul Aswad. Sunnah Rasul walapun sebelum mengambil tanggungjawab kerasulan, baginda telah membuktikan betapa integriti dan moral pemuda boleh menjadi satu punca penyelesaian masalah sosial.

Malah moral dan kebaikan rasulullah sewaktu muda dan remaja menyebabkan beliau menjadi penyatu kepada beberapa kelompok kaum Quraisy walaupun sewaktu itu mereka bukan menganut Islam atau menjadi pengikut Rasulullah SAW.

Dalam konteks hari ini, isu moral dalam berpolitik bukan sekadar memerlukan perhatian kepada perkara mungkar yang jelas dosanya, malah melibatkan juga isu lompat parti yang mempermainkan mandat rakyat kepada para pemimpin tempatan.

Menurut AlFadhil Ustaz Abu Bakar, kisah penyelesaian kes Hajarul Aswad membawa beberapa feqh (kefahaman) perjuangan untuk para pemuda menelitinya sungguh-sungguh. Ketika itu, perbalahan berlaku mengenai siapa yang berhak meletakkan semula batu itu di tempat yang asalnya.

Suatu keputusan diambil, iaitu sesiapa yang ditemui hadir paling awal di Masjidil Haram untuk bersolat esok paginya, maka orang itulah yang berhak menjadi hakim dalam perbalahan itu. Maka Muhammad al-Amin telah terpilih. Saat itu, Nabi belum lagi diangkat sebagai nabi dan rasul.

Keputusan dibuat. Kain serban Muhammad dihamparkan di atas tanah. Keempat-empat bucu serban dipegang oleh empat pemimpin kabilah yang bertelagah tadi. Mereka lalu mengiringi Hajarul Aswad yang diletakkan oleh Muhammad ke dalam serbannya sehingga tiba ke tempat sebenar batu itu. Akhirnya, baginda sendiri yang meletakkan batu itu tempat asalnya. Saat itu, baginda berusia 35 tahun menurut tahun Hijrah.

Antara pengajaran yang dapat diamati, pertamanya nabi telah membuktikan bahawa sejak muda lagi Baginda menjadi punca penyelesaian masalah, tempat kebergantungan masyarakat Quraisy sebagai contoh Nabi dijadikan sebagai penjaga amanah barang dan harta mereka serta nabi juga tidak menjadi bebanan kepada sosial pada zamannya.

Pemuda PAS boleh menjadi dominan dan mempamerkan kepimpinan bukan sekadar di dalam kelompok organisasi pemuda dan partinya sahaja, malah menjadi pemimpin dan pemandu cara dalam aspek integriti dan moral kepada pemuda dan belia daripada parti lain, NGO, pertubuhan mahupun masyarakat awam.

Rasulullah SAW pada peristiwa Hajarul Aswad, bukannya seorang pemimpin besar atau ketua satu pertubuhan yang ramai pengikutnya. Baginda adalah minoriti walaupun berasal dari kaum terhormat. Minoriti kerana beliau tidak pernah melatih anak muda lain untuk menyertai baginda sebelum kerasulannya.

Jadi apakah ciri yag menyebabkan baginda diminta menyelesaikan kes perkauman tersebut? Ianya disebabkan oleh sikap Amanah. Amanah menjadikan pemuda Islam lebih terurus dan boleh dipercayai untuk menguruskan sesuatu hal. Walaupun pemuda Islam di sesuatu tempat bukan majoriti, namun aspek amanah akan menonjolkan diri mereka. Sikap Siddiq juga menyebabkan Rasul terpilih.

Sikap ini penting dalam ilmu politik pemuda Islam kerana ia melibatkan perlaksanaan janji dan perancangan. Pemuda Islam akan dijadikan rujukan dalam pelbagai aspek jika mereka adalah golongan yang buat apa yang dirancang. Sikap ketiga adalah sikap hilmun iaitu sopan santun dalam percakapan baginda.

Pengajaran kedua daripada sirah ini ialah bagaimana Rasulullah menampilkan pemikiran kreatif dalam penyelesaian masalah iaitu menggunakan kain serban sebagai wasilah atau medium untuk setiap kaum menunjukkan tanggungjawab terhadap batu suci tersebut. Sikap yang sama perlu diteladani oleh Pemuda Islam hari ini.

Kreatif bukan sekadar dikaitkan dengan ciptaan sains sahaja, kreatif dalam penyelesaian masalah, sabar dengan sedikit kerugian untuk mendapat laba yang lebih besar juga adalah salah satu ciri kreatif. Pemuda kreatif adalah pemuda yang optimis dengan ideanya.

Malah banyak isu umat Islam seperti isu penindasan mustadhafin di Malaysia, peminggiran bahasa Melayu, penindasan terhadap kaum pelarian di Malaysia walaupun memiliki dokumen sah serta banyak lagi boleh dihidangkan kepada masyarakat dengan gaya kreatif atas satu matlamat iaitu masyarakat sedar dan isu diselesaikan.

Pengajaran ketiga seperti yang dinyatakan oleh Al Fadhil Ustaz ialah politik atau siasah Islam ada di mana-mana. Sekaligus ini membantah politik sekular yang hanya menyempitkan isu politik dalam masjid, di parlimen dan sebagainya. Politik Nabi pada saat itu telah menunjukkan baginda bersedia menjadi pemimpin, mengurus dan mentadbir sesiapa dalam suasana pelbagai.

Pengajaran yang keempat daripada kisah itu juga adalah bagaimana Pemuda Islam perlu bertindak selaku Mughayyir iaitu agen musleh (pengubah sosial) ke arah yang lebih baik. Pemuda PAS yang mewakili pemuda Islam seluruh negara perlu memikirkan rencana kerja dan program tetap bulanan dan mingguan untuk menyelesaikan masalah umat.

