Bermula jam 12 tghari tadi, bermulalah satu lagi program dpp dalam merencanakan musim cuti sekolah ini. Masjid Ar-Rahman, Batu 4, Jalan Maran telah dipilih sebagai lokasi bagi menjayakan Kem Kenali Diri "Man Ana". Akademi Belia Muslim Cemerlang (B'Muslim) sebagai NGO yang ditubuhkan oleh dpp sebagai penganjur utama. Ini juga salah satu strategi dpp untuk masuk ke tengah masyarakat yang pelbagai idealogi.
Sewaktu masa pendaftaran ditutup jam 1 petang tadi, seramai 34 orang pelajar lelaki berumur dari 10 hingga 16 tahun telah mendaftar diri. Dijangka ramai lagi yang akan tiba selepas jam 5 petang nanti. Tahniah kepada Sdra Bazli selaku Pengarah, USt Syukri (timbalan), sdra Sham, sdra nasir dan sahabat-sahabat lain.
Tidak lupa kepada pengerusi masjid, Hj Zul, ust anuar dan ajk masjid yang lain kerana sudi memberi kerjasama yang amat cemerlang. Gulai labu dan ikan goreng panas bersambal, menu tengahari tadi, masih terasa dilidah ini akan kelazatannya.
Selamat datang adik-adik semua, semoga kalian mendapat sesuatu yang berguna sebagai bekalan hidup masa depan. Kem ini akan berakhir selepas zohor pada khamis 25 dis ini.
1 ulasan:
salam,tahniah ! buat DPPKT & komuniti panatia program Kem kenali Diri " Man Ana " yg berjaya mendekati " remaja " yg serba kebuntuan
Catat Ulasan