Khamis, 9 Julai 2009

Anak Derhaka kerana Isteri tercinta...


Diceritakan oleh : Ustaz Mohamad Din Yusoh
Utas Travel and Tours Sdn.Bhd.


Beberapa hari selepas kami berada di Mekah, saya mula terdengar cerita-cerita daripada jemaah yang saya bawa tentang hubungan dingin antara seorang ibu dengan anak lelaki dan menantunya. Si ibu berusia 60-an sementara anak dan menantunya akhir 30-an. Mereka bertiga ialah antara beberapa ratus jemaah yang saya bawa untuk mengerjakan haji beberapa tahun lalu.

Saya diberitahu, hubungan dingin itu sebenarnya bermula sejak di Malaysia lagi kerana wanita berkenaan kurang senang dengan perangai menantunya yang sombong dan mengongkong suami. Kerana hidup dalam kemewahan, menantunya itu tidak menghormati wanita berkenaan selayaknya sebagai mentua, apatah lagi seperti ibunya sendiri.

Seperkara lain yang wanita itu benar-benar kecewa ialah biarpun anaknya itu ahli perniagaan berjaya, tetapi apabila berhadapan dengan isteri, dia jarang membantah, apa lagi mengangkat suara. Apa sahaja kehendak isteri diturutkan walaupun kadangkala menyinggung perasaan ibu dan keluarganya.

Walaupun telah bertahun-tahun mendirikan rumahtangga, wanita tersebut kesal kerana anak dan menantunya itu amat jarang balik ke kampung. Apatah lagi hendak tidur disana. Kalau singgah pun menantunya tidak mahu berada lama di rumahnya. Pelbagai alasan diberi supaya mereka cepat berangkat pulang.

Si ibu tadi telah menasihatkan anaknya supaya menegur sikap buruk isterinya itu, tetapi ia seperti tidak dilayan. Menantunya terus bongkak dan sombong. Si ibu juga mengingatkan anaknya jangan terlalu menurut kehendak isteri, namun dari sehari ker sehari, anaknya itu tetap mengikut telunjuk isterinya.

Saya dimaklumkan juga, wanita tersebut berkecil hati kerana menantunya tidak senang dengan kehadirannya di Mekah. Kalau boleh dia mahu pergi ke tanah suci bersama suaminya sahaja tetapi kerana lelaki berkenaan berkeras juga hendak membawa ibunya sekali, dia terpaksa mengalah, namun dengan bibir yang memuncung panjang dan kata-kata sinis serta sindiran tajam. Kerana itulah sejak sampai ke Madinah dan Mekah hubungan dingin itu menjadi semakin parah.

Oleh kerana mereka tinggal sebilik, si anak dapat melihat sendiri di depan matanya hubungan buruk antara ibu dengan isterinya. Pada mulanya dia tidak mengendahkan sangat kerana kedua-duanya orang yang dia sayang. Tambahan pula dialah yang membayar semua perbelanjaan mereka bertiga untuk ke Mekah.

Tetapi semakin hari perselisihan faham itu bertambah parah. Hubungan ibu lelaki tadi dengan isterinya semakin buruk. Bukan sekali mereka bertegang leher. Si ibu yang telah agak lanjut usianya, pastilah hendak supaya sentiasa dilayan hati dan perasaannya. Tetapi menantunya pula sombong dan panas baran. Dia tidak suka melayan kehendak mentuanya itu yang baginya cerewet.

Akibat perselisihan faham, mereka tidak menegur sapa dan si ibu pula enggan memakan makanan yang dimasak oleh menantunya itu. Ini menyebabkan si anak tadi terpaksa membeli makanan diluar untuk ibunya.

"Macam mana isteri kau nih Man. Emak pun tak dihormatnya. Emak minta tolong si kit dia membebel. Emak nak itu dia tak layan, nak ini, dia tak peduli, "rungut si ibu kepada anaknya.

"Abang tengok-tengoklah si kit emak abang tu. Cerewet, nak itulah, nak inilah, macam-macam. Saya dah cakap jangan bawa abang nak bawa juga. Hah...sekarang macam mana?" kata si menantu pula dengan suara yang kasar.

Kedua-duanya memberikan alasan masing-masing hingga si anak berasa amat tertekan. Hendak dimenangkan ibunya, khuatir isteri bermasam muka. Hendak dimenangkan isteri, khuatir ibunya pula terasa hati. Jadi sedaya yang boleh dia cuba memekakkan telinga dan membutakan mata daripada pertelingkahan itu.

Perbalahan mereka tiga beranak terbawa-bawa keluar. Apabila berjalan, duduk di meja makan atau bersiar-siar, masing-masing membawa arah sendiri. Akhirnya masalah itu dihidu oleh jemaah-jemaah lain. Mereka mula menjadi perhatian. Begitu juga saya. Pelbagai cerita yang saya dengar tentang mereka.

Selepas lama berselisih faham, si anak sedi kit demi sedi kit menyebelahi isterinya. Bagi lelaki itu, ibunya yang bersalah kerana terlalu banyak meminta, cerewet dan terlalu ambil hati.
"Orang tua, macam tulah yang," kata lelaki itu memujuk isterinya.

Suatu hari, si ibu memanggil anaknya. "Man, boleh tak kau belikan sejadah untuk emak? Di kedai bawah tu aja, "katanya. "Emak nak berapa?" soal anaknya. "Dalam 10 helai." "Eh, nak buat apa banyak-banyak?" soal si anak lagi. "Alaaah....nak buat kenangan, lebih tuh nak kasi pada kawan-kawan dan orang kampung. Dapat juga pahala, kau pun dapat pahala sama," kata si ibu dengan tersenyum.

Mendengar permintaan mentuanya itu, isteri si anak menarik muka masam. Matanya merenung tajam wajah suaminya sebagai isyarat "jangan layan!" Kemudian mukanya ditoleh ke arah lain. Ekoran itu, si anak yang pada mulanya mahu menuruti permintaan ibunya, kembali ke tempat duduk.

"Tak bolehlah mak. Saya penatlah. Nantilah bila nak balik nanti saya belikan," jawab si anak.

Tetapi kata-kata itu menyebabkan ibunya berkecil hati. Dia kecewa anak kesayangannya itu sanggup mengetepikan permintaannya, sebaliknya menurut saja apa kata isteri.Lantas dia berkata,"Kau nih Man,emak nak benda tu pun tak boleh beri. Tapi kalau orang rumah kau, dah sampai penuh begnya pun kau nak belikan barang lagi. Emak ni kau belikan sedi kit aja. Sampai hati kau Man."

Sepatutnya kata-kata ibu tadi diterima dengan keinsafan tetapi tanpa disangka anaknya naik berang.Dengan meninggikan suara, dia memarahi ibunya.

"Emak ni! Apa mak nak buat dengan barang-barang tu? Mak kan dah tua, buat apa nak beli itu beli ni. Isteri saya adalah sebab saya beri macam-macam, sampai penuh beg. Saya ada anak. Saya nak belikan barang-barang untuk anak kami juga!" katanya dengan muka masam mencuka. Dadanya turun naik menahan marah. Isterinya pula tersenyum puas.

Si ibu terkejut, lantas berkata, "Sampai hati kau cakap macam tu dengan emak. Aku ni emak kau, tak boleh kau tengking herdik. Kalau sayang bini pun janganlah sampai emak sendiri engkau ketepikan, engkau marah-marah, "katanya dengan kecewa.

Si anak bertambah berang. "Emak tu dah tua,buatlah cara tua! Jangan nak minta itu minta ini!"

Ibunya makin terkilan.Hatinya begitu hancur apabila anak yang dipeliharanya sejak kecil dengan penuh kasih sayang sanggup mengherdiknya sebegitu rupa. Tindakan anaknya yang sudah melampau itu menyebabkan si ibu marah.

Sambil merenung tajam wajah anaknya, si ibu berkata, "Man, Aku ni emak kau tau. Aku yang lahirkan engkau. Bila masa isteri engkau beranakkan kau? Bila masa dia besarkan kau?

"Ingat Man, emaklah yang susah payah jaga kau, cari duit nak besarkan kau, hantar ke sekolah sampai kau berjaya sekarang. Tapi bila dah berjaya kau buat emak macam ni. Isteri kau lebihkan daripada emak kau sendiri. Dengan isteri kau cakap dengan baik tapi emak kau sendiri kau tengking-tengkingka n."

Dan dengan suara tegas si ibu tadi menyambung, "Kalau beginilah sikap engkau Man, mulai hari ini emak haramkan susu emak yang dulunya kau minum!"

Takdir Allah, serentak dengan kata-kata si ibu tadi,anaknya terus jatuh terjelepok ke lantai. Bagai panahan petir, kata-kata tersebut seolah-olah "membunuh" si anak tadi serta-merta. Begitu cepat balasan Allah kepada hamba-Nya. Tan pa menoleh kepada anaknya yang terbaring di lantai, si ibu tadi bergegas keluar dari biliknya. Sambil berjalan dia mengesat air matanya yang menitis dengan lengan bajunya. Dia tidak menoleh ke belakang lagi. Sementara itu si anak pula terkulai dengan mata terkebil-kebil. Badannya longlai dan lembik. Isterinya pula menangis tersedu-sedu.

Sejak itu kesihatan si anak mula terganggu. Badannya seperti sedang sa kit , namun apabila diperiksa, doktor gagal mengesan apa puncanya. Bagaimanapun, bala yang menimpanya itu masih gagal menyedarkan si anak tadi. Dia dan isterinya tetap enggan bertegur sapa dengan ibunya. Apa yang telah menimpanya langsung tidak diambil iktibar. Bagi lelaki berkenaan, apa yang berlaku bukanlah balasan Allah dan tubuhnya tidak sihat juga bukan satu petunjuk daripada Allah tentang kesilapannya. Ia cuma kebetulan.

Tinggallah si ibu tadi memendam perasaan kesal dan kecewa. Biarpun duduk sebilik dia diasingkan oleh anak dan menantunya sendiri. Makanan dan minuman terpaksa dia pergi membelinya di luar. Di bilik, dan apabila berada di luar dia lebih banyak termenung dan menangis. Jika jemaah lain bertanya mengapa, atau di mana anak dan menantunya, wanita tersebut tidak menjawab. Sebaliknya terus menangis dan menangis.

Anak yang derhaka tidak akan terlepas daripada balasan Allah. Kesihatan si anak tadi semakin buruk. Badan dan kakinya lemah hingga dia tidak terdaya untuk berdiri sendiri. Akibatnya si anak itu terpaksa dipapah dan diusung semasa wukuf, sai, melontar jamrah, tawaf dan sebagainya. Badannya benar-benar lemah untuk melakukan i bad ah-i bad ah tersebut.

Sementara itu, kerana tidak ada lagi tempat bergantung, si ibu tadi menunaikan haji bersama-sama kami, dengan bantuan dan pertolongan kami, bukan oleh anak dan menantunya. Masing-masing menjauhkan diri dan tidak bertegur sapa seolah-olah tidak kenal antara satu sama lain. Suatu hari saya menemui wanita tersebut.

"Mak aji...sudahlah tu. Maafkanlah anak makcik tu. Yang lepas tu lepaslah, dia dah terima balasannya,"kata saya.

Wanita itu cuma mendiamkan diri. Dia menangis dan mengesat air matanya yang gugur. Saya terus juga menasihatkannya, tapi seperti tadi, wanita itu langsung tidak mahu menjawab barang sepatah pun. Dia sebaliknya cuma menangis. Dari raut wajahnya ternyata dia benar-benar kesal dengan sikap anak dan menantunya hingga dia tidak sanggup lagi bercakap tentang mereka.

Selepas itu saya menemui anaknya pula.Lelaki berkenaan seolah-olah terpinga-pinga dan tidak tahu apa yang telah berlaku dan apa yang sepatutnya dibuat untuk menyelesaikan masalah tersebut.Isterinya pula cuma mencebikkan bibir bila saya sebut nama mentuanya.

Begitulah keadaan mereka hingga selesai musim haji dan seterusnya kembali ke tanah air. Sejak itu saya tidak menghubungi mereka lagi. Khabar yang saya terima memang mengejutkan. Saya diberitahu, sejak pulang ke tanah air si anak tadi sa kit terus-menerus. Penya kit nya agak kronik dan gagal diubati doktor.

Namun dalam tempoh itu hubungan mereka tiga beranak tetap tidak berubah. Anak yang telah mendapat balasan Allah juga masih tidak insaf dengan kesilapannya. Ibu pula yang telah terkilan dengan sikap anaknya, tetap enggan memaafkannya. Sejak kembali dari Mekah,mereka langsung tidak mengunjungi antara satu sama lain.