Kemiskinan tegar, masalah kesihatan, pemakanan rakyat, isu gejala sosial, jenayah remaja, alam sekitar dan hak-hak kepenggunaan perlu diperjuangkan kerana ini adalah kerja-kerja agen Mughayyir. Inilah kerja Islam.

Pemuda PAS mudah sahaja untuk mendapat kepercayaan sepertimana yang diperolehi oleh baginda walaupun Pemuda itu minoriti dalam segala aspek. Islam tidak pernah mensyaratkan majoriti untuk menampikan Islam dan keindahan syariah.

Jumaat, 30 April 2010

Fokus Tarbiyah, Usah Leka Ramai Ahli


Sejarah harakah Islam (Ikhwan Al-Muslimin) tidak berapa lama dahulu telah dapat melihat pertambahan bilangan anggota tanpa mutu yang telah menyukar dan melalaikan harakah. Ini memaksa da’i hari ini untuk mengambil pengajaran. Perkembangan yang seimbang adalah pesanan untuk hari esok.

Kita katakanan, ia adalah pesanan untuk hari esok kerana kita dapati ramai orang telah melupakannya. Padahal itulah wasiat lama dari Imam Hassan al-Banna rahimahulLah yang ditegaskan sejak tahun 1938 di dalam Muktamar (Ikhwan) Ke-5.

Ketika menjelaskan pelbagai jenis manusia ketika berdepan dengan kerja. Khayalan langsung tidak menyumbang apa-apa kerana ia hanyalah gambaran sahaja dalam memikul bebanan jihad.

Hassan al-Banna telah berkata:

“Jadi saya mahu berterus-terang betul-betul dengan kamu kerana tiada guna lagi saya berselindung.


- Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal.

- Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap.

- Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal.

- Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap.

Ramai yang mudah berkhayal namun tidak semua apa yang terbayang di kepala mampu diungkapkan dengan kata-kata.

Ramai yang mampu bercakap namun hanya segelintir daripadanya yang mampu bertahan ketika beramal.

Ramai di kalangan segelintir ini yang mampu beramal namun hanya segelintir sahaja di kalangan mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan amal yang nekad.

Para mujahid yang kecil jumlahnya ini mungkin akan tersilap jalan dan tidak menepati sasaran jika tidak kerana mereka dipelihara oleh Allah. Kisah Talut menjelaskan apa yang saya katakan ini.

Oleh itu, siapkanlah diri kamu, pupuklah jiwa kamu dengan tarbiyah yang betul, latihan yang ketat dan ujilah diri kamu beramal dengan kerja-kerja yang keras, tidak disukai dan menyukarkan. Kekanglah dari segala kehendak dan adat kebiasaan yang biasa dilakukan oleh jiwa.” (243 Al-Muktamar Al-Khamis, al-Majmu’ah, m.s. 258)

Fiqh itu dipusakai oleh Syed Qutb rahimahulLah. Ini menyebabkan beliau gelisah menjelang hari kematiannya apabila melihat keadaan Sudan yang dilanda dengan demonstrasi umat Islam yang merebak dan meluas memenuhi jalan-jalan raya. Beliau pun memberi wasiat kepada para da’i dari Sudan yang melawatnya. Beliau berkata kepada mereka:

“Janganlah sambutan orang ramai itu menyibukkan kamu dari menyusun barisan dalaman dan menyediakan para pejuang yang mampu menghadapi segala kesukaran dan akan dapat bertahan lama.” (244 Syed Qutb, Kitab al-Syahid, m.s. 91)

Sebenarnya kepentingan pemantapan barisan dalaman bukan hanya kerana untuk memudahkan penyusunan dan memudahkan penggunaan tenaga secara selaras, tetapi, kewujudan “masyarakat tarbawi” ini akan mampu menjadi nursery kepada pentarbiahan ‘anak-anak baru’.

Ia akan mampu memperlihatkan bentuk-bentuk Islam dan mendinding mereka dari melihat pemandangan jahiliyyah orang-orang jahil dan menghalang dari mendengar jahiliah dan sekaligus menjauhkan ‘anak-anak baru’ dari kesan dan pengaruh tarbiyyah yang bukan Islam.

Rujuk : Al-Muntalaq – Muhammad Ahmad Ar-Rasyid m.s.159

Selasa, 27 April 2010

KEMPEN "JOM USRAH"

Pelancaran kempen "Jom Usrah" Dewan Pemuda Pas Temerloh diadakan di Markaz Pas Kg Gajah Mati, Mentakab.Program ini dilancarkan oleh Ustaz Riduan Mohd Nor dengan diiringi oleh Ketua DPP Pahang, Ustaz Suhaimi Mohd Saad serta Timbalan Ketua DPP Temerloh, Ustaz Fairuz Hisyam Nordin.


Wakil Pemuda Lanchang menerima senaskah Buku Usrah dari Ustaz Riduan sebagai simbolik didlm program Pelancaran "Jom Usrah"



Ustaz Suhaimi turut berceramah dgn menerangkan isu semasa yg hangat sekarang iaitu "APCO"
Sebelum itu YDP Temerloh, Ustaz Abdul Rahim menyampaikan ucapan aluan.Program dipengerusikan oleh Ketua Lajnah tarbiyah DPP, Ustaz Shukri Shuib.





Ahad, 18 April 2010

Sukan Pasti Kawasan Temerloh


Perlawanan bolasepak dan bolajaring peringkat Pasti kawasan Temerloh sedang berlangsung di padang Taman Bukit Bendera.Walaupun perlawanan tersebut hampir dibatalkan kerana hujan yg berterusan,tetapi reda dan berhenti seketika kemudian.




Rabu, 14 April 2010

Wahai Ayah dan Ibu, Bagaimana Anakmu di IPT ?


Mengapa ada yang sanggup membuang bayi? Tidakkah bayi itu harus disayangi selepas bersusah payah mengandung selama sembilan bulan.

Adakah sanggup bayi yang terhasil daripada kasih sayang dua insan itu dibiarkan diratah anjing liar atau digilis kenderaan? Manusia jenis apakah yang sanggup melakukan perbuatan keji dan kejam itu?

Itu kata saya, kata anda dan kata kita semua apabila setiap kali berita mengenai pembuangan bayi mengisi dada akhbar dan ruangan utama berita.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Selangor berada pada kedudukan tertinggi di negara ini dengan mencatatkan kes pembuangan bayi sepanjang lima tahun belakangan ini, iaitu sebanyak 105 kes, manakala bagi penderaan bayi dan kanak-kanak, Selangor juga merangkul kedudukan nombor satu.

Saya boleh mengandaikan mengapa Selangor begitu galak dalam kes ini, selain menjadi tumpuan belia seluruh negara bekerja mencari rezeki, negeri ini juga mempunyai jumlah pekerja asing yang tidak sedikit bilangannya. Namun begitu di negeri lain juga mempunyai bilangan kes yang begitu membimbangkan. Di Terengganu, walaupun hanya berlaku lima kes pembuangan bayi dan 168 kes penderaan bayi dan kanak-kanak, tetapi senario itu sudah cukup membimbangkan.

Saya melihat masalah ini sebagai 'iceberg' walaupun nampak kecil tetapi sebenarnya besar. Banyak kes sampingan harus kita lihat yang menyumbang kepada peningkatan kes ini sekiranya tidak dibendung.

Oleh itu, saya merayu kepada pemimpin negeri, masyarakat, ibu bapa, belia, remaja dan pelajar marilah kita sama-sama menghalang perkara ini daripada terus menjadi barah.

Kepada ibu bapa, janganlah terlalu sibuk mencari harta dunia, jenguklah anak di asrama, di institusi pengajian tinggi (IPT) dan ambil tahu apa yang mereka buat. Jangan terlalu percaya kerana kejayaan akademik sahaja tidak cukup untuk membina keimanan teguh yang boleh menjadi benteng kepada mereka menolak segala salah laku ini.

Ketika iman kuat mungkin boleh mereka menghalang daripada terhasut dengan godaan syaitan. Tetapi apa yang akan berlaku tatkala iman mereka lemah?

Saya ingin ingatkan kepada diri sendiri dan ibu bapa yang saya hormati, jika anak sudah menemui pasangannya walaupun ketika masih menuntut di universiti, kahwinkan saja. Jangan dibiarkan mereka keluar berdua-duaan sedangkan kita sendiri tidak mampu untuk memantaunya.

Kita sebagai ibu bapa perlu bertindak selangkah ke hadapan daripada mereka. Ini sebab kata pepatah, kita dahulu yang makan garam, sepatutnya sekilas ikan dia air kita sudah tahu jantan betinanya.

Jika mereka tidak mampu, sama-samalah membantu mereka dari segi kewangan. Percayalah tanggungjawab berkeluarga itu akan membuatkan mereka lebih matang dan lebih tahu akan tujuan dan matlamat mereka dihidupkan ke dunia ini.

Semoga kita dapat sama-sama bertemu Allah SWT di syurga, Amin.

Selasa, 13 April 2010

Renungan : AZAB ANAK DERHAKA


Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya. Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak mampu ditanggung lagi.

Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya. Di sisi katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu.

Jelas mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat sembuh.

Di katil pula, Jalal meraung dan meronta sambil tangan dan kakinya terikat kemas di katil. "Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu apa nak buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni," kata salah seorang abang kepada Jalal sebaik melihat saya sampai.

Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon meminta saya segera datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bongsu mereka itu. "Apa sakitnya ni?" tanya saya. "Entahlah ustaz, doktor pun tak tau."

Sedang kami berbual, tiba-tiba sekali lagi Jalal menjerit kesakitan. Kali ini jeritannya cukup jelas di pendengaran saya.. Jeritannya menakutkan dan menyedihkan. "Emak, ampunkan saya mak. Panaaaassss. Saya sakit mak, sakiiiiittttttt! Tolonglah emak, ampunkan dosa saya."

Berserta raungan yang dilepaskan kuat hati, tubuh Jalal menggelepar seperti dipanggang di dalam api yang marak. Mukanya berkerut sementara matanya terbelalak akibat azab yang amat pedih. Semua yang ada di wad berkenaan memandang ke arah kami.

Jeritan itu menyebabkan saya tertanya-tanya. Apakah yang menyebabkan Jalal jadi sedemikian rupa? Apa pula kaitan antara penyakitnya itu dengan ibunya? "Panggil ibunya segera," kata saya. Namun kata-kata saya itu tidak dijawab. Ahli keluarga Jalal cuma terdiam,menundukkan muka atau berpandangan sesama sendiri.

"Kenapa ni?" tanya saya. Dengan perlahan abang Jalal bersuara, "Ustaz, ibu kami baru sahaja meninggal dunia dua minggu lepas." "Kalau macam ini susahlah sikit. Saya rasa mungkin Jalal ada melakukan kesalahan besar kepada ibunya, sebab itulah dia menanggung azab yang begini rupa.

Dalam keadaan macam ini, cuma ibunya saja yang dapat membantu," kata saya berterus terang. Mereka cuma mendiam diri sementara jeritan Jalal semakin kuat. Saya semakin ingin mengetahui puncanya kerana dengan latar belakang itu insya-Allah saya boleh cuba carikan jalan lain untuk meredakan kesakitan Jalal. "Ceritakanlah kepada saya apa yang sebenarnya telah berlaku."

