Selasa, 7 April 2009

Mengapa DS Nizar mesti dimenangkan?


Ketika artikel ini ditulis, hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi rakyat negara ini yang terlibat akan dapat membuat penentuan dan keputusan dalam pilihan raya kecil (PRK) di dua bukit dan satu batang (Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai) yang bakal berlangsung awal pagi esok.

Sungguhpun hanya tiga kawasan yang terlibat dengan pengundian, namun kesannya cukup besar dan bermakna kerana ia melambangkan citarasa dan hala tuju sokongan rakyat, atau lebih tepatnya referandum rakyat terhadap kepimpinan negara yang baru beberapa hari bertukar tangan daripada Pak Lah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada saat ini, selain Allah SWT, tiada siapa yang benar-benar arif dan yakin mengetahui siapa yang bakal bergelar pemenang. Sudah tentu cakap-cakap yang ada siapa menang siapa kalah setakat ini, hanyalah berupa ramalan dan kenyataan politik semata-mata yang mungkin bersandarkan fakta, tilik dan logik masing-masing.

Di sebalik semua itu, tumpuan dan perhatian sebenar sudah tentu terarah nun kepada Bukit Gantang, kerana pertarungan itu ialah antara dua parti terbesar di negara ini sekali gus dianggap pertandingan menentukan maruah dan penentuan masa depan.

Penulis secara peribadi dan terus terang merasakan pada pusingan ini, calon PAS Datuk Seri Nizar Jamaluddin perlu diberi peluang memenangi PRK ini mengalahkan Ismail Safian dan seorang calon bebas. Mesti dimenangkan kerana mesejnya besar!

Justeru penulis meletakkan tiga sebab betapa signifikannya Nizar mesti dimenangkan.

Pertama, Kemenangan tersebut akan dapat memberi isyarat bahawa perbuatan BN yang didalangi Najib sendiri merampas kuasa kerajaan Perak, kerajaan pilihan rakyat secara demokratik dua bulan lalu adalah tidak bermoral kerana merampas hak rakyat Perak, melanggar tata susila kemanusiaan dan demokrasi serta perlu diajar.

Kedua, kemenangan ini amat perlu bagi mengesahkan bahawa ‘tsunami politik’ yang dilakukan oleh penduduk Pantai Barat Semenanjung termasuk Perak, masih berterusan gelombnagnya sebagaimana ditunjukkan pengundi dalam PRK Permatang Pauh dan PRK Kuala Terengganu sebelum ini.

Ketiga, memenangkan Nizar bererti melahirkan seorang anak Perak sebagai pemimpin masa depan untuk PAS, Pakatan Rakyat dan negara keseluruhannya.

Sebagaimana diketahui ramai, selepas tsunami politik PRU 8 Mac tahun lalu Pakatan Rakyat telah berjaya membentuk kerajaan di lima negeri selain pertama kali dalam sejarah berjaya mengurangkan majoriti dua pertiga kerusi BN di Dewan Rakyat.

Selama 11 bulan kerajaan pilihan rakyat Perak mentadbir, telah berjaya melaksanakan konsep kerajaan berkebajikan yang begitu prihatin terhadap nasib dan permasalahan rakyat. Bayangkan, longgokan permasalahan selama 50 tahun sedikit sebanyak berjaya diselesaikan.

Namun pada 5 Februari 2009, telah berlaku tragedi rampasan kuasa (coup de tat) oleh Umno diketuai PM yang baru ditabalkan itu. Ia bermula dengan pujukan dan memerangkap beberapa wakil rakyat Pakatan, diugut dan seterusnya diculik.

Menjayakan episod malang ini beberapa pihak telah diperguna dan dipersekongkolkan iaitu SPR, mahkamah, SPRM, polis dan agensi kerajaan negeri termasuk SUK, media dan istana.

Ini sudah tentu merupakan sejarah hitam bagi rakyat negeri Perak kerana mengkhianati amanah rakyat, rakus dan membelakangkan perlembagaan negeri itu. Apa lagi tragedi ini tidak pernah terfikir oleh sesiapapun boleh terjadi di Semenanjung Tanah Melayu ini!

Perbuatan tersebut jelas tidak beradab dan tidak bertamadun apa lagi arkitek pelakunya kini orang nombor satu negara ini. Sementara kerajaan Pakatan Rakyat yang teraniaya, didisumbatkan pula dengan tuduhan ‘derhaka kepada raja’. Justeru di sinilah rasionalnya Nizar dimenangkan demi maruah dan perjuangan rakyat serta pernyataan tuntas protes rakyat!

