Ahad, 28 Disember 2008

Kempen 5 Bulan ... Jom Sertai PAS

Tepat jam 10.00 pagi sabtu yang lalu bersamaan 27 dis 2008, satu taklimat dari DPP Pusat mengenai Kempen Jom Sertai PAS yang seterusnya dirasmikan diperingkat negeri Selangor. DPP Temerloh yang diketuai Ust Jauhari Ishak turut merasai suasana meriah di tapak pelancaran majlis tersebut.

Program yang baik ialah program yang mampu diterima dan dilaksanakan disemua peringkat. Secara teorinya, tidak susah untuk mencari sasaran 100 ahli baru PAS bagi setiap kawasan setiap bulan. Yang susahnya ialah... Siapa yang hendak mencari? Siapa yang hendak dicari? Masing-masing sudah punya jawapan dan alasan untuk menafikan tugas tersebut. Akhirnya, teori hanya tinggal teori. Hilang dibawa arus alasan yang berlebihan.

Harap isu ini dapat dibincang & diperdebatkan oleh para pelawat blog ini.
Terima kasih.

1 ulasan:

syampomen berkata...

hai,sape pulak yg dah ada jawapan dan alasan?sedangkan kerja tak buat lagi...macam kenal je!

ASSALAMUALAIKUM WRT WBT