"Ustaz, sebenarnya adik saya ini sudah derhaka kepada arwah ibu kami," jawab salah seorang daripada mereka. Dengan tenang, tapi air mata bergenang abang Jalal menceritakan kepada saya kisah yang sebenarnya, kisah yang cukup menyayat hati saya.

Menurutnya, Jalal adalah anak bongsu daripada mereka enam beradik, empat perempuan dua lelaki dan di kalangan mereka, Jalallah yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi. Bagaimanapun, sejak kecil hinggalah dia bekerja dan seterusnya berkahwin, Jalal sentiasa sahaja melawan dan menyanggah kata-kata ibunya. Nasihat dan teguran ibunya pula dipandang rendah serta tidak diendahkan. Syurga anak di bawah telapak kaki ibunya.

Walaupun berpendidikan tinggi, Jalal sentiasa sahaja kekurangan wang, seolah-olah tidak dirahmati rezekinya. Berterusanlah keadaan itu hingga dia berumahtangga. Keadaan menjadi semakin buruk apabila Jalal meletakkan jawatannya di sebuah syarikat swasta.

Hasratnya adalah untuk mencari rezeki yang lebih banyak di syarikat lain, namun nasibnya bukan sahaja tidak berubah, malah menjadi semakin parah. Walau di syarikat manapun yang Jalal bekerja, dia akan menghadapi masalah yang seterusnya membawa kepada dia meletakkan jawatan. Dalam kegawatan itulah Jalal mula meminjam wang daripada sahabat-sahabatnya.

Selepas sekian lama hutangnya semakin banyak, namun dia masih tidak mampu melunaskannya. Rumahtangga Jalal mula kucar-kacir dan akhirnya mereka bercerai. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Jalal mendesak ibunya supaya mencagarkan tanah mereka di kampung kepada bank. Tanah seluas 12 ekar itu ditinggalkan oleh bapa mereka yang meninggal dunia tiga tahun sebelum itu.

"Emak, saya nak tanah tu. Bank dah setuju nak kasi RM500,000. Saya nak duit tu buat berniaga," katanya kasar. "Jalal, engkau ni dah melampau. Itu tanah adik-beradik kamu," jawab si ibu. "Ahhh, saya tak kira."

"Jalal, emak tidak benarkan. Emak tau, duit tu nanti bukannya engkau nak buat berniaga, tapi nak bayar hutang," jawab ibunya. Bukan sahaja ibunya, malah semua adik-beradik Jalal tidak membenarkannya menncagarkan tanah tersebut kepada bank. Jalal pulang dengan hati kecewa. Namun dia masih bertekad untuk mendapatkan tanah berkenaan walau dengan apa cara sekalipun.

Suatu hari, Jalal datang ke rumah ibunya. Beberapa orang adik-beradiknya ada di situ. Sekali lagi pertengkaran berlaku dan berakhir dengan tragedi yang amat menyedihkan. Ketika kemarahannya sampai kemuncak, Jalal menolak ibunya sekuat-kuat hati menyebabkan kepala ibunya terhantuk di pintu. Darah dari luka terpalit di pintu sedang ibunya terjelopok di lantai, rebah tidak sedarkan diri.

Si ibu segera dibawa ke hospital sementara Jalal puas hati kerana dapat melepaskan kemarahannya. Akibat pendarahan otak yang serius, ibunya meninggal dunia tanpa sempat melafazkan keampunan kepada Jalal. Bermulalah azab dalam hidup Jalal. Kira-kira seminggu selepas kematian ibunya, Jalal dikejarkan ke hospital kerana jatuh sakit secara tiba-tiba.

Apa yang membingungkan ialah doktor gagal mengesan penyakit yang dihadapinya. Jalal sebaliknya meraung, menjerit, meronta dan menggelepar kesakitan. Dalam raungannya itulah dia meminta ampun kepada arwah ibunya kerana tidak sanggup menanggung azab yang pedih.

Berterusanlah keadaannya selama beberapa hari hingga saya dipanggil. Dalam waktu itu, doktor dan jururawat tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mengikat Jalal di katil dan menyuntiknya dengan ubat pelali untuk menidurkannya. "Kalau begitu kisahnya, saya cuba cara lain," kata saya. Di samping ayat-ayat suci al-Quran, saya membacakan surah Yassin untuknya.

Namun apabila dibacakan saja ayat suci itu, Jalal menjerit kepanasan. Tubuhnya menggeletik dan menggelepar kesakitan. "Aduh panasnya! Emak, ampunkanlah saya emak! Jangan bawa saya ke situ emak, panas. Jangan bawa saya ke situ. Saya tak mau, sakit, sakit. Tolonglah saya emak, ampunkan saya, saya bersalah."

Jeritan Jalal itu meruntun hati saya. Apakah yang dimaksudkannya dengan 'ke situ'? Kenapa Jalal tidak mahu dibawa 'ke situ' dan apa yang dilihatnya di situ? Akibat tidak tertahan panas, tubuh Jalal terpaksa dibogelkan. Tangan dan kakinya terus diikat ke katil.

Selepas puas mencuba tapi keadaan Jalal masih tidak berubah, saya meminta diri untuk pulang. Satu ingatan saya tinggalkan kepada mereka, "Jika Jalal masih hidup selepas zuhur ini, insya-Allah nyawanya masih panjang. Kalau tidak..." Ketika itu lebih kurang pukul 10 pagi.

Saya tinggalkan mereka, namun sedang saya memandu, telefon bimbit saya berdering. "Ustaz! Cepat ustaz, adik saya dah nazak," kata si abang. Saya berpatah balik dan apabila sampai di katilnya, saya lihat Jalal begitu tenat. Nyawanya seperti sudah di penghujungan..

Keluarganya semakin cemas sambil air mata tidak henti-henti mengalir. Saya bacakan Surah al-Asr, Surah al-Falaq, Surah an-Naas serta asma ul husna. Alhamdulillah, Jalal berhenti meraung dan menggelepar. Keadaan senyap seketika.

Masing-masing beristighfar dan membaca ayat-ayat suci al-Quran. Terbayang kelegaan di wajah mereka. Tiba-tiba, ketenangan itu dipecahkan sekali lagi oleh jeritan Jalal. Dia mengerang sambil tubuhnya kejang menahan kesakitan, mata terjegil seperti hendak terkeluar dan dalam satu detik yang serentak juga najisnya terpancut keluar. Bertabur membasahi seluarnya. Bau najis menusuk hidung kami.

Maha Suci Allah, keadaannya adalah seperti sesuatu yang berat menghenyak perutnya yang mengakibatkan nyawa, roh, najis, organ-organ dan segala-galanya yang ada di dalam tubuh terhambur keluar secara serentak. Di bahagian atas, semuanya seperti hendak terpancut keluar hingga mata Jalal tersembul sementara di bahagian bawah, kakinya kaku dan najis berhambur memancut-mancut.

Cukup aib dan menyedihkan. Pakaian dan katil basah dengan air mata, peluh serta najisnya. Selepas 'rentapan' itu, Jalal tidak bernafas lagi. Degupan jantungnya berhenti dan dia pergi menghadap Allah SWT untuk menerima balasan amalannya.

Tamatlah riwayat seorang anak derhaka. Saya cuma mampu melihat dengan gementar sementara keluarga Allahyarham menangis dan berpelukan sesama sendiri. Yang perempuan terpaksa keluar kerana tidak sanggup melihat mayat adik mereka. Demikianlah sakaratulmaut datang menjemput Jalal.

Seperti yang dijelaskan di dalam al-quran dan hadis, ia datang dengan menyentap, merentap dan merenggut nyawa Jalal tanpa ada kasihan belas. Sudah berpuluh-puluh tahun saya menguruskan jenazah dan melihat orang menghadapi saat kematiannya, namun pengalaman menyaksikan sakaratulmaut menjemput Jalal cukup memilukan hati saya.

Kesengsaraan yang ditanggung oleh Jalal sudah berakhir, namun mayatnya meninggalkan keaiban yang amat sangat. Matanya terbonjol seperti hendak terkeluar sementara giginya menyeringai. Dari kerut wajahnya, jelas sekali Allahyarham baru sahaja menanggung kesakitan dan azab yang amat pedih.

Saya cuba pejamkan mata Allahyarham, namun gagal. Kelopak mata tidak berupaya untuk menutup biji matanya yang tersembul itu. Cukup mengerikan kerana hanya mata putih sahaja yang kelihatan. Ikatan di kaki dan tangan Allahyarham dileraikan dan tangannya dikiamkan.

Kaki Allahyarham dirapatkan, namun sekali lagi saya menyaksikan keaiban kaki Allahyarham tidak boleh dirapatkan kerana duburnya terpancut keluar dan membonjol di celah kelengkangnya. Saya menenangkan mereka supaya bersabar dan reda dengan apa yang telah terjadi.

Selesai membersihkan tubuh Allahyarham, jenazah dibawa turun kerana keluarganya mahu menguruskan jenazah tersebut di rumah mereka di salah sebuah taman perumahan di sebuah negeri di pantai barat semenanjung.

Rupa-rupanya keaiban belum berakhir. Sebaik sahaja van yang membawa Allahyarham keluar dari perkarangan hospital, tiba-tiba keempat-empat shock absorbernya patah secara serentak. Van yang cuma membawa lima orang, mayat yang badannya sederhana sahaja, dua orang abang dan kakaknya, pemandu serta seorang pembantu, boleh patah shock absorbernya? Kelindan van bergegas memanggil kami.

Maha suci Allah, Tuhan yang Maha Besar, apabila hendak dikeluarkan dari van, jenazah itu kami rasakan teramat berat hingga terpaksa diangkat oleh kira-kira 15 orang.

Selesai masalah itu, satu lagi masalah timbul - tidak ada van atau kereta yang berani untuk mengangkat jenazah tersebut. Kebetulan sebuah lori kosong yang mengangkat tanah, pasir ataupun kelapa sawit lalu di tempat kejadian. Dengan lori itulah jenazah dibawa pulang ke rumahnya.

Apa yang membingungkan kami ialah walaupun mayat berkenaan terlalu berat, tapi kayu penusungnya tidak pula patah. Lori bertolak ke rumah Allahyarham sementara saya pula memandu pulang ke rumah. Saya dimaklumkan bahawa Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur ibunya. Namun diceritakan juga kepada saya bahawa tanah yang ditambun ke atas kuburnya tidak mencukupi. Untuk mengelakkan kubur Allahyarham berlubang, tanah lain terpaksa diambil dan ditambur ke atasnya.

Tiga hari kemudian, saya menerima panggilan telefon daripada keluarga Allahyarham. "Ustaz, saya nak minta pertolongan dan pandangan daripada ustaz." "Apa masalahnya itu?" tanya saya. "Kubur adik saya berlubang ustaz.."

Masya-Allah, demikian sekali keaiban yang Allah tunjukkan kepada anak yang derhaka kepada ibunya. Menurut abang Allahyarham, kewujudan lubang itu disedari sehari selepas Allahyarham dikebumikan. Lubang tersebut bermula dari bahagian tengah kubur hinggalah mencecah kepada papan yang menutup liang lahad.

Tambah abang Allahyarham lagi, mereka mengambusnya dengan tanah, namun keesokan harinya kubur tersebut berlubang semula. "Begini sajalah, cuba masukkan sekali kayu atau papan ke dalam lubang tersebut, insya-Allah, tak berlubang lagi," kata saya.