Sementara itu, pada PRU 12 tahun lalu telah menyaksikan Malaysia (terutamanya Pantai barat dan Kelantan) telah dilanda gelombang tsunami politik di mana di kebanyakan tempat yang lazimnya dimenangi BN, kali ini kalah teruk sehingga Pakatan menakluki 82 kerusi parlimen; Parti keADILan Rakyat (PKR); 31, Democratic Action Party (DAP); 28 & Parti Islam SeMalaysia (PAS); 24.

Perubahan tersebut dilakukan sudah tentulah setelah rakyat meluat, hilang sabar dan mahu mengajar kerajaan yang ada kerana sudah terlampau mabuk kuasa sehingga berleluasalah rasuah, kronisme dan ketidakadilan.

Hak dan khazanah kerajaan (dibaca hak rakyat) dipergunakan semahu-mahunya demi kepentingan peribadi, keluarga dan kroni. Budaya korupsi dan gangsterisme yang disemai dan dimulakan daripada kepimpinan tertinggi, membiak subur hingga ke peringkat paling bawah agensi kerajaan. Negara menjadi porak peranda.

Malangnya BN yang ditulangbelakangkan Umno sebenarnya tidak pernah serik dan tidak mahu berubah. Justeru demi kebaikan rakyat semua, Nizar perlu dimenangkan sebagai isyarat bahawa rakyat Malaysia bukan bodoh dan tidak tahu berfikir lagi. Selaras dengan perkembangan dunia moden, rakyat mahukan perubahan, tidak lagi terbelenggu dan tidak ingin dipergula-gulakan lagi setelah lebih setengah abad merdeka daripada penjajahan Inggeris.

Akhirnya, Nizar ialah tokoh masa depan di mana bintangnya cerah dalam politik. Memilih Nizar bermakna warga Bukit Gantang memilih seorang ahli parlimen bertaraf menteri besar. Ini sudah tentulah amat istimewa dan tidak mudah untuk mendapatkannya lagi jika dilepaskan peluang ini.

Tidak ramai yang sedar, bahawa Nizar punya potensi yang lebih jauh daripada dirinya sekarang. Beliau dikatakan boleh menjadi pemimpin masa depan PAS.

Setelah tercetus era ‘kepimpinan ulamak’ pada awal 1980-an, parti seolah-olah sudah ketandusan pimpinan ‘serba boleh’ – terutama sejak perginya Almarhum Datuk Fadzil Noor – yang dapat menjadi ‘pimpinan rakyat’ sebenar, dalam erti kata berupaya diterima semua kaum, peringkat dan golongan.

Sesetengah pihak berpendapat, kepimpinan tertinggi dalam PAS hampir terputus selepas ini. Sebab sering orang bertanya: “Siapa selepas Hadi?”. Pertanyaan ini ada rasionalnya setelah melihatkan beberapa pemimpin kanan yang ada tidak menampakkan solidariti total, apa lagi setelah secara sinis dikatakan terbahagi kepada Erdogan – Erbakan.

Maka disinilah relevannya Nizar – yang boleh diterima semua pihak atau puak itu – diketengahkan, sekurang-kurang untuk diasuh, diproses dan seterusnya digilap bagi memenuhi peringkat tertinggi parti masa depan.

Jangan lupa DS Anwar Ibrahim juga pernah berkata: “Saya sanggup serahkan kepimpinan negara kepada Nizar!”

Anwar sudah tentu tidak bercakap semberono, melainkan satu penghargaan daripada mantan Timbalan Perdana Menteri itu yang kini sebagai pemimpin tidak rasmi Pakatan. Nah, ini bermaksud Anwar sendiri sudah nampak potensi dan daya kepimpinan Nizar sehingga sanggup meletakkan engineer itu sebagai pemimpin mengatasi dirinya.

Kesimpulannya, tidak rugi pengundi Bukit gantang pada hari bersejarah ini mengundi Nizar. Kerana mengundi Nizar bererti anda mengundi pemimpin besar, pemimpin masa depan iaitu seorang anak Perak yang boleh ‘pergi jauh’ sehingga melangkaui peringkat nasional antarabangsa.

Justeru Nizar mesti dimenangkan hari ini!

- Sidangonline

Isnin, 6 April 2009

SUASANA PRK.059 BUKIT GANTANG
































PRK.059 Bukit Gantang : Pemuda Tidak Dihargai


Maklumat terkini perkembangan gerak kerja PRK semakin sibuk dan mendebarkan. Pemuda Temerloh seramai 6 orang melaporkan perkembangan positif dari para pengundