Ahad, 28 Disember 2008

Tanzim Yang Perlu Ditanzimkan

Selepas berakhirnya Majlis Taklimat dan Pelancaran Kempen Jom Sertai PAS, rombongan DPP Temerloh terus menghala pulang, namun disebabkan Timb Ketua, Sdr Hasanudin ada undangan untuk menyampaikan satu kertas kerja mengenai PAS di Markaz Chempaka, Lanchang, kami terus ke sana bersama.

Dalam pemerhatian, ada yang tidak kena dengan program yang diberi nama Tanzim Pelajar Lepasan SPM ini. 1. Ianya tidak dibawa berbincang dengan tuan rumah (dpp temerloh @ Jab Pelajar) 2. Tiada kawalan keselamatan dari pihak markaz. 3. Tiada Perantara antara Lelaki dan Perempuan.

Mungkin ada yang senyum sinis bila no 3 dibincangkan. Apakan tidak, Lebih 50 puluh orang peserta dan fasi, lelaki dan perempuan, tiada seorang pun yang telah berkahwin dan bawa isteri bersama ke dalam program tersebut sebagai perantara dan mengelak fitnah. Dpp tidak menuduh mereka membuat perkara maksiat, cuma perjalanan program tersebut amat terdedah dan hampir kepada fitnah. Bukankah Firman Allah swt, Jangan Kamu Menghampiri Zina. Sekalai diingatkan, dpp hanya terkilan dan tertanya : kenapa tiadanya sepasang suami isteri yang bersedia menemani mereka sepanjang program berlansung? terutama waktu malam. Boleh buat giliran. Pengarah MTD lanchang dan AJK atau ajk dpp sendiri tentu sanggup bertugas, sekiranya dimaklumkan sebaiknya. Yang cukup dirisaukan andai ada kejadian yang tidak diingini berlaku, dan ketika itu tiada seorang pun yang dikira boleh membuat keputusan.

Kadang-kala, dpp tidak risaukan sangat dengan para peserta... tapi lebih risaukan tenaga fasi pembimbing. Pernah kedengaran dulu, fasi lelaki yang berkawan rapat dengan fasi perempuan. Bermula dengan SMS hingga berjumpa dibelakang bangunan. Ketika meeting, asyik bermain mata dan senyuman. Wah ! Apa ni ! Oleh yang demikian, satu penilaian dan muhasabah perlu dilakukan segera. Kita tidak mahu pemuda pas tewas dengan 'mainan' remaja. Pihak Urusetia perlu lebih berhati-hati dalam menjaga dan mengelak fitnah. Hanya sebagai peringatan dan tazkirah. Mungkin terkena kepada yang hidup. Maaf, menegur perlu untuk perubahan. Selamat Menyambut Awal Muharram.

1 ulasan:

syampomen berkata...

Program jasmani perlu diselarikan dengan program rohani.Jgn sekadar utk lepaskan batuk ditangga sahaja.Syaitan jin dan syaitan manusia akan mengambil peluang dari kelompang yg wujud.Pastikan prgram akan dtg suasana lebih islamik.Pimpinan Pas disemua peringkat kena ambil berat benda ni supaya terlepas dari murka Allah.Kita bukan Umno!

ASSALAMUALAIKUM WRT WBT