Namun keesokan harinya sekali lagi abang Allahyarham menghubungi saya memberitahu bahawa kubur berkenaan berlubang semula. Apa yang membingungkannya, tanah di kubur arwah ibunya langsung tidak berubah, masih tetap membusut walaupun sudah lebih dua minggu dikebumikan.

Bukan itu sahaja, katanya, pokok yang ditanam di kubur ibunya juga hidup segar sedangkan pokok yang ditanam di kubur adiknya mati kelayuan. Pada hari kelima, saya menghubungi abang Allahyarham.

"Begini sajalah," kata saya. "Mulai malam ini buatlah majlis Yassin dan tahlil. Panggil 20 orang dan setiap seorang baca Surah Yassin sebanyak 2 kali. Apabila selesai bacaan Yassin, minta imam bacakan doa supaya diampunkan dosa Allahyarham kepada ibunya.. Baca dalam bahasa Melayu dan ulang doa itu sebanyak tujuh kali."

Seperti yang saya nasihatkan, pada malam berkenaan mereka mengadakan majlis itu. Namun saya diberitahu, imam yang membaca doa tersebut menggigil ketakutan. Alhamdulillah, pada hari ketujuh, kubur berkenaan tidak lagi berlubang.

Peristiwa ini sudah berlaku empat tahun lepas namun masih terbayang-bayang di mata saya. Setiap kali tibanya hari raya aidilfitri, setiap kali itulah peristiwa tersebut menjelma dalam ingatan kerana ia terjadi cuma beberapa hari selepas kita berhari raya..

Sungguh menyentuh hati saya, ketika orang sedang bergembira berhari raya, ketika itulah keluarga tersebut ditimpa petaka, si ibu meninggal dunia dan anaknya yang derhaka diazab hingga ke akhir hayatnya. Kisah ini saya paparkan bukan untuk mengaibkan Allahyarham ataupun keluarganya, tapi supaya kita dapat mengambilnya sebagai pedoman dan iktibar. Doakanlah semoga dosa Allahyarham Jalal diampunkan Allah. Amin

Cerita dari al Fadhil Ustaz Mahrawi Marzoki
http://jihadtegakislam.blogspot.com

Jumaat, 9 April 2010


Ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun telah meletak jawatan sebagai ketua sayap partinya. Bukan setakat itu sahaja, malah sebagai timbalan menteri dan juga senator. Bukan senang untuk meletakkan jawatan apatah lagi jawatan yang berimbuhan seperti jawatan Senator dan Timbalan Menteri. Ianya hampir sama dengan tindakan Dato’ Zaid Ibrahim yang melepaskan jawatan Menteri dan Senator sebelum ini.

Sebelum daripada itu, MCA telah mengadakan EGMnya pada 28.3.2010. Sebelum EGM, pimpinan mereka pakat letak jawatan untuk membolehkan EGM diadakan.

Kes di atas amat menarik bagi saya. Ianya menggambarkan kelebihan Orang Cina. Politik mereka amat bermaruah. Kerja mereka amat rajin dan berkualiti. Berniaga mereka amat menjadi. Perangai orang Cina macam juga orang Jepun. Muka pun hampir sama. Orang Jepun kuat bekerja dan amat menghargai masa. Sehinggakan kerajaan buat dasar pandang ke timur lalu ramai pegawai kerajaan dihantar ke sana untuk berkursus. Lalu dalam ceramah pegawai kerajaan hatta dalam ceramah jamaah Islam termasuk PAS, menceritakan kehebatan orang Jepun menjaga masa. Maknanya kita hanya mampu membawa balik cerita orang Jepun yang amat menjaga masa. Kita tidak mampu membawa balik perangai orang Jepun yang amat menepati masa walaupun kita mengakhiri mesyuarat kita yang sentiasa lewat itu, dengan Surah Al Asr.

Seandainya orang Cina dan Jepun itu Islam, nescaya Islam akan cepat berkembang. Banyak sifat dan tingkah laku yang baik, ada pada mereka termasuk hormat tetamu. Patutlah Nabi saw suruh belajar walaupun hingga ke Negeri Cina. (Pertama : Hadis ini tak kuat. Tak kuat maknanya Dhaif. Tapi apa salahnya kita ambil kata-katanya yang dilihat ada betulnya. Kedua : Nabi saw tak sebut Jepun dan Korea sebab mereka dari kelompok yang sama. Jadi, tak perlulah sebut satu persatu)

Rakyat Melaka bahkan orang Melayu pada asalnya beragama Hindu. Laksamana Cheng Ho adalah antara orang yang datang membawa Islam ke Melaka. Laksmana Cheng Ho tu Islam, orangnya. Maknanya orang Melayu diislamkan oleh Orang Cina rupanya. Tapi UMNO telah menjauhkan orang Cina dari Islam. Inilah antara dosa UMNO.

Walaupun UMNO berkawan dengan Cina MCA berdekad lamanya namun Cina MCA tak faham-faham Islam. Berbeza dengan PAS yang baru 2 tahun berkawan rapat dengan Cina DAP dan PKR, mereka dah mula nak baca ayat al quran. Paling lekeh, mereka bagi salam bila berucap di hadapan orang Islam. Tapi Islam UMNO dan ulama’nya pula marah bila Cina DAP & PKR baca al quran. Hal yang sama berlaku kepada orang India yang berubah sehingga lidahnya menjadi lembut bila berkawan dengan PAS. Boleh baca ayat al quran, bagi salam dan baca muqaddimah dalam Bahasa Arab ketika berucap, macam Balasubramanium dan Gobala. Khabarnya dah ramai orang India dari Kelab Penyokong PAS yang berhenti minum arak.