Berita terakhir saya terima ialah lelaki terbabit telah meninggal dunia selepas menderita sa kit selama 10 tahun.

"TUHANMU TELAH MEMERINTAHKAN HENDAKLAH KAMU TIDAK BERBAKTI KECUALI KEPADA-NYA DAN BERBUAT BAIK KEPADA ORANG TUA, JIKA SALAH SATU ANTARA MEREKA ATAU KEDUA-DUANYA SUDAH SAMPAI UMUR TUA DAN BERADA DALAM PEMELIHARANMU, MAKA JANGANLAH KAMU KATAKAN KEPADA MEREKA ITU KATA-KATA "AH", DAN JANGAN KAMU BENTAK MEREKA TETAPI KATAKANLAH KEPADA MEREKA BERDUA KATA-KATA MULIA. DAN RENDAHKANLAH TERHADAP MEREKA BERDUA SAYAP KERENDAHAN KERANA KASIH, DAN DOAKANLAH KEPADA TUHANMU: BERILAH RAHMAT KEPADA MEREKA ITU SEBAGAIMANA MEREKA TELAH MEMELIHARAKU PADA WAKTU AKU MASIH KECIL."

[Surah al-Israa ' 7:23-24.]

Diriwayatkan oleh Hakim, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

"SEMUA DOSA AKAN DITANGGUHKAN OLEH ALLAH SAMPAI HARI KIAMAT NANTI APA SAHAJA YANG DIA KEHENDAKI KECUALI DERHAKA KEPADA ORANG TUA, MAKA SESUNGGUHNYA ALLAH AKAN MENYEGERAKAN KEPADA PELAKUNYA DALAM HIDUPNYA SEBELUM MENINGGAL DUNIA."


Rabu, 8 Julai 2009

Tindakan Sultan Perak Demi Maruah Negeri - Mahkamah


Setelah sebulan lebih dan hampir diadakan pembicaraan di Mahkamah Persekutuan dalam kes MB Perak pada 9 dan 10 July ini barulah penghakiman bertulis dikeluarkan oleh hakim Mahkamah Rayuan berkenaan hari ini.

Tindakan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah adalah betul semasa melaksanakan kuasa prerogatifnya untuk meredakan pergolakan politik Perak dan mengekalkan maruah negeri itu, kata Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Zainun Ali. Menurut laporan tersebut.

Hakim Zainun berkata dalam laporan itu, satu daripada kuasa eksekutif yang kritikal bagi seorang Raja dalam melaksanakan tanggungjawabnya mengikut perlembagaan bagi mengekalkan kententeraman awam demi kepentingan awam dan oleh itu kesedaran baginda berhubung signifikan daripada pelaksanaan kuasa prerogatifnya itu tidak boleh dipertikaikan.

“Keadaan di Perak pada masa itu boleh dianggap sebagai sudah tidak normal, tidak jika seseorang menganggapnya sebagai normal, ketegangan politik, tekanan politik yang memuncak, suspens dan pengkhianatan dan pertukaran kesetiaan politik, sebagai satu yang rutin dan semuanya dalam pekerjaan harian.

“Kematangan dan kebijaksanaan Raja adalah wajib. Pelaksanaan kuasa prerogatif ini adalah lebih kritikal jika jentera kerajaan yang normal mengalami masalah,” kata Hakim Zainun dalam penghakiman bertulisnya setebal 115 muka yang dikeluarkan hari ini.

Pada 22 Mei, tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Raus Sharif, Zainun dan Datuk Ahmad Maarop telah memutuskan dalam bacaannya sekitar 4 minit memutuskan bahawa Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir adalah Menteri Besar Perak yang sah, yang mengubah keputusan Mahkamah Tinggi sebelum itu yang menyebelahi Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang telah diputuskan di Mahkamah Tinggi pada 11 Mei sebelum itu.

(So, selama ini perbicaraan hanya untuk maruah raja dan bukan untuk keadilan seluruh rakyat jelata?? ngabihkan beras ajer nunggu benda maruah ni... 115 muka surat? Semasa dalam mahkamah hanya 4 minit! manakan 4 minit boleh dihikayatkan menjadi 115 halaman.)

Isnin, 6 Julai 2009

Penjelasan isu babi dan bantahan DAP


TIBA-TIBA DAP negeri Kedah mengisytiharkan keluar dari permuafakatan Pakatan Rakyat negeri ini hanya kerana isu perobohan pusat penyembelihan babi oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di Kampung Berjaya, Alor Setar.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Pengerusi DAP Kedah/Perlis Thomas Su selepas mengadakan mesyuarat tergempar dengan ahli jawatankuasa DAP Kedah ekoran, apa yang disifatkan mereka, kegagalan kerajaan negeri menangani isu tersebut sehingga dilihat seolah-olah kepentingan semua kaum tidak diambil kira.

Bagaimanapun pengumuman keputusan tersebut lebih kepada gimik politik kerana semua tahu bahawa isu besar parti seperti soal kerjasama, penggabungan atau perpisahan antara parti adalah ditentukan oleh Pusat, bukan negeri.

Tidak boleh dipersalah

Secara jujur, Thomas dan rakan-rakan tidak boleh dipersalahkan kerana mereka hanya menangani isu tersebut di episod-episod terakhir drama pusat penyembelihan babi ini serta tertekan dengan provokasi Gerakan yang ghairah memperjuangkan isu perkauman.

Selepas mendapat penjelasan yang betul nanti dan sedar bahawa isu tersebut sebenarnya tidak mengubah persepsi kaum Cina secara besar-besaran terhadap Pakatan Rakyat, maka mereka akan kembali.

Kewujudan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di atas tanah milik kerajaan negeri sebenarnya sudah lebih dari 30 tahun.

Hanya kira-kira 100 meter dari pusat tersebut, letaknya pasar awam yang secara umumnya didatangi oleh majoriti orang Melayu/Islam setiap hari. Berhampiran pusat penyembelihan tersebut juga terletak sebuah kampung Melayu, Telok Yan, yang mengandungi kira-kira 200 buah rumah.

Keadaan pusat penyembilan tersebut amatlah dhaif, kotor, tidak terurus serta sistem pembuangan yang tidak sempurna. Ia wujud bagi membekalkan keperluan daging untuk kawasan utara Kedah. Keperluan sebenar hanya antara 50 sehingga 80 ekor, tetapi dilaporkan secara harian 120 ekor disembelih. Tidak dipastikan ke mana lebihan tersebut dibawa.

Bau sangat busuk

Oleh kerana pusat tersebut tidak diselia dengan sempurna, di samping mencemarkan persekitaran, ia juga mengeluarkan bau yang sangat busuk. Jika hari hujan, orang ramai yang lalu lalang terpaksa menutup hidung walau dari jarak yang jauh. Ia merimaskan orang ramai termasuk, kesemua peniaga Cina yang berniaga di deretan kedai berhampiran.

Sisa-sisa babi juga dibuang sewenang-wenangnya ke dalam tong sampah milik MBAS.

Pada tahun 1995, MBAS (ketika itu masih Majlis Perbandaran) telah membatalkan lesen perniagaan pusat penyembelihan tersebut serta memberi notis untuk keluar dari tapak tersebut. Bermakna sejak 14 tahun yang lalu, pusat tersebut beroperasi secara haram.

Jika DAP memberitahu bahawa kerajaan negeri hanya memberi tempoh selama sebulan untuk mencari tapak baru, ternyata tidak betul. Sebenarnya tempoh melebihi 168 bulan telah diberikan!

Pada tahun 80-an, berhampiran pusat penyembelihan itu juga terdapat pusat penyembelihan lembu dan kerbau. Apabila diarahkan berpindah oleh pihak berkuasa tempatan setelah tempat tersebut dianggap tidak sesuai, mereka berpindah tanpa banyak soal. Tiada pihak pun yang melakukan provokasi perkauman.

Isu pusat penyembelihan babi itu dibincangkan secara serius apabila ahli-ahli MBAS dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Semua tahu dalam apa isu pun, ahli majlis kerajaan tempatan dari Pakatan Rakyat menanganinya secara serius dan professional.

Berbeza dengan ahli majlis zaman BN dulu yang hadir mesyuarat hanya untuk mengangguk macam Pokka.

Dalam mesyuarat Ahli MBAS yang diadakan mereka bersetuju dengan sebulat suara supaya tindakan meroboh pusat tersebut dilakukan segera setelah pelbagai faktor diambilkira. Sekalipun kewujudan pusat itu telah tidak disenangi oleh kesemua orang Melayu/Islam yang tinggal berhampiran, tidak kira dari PAS atau Umno, tetapi ia bukan faktor yang diambilkira oleh MBAS dalam membuat keputusan merobohnya.

Bukan isu perkauman

Ertinya langsung tidak bersabit dengan isu perkauman, tetapi soal perundangan dan peraturan yang tidak dipatuhi oleh pengusaha haram tersebut. Jauh sekali dari bermaksud menafikan hak-hak orang bukan Islam seperti yang ditohmahkan.

Gerakan adalah parti komponen BN yang bijak memutarbelitkan isu dan melakukan provokasi perkauman di kalangan orang Cina sehingga beberapa pemimpin bukan Melayu Pakatan Rakyat turut terpengaruh.

ADUN DAP Kota Darul Aman, Lee Guan Aik dan pengusaha haram tersebut telah bertemu Menteri Besar untuk memohon ehsan beliau bagi mengarah penangguhan kerja meroboh. Mereka meminta tempoh sebulan untuk mencari tapak baru (setelah 14 tahun mencari tak jumpa?). Menteri Besar bersetuju.

Dalam pada itu, Umno bermain 'perang saraf' di kalangan orang Melayu, "Tengok kerajaan PAS kalau nak roboh rumah orang Melayu di Kampung Tok Bidan tak ada tanguh-tanguh, kalau nak roboh kandang babi boleh tangguh pulak."

Di kalangan orang Cina pula Gerakan memukul canang, "Mana slogan PAS untuk semua, hak bukan Islam dinafikan."

Lidah yang keluar dari mulut BN bercabang-cabang. Elok benar kalau kepala Umno dan Gerakan dipegang dan dilagakan antara satu sama lain.

Hero masyarakat Cina

Akhirnya pada 1 Julai 2009, pusat penyembelihan tersebut dirobohkan. Gerakan dan DAP menyatakan bantahan terbuka, tetapi hakikatnya DAP ketika ini yang kelihatan menjadi hero di kalangan masyarakat Cina.

Oleh kerana isu ini terlanjur telah menjadi isu politik di kalangan parti-parti bukan Melayu, yang jika dibiarkan berlarutan akan mempengaruhi segolongan masyarakat bukan Melayu yang tidak memahami isu sebenar, maka ada baiknya kerajaan negeri membantu menyegerakan pembinaan pusat penyembelihan baru yang mematuhi peraturan. Maka isu tersebut akan selesai dengan baik. Harakahdaily/-

KARNIVAL SUKAN PASTI TEMERLOH JAYA

Pasti Az-Zahra` muncul juara keseluruhan dan Piala Pusingan diterima oleh Cikgu Zainon dari YB Syed Hamid, Adun Kuala Semantan.

Semalam berlangsung Karnival sukan Pasti2 Taman Temerloh Jaya.Keempat2 Pasti yg terdapat di Temerloh Jaya mengambil bahagian iaitu Pasti Az-Zahra`,Pasti Assyakirin, Pasti An-Nur dan Pasti Ummu Khalidah.Tahniah kepada Pasti Az-Zahra` yg berjaya menjadi juara keseluruhan pada tahun ini dan membawa pulang piala pusingan.YB Syed Hamid meluangkan masa utk merasmikan acara ini walaupun belum sembuh sepenuhnya dari pembedahan sakit jantung.



Jumaat, 3 Julai 2009

CheguBad Tertelan Butir Durian ?


Semalam, tak semena-mena tetikus ter'klik' pada satu link yang ada dalam blog kengkawan. Jumpa satu blog yang beri komen tentang hasrat Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat untuk berdepan dengan Pemuda umNo dalam ruang ilmiah samada debat, wacana atau diskusi.

Ianya susulan cabaran debat terbuka dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz kepada Presiden umNo merangkap PM 1Malaysia. Entah mana sakitnya, Chegubad tetiba buat keputusan "mengisytiharkan memboikot semua program melibatkan Dewan Demuda PAS termasuk jemputan yang telah disahkan hadir."

Apa cerita ni? Takkan sakit sangat kot? Takkan Pemuda PAS nak berdebat dengan AMK dan pemuda DAP tentang isu Melayu Islam? Nak marah pun biar fikir panjang. Tajuk wacana pun dah diberi, iaitu nak mengesahkan umNo tolak Islam. So, kenapa melompat tak tentu pasal?

Lagi kenyataan chegubad yang turut menghiris kami pemuda PAS, "Tindakan Ketua Pemuda PAS membuat pertemuan 'rasmi' dan 'terbuka' dengan Pemuda Umno dilihat sebagai usaha terkebelakang dalam memastikan kekuatan pakatan.

Nampaknya ada kalangan pimpinan PAS seolah tidak memahami isyarat keputusan Pilihanraya Umum lalu. Mereka juga terus menerus melakukan tindakan memberikan 'talian hayat' kepada Umno - Bn yang makin melemah."


Cantik je jejari tu menyusun kata, seolah-olah PAS dari dulu, kini dan selamanya memberikan talian hayat kepada umNo. Moh kita tengok di Perak. Golongan mana yang bukan sekadar beri talian hayat bahkan memberi kuasa kepada umNo merampas negeri tersebut.

Untuk pengetahuan chegubad, PAS dari dulu lagi maksudnya sebelum idola chegubad dikeluarkan daripada umNo, sentiasa dalam politik terbuka untuk sebarang perbincangan dan muzakarah. Bahkan, bila idola chegubad kena zalim, presiden PAS terus membantu dan menubuhkan GERAK.

Walaupun ramai ahli PAS tak suka kat idola chegubad, sehingga ada yang keluar parti, tapi sebahagian besar ahlinya redha dan menerima idola chegubad seadanya. Tanya abg Mat Sabu, apa perasaannya?

So, nasihat kami, buat-buatlah bersabar dan cuba belajar untuk menerima sahabat seadanya. Sekiranya nak komplen pun, tak perlu sebut dalam blog. Ini siap ugut tak nak hadir program anjuran pemuda PAS. Siapa chegubad ni?

"Maka dengan ini mengecam tindakan Dewan Pemuda Pas yang masih terhegeh-hegeh memberikan talian hayat kepada Umno.

Selaku anak muda che'GuBard mengisytiharkan memboikot semua program melibatkan Dewan Pemuda PAS termasuk jemputan yang telah disahkan hadir."
Kenyataan yang nampak tegas tapi takde isi.

Siapa yang terhegeh-hegeh kepada siapa? Pemuda Temerloh tak nak huraikan 'terhegeh-hegeh' ni mengikut situasi politik di temerloh. Cuma, pemuda PAS temerloh tidak pernah terhegeh-hegeh dengan sesiapa. Selemah-lemah kami di Temerloh, kami bergerak seadanya tanpa mempertikaikan sumbangan sahabat-sahabat lain.

BOIKOT!?? Kenapa perlu isytihar boikot? Sekiranya mainan boikot ini diharuskan dalam konteks Pahang atau Temerloh, hmmm... maka kita akan lihat siapa yang akan kena???!!

Khamis, 2 Julai 2009

KENANG BUDI TERGADAI BODY

Nabi Ibrahim AS adalah bapa nabi nabi. Kisah Nabi Ibrahim amat getir. Sejarahnya terungkap di dalam Al Quran. Ibrahim adalah antara nabi ulul Azmi pilihan Allah SWT. Kisah pegorbanannya yang getir amat menyentuh hati.

Nabi Ibrahim dibesarkan oleh ayahnya Azar, Seorang tukang buat patung berhala. Ibrahim pernah diperintah menjual patung berhala tersebut. Sebagai anak, sewajarnya Ibrahim menurut. Namun Ibrahim melakukan sebaliknya.

Beliau ke pasar membawa berhala, bukan menjual, tetapi mempersoalkan masyarakatnya tentang kebijaksanaan mereka menyembah makhluk yang langsung tak bermanafaat kepada mereka. Apatah lagi patung itu buatan ayahnya... SUNGGUH IBRAHIM TAK MENGENANG JASA AYAHNYA YANG MEMBESARKAN BAGINDA....

Nabi Musa juga adalah antara nabi yang melalui kegetiran panjang di zamnnya. Berhadapan dengan kaumnya yang degil dan kerajaan yang angkuh dan sombong. Kisah Nabi Musa dihanyutkan oleh ibunya ke sungai Nil... ditemui isteri Firaun... Nabi Musa dibesarkan di dalam istana Firaun.

Firaun membiayai sepenuhnya perbelanjaan Musa...BUKAN PINJAMAN YANG DIKENAKAN FAEDAH... SEGALANYA PERCUMA.. Makan munum dan pakaian Musa adalah dari harta Firaun... sayangnya Musa menentang Firaun...bukan hanya idea tetapi kematian Firaun di Laut adalah kerana Musa...kalau tidak keterlaluan dikatakan.. Musa lah penyebab kematian Firaun.. SUNGGUH MUSA TAK MENGENANG BUDI DAN JASA FIRAUN!!!

Dua kisah nabi diatas adalah antara ribuan contoh yang dirakamkan AlQuran... Saya tak pasti apakah ulasan Zahid Hamidi berkenaan kedua kisah yang dipaparkan... Saya pasti dan amat pasti Zahid Hamidi memahami kisah tersebut.... Kedua kisah tersebut berkaitan penentangan orang yang dipelihara terhadap ibu bapa yang memelihara dan berjasa kepada mereka...itu belum dicampur kisah pemuda Ashabul Ukhdud lagi...

Wajarkah penentangan mereka... Apakah mereka tidak terfikir jasa orang yang membesarkan dan menanggung perbelanjaan mereka...
BUKAN HANYA MEMBERI PINJAMAN DENGAN FAEDAH ATAU BANTUAN DARI WANG YANG DIKUTIP DARI RAKYAT..!

Entahlah apakah Zahid faham apa yang diucap ketika berucap di hadapan murid sekolah di Bagan Datoh.. Mungkin zahid sedang mengajar mereka agar kenanglah jasa dan budi orang... Bila orang berbudi kita mesti berbahasa... Kalau orang memberi kita WAJIB membalasnya.! Kalau seseorang lelaki memberikan sesuatu kepada seorang gadis, Gadis itu mesti membalas pemberian lelaki tersebut... APAKAH ZAHID MAHU BUDI ITU DI BALAS WALAU DENGAN BODY???

Sah umNo ajaran sesat sepertimana di sebut TGNA kalau itu yang di ajar Zahid...atau mengajar budaya WAJIB membalas budi tanpa menilai wajar di balas atau tidak... Tanpa nilai dosa dan pahala..baik dan buruknya... Jangan mengongkong pelajar dan generasi baru dengan teori songsang dan sesa kamu wahai Zahid... Sia sialah ajaran Tuan Guru di Izzuddin Shah dulu kalau itu yang kamu faham dan wariskan dari mereka...Itulah ajaran sesat namanya.....

Oleh : Anak Sengat

Blog ini beroperasi semula... Syukur...


Alhamdulillah, sejak seminggu lalu, kami pening kepala memikirkan jawapan kepada soalan, kenapa tak boleh klik pada posting. Hari ini baru dapat jawapannya. Ada masalah pada settings. Bila skru yang longgar diketatkan, air yang kurang ditambah, tukar minyak hitam baru dan macam-macam lagi, maka hari ini blog DPP akan diupgrade setiap hari, insyaallah.

Kepada semua penulis dalam blog ini, diminta menghantar berita dan pandangan anda dengan segera kepada kami.

Sekian, terima kasih.





Khamis, 25 Jun 2009

Penghijrahan Mr Universe Malik Noor


Oleh MUZLINA ABU BAKAR
muzlina.bakar@ utusan.com. my

MALEK Noor menangis ketika menceritakan segala dosa yang telah dilakukannya sepanjang merantau di Amerika dan Hong Kong. Setelah lebih 10 tahun tidak berjumpa dengan Malek Noor, 53, ternyata jaguh bina badan Asia peringkatheavyweight sebanyak enam kali ini amat berbeza daripada dulu.

Kalau dulu, apabila berjumpa mulutnya becok tak henti-henti bercakap pelbagai topik yang melucukan. Tetapi pertemuan minggu lalu menampakkan sisi lain Malek.

Sifat lucu dan becoknya hilang tiba-tiba dan yang nyata Malek hari ini tidak sama dengan Malek ketika baru berlakon filem Ujang pada akhir tahun 1980-an.

Perbualan petang itu berkisar tentang aktivitinya hari ini. Selain menjalankan perniagaan membekal barangan fitness di bawah syarikatnya Sportec's Divemate Sdn. Bhd. Malek juga berlakon dan kini sedang menjalani penggambaran drama Damak dengan memegang watak Tok Guru.

Perbualan yang rancak petang itu, tiba-tiba menjadi hening seketika apabila Malek membuka rahsia hidupnya yang selama ini dipendam tanpa pengetahuan sesiapa.

"Dalam hidup saya hari ini, sebenarnya saya hanya mencari satu sahaja iaitu keredaan Allah. Walau apa juga yang saya lakukan untuk hidup, kejujuran adalah penting.

"Setiap waktu dan ketika saya sentiasa berdoa kepada Allah semoga menerima ibadat saya, ampunkan dosa saya dan semoga Allah tetapkan iman saya dan menjadikan saya manusia yang soleh," kata Malek dengan suara sebak.

Siapa sangka, seorang jaguh bina badan yang nampak gagah dan perkasa tiba-tiba menjadi seorang yang boleh dikatakan 'lembik' tiba-tiba.

Di satu sudut ruang coffee house di sebuah hotel di pinggir kota, Malek yang mulanya bersemangat tiba-tiba menangis menceritakan dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum ini.

Dengan suara sebak dan mata berkaca, Malek Noor bercerita:

"Saya terlalu banyak buat dosa. Saya betul-betul insaf sekarang. Setiap saat dan ketika sentiasa berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya.

"Dulu saya jahat. Saya tidak ingat mati tapi...kini saya betul-betul insaf. Kini setiap waktu walau sesibuk mana pun saya akan hadkan sekurang-kurangya 10 minit untuk menunaikan solat.

"Saya terlalu banyak buat dosa. Saya makan dan minum benda-benda haram. Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya takut, saya taubat dan saya menyesal.

"Andai waktu boleh berputar, saya ingin kembali zaman kanak-kanak. menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim yang sejati," luahnya.

zaman kanak-kanak

Mungkin ramai yang tidak tahu, ketika zaman kanak-kanak lagi Malek merupakan anak yang susah hendak berpuasa. Kalau berpuasa pun cuma di depan keluarga. Di belakang, Malek curi-curi makan dan minum. Tetapi itu di zaman kanak-kanak, apa yang dibuat mungkin manis didengar.

Bukan itu sahaja, malah sejak berusia 12 tahun dan sehingga umur meningkat 46 tahun, sebenarnya Malek tidak pernah berpuasa, apa lagi menunaikan solat lima waktu sehari.

"Saya lupa pada tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Saya tak sembahyang, saya tak berpuasa. Kesibukan saya merantau di Amerika dan Hong Kong selama lebih 30 tahun mengumpul harta kekayaan membuatkan saya lalai.

"Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya tidak pernah mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Apa yang ada dalam fikiran saya hanya mencari harta dan nama.

"Sehinggalah suatu hari pada tahun 2002 semuanya berlaku tanpa saya duga. Ketika itu saya dengan berseluar pendek berdiri di Penthouse saya berdepan dengan bangunan KLCC.

"Tiba-tiba saya terdengar azan sayup dari masjid berhampiran dan meresap ke jiwa saya. Saat itu saya jadi tak tentu arah. Saya masuk ke rumah dan berpusing-pusing entah berapa kali dan saya tak tahu apa yang saya cari.

"Selepas berpusing-pusing macam orang gila, satu jam saya tak bertenaga. Saya menangis dan terus menangis. Tiba-tiba saya teringat sesuatu dan terus berwuduk kemudian menunaikan solat Maghrib. Esoknya saya ke Jalan Masjid India dan membeli pelbagai kitab mengenai Islam dan saya turut membeli sebuah al-Quran," cerita Malek.

Bagi Malek, walaupun keinsafan dan kesedaran itu datang ketika usianya 46 tahun, dia tetap bersyukur kerana tahu Allah masih sayangkannya. "Malam selepas saya bersolat taubat, saya bermimpi didatangi arwah ibu, Jariah Ahmad yang menaburkan bunga emas pada saya.

"Selepas peristiwa itu saya pergi semula ke Hong Kong tetapi bukan untuk menetap di sana. Sebaliknya saya uruskan pemindahan syer perniagaan KK Design dengan rakan kongsi sebab saya memang tidak mahu menetap di sana.