Berbalik kepada perletakan jawatan pimpinan MCA menunjukkan pemimpin Cina ada maruah. Alangkah bahagianya hidup di dunia ini khususnya di dunia Malaysia andaikata pemimpin UMNO mengambil sikap yang sama macam pemimpin MCA. Ini menunjukkan mereka bukan jenis ‘hubbur riyasah’ atau suka nak jadi pemimpin. Sayang, mereka memilki sifat yang mulia dalam Islam iaitu tidak suka jadi pemimpin tapi sayang juga mereka tidak Islam. Cantiknya kalau mereka tu seorang muslim.

Berbeza dengan orang Melayu, yang kebanyakannya sukakan jawatan atau menjadi pemimpin. Dalam UMNO, ada pemimpin yang ada asas untuk dikaitkannya dengan altantuya kerana bom C4 adalah berada di bawah kawalan kementeriannya. Ada pemimpin yang ada asas untuk dikaitkan dirinya dengan kehilangan enjin jet sehingga kapal terbang yang sepatutnya terbang tetapi akhirnya tidak boleh terbang. Begitu juga nasib kapal selam yang sepatutnya boleh menyelam tetapi tidak boleh menyelam. Kaitannya samada dari sudut ia memang terlibat dalam kes jenayah tersebut atau mungkin jenayah tersebut berlaku dek kerana ia seorang menteri yang lemah. Semuanya ini mungkin menyebabkan beliau akan letak jawatan sekiranya beliau itu adalah orang Cina.

Tapi sayangnya beliau adalah seorang Melayu. Orang Melayu dalam bab begini, tiada maruah dan harga diri. Orang Melayu suka pegang jawatan. Beliau orang Melayu dan yang mengundi dan menyukai beliaupun orang Melayu.

Kalau beliau tiada maruah kerana isu-isu tersebut, tetapi masih mahu memegang jawatan atau terus ingin menjadi pemimpin, tidak mengapa. Kerana, mungkin beliau akan gugur juga dari jawatannya yang disandang sekarang dengan cara orang Melayu tidak mengundi beliau dalam PRU12 dan juga dalam perhimpunan agung UMNO.

Namun namanya telah dicalonkan oleh orang Melayu UMNO, dan beliau pula sebagai seorang Melayu UMNO terus menerima pencalonan lalu namannya terus diundi pula oleh orang-orang Melayu UMNO sehinggalah beliau berkuasa sebagai orang yang paling berkuasa.

Beginilah sikap Melayu. Itu sebagai satu contoh sahaja. Kita boleh fikir banyak lagi contoh-contohnya yang menunjukkan Orang Islam Melayu yang sukakan jawatan atau nak terus jadi pemimpin.

Oleh kerana perangai ‘tak suka jadi pemimpin’ ini merupakan perangai yang mulia dalam Islam maka pendokong jamaah Islam amatlah wajar memilki sifat mulia ini. Jangan fikir ahli jamaah tidak terkena dengan penyakit ini.

Kadang-kadang kita lihat ada pemimpin jamaah yang sememangnya sudah tidak mampu memimpin jamaah namun ia masih mahu menjadi pemimpin. Ia dianggap tidak mampu mungkin disebabkan faktur umurnya atau masalah kesihatannya atau tidak ada idea walaupun ia masih belum berusia atau ia cerdik lagi berpelajaran tinggi malah masih di usia muda tetapi ia takut kerana ia seorang yang ‘makan gaji’ atau mungkin juga faktur kewangan.

Mereka yang mempunyai masalah yang menghalang ia bekerja dengan baik untuk jamaah seharusnya merasa takut pada Allah swt kerana yang pastinya Allah swt akan tanya di akhirat nanti mengenai tugasnya. Tak kiralah apa faktur dan sebabnya kenbapa beliau tidak mampu untuk memimpin jamaah Islam.

Pemimpin yang dianggap tidak mampu memimpin ini kerana ia sendiri tiada kemapuan untuk memajukan jamaah kerana tiada idea atau tidak mampu menjalankan tugas kerana faktur-faktur yang disebutkan tadi. Yang menyedihkan lagi ialah apabila ada cadangan yang baik dari orang yang ada idea untuk dilaksanakan demi pembangunan jamaah, tiba-tiba ditolak mentah-mentah oleh pemimpin yang sudah tidak berupaya untuk memimpin dengan alasan yang amat lemah. Akhirnya jamaah menjadi sentiasa lemah kerana ianya dipimpin oleh orang yang berfikiran lemah.

Kadang-kadang ada orang yang tidak mampu memimpin, terus menjadi pemimpin dengan memberi alasan ‘dah tak de orang’ yang nak memimpin jamaah. Ini adalah alasan yang paling popular. Alasan inilah yang menyebabkan beliau terus memimpin jamaah sehingga melebihi 10 tahun ke atas.

Seandainya itulah alasannya maka jelaslah bahawa itulah bukti pemimpin itu seorang yang lemah dalam memimpin. Pemimpin yang terbaik ialah pemimpin yang mampu melahirkan pelapis untuk menerajui jamaah di masa akan datang. Kalau dah memimpin jamaah lebih 10 tahun ke atas tetapi masih tidak nampak siapa pelapis, itu menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena. Mungkin ia menunjukkan ia seorang yang lemah dan tidak berwawasan serta tiada perancangan atau ia memang merancang supaya tiada pelapis agar ia boleh menjadi pemimpin jamaah selama mungkin.

Sebenarnya faktur umur bukan menjadi masalah kepada jamaah. Ada orang yang berumur tapi kerja dan ideanya amat bagus. Kalau begitu beliau amat layak untuk terus memimpin. Kadang-kadang ia tidak mampu kerana faktur kesihatan lalu ia mengundur diri dari memegang jawatan namun idea baik beliau untuk jamaah terus dihulurkan. Yang paling penting di sini ialah kejujuran dan keikhlasan pada jamaah dan perjuangan. Ada orang yang ikhlas pada jamaah dan perjuangan, akan terus memberi sokongan kepada jamaahnya walaupun ia tidak memegang apa-apa jawatan. Semuga Allah swt memuliakan dan merahmati orang yang jujur dalam jamaah dan perjuangan Islam.