"Ketika itu saya sudah membuat keputusan, saya mahu menetap di Malaysia untuk mencari seorang Muslim yang soleh. Bukan itu sahaja, malah saya mahu menjejaki akar umbi budaya Melayu yang telah lama saya lupakan.

"Setelah semuanya selesai, sejak 2006 saya terus menetap di KL dan tidak lagi ke Hong Kong. Kini saya benar-benar merasakan hidup ini amat bahagia dan tenang.

"Dalam kotak fikiran saya, hanya mahu melakukan suruhan Allah dan berbakti kepada masyarakat. Saya tidak sanggup lagi hidup bergelumang dosa dan noda.

"Cukuplah apa yang saya dah lakukan selama ini. Saya benar-benar insaf. Sejak itulah semua piala yang saya menang sebagai Mr. Asia saya buang.

"Dulu rumah saya penuh dengan patung-patung, tapi...semua saya dah buang. Kini rumah saya hanya dihiasi ayat-ayat suci al-Quran.

"Saya amat bersyukur kepada Allah kerana sejak saya bertaubat, sudah tiga kali saya khatam membaca al-Quran. Bukan itu sahaja, malah sejak tahun 2006 saya sudah menunaikan puasa enam, syukur Alhamdulillah," kata Malek.

Kini kata Malek, walau apapun yang dilakukan oleh kawan-kawannya beliau tetap bersabar. Malah ada kawan yang meminjam duitnya dalam jumlah yang begitu banyak dan tidak mahu membayar semula, dia tidak pedulikan semua itu.

"Sekarang saya benar-benar reda dengan apa yang berlaku. Sama ada dia mahu bayar atau tidak, saya halalkan kerana bagi saya semua itu hanya harta dunia.

"Kini hidup saya mencari keredaan Allah. Insya-Allah saya akan tunaikan umrah tidak lama lagi dan jika diizinkan saya juga mahu menunaikan haji tahun ini," Malek menyambung cerita.

Menurut Malek, semua yang dilakukan kerana sedar Allah benar-benar sayangkannya dan menerima taubatnya.

Bukan itu sahaja, malah mimpi berjumpa arwah ibunya yang memimpinnya masuk ke Masjidil Haram dan terus sampai di depan Kaabah benar-benar menggamit hati dan nalurinya untuk ke sana.

"Selepas saya menunaikan rukun Islam yang kelima, jika ada jodoh saya mahu berumah tangga dan membina keluarga bahagia yang hidup berlandaskan Islam.

"Penghijrahan saya ini bukan sahaja memberi kesan kepada saya, malah adik beradik yang lain juga gembira. Sebab itu saya nasihatkan anak-anak saudara saya kalau buat jahat pun biarlah ada ruang untuk kita bertaubat di hati ini," kata Malek yang juga pernah membintangi filem Juara,Rimba Malam, Kelisa, Pendekar Mata Satu dan yang terakhir Sahabat pada tahun 1999.


PEMUDA RASUAH BERJANJI AKAN GEMPUR MANEK URAI?


SEORANG Pemuda yang menjadi Ketua Pemuda yang disabitkan atas penglibatan rasuah oleh Lembaga Disiplin partinya sendiri semasa pemilihan Ketua Pemuda Umno yang lalu bertekad dan berazam untuk menggempur Manek Urai. Tidak pasti pula apakah yang mahu digempurkannya di Manek Urai samada untuk menggempur rasuah atau memberi rasuah.

Pemuda dari Rembau ini pernah menjalankan operasi besar-besaran mengangkut pengundi-pengundi dari luar Kelantan terutamanya di sekitar Kuala Lumpur untuk dibawa ke Kelantan semasa Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu.

Maka, dicetak berbagai tulisan pada baju yang diberi percuma serta disediakan bas untuk operasi tersebut dan ternyata mendapat sambutan yang amat luar biasa sekali.

Maka, berhimpunlah sekalian warga Kelantan di perantauan untuk pulang ke negeri tanah tumpah mereka bagi menentukan nasib negeri Kelantan di dalam pilihanraya tersebut. Ditakdirkan Allah, usaha pemuda Rembau berkenaan telah membantu Pas di bawah Tuan Guru Nik Aziz mencapai kemenangan besar di Kelantan. Tahniah kepada pengundi-pengundi luar yang bijak dan cerdik mengambil kesempatan dari program yang `bijak' dari pemuda Rembau ini. Di Manek Urai kali ini, tidak terdengar pula cerita pemuda bijak Rembau ini untuk mengulangi program yang sama. Tetapi difahamkan kali ini beliau akan membawa gerombolan pemuda setianya untuk menggempur Manek Urai termasuk pemidato-pemidato yang baru dilatih `berkokok' ini.

Nescaya gegak gempita lah Manek Urai dengan `kokokan' pemuda-pemuda Umno di bawah Ketua Pemuda yang terlibat dengan rasuah politik ini nanti. Hingarnya nanti Manek Urai apabila ditambah pula dengan kehadiran dua raja tanpa mahkota iaitu Ezam raja sesumpah dan Berahim raja katak. Percayalah, kali ini bukan Tuan Guru Nik Aziz yang bakal menjadi mangsa mereka semasa kempen nanti tetapi tidak lain tidak bukan adalah musuh ketat Umno iaitu DS Anwar. Mereka amat memahami bahawa untuk meruntuhkan PR, orang pertama yang mesti `dibunuh atau dikorban'kan adalah DS Anwar. Mereka yakin dan percaya, kegagalan Kerajaan Perpaduan yang diidamkan oleh Umno gagal dicapai adalah kerana kepintaran DS Anwar menjaga perpaduan dan sepakatan di dalam PR. Memang benar, DS Anwar adalah bekas pemimpin Umno dan beliau bukan maksum. DS Anwar telah menerima kifarah dari kesilapan beliau yang lampau, tetapi seburuk-buruk DS Anwar dahulu pun jauh lebih baik dari pemimpin yang ada dalam Umno sekarang.

Amat silap pemuda Rembau ini memilih tempat untuk `berkokok' apatah lagi ingin mendendangkan lagu ketuanan Melayu, pembangunan, penyelewengan dan rasuah. Untuk berbicara soal agama, jauh sekali. Tiada jalan lain lagi untuk mereka dendangkan kecuali mengikut irama dan lagu yang lama. Isu Kerajaan Perpaduan tidak lagi releven kerana isu ini telah dikapan dan disemadikan di kubur yang bakal bersebelahan dengan kubur Umno di Manek Urai nanti.

Mungkinkah akan wujud lagi watak `Minah Ronggeng' di Manek Urai beberapa hari lagi? Atau mungkinkah akan ada upacara `bersumpah' sepertimana yang berlaku di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu dahulu? Juga tidak mustahil sehari dua ini akan tersiar berita beratus dan beribu ahli-ahli Pas dan PKR di Manek Urai menyerah borang memasuki Umno. Ini semua tidak menghairankan kita kerana strategi dan tipu daya Umno sudah lama berada di dalam poket rakyat Kelantan. Bahkan, dikatakan oleh orang-orang Kelantan sekiranya terjumpa tahi di tepi jalan, mereka sudah kenal rupa tahi orang-orang Umno ini. Itulah kelebihan orang Kelantan dan tentunya tidak sama dengan orang Rembau.

Wajah hilang akibat penyakit aneh


MADIUN - Tumini iaitu seorang wanita yang tinggal di Desa Nglanduk, Kecamatan Wungu, Kabupaten Madiun, Jatim di Indonesia menghidap penyakit aneh apabila lubang sedalam 10 sentimeter terbentuk di bahagian tengah kepalanya, lapor sebuah akhbar semalam.

Suami Tumini, Marto menyatakan kedua-dua mata isterinya, hidung, dan bibir hilang manakala dagu serta keningnya sahaja yang masih ada.

"Selama bertahun-tahun, penyakit tersebut terus mengganas di bahagian wajah isteri saya. Dia tidak dapat melihat kerana tidak ada mata," kata Marto.

Dia berkata, isterinya tidak dapat bercakap kerana dia tidak mempunyai bibir kerana lubang itu selebar 10 hingga 15 sentimeter.

Marto berkata, penyakit itu dihidapi oleh isterinya hampir 30 tahun lalu dan mula dikesan ketika dia berumur 20-an.

Penyakit itu bermula dengan bintil berupa jerawat di hidung sebelum membesar dan gatal, jelas suaminya.

Menurutnya, selepas menjalani pemeriksaan di hospital, doktor menyatakan penyakit itu ialah sejenis kanser tetapi dia tidak mempunyai wang untuk membiayai rawatannya.

"Kini, ubat untuk isteri saya hanya ramuan yang dibuat sendiri daripada bahan utama tembakau untuk mengusir lalat yang kerap mengerumuni," katanya.

Seorang anaknya berkata, ibunya itu kerap mengurung diri dan kadang-kadang merungut kerana tidak dapat menahan sakit.

Selasa, 23 Jun 2009

Renungan Buat Pengikut Suruhan TUAN, Bukan Ikut SuruhanTuhan


Dalam duk meninjau-ninjau posting di blog kengkawan, koi jumpa posting yang amat menarik untuk tatapan semua terutama abang-abang pengikut suruhan UmnO... harapnya tidak ada antara mereka yang akan jadi seperti di bawah ini...

Cerita bermula di suatu petang... selepas balik dari Ipoh…aku singgah kat Masjid Ridzuaniah, Kuala Kangsar untuk sembahyang Maghrib.

Masa aku masuk masjid… Imam dah sujud rakaat pertama. tapi ada sorang tu…nak kata tua, tak berapa tua sangat. Lebih kurang aku jugak. Tinggal lagi…janggut aku dah putih…misai dia masih hitam.

Dia dok berjalan dari hujung masjid..sampai hujung sini. Biaq pi la kat dia.

Aku masuk saf bila imam bangkit rakaat kedua. Tapi orang tua tu tak sembahyang juga.

Bila imam bagi salam rakaat ketiga, aku bangkit sambung rakaat ketiga, sebab aku miss rakaat pertama. Masa tu…tiba-tiba orang tua tu mai duduk sebelah aku. Tak betui kot!!

Bila imam baca doa..dia angkat tangan punya tinggi. Khusyuk dan tawadduq! Aku tengok dia menangis..meleleh air mata. Macam Tok Guru Nik Aziz!

Selesai imam baca doa..taqabbalallahu minkum…dia terus bangkit pi salam dengan imam. Dia cium tangan imam tu…imam tu pun senyum. Dia salam dengan semua orang sambil menangis…tapi orang lain semua senyum!!

Dia mai salam dengan aku…masa tu baru aku tau apa yang dia cakap….”saya minta maaf banyak-banyak.” Apa salah dia?

Aku terus keluar masjid…takut selipar hilang.

Baru nak sarung selipar…aku dengar orang menjerit..”hoi..tak payah salam dengan muslimat….depa dah maafkan dah!” Rupa-rupanya dia nak salam dengan muslimat kat belakang.

Aku tanya kat sorang jemaah yang keluar masjid tu..”sapa tu?”

“Polis pencen…tak betui dah!!” jawab sahabat tadi.

Aku tak jadi masuk kereta…aku perati orang tua tu dari jauh. Nak kata gila…aku tengok pakaian dia masih kemas. Kain pelikat dia masih bersih. Baju melayu dia siap dengan butang. Kopiah putih dia tak ada taik lalat. Interesting!

Dia duduk kat atas tangga masjid. menangis tersedu-sedu. Lepas sorang-sorang jemaah keluar masjid..ada yang duduk dalam masjid tunggu isyak. Mana yang keluar dok tepuk belakang orang tua tu…”sabor Yop!”..kata depa.

Bila dah tak ada orang…aku pi kat orang tua. Bagi salam. Dia jawab salam aku. “Waalaikum salam. huk..huk..huk.” Tak gila pun!

“Ada apa-apa yang boleh saya tolong abang?” aku tanya dia.

Dia bangkit dan terus peluk aku. Seriau!

“Abang mintak maaf banyak-banyak adik..abang dah banyak buat dosa kat semua orang.” Tiba-tiba dia berhenti menangis.

“Pasai apa abang tak sembahyang tadi…tapi doa punya baguih!” aku tanya.

“Abang ni polis dik…memang kami tak boleh sembahyang…kena jaga orang sembahyang!” Senafas saja dia menjawab dengan fasih!

“Pasai apa tak tengok saja orang lain berdoa?” aku tanya.

“Yang tu kena buat!! yang tak angkat tangan orang bukan islam saja.” dia jawab. Aku tak tau la dia ni mazhab mana.

“Yang dok pi mintak maaf kat semua orang pasai apa?”

“Sebab dulu…lepas baca doa abang pukui orang. Yang tangkap Badrul Amin baca doa tu abang la. Mana yang melawan kami terajang. Mana yang bangkit kami pukui. Tak kira la lelaki ka…perempuan ka..kami balun semacam saja.”

Macam mana jemaah lain kata dia ni tak betui? apa yang dia cakap semua betui!

“Abang ni masih kerja polis ka?”

“Tak….medikal bod. Dah dua tahun” dia kata. Aku tak pernah kerja gomen…aku tak tau apa dia. Tapi aku buat-buat tau la.

“Abang nak pi mana lepaih ni?” aku tanya.

“Nak ambik anak…dah lama dia tak balik.” dia kata.

“Nak ambik kat mana?” aku tanya.

Dia diam…

“Dah berapa lama tak jumpa anak?” aku tanya.

“Kamu layan orang macam tu…kamu pun jadi macam dia!” Haji Rahman, Che’gu kat Idrissiah cakap kat aku masa dia keluar dari masjid.

Aku tinggalkan orang tua tu. Ikut Haji Rahman…dia ngajak aku minum di Rahmaniah…dekat masjid tu.

“Dulu dia tu FRU…orang sembahyang…dia tak sembahyang. Orang baca doa..dia tadah tangan. Habih orang sembahyang…dia pukui orang sembahyang” Haji Rahman bercerita.

“Nak dijadikan cerita…anak dia pun kena pukui. Anak dia belajor kat universiti…ikut orang sembahyang kat Kampung Baru. Bila anak dia kena pukui…anak dia mula fobia tengok FRU. Bila tengok bapak dia..dia mula takut. Last-last tak pernah balik kerumah.Sampai sekarang. Tu pasai dia merayau dari satu masjid kesatu masjid cari anak dia.” kata Hj. Rahman.

“Ooooo!!!” Habih tu..yang dia pi minta maap kat semua orang pasai apa?”

” Dulu dia jaga orang demo…main belasah saja. Sekali tu orang belasah dia balik. masa dia belasah orang..dia tak kenai. Tapi orang kenai dia. Bila dia balik Bendang Kering…orang balas balik. Sebab orang yang dia pukui masa demo tu bebudak kampung dia jugak. Empat hari koma…bila sedor…jadi macam tu la.” Cerita Hj. Rahman.

“Tapi masa baca doa tadi… aku tengok dia sampai menangis. Mesti dia paham kot?” aku tanya.

“Yang tu dia minta ampun kat Tuhan. Sebab Tuhan bagi dia akal..tapi dia tak pakai. Dulu…bila kita tanya dia pasai apa dia pukul orang…dia kata dia ikut arahan. Betui tak betui…dia tak peduli. Dia ikut arahan…bukan ikut Tuhan. Tuhan kata..jangan menzalimi orang lain. Dia kata …dia ikut arahan Mahathir. Dia lebih takut kat Mahathir dari takut kat Tuhan!”

Kami pun sampai kat Restoran Rahmaniah. “Mamak Zamree!! Teh tarik satu!”


KEMELUT DI IRAN : Suatu Pandangan


Pening kepala bila memikirkan masalah dan kemelut yang selalu berlaku bila melibatkan negara umat Islam. Nasib baik isu UG telah selesai. Sewaktu masa dulu, isu pertembungan 2 pemimpin utama Sudan antara Syeikh Hasan At-Turabi dan anak usrahnya yang juga Presiden Sudan, Omar Hasan a-Basyir. Tak lama kemudian sedikit krisis di Turki. Kini, Ahmadineejad sedang diuji kepimpinannya di Iran.

Nak mengulas isu ini bukan mudah. Pening dan tak faham. Sebagaimana susahnya kita nak faham perbezaan pendapat tentang isu UG. Cumanya kita boleh berkongsi pendapat dalam memahami bagaimana dan kenapa konfliks di Iran semakin mengganas.

APA DIA YANG SEDANG BERLAKU DI IRAN SEKARANG?


Adalah salah kalau kita mengatakan bahawa tunjukan perasaan di Tehran dan kota-kota lain di Iran sebagai protest hanya tentang pilihanraya sahaja.

Hakikatnya Mahmoud Ahmadinejad telah menang.

Adalah juga salah untuk mengatakan bahawa tunjukan perasaan ini antara gulungan liberal yang menentang gulungan konservatif/kolot. Hakikatnya ke dua-dua kumpulan yang sedang bertelagah sama-sama mewakili theocracy yang kolot.

Mir Hossein Mousavi sebelum ini pernah menjadi Perdana Menteri dari 31 Oktober 1981 hingga 3 Ogos 1989. Kemudian jawatan perdana menteri ini telah dilupuskan.

Memang betul Amerika Syarikat semenjak dari zaman George W Bush telah menganjurkan dan mengeluarkan dana untuk membuat kerja kerja jahat terhadap Iran. Amerika telah menyokong kumpulan-kumpulan dan parti politik yang menentang kerajaan di Tehran. Ini memang tugas kuasa imperial Amerika.

Tetapi Mousavi dan Ahamadinejad TIDAK pro Amerika. Ini amat jelas. Mereka bukan boneka Amerika.

Amerika Syarikat masih dianggap sebagai Setan Dunia oleh kelas pemerintah di Iran. Tidak ada pemimpin politik Iran secara terang terangan yang akan berani membuat dasar pro Amerika. Ini kerana sebab sejarah.

Pada tahun 1953 Mohammed Mosaddeq telah menang pilihanraya dan dilantik sebagai Perdana Menteri Iran. Mosaddeq yang menjalankan dasar nasionalis telah memilik negarakan semua telaga minyak Iran. Mosaddeg akhirnya telah ditendang keluar.

Rampasan kuasa menendang Mosaddeq ini adalah perancangan CIA. Setelah Mosaddeq ditendang syarikat minyak Anglo-Amerika telah dibawa masuk kembali. Untuk gantinya Shah Ahmad Reza Pahlavi telah di nobatkan oleh CIA sebagai Raja sehingga tahun 1989 apabila revolusi Iran melupuskan sistem beraja di Iran.

Ini fakta saheh. Pada 4hb Jun 2009 yang lalu Barack Obama sendiri telah mengakui pekara ini dalam ucapan di Cairo. Ucapan Obama kepada ‘warga Islam’ dibuat dalam usaha Amerika ingin berbaik kembali dengan Iran.

Mari kita memahami siapa penyokong Ahmadinejad dan siapa pula penyokong Mousavi.

Semua yang menyokong Mousavi dan Ahmadinejad adalah orang Iran – Parsi. Mereka semua beragama Islam – Shiah. Hanya wujud kumpulan kecil di beberapa wilayah seperti di Baluchistan yang bermazhab Sunni. Mereka ini amat bersedia untuk menjadi khadam Amerika. Dua minggu sebelum pilihanraya di jalankan ada letupan bom di Zehdan – ibu kota Baluchistan. Ini kerja barua Amerika. Hakikatnya mazhab Sunni amat kecil untuk dapat melakukan apa-apa perubahan sosial.

Jadi apa sebenarnya yang berlaku di Tehran?

Semua analisa akhiranya menjurus kepada kepentingan ekonomi dan kelas.

Ahmadinejad mewakili gulungan bawahan – kaum tani di kampong-kampong dan kaum buruh di kota. Wajib difahami bahawa Iran bukan Tehran sama seperti Kuala Lumpur bukan Malaysia. Kaum tani dan kaum buruh ini telah dimanifestasikan melalui organisasi Basij. Basij asalnya adalah kumpulan anak-anak muda kampong dan anak muda msikin kota yang di rekrut ketika Iran dan Iraq berperang – 1980-1988.

Basij berasal dari kumpulan sukarela tetapi dua tahun lalu ianya telah diserap ke dalam pentabiran Ahmadinejad. Basij ini telah mendapat kontrek pembangunan, lesen-lesen dan menjawat lembaga-lembaga dibeberapa pusat pentabiran kerajaan yang ditubuhkan oleh Ahmadinejad. Lembaga ini samalah seperti SEDC ( State Economic Development Cooperation) yang ditubuhkan oleh PM Razak Hussein dahulu.

Ahmadinejad juga mendapat sokongan Pasdaran atau Soldadu Penjaga Revolusi. Ini adalah pasokan soldadu yang muncul di zaman Ayatolah Khomeini. Pasokan ini muncul sesudah revolusi untuk membersihkan tentera Iran dibawah Shah yang banyak menjadi talibarut Amerika. Pasokan Pasdaran ini mendewasa di kancah perang Iran/Iraq.

Basij dan Pasdran kini adalah asas sokongan yang amat kuat untuk Ahmadinejad di kawasan luar bandar dan kawasan miskin dalam kota. Kuasa ekonomi baru Basij yang telah dilembagakan ini mula menghakiskan dua kumpulan kelas ekonomi lama.

Kumpulan pertama adalah kelas borjuis industri/borjuis nasional yang di wakili oleh Rafsanjani seorang multi bilionaire. Rafsanjani – wakil kelas borjuis nasional - melihat dasar Ahmadinejad telah mengetatkan lagi sekatan ekonomi yang dilancarkan oleh Amerika terhadap Iran.

Rafsanjani towkay kacang Pastichio ini sedang melihat bertan-tan kacangnya tidak dapat di eksport. Kelas ini juga ingin berkembang luas – dari borjuis nasional untuk menjadi pemodal yang besar – multinasional - untuk mencari pasaran di dunia. Mereka juga bercita-cita untuk menjadi kelas industri tetapi telah gagal kerana wujudnya sekatan ekonomi.

Kumpulan kedua pula adalah apa yang dikenali sebagai Bazaari – ini kelas lama yang mucul dari zaman feudal. Bazaari adalah peniaga tradisional. Kalau di Malaysia mereka ini adalah peniaga-peniaga China yang memiliki jaringan kedai-kedai perniagaan. Bazaari muncul sebagai kelas ekonomi yang kuat kerana mereka memonopoli dan mengendalikan jual beli di Iran. Ketika gerakan anti-Shah dahulu kumpulan Bazaari ini telah menyokong Ayatolah Khomeini sehinggkan Iran menjadi lumpuh dan Ahmad Reza Pahlavi lari.

Kelas Bazaari ini juga memiliki pertalian yang amat kuat dengan struktur Shiah yang berpusat di Qum. Mereka memerlukan satu sama lain. Gulungan agamawan di Qum memerlukan sokongan ekonomi/duit kelas Bazaari. Kelas Bazaari memerlukan fatwa untuk ‘menghalalkan’ apa sahaja perniagaan mereka - termasuk pelacuran yang ditafsirkan sebagai ‘nikah sementara’.

Kelas peniaga kecil ini melihat perniagaan di bazar mereka terbantut dan kelas mereka tidak dapat berkembang. Pelancung tidak masuk. Permaidani mereka tidak terjual dan tidak dapat di eksport. Kelas Bazaari/komprador - yang bergantung perniagan dengan peniaga luar - kini melihat barangan untuk jualan amat susah untuk di impot atau diekspot kerana sekatan ekonomi.

Justeru amat jelas ada pertentangan kelas disini. Ada pertentangan kepentingan ekonomi. Kumpulan borjuis lama - borjuis nasional dan kelas komprador yang di wakili oleh Rafsanjani/ Mousavi sedang bertempur dengan kumpulan ekonomi kelas baru – kapitalis daulah/ state capitalism - yang diwakili oleh Ahmadinejad.

Justeru ini membuktikan bahawa apa yang berlaku di Iran sekarang tidak ada sangkut paut dengan Islam, dengan mazhab Shiah atau dengan agama. Krisis di Iran hari ini adalah pertentang kelas dan perebutan ekonomi.

Jangan kita lupa - ada lagi satu kumpulan – kumpulan monarki – saki baki dari penyokong Shah Ahmad Reza Pahlevi. Mereka ini kelas feudal yang sedang mengelabah seperti polong tidak bertuan. Tuannya – Reza Pahlavi anak Shah – kini tinggal di Cairo kerana telah menjadi menantu Anwar Sadat.

Kumpulan feudal kelas elit atasan ini bersarang di bahagian utara Tehran – kawasan ini samalah seperti Bukit Kenny di Kuala Lumpur atau di Country Height Kajang. Kumpulan ini berkumpul di bawah tv satelit yang dimiliki oleh Reza Pahlavi yang dipancar dari Cairo.

Kelas feudal dan elit atasan – kumpulan Gucci dan Louis Vuitton - ini tidak ada sangkut paut dengan demokrasi. Mereka ini lintah darat yang hidup senang lenang bershopping dihujung minggu di London dan Paris di zaman Shah dahulu. Mereka ini sama dengan kaum keluarga anak beranak kroni-kroni Mahathir Muhamad. Mereka melihat ‘gaya hidup’ mereka menjadi kacau bilau sesudah berlakunya revolusi tahun 1979.