Dr. Hamzah Jaafar
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang


PRK Lagi ... MP Sibu meninggal dunia


Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau yang juga anggota parlimen bandar Sibu meninggal dunia di Hospital Selayang, hari ini akibat barah.

Lau, 68, dari SUPP memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3,235 undi. Beliau menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.

Kematiannya akan membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil - yang kesebelas selepas pilihan raya umum 2008.

Ia juga merupakan pilihan raya kecil kedua di Sarawak selepas DUN Batang Ai.

Pilihan raya kecil tersebut perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh berlaku kekosongan.

Pada pilihan raya umum 2008, Lau mendapat 19,138 undi manakala Wong mendapat 15,903 undi dan Lim (812).

Lau mewakili parlimen Sibu sejak 1990.

Dalam pilihan raya umum 2008, parlimen Sibu mempunyai 53,679 pengundi, dengan majoriti kaum Cina (60 peratus), Melanau (20 peratus), Iban (18 peratus) dan Orang Ulu (1.1 peratus).

Keluarga Lau memiliki kumpulan KTS - sebuah konglomerat yang terbabit dalam industri pembalakan dan media.

Kumpulan KTS memiliki beberapa akhbar termasuk Borneo Post dan Oriental Daily News.

Sementara itu, Bernama memetik setiausaha sulitnya, Peter Hu sebagai berkata, Lau meninggal dunia pada jam 11.10 pagi dan persiapan sedang diadakan untuk membawa jenazah mendiang ke kampung halamannya di Sibu.

Selasa, 6 April 2010

Sekitar Mesyuarat Agung Pas Kawasan Temerloh







"Jom Usrah" Mulakan Agenda Baru DPP


Oleh : Lajnah Tarbiah & Perkaderan

Alhamdulillah, setelah berakhir Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Temerloh yang lalu, kini tiba masanya pemuda bergerak terus kehadapan. Walaupun dalam Mesyuarat tersebut ada sedikit tandatanya mengenai kemampuan Pemuda, namun ianya telah terjawab di dalam ucapan penangguhan perwakilan Pemuda.

Isu pembangunan Markaz Darul Amin, Sg.Gau menjadi isu tumpuan dalam usul Muslimat. Perwakilan Cawangan Sg. Gau sendiri mempertikaikan keupayaan Muslimat Kawasan membangunkan projek tersebut. Dewan menjadi gamat apabila perwakilan menyindir PAS Kawasan apabila memberi peluang kepada Muslimat dan bukan kepada Pemuda.

"PAS Kawasan sebagai ayah sepatutnya malu apabila meminta pertolongan anak perempuan da tidak pula kepada anak lelaki", katanya. Dewan sekali lagi gamat bilamana Pengerusi Tetap pula menyindir Pemuda, "Muslimat dah serah 65 borang ahli baru, Pemuda mana?" sinisnya apabila menerima 65 keping borang dari Muslimat.

Sepanjang mesyuarat agung berlangsung, tiada satu soalan pun ditujukan kepada Pemuda, kecuali perwakilan muslimat yang bertanyakan ketidakhadiran Ketua Pemuda. Ustaz Jauhari kini di Tanah Suci mengerjakan Umrah selama 2 minggu.

Perwakilan Pemuda bangun dalam sesi ucapan penangguhan bertegas bahawa telah banyak usaha dimainkan oleh ajk DPPT termasuk menubuhkan Sekretariat Hal Ehwal Pemuda Zon yang telah banyak membantu didalam menjayakan aktiviti-aktiviti kepemudaan.

Antara lain aktivitinya ialah XPDC Pemuda Jelajah 3 Dun pada 1.1.2010 dan Mukhayyam Syabab di Gunung Senyum selama 3 hari 2 malam. Selain itu, DPP turut memainkan peranan utama dalam menjayakan kempen "Jom Sertai PAS" selama 3 bulan.

"Fokus Pemuda kali ini adalah mencari dan mengumpul tenaga pelapis agar PAS kekal relevan di Temerloh sesuai dengan slogan "Temerloh Milik Kita", katanya. DPPT juga sedang rancak mengumpul dana pilihanraya umum ke 13 dari setiap zon. Jumlah terkumpul sejak 2 bulan yang lalu sebanyak RM1,300.00. Sasaran DPPT adalah mengumpul RM25,000.00 sebelum PRU akan datang.

Dalam menjawab sindiran perwakilan, "Pemuda tak irihati apabila Kakak beriya benar minta dengan ayah nak urus pembangunan Darul Amin. Ayah pula beri, nak kata apa lagi. Pemuda lebih fokus dalam usaha menarik adik-adik lelaki dan anak-anak saudara lelaki agar menyertai perjuangan ini dari sibuk nak fikir besarkan rumah sediaada." katanya.

"Dato' Speaker, Pemuda dah lama serah sebanyak 68 keping borang ahli sejurus tamat kempen "Jom Sertai PAS". Dah lama dah," jawabnya kepada Pengerusi tetap sambil diiringi tawa perwakilan.

Dalam pada itu, Lajnah Tarbiah dan Perkaderan akan mengadakan meneruskan aktiviti 2 minggu sekali iaitu Usrah AJK DPPT dan sebagai pembuka sulung aktiviti, Lajnah Tarbiah akan menganjurkan Kempen "Jom Usrah" peringkat DPPT pada 25 April 2010 yang akan disempurnakan oleh Ustaz Ridhuan Md Nor (Exco DPP Pusat) dan Ustaz Suhaimi Mohd Saad (Ketua DPP Negeri Pahang).

Jom Kita Ramai-ramai ke sana.

ASSALAMUALAIKUM WRT WBT