Jadi siapakah pula yang berdemo di jalan raya yang membantah keputusan pilihanraya?

Semua yang kepentingan ekonomi dan gaya hidup mereka tidak selari dengan dasar Ahmadinejad sedang turun bermandi darah di jalan raya. Mereka bersatu dibawah bendera dan slogan - Undur-Undur Ahmadinejad. Ini sama seperti slogan dizaman Reformasi (1998) ketika rakyat satu Malaysia berdemo untuk menjatuhkan Mahathir Muhamad.

Awas ! Dari semua kumpulan ekonomi ini adalah lagi satu kumpulan. Ini kumpulan anak-anak muda yang tidak memiliki kepentingan ekonomi atau kelas. Mereka inilah yang gugur di tembak oleh peluru Basij. Mereka inilah yang sedang bertempur dengan tentera dan polis rusuhan.

Anak- anak muda ini datang dari semua kelas. Mereka adalah kaum pelajar muda. Mereka juga adalah ‘penanam anggor’ yang tidak memiliki kerja dan masa depan. Mereka melihat Ahmadinejad sebagai musuh yang menggangu gugat gaya kehidupan muda mereka. Mereka adalah Mat Rock dan Mat Kool dari utara Tehran. Mereka juga adalah Mat Rempit dari kawasan miskin wilayah selatan Tehran.

Mereka sedang mendobrak segala nilai-nilai kolot yang menyusahkan kehidupan harian mereka. Mereka adalah generasi Myspace, Facebook dan Friendster. Ibu bapa mereka adalah Siti Internet dan Lebai Google. Bapak saudara mereka adalah Blogspot Dot Com. Mereka adalah pembuat filem di YouTube. Mereka adalah wartawan Sms dan Twitter. Mereka bermazhab Ali Shahriati. Mereka menganuti fahaman Mao, Lenin, Bakunin dan Che.

Seperti biasa anak-anak muda inilah yang menjadi barisan hadapan untuk membawa perubahan. Mereka jugalah yang sedang bermandi darah membuka harapan baru untuk Iran. Mereka ingin membebaskan Iran dari theocracy yang kolot.

Hakikatnya dasar Ahamadinejad dan dasar Mousavi tidak ada bezanya. Dasar ini ingin mentuakan naluri muda mereka. Ditahap sejarah pada June 2009 ini - anak-anak muda ini sedang berpayung dibawah lambang Mousavi kerana pekikan perjuangan yang dilaungkan oleh Mousavi.

Untuk sementara waktu ini Ahmadinejad adalah Presiden Iran yang terbukti telah menang dalam pilihanraya. Ahmadinejad akan terus berkuasa. Amerika Syarikat dibawah Barack Obama – untuk kepentingan berjangka panjang - tidak akan menggugat Iran.

Waspada! Iran memiliki tradisi perjuangan dan tamadun yang lama. Iran memiliki tradisi Tudeh yang memimpin kaum buruh di industri minyak. Iran memiliki tradisi Fedayeen Al-Khalaq. Iran memiliki tradisi Mujahideen Al-Khalaq. Iran memiliki tradisi tempur Shiah yang dinobatkan sebagai Islam Kiri oleh Ali Shariati. Tiga kumpulan inilah penyusun dan penjana awal revolusi Iran 1979 dahulu sebelum di ‘hijack’ oleh Ayatollah Khomenei yang dilihat oleh kuasa Anglo-Amerika pada ketika itu sebagai kuda yang lebih selamat.

Akhirnya anak-anak muda ini akan mengundur dan menilai kembali garis perjuangan mereka. Yakinlah dalam masa yang tidak lama akan muncul kembali satu pertempuran yang lebih tersusun. Anak-anak muda dimana sahaja didalam dunia ini akan berkumpul apabila terdengar pekikan perjuangan. Ini adalah sifat dan naluri anak muda. Anak –anak muda di Iran memiliki waktu untuk menunggu. TT - (tulisan ini boleh diambil untuk membuat yang baik)


Adab Menyambut Kelahiran Dalam Islam


Khas Buat SU DPPK Temerloh

Beberapa perkara telah disyariatkan oleh Islam ketika menyambut bayi di antaranya:

a) Disunatkan mengucapkan tahniah :

Orang-orang Islam adalah digalakkan supaya bersegera mengucapkan tahniah kepada saudaranya atau sahabat-handainya yang baharu sahaja menerima cahaya mata. Amalan ini disuruh kerana menghibur saudaranya selain itu amalan ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama Muslim.

Sekiranya seseorang itu tidak sempat untuk mengucapkan tahniah adalah digalakkan untuk mendoakan kesejahteraan kepada saudaranya dan anak yang baharu dilahirkan oleh isterinya. Antara doanya ialah:


“
Semoga Allah memberkati kurnianNya, syukurilah atas pemberian ini, penuhilah keperluannya dan rezekikanlah masa hadapannya."

Kemudian apabila doa ini diucapkan maka disunatkan pula kita menyahutnya dengan ucapan;

“ mudah-mudahan engkau juga diberkati Allah serta dilimpahi keberkatan ke atas engkau.

b) Disunatkan Azan dan Iqamah:

Rasulullah SAW sabdanya yang bermaksud: Sesiapa yang memperolehi cahaya mata (anak) maka hendaklah diazankan di telinga kanan dan diiqmahkan di telinga kiri, nescaya terlepaslah darinya angin tiupan syaitan”

Melakukan azan dan iqamah ini mempunyai hikmah tertentu, selain dari usaha untuk memohon perlindungan daripada gangguan syaitan, azan juga merupakan laungan dan seruan kepada Allah, kepada agamaNya dan beribadah kepadaNya. Dengan itu jika lakukan seruan ini akan mendahului seruan syaitan. Azan juga adalah seruan kepada fitrah manusia yang asal sebelum digoda oleh syaitan yang ingin mengalih haluan kepada jalan jalan yang terkutuk dan dilaknati oleh Allah.

c) Melakukan Tahnik atau membelah mulut:

Tahnik ini dilakukan dengan meletakkan sedikit isi tamar di atas jari telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulut bayi serta dengan perlahan- perlahan digerakkan jari itu ke kanan dan kiri mulut bayi.

Ini dilakukan sehingga isi buah tamar tadi menyentuh pada keseluruhan mulut bayi berkenaan dan tamar tersebut akan masuk ke dalam rongga tekaknya. Jika tidak ada tamar maka boleh digantikan dengan manisan lainnya seperti gula dan sebagainya.

Adalah lebih afdhal kalau tamar itu dikuyah oleh orang alim atau orang soleh untuk mendapatkan keberkatannya. Dalam satu hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari Abi Musa r.a. katanya: “ Telah dikurnikan kepadaku seorang anak, aku membawanya menemui baginda Rasulullah s.a.w. baginda menamakannya Ibrahim, lalu baginda mentahnikkannya dengan tamar dan mendoakan keberkatan untuknya, kemudian baginda menyerahkan kembali anak itu kepadaku” amalan tahnik ini adalah untuk menguatkan anggota mulut bayi supaya lebih mampu untuk menghisap susu ibunya.

d) Mencukur rambut:

Ini dilakukan sebaik-baiknya pada hari ketujuh kelahiranya, kemudian rambut itu ditimbang seberat emas atau perak dan disedekahkan pada fakir miskin, jika tidak mampu maka ditukarkan atas kadar wang atau sebagainya.

Amalan bercukur ini mengandungi hikmah yang tertentu iaitu: dari sudut kesihatan, ia boleh menguatkan tenaga pertumbuhannya, menghilangkan selaput kulit kepala (iaitu sejenis cecair beku yang meliputi kulit kepala) dan juga dapat memberikan daya kekuatan dan ketajaman pada penglihatan mata, bau dan pendengaran.

Dari sudut kemasyarakatan bercukur mengalakkan umatnya bersedekah disamping menunjukkan kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan-Nya. Walaupun disunatkan bercukur bagi orang Islam tetapi dilarang daripada melakukan Qaza’ iatu mencukur sebahagian kepala kanak-kanak dan meninggalkan sebahagian yang lain.

Larangan ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri, ini untuk menunjukkkan sifat keadilan Allah s.w.t dan RasulNya s.a.w. di mana manusia diperintahkan supaya berlaku adil walaupun terhadap dirinya sendiri.

Larangan mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian yang lain merupakan suatu perbuatan yang zalim kepada kepala kerana hal sedemikian menyebabkan sebahagian kepala akan ditutupi dan sebahagian yang lain terdedah tanpa rambut.

e) Berkhatan:

Berkhatan ialah memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar lelaki atau memotong sedikit hujung daging yang tumbuh dalam faraj perempuan. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “ kebersihan itu lima perkara: berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hukum berkhatan: terdapat perbezaan pendapat,
i) menurut Imam Abu Hanifah dan Imam Hasan al-Basri bahawa berkhatan itu sunat hukumnya.
ii) Manakala menurut Imam Syafie, Imam Malik dan setengahnya yang lain mengatakan khatan hukumnya adalah wajib. Mereka mengeluarkan hukum berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“ sesiapa yang menganut Islam, hendaklah ia berkhatan sekalipun ia dari golongan dewasa”

Manakala waktu berkhatan pula, kebanyakan ulama berpendapat bahawa berkhatan itu mula diwajibkan bilamana umur kanak-kanak hampir usia baligh. Ini kerana memudahkan bagi mereka menunaikan tanggungjawab hukum syarak yang ditetapkan ke atas mereka apabila baligh kelak.

Tetapi berkhatan adalah lebih afdhal dilakukan pada hari pertama dilahirkan. Ini bersesuaian dengan hadis Rasulullah s.a.w.. yang bermaksud: “ Baginda Rasulullah s.a.w melaksanakan aqiqah untuk Hasan dan Husin serta mengkhatankan keduanya dalam tempuh tujuh hari ( dari hari kelahiran)”.
(Riwayat Al-Baihaqi).

f) Menamakan anak:


Islam mengalakkan umatnya memilih nama yang baik untuk dinamakan kepada anak-anak kita sebagai tanda pengenalan dan perbezaan antara orang Islam dan Orang yang bukan Islam. Nama yang baik juga sangat mustahak kerana panggilan yang sering dipanggil adalah doa yang dapat mempergaruhi keperibadian anak tersebut.

Manusia moden yang bodoh...


The 'Modern Toilet' eatery:

Modern Toilet is a Taipei restaurant. It accommodates 100 seats with each made from toilet bowls.

The specialties at the restaurant accompany sink faucets and gender-coded 'WC' signs that appear on the three-story structure.

The food is served in mini plastic toilet bowls.

The toilet rolls that serve for wiping hand and mouth are hung above the tables, which may resemble glass-topped jumbo bathtubs.







Manusia bila dah terlalu cerdik inilah jadinya... lagak seperti bertamadun tetapi hakikatnya tidak... semoga kita dijauhkan oleh Allah s.w.t dari mengikuti jejak mereka ini...

Isnin, 22 Jun 2009

GEMPAR : Rosmah Wanita Puaka ?


Pahangdaily

Ramai yang terkejut dengan pendedahan berani yang dilakukan oleh saudara mara dan kaum kerabat isteri Perdana Menteri Malaysia, Rosmah Mansor, tentang sikap sebenar beliau selama ini.

Susulan daripada pendedahan inilah kononnya timbul arahan kononnya kerajaan tidak membenarkan penjawat awam menggunakan “modem” untuk melayari internet baru-baru ini.

Sebelum ini, kami sudah mendapat banyak laporan berita yang mengaitkan Rosmah Mansor ini sebenarnya, terutama ketika awal-awal beliau “mendapatkan perhatian” Najib Razak yang menjadi Menteri Besar Pahang ketika itu.

Rosmah dikatakan menggunakan proksinya “Maznah Mazlan” untuk mendapatkan Najib. Malahan juga terdapat laporan yang mengatakan ketika Najib menjadi MB Pahang ketika itu, Rosmah dikatakan saban hari menjengok Wisma Sri Pahang dekat Kuantan.

Bomoh apakah yang beliau pakai, hingga Najib sanggup tidak mahu berjumpa dengan orang setiap petang gara-gara ingin bersama dengan Rosmah. Manakala, Maznah Mazlan dikatakan menjadi pengawal di lobi Wisma Sri Pahang.

Malah, bagi mengelirukan orang ramai Najib telah mengarahkan pengawal SUK mengalihkan kereta rasmi Menteri Besar ke bahagian belakang bangunan itu. Dan mengarahkan pengawal memaklumkan bahawa “MB tiada di pejabat” setiap kali ada orang awam atau pemimpin tertentu ingin bertemu dengan beliau.

Kisah ini dicerita panjang berjela oleh seorang pengawal SUK Pahang yang pernah bersama Najib ketika beliau menjadi Menteri Besar Pahang.

Malah, dari kalangan mulut pemimpin wanita Pahang memang terdapat desas-desus yang Rosmah juga pernah mendapatkan khidmat “Mona Fendy” dalam usaha untuk mendapatkan Najib hingga menyebabkan isterinya ketika itu seolah-olah “gila”.

Laporan di atas adalah sebahagian daripada kisah kebobrokan Rosmah Mansor. Namun pendedahan yang dibuat secara eksklusif di internet sekarang ini cukup menggemparkan rakyat Malaysia di seluruh dunia.

Tambahan pula mereka yang membongkar maklumat itu adalah mempunyai pertalian rapat dengan isteri Perdana Menteri itu sendiri. Makanya, dibawah kami paparkan video berkenaan untuk tatapan seluruh rakyat.

Semoga ianya dapat menjadi iktibar dan ilmu yang berguna untuk dihebahkan kepada rakyat yang masih dibutakan mata dan hati mereka. Dengan pendedahan ini juga jelas membuktikan kepada kita yang Najib sebenarnya bukanlah Perdana Menteri Malaysia, beliau hanyalah “Pak Turut” yang terpaksa mengikut apa sahaja arahan yang dikeluarkan oleh Rosmah Mansor.

Justeru itu, yakinlah kita sekarang bahawa isteri Perdana menteri itu bukanlah seperti yang digambarkan oleh sesetengah orang. Malah beliau lebih hebat dan teruk dari itu sebenarnya. Klik http://www.youtube.com/watch?v=Tgw-DgS13YE dibawah untuk info ;-

[Sebenarnya banyak lagi maklumat tentang sikap sebenar Rosmah Mansor ini sebenarnya. Maka itu, sebagai manusia dan rakyat Malaysia yang celik mata dan hati, anda boleh menilai sendiri apakah kita harus mempunyai isteri pemimpin seperti ini untuk kita agung-agungkan?. Rosmah yang diketahui telah membolot berbagai kemewahan dan kekayaan termasuk PLKN dan berbagai lagi projek-projek mega yang lain dilihat sebagai individu yang telah merosakkan dan menjatuhkan maruah Najib Razak sendiri. Namun, segalanya bagai sudah tersurat bahawa Najib terpaksa menghambakan diri juga kepada wanita yang terkenal dengan sifat borosnya ini. Oleh itu, rakyat yang perlu membuat perubahan jika mereka mahu menghalang Rosmah dari meneruskan berbagai agenda dan cita-cita beliau yang masih belum tercapai sejak dulu, kini dan selamanya].

Hikmah Dibalik Pengharaman Babi


Hal ini penting untuk diketahui, terutama oleh pemuda-pemuda kita yang sering pergi ke negara-negara Eropah dan Amerika, yang menjadikan daging babi sebagai makanan pokok dalam hidangan mereka.

Dalam kesempatan ini, saya imbas kembali kejadian yang berlangsung ketika Imam Muhammad Abduh (indonesia) mengunjungi Perancis. Mereka bertanya kepadanya mengenai rahsia diharamkannya babi dalam Islam.

Mereka bertanya kepada Imam, Kamu (umat Islam) mengatakan bahawa babi haram. Antara lain ia memakan sampah yang mengandung cacing pita, mikroba-mikroba dan bakteri-bakteri lainnya. Hal itu sekarang ini sudah tidak ada.

Babi diternak dalam peternakan moden, dengan kebersihan terjamin, dan proses sterilisasi yang mencukupi. Bagaimana mungkin babi-babi itu terjangkit cacing pita atau bakteri dan mikroba lainnya.?

Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk membawakan dua ekor ayam jantan dengan seekor ayam betina, dan dua ekor babi jantan dengan seekor babi betina.

Mengetahui hal itu, mereka bertanya, “Untuk apa semua ini?” Beliau menjawab, “Buat apa yang saya minta, maka akan saya tunjukkan suatu rahsia.”

Mereka memenuhi apa yang beliau minta. Kemudian beliau memerintahkan agar melepaskan dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh, untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga salah satu dari keduanya hampir tewas. Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut.

Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepas dua ekor babi jantan bersama dengan satu babi betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Babi jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya.
Selanjutnya beliau berkata, “Saudara-saudara, daging babi membunuh sensitiviti orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian.

Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapa di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing, dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan was-was, karena daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya.”

Kemudian beliau memberikan contoh yang baik sekali dalam syariat Islam. Yaitu Islam mengharamkan beberapa jenis ternak dan unggas yang berkeliaran di sekitar kita, yang memakan kotorannya sendiri.

Syariah memerintahkan bagi orang yang ingin menyembelih ayam, itik atau angsa yang memakan kotorannya sendiri agar mengurungnya selama tiga hari,memberinya makan dan memperhatikan apa yang dikonsumsi oleh hewan itu. Hingga perutnya bersih dari kotoran-kotoran yang mengandung bakteri dan mikroba.

erana penyakit ini akan berpindah kepada manusia, tanpa diketahui dan dirasakan oleh orang yang memakannya.

Khamis, 18 Jun 2009

Mengambil pengajaran Perang Siffin dan usaha menubuhkan Kerajaan Perpaduan PAS


Untuk mereka yang tidak tahu mengenai peristiwa Perang Siffin, ianya merupakan peperangan di antara tentera Saidina Ali (KW) dan Muawiyyah. Ianya berlaku pada penghujung pemerintahan Saidina Ali.

Dalam peringkat-peringkat awal peperangan ini, tentera Saidina Ali memang jelas menguasai pertempuran. Mereka mengasak kedudukan Muawiyyah hingga kelihatan seolah-olah mereka akan mencapai kemenangan. Dalam saat-saat yang genting sebegini, Amr Al-As, yang bersama Muawiyyah telah mencadangkan supaya tentera mereka meletakkan mushaf-mushaf Al-Quran di hujung lembing-lembing mereka sambil melaung, “Inilah yang akan menjadi hakim di antara kita”. Tindakan ini bertujuan untuk meminta pihak Saidina Ali untuk sama-sama menghentikan peperangan dan merujukkan persoalan dan perbalahan yang sedang mereka hadapi kepada Al-Quran. Dalam erti kata lain, biarlah ianya diputuskan secara berbincang berdasarkan Al-Quran dan bukannya peperangan.

Matlamat sebenar tindakan ini dijelaskan oleh Amr Al-As sendiri. Beliau berkata kepada Muawiyyah, “Bila sebahagian dari mereka menolak, pasti akan ada kelompok yang lain yang berkata; ‘Sepatutnya kita menerima’. Maka dengan demikian akan terjadilah perpecahan di kalangan mereka. Dan sekiranya mereka semuanya sepakat untuk menerima saranan kita ini, kita mendapat kesempatan untuk menunda peperangan ini hingga waktu yang tertentu.” Penundaan ini bertujuan untuk melepaskan diri mereka dari keadaan yang begitu tertekan pada ketika itu.

Saidina Ali (KW) yang tidak kurang handalnya dalam soal peperangan serta tipu helah musuh dan juga sebagai seorang yang mengenali Muawiyyah, telah berusaha untuk meyakinkan tenteranya supaya tidak terpedaya dengan helah ini. Namun Ali tidak berjaya. Tenteranya berbalah di antara satu sama lain atas persoalan ini dan akhirnya, untuk mendamaikan mereka kembali, Saidina Ali terpaksa bersetuju.

Dengan itu tercapai hajat Amr Al-As. Tentera Ali tidak lagi mengasak kedudukan mereka, kekalahan pada hari itu dapat dielak dan akhirnya Muawiyyah mencapai kemenangan pada waktu lain selepas peristiwa itu.

Pakatan Rakyat dalam keadaan sekarang, bagaikan tentera Saidina Ali yang sedang mengasak kedudukan tentera Muawiyyah iaitu UMNO/BN. Kita maju selangkah demi selangkah dan jelas dalam BN ketakutan. Tiba-tiba ada yang mencadangkan perpaduan, perdamaian! Pakatan Rakyat, seperti tentera Saidina Ali, mula berbalah sesame kita. PKR dan DAP terpingnga-pingnga dengan sebutan-sebutan ‘perpaduan’. Malah PAS sendiri pun terbahagi dua dalam menghadapi persoalan ini. Kesatuan yang terbentuk selama ini seolah tergugat dan UMNO/BN dengan segeranya menyatakan persetujuan mereka terhadap perdamaian dan persatuan yang dicadang-cadangkan.

Syarikat kroni mereka mengibarkan sepanduk ‘Selamat Bermuktamar’ seperti mana tentera Muawiyyah meletakkan mushaf-mushaf Al-Quran dihujung lembing. Ini dinyatakan sebagai bukti keikhlasan mereka untuk ‘berdamai’ dengan kita. Tetapi seperti yang saya katakan tempohari, “apalah nilai sepanduk-sepanduk ini berbanding mushaf-mushaf Al-Quran dihujung lembing”? Walaupun dengan mushaf-mushaf Al-Quran sendiri, sejarah membuktikan penipuan berlaku! Ya, memang, kita tidak sebaik tentera Saidina Ali. Tetapi ingat! Mereka juga jauh lebih buruk dari tentera Muawiyyah!

Seterusnya mereka akan memuji dan melambung pemimpin-pemimpin yang mencadangkan ‘perpaduan’ ini dan menyatakan betapa mereka berterima kasih dengan cadangan tersebut. Mereka bermesra dengan PAS, bermanja dengan pemimpin-pemimpin pro-perpaduan ini dan dengan itu merejamkan lembing perbalahan di antara kita!

Punca perbalahan dan ‘perpecahan’ di kalangan kita adalah kerana cadangan ‘perpaduan’ yang datang tanpa perbahasan dan tiada yang mempersetujuinya kecuali sedikit. Namun yang sedikit yang setuju bercakap bagi yang ramai yang tidak!

Yang agak pelik, dalam senario peperangan Siffin, cadangan perdamaian datangnya dari pihak yang diasak kerana hampir-hampir dikalahkan. Dalam keadaan kita sekarang, perdamaian dicadangkan oleh kita yang sedang mengasak yang hampir-hampir menang! Dengan itu akan terlepaslah peluang untuk mencapai kemenangan yang muktamad!

UMNO/BN akan menggunakan ‘persetujuan’ mereka untuk menimbangkan cadangan PAS sebagai bukti keikhlasan mereka. Penolakan oleh PKR dan DAP yang hampir pasti berlaku akan digunakan sebagai bukti ketidak-ikhlasan mereka berdua. “Mereka tidak mahu orang Islam Melayu bersatu” akan dilaungkan secara nyaring oleh pemimpin-pemimpin yang sedang seronok dilambung pujian dan sanjungan dari semua pihak. Pegawai Kerajaan, Professor Universiti, Pakar perubatan Melayu UMNO dan sebagainya akan disusun satu demi satu untuk memberi sanjungan dan akhirnya apa yang dinginkan akan berlaku, seperti berlakunya apa yang diinginkan oleh Amr Al-As dalam perang Siffin.

Perbalahan akan berlaku di antara kita di dalam PR dan malah di dalam PAS itu sendiri dan akhirnya, pemimpin-pemimpin yang disanjung dan dilambung itu akan menjadikan PAS berseorangan berpakat dengan UMNO. Tidak mungkin PAS menolak apabila cadangan itu datang dari PAS sendiri! Pemimpin pro-perpaduan ini akan berusaha supaya perhubungan kita dalam PR semakin keruh hingga akhirnya PAS diminta keluar kerana dilihat semakin rapat dengan UMNO. Akan kedengaran pada masa itu, “Bukan kami yang nak keluar, kami diminta keluar!” dan “Kalau dengan PKR dan DAP boleh bersama, takkan dengan UMNO tidak boleh”. Mereka akan bertanya kepada ahli-ahli yang masih terpingnga-pingnga dengan keadaan yang baru ini. Hanya semalam menyerang UMNO/BN, hari ini menjadi kawan? Hanya semalam bersama PR, hari ini menjadi lawan?

Adakah ini disebabkan inginkan kemenangan yang segera seperti mi segera atau mi celup? Adakah ianya kerana tidak sedar bahawa kita sebenarnya sudah berada diambang kemenangan? Atau, lagi teruk, adakah ianya disebabkan keengganan mencapai kemenangan melalui Pakatan Rakyat? Ini semua merupakan persoalan yang valid dan wajar difikirkan bersama.

Namun, yang lebih penting untuk kita fikirkan adalah implikasi kepada masa depan PAS itu sendiri. Kita akan kehilangan sokongan masyarakat Cina dan India yang melihat tindakan kita sebagai khianat dan perjuangan Islam akan dilihat sebagai satu perjuangan oppurtunis yang tidak mempunyai prinsip dan asas yang kukuh. Usaha selama berpuluh tahun akan musnah begitu sahaja dengan sekelip mata.

Namun yang lebih teruk, keadaan kita akan begitu terdedah, bergantung kepada ihsan UMNO. Sekiranya kita dikhianati UMNO, ke mana hendak kita pergi? Sekiranya selepas mencapai matlamat mereka dan berpisahnya kita dari PR dan kekuatan PR tergugat, UMNO mengusir kita seperti dahulu, ke mana hendak kita pergi?

Berseorangan, bagaikan parti politik murahan, ayam tak patuk, itik tak sudu. Ke PR pun tidak dan ke BN pun tidak. 3 penjuru? Yang akan menang ialah salah satu dari dua kumpulan parti yang lain, tetapi bukan PAS! Mahu merayu dan kekal bersama ‘perpaduan’ PAS-UMNO-BN? Kerusi dimenangi UMNO tetap ditandingi UMNO. Kita bertanding kerusi yang kita menang dan kerusi yang PR menang. Dengan sokongan golongan anti-BN yang terdiri dari Cina dan India serta Melayu yang dibelakang mereka, kita akan kalah. Kecuali di Terengganu dan Kelantan.

Maka kita akan dapati diri kita tertipu seperti mana tertipunya Abu Musa As-Syaari oleh Amr Al-As dalam peristiwa tahkim yang berlangsung selepas gencatan senjata di Siffin. Peristiwa tersebut membuktikan keikhlasan sahaja tidak mencukupi. Waraq sahaja tidak mencukupi. Ilmu hukum hakam agama sahaja pun tidak mencukupi. Cerdik politik dan kenal lawan juga amat diperlukan dan saya secara peribadi dengan melihat secara jauh, sudah mula tertanya samada inikah kekurangannya di kalangan pimpinan tertinggi PAS selama ini. Kecuali Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pendirian dan sikapnya jelas menunjukkan mengapa PAS boleh bertahan di Kelantan berpuluh tahun tetapi tidak di negeri lain…

Oleh YB ABDUL KHALID SAMAD
Yang Dipertua PAS / Ahli Parlimen Shah Alam


Kelemahan kerajaan Pahang: Di mana wakil rakyat PR?


Oleh : Mohd Fadly Ramli (Ketua Penerangan DPPN Pahang)

Pelbagai isu dan kelemahan yang amat ketara kerajaan Pahang hari ini. Bermula dari perakuan audit kewangan negeri yang bertaraf muflis sehinggalah kepada tindakan sivil Mahkamah terhadap kerajaan negeri dan batang tubuh Menteri Besar Pahang yang kemudiannya diikuti siri-siri saman yang mengheret Kerajaan Negeri ke Mahkamah, kesemuanya memperlihatkan keupayaan negeri yang semakin diragui.

Terkini, Kerajaan Negeri mengalami defisit berlanjutan dan angka defisit bagi 2009 sahaja berjumlah RM98.61juta!. Ia bukan sahaja menghakis integriti sebuah kerajaan, tetapi juga amat jijik dan memalukan bagi kerajaan yang mendakwa mampu membawa kemajuan kepada rakyat dalam setiap manifesto pilihanrayanya.

Negeri Pahang umum mengetahui ianya adalah sebuah negara terkaya hasil mahsul sumber buminya apatah lagi sebagai sebuah negeri yang mempunyai lokaliti terbesar di Semenanjung tanahair. Tetapi semua ini hanya tinggal kenangan.

Hasil pembalakan kini hanyalah sekadar statistik “atas kertas” yang pada hakikatnya dirakusi oleh golongan tertentu. Buktinya Writ Saman dan Penghakiman RM30 juta yang meningkat kepada RM63juta oleh sebuah syarikat persendirian terhadap kerajaan negeri.

Hujah Menteri Besar mudah, syarikat kerdil (yang diistilahkan sebagai syarikat RM2) tidak perlu dilayan sedangkan Mahkamah Persekutuan mengarahkan bayaran dibuat oleh kerajaan Pahang kepada syarikat kerdil tersebut.

Sikap biadap, angkuh dan celaka Menteri Besar Pahang ini bukan sahaja memalukan institusi kehakiman negara ini, tetapi juga merendahkan maruah beliau sebagai seorang insan.

Bandingkan pula kerajaan Pulau Pinang yang disaman oleh sebuah syarikat dimana kerajaan tersebut diarahkan membayar sebanyak RM15 juta dan kerajaan Pulau Pinang bersetuju membuat bayaran yang akan diluluskan dalam Belanjawan Negeri yang akan datang.

Diikuti pula tindakan perlaksanaan (execution) berbentuk tindakan menyita terhadap anak syarikat Kerajaan negeri. Begitu juga saya mewakili 12 orang pembeli projek perumahan di Taman Rompin Permai oleh sebuah anak syarikat Kerajaan negeri iaitu PASDEC Corporation Sdn Bhd. Terbaru, kerajaan negeri berhadap saman berjuta ringgit oleh sebuah syarikat.

Kerajaan negeri juga kini terbeban dengan isu rakyat seperti pemberian hakmilik tanah yang tidak pernah ada penyelesaian. Isu pembolotan tanah oleh golongan tertentu dimana rakyat bawahan tidak mempunyai tanah apatah lagi golongan belia kebanyakkannya tidak bertanah bertaraf tanah anugerah.

Begitu juga penerokaan tanah haram oleh syarikat milik individu tertentu. Selain itu, hak pribumi orang asli pula semakin terhimpit dengan isu ketiadaan hakmilik tanah dan pencerobohan kawasan mereka, semuanya perlukan penyelesaian segera.

Dalam hal ini, saya ingin mengucapkan ribuan penghargaan terhadap wakil rakyat Pakatan Rakyat negeri Pahang yang membangkitkan sebahagian perkara ini di DUN Pahang.

Walaubagaimanapun, pada hemat saya, prestasi wakil rakyat PR dalam mengetengahkan isu kelembapan kerajaan Pahang bukanlah sesuatu yang amat boleh dibanggakan. Artikel ini bukanlah merancang mencanangkan kelemahan ADUN-ADUN PR Pahang, tetapi tanggungjawab besar yang digalas oleh wakil-wakil rakyat alternatif ini harus melangkaui batasan lokaliti dan kondisi setempat.

Bukanlah saya berniat, membuat perbandingan destruktif tetapi sekadar untuk membuat koreksi diri bahawa prestasi ADUN-ADUN Barisan Alternatif tahun 1999 adalah jauh lebih berkesan. ADUN-ADUN BA bukan sahaja cemerlang di kawasan sendiri tetapi juga bertindak membongkar kebangsatan UMNO Pahang seperti isu pengundi hantu di Pekan dan salahguna kuasa kerajaan negeri.

Nama-nama Dato’ Tuan Ibrahim, Allahyarham Abd Malek Yusof dan Iqbal Hamdi Rushdi mekar sebagi hero rakyat Pahang. Sidang Pahang (media rasmi PAS Pahang) amat laris bukan sahaja di Pahang tetapi juga di seluruh negara.

ADUN-ADUN PR kini mungkin kurang bersetuju dengan saya, atas alasan media tidak memberikan liputan meluas khidmat dan sumbangan mereka, tetapi kita boleh menghujahkan bahawa media alternatif milik parti sendiri pun tidak membuat liputan meluas ataupun mereka memang kurang melaksanakan aktivitil terhadap aktiviti mereka.

Serangan terhadap kerajaan Pahang pula hanya dilancarkan oleh organ-organ parti seperti yang dilakukan PAS Pahang yang diketuai Dato’ Tuan Ibrahim mahupun pimpinan PKR dan DAP negeri dan bukanlah ADUN-ADUN PR yang menjadi barisan hadapan Pakatan Rakyat di Pahang.

Sekiranya kelemahan kerajaan ini berlaku di Amerika, Indonesia, India, Perancis, Jepun, China mahupun negara-negara lain, sudah tentulah kerajaan tersebut akan dikecam hebat oleh pembangkang dan satu mobilisasi rakyat akan digerakkan bagi memberikan pengajaran kepada kerajaan agar mereka berdisiplin dan tidak menyusahkan rakyat.

Komen saya ini ikhlas dan ingin melihat penghormatan, kepercayaan dan keyakinan rakyat berterusan kepada Pakatan Rakyat agar seterusnya Pakatan Rakyat memperolehi mandat untuk berkuasa di Pahang.

Wakil-wakil rakyat PR harus membuat lebih “homework”, tubuhkan segera pasukan pemikir, dan mempunyai pembacaan yang berterusan berdasarkan fakta-fakta serta idea-idea yang jitu agar lebih berkesan. Ingat, semua itu memerlukan keberanian dan kecekalan untuk menumbangkan sebuah kerajaan zalim.

Rabu, 17 Jun 2009

Sisters In Islam (SIS) Guna Nama Islam Untuk Sebar Fahaman Liberal


"Kami (SIS) tidak melakukan jenayah kenapa kami perlu disiasat? Jika mereka (PAS) ada bukti kami melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam mereka perlu kemukakan bukti terlebih dahulu," kata Pengurus Kanan SIS, Maria Chin Abdullah berhubung cadangan PAS supaya pertubuhan itu disiasat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan kerana didakwa menyeleweng daripada syariat Islam.

Ketika ditanya apakah langkah seterusnya yang akan diambil oleh organisasi itu, beliau berkata: "Kami (SIS) sedang mengumpul tanda tangan daripada orang ramai yang membantah resolusi pengharaman SIS yang telah diluluskan ketika Muktamar PAS baru-baru ini."

Majlis menandatangani petisyen bagi membantah resolusi 'pengharaman' SIS telah dilancarkan oleh organisasi tersebut semalam.

"Setakat hari ini kita berjaya mengumpul 1000 tandatangan daripada pertubuhan bukan kerajaan dan orang awam," katanya.

Jelas beliau, perkara tersebut menunjukkan banyak pihak membantah isu 'pengharaman' SIS yang dikemukakan oleh PAS.

Dalam muktamar tahunan baru-baru ini, satu usul yang antara lain berbunyi "menyedari bahawa aliran dan pandangan dibawa oleh SIS boleh mengelirukan masyarakat, mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat siasatan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam dan membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya."

ULASAN :

Pelik! Baru minta Majlis Fatwa buat siasatan, dah huru-hara! Kalau dah betul sangat, apa nak ditakutkan. siasat je la... ini siap kumpul tandatangan bantahan. Laa... konfom otak tak betui sebab suka dedah aurat kat kepala tu. Pengurus Kanan NGO Islam, tapi tak suka pakai tudung. macam NGO bukan islam je.

Perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam... paling jelas, TAK TUTUP AURAT! Banyak lagi... semua yang SIS bantah mengenai Islam... kebanyakannya bertentangan dengan ajaran Islam. Tahi gajah tak leh nak tutup dah!

NIK AZIZ GESA UST NASARUDIN MAT ISA LETAK JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN & MP BACHOK


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.

"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok.

"Apa buat sampah, menyusahkan," menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan tersebut seperti yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, lapor Bernama.

Kenyataan tokoh ulama PAS ini yang paling keras pernah dikeluarkan selepas menuduh beberapa pemimpin atasan PAS yang bersetuju dengan idea tersebut sebagai "boneka Umno."

Khamis lalu, mengulas isu kerajaan perpaduan yang semakin bercelaru dalam PAS susulan kemunculan semula isu tersebut ketika muktamar awal bulan ini, Nik Aziz berkata:

"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.

"(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.

"Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno."

Dalam kenyataannya hari ini, Nik Aziz dilaporkan berkata "beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana PAS Kelantan menerimanya sebagai calon di parlimen tersebut" pada pilihanraya umum 2008.

Menurut agensi berita itu lagi, beliau juga berkata PAS dan Pakatan Rakyat kini "telah masuk perangkap Umno" berhubung isu berkenaan sehingga menimbulkan pecah-belah dalam kalangan mereka.

"Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana PAS sedang berpecah dan Pakatan Rakyat sedang berpecah," katanya.

Beliau juga dilaporkan berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada gabungan pembangkang untuk jawatan menteri.

"Kalau semua setuju...PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya.

ASSALAMUALAIKUM WRT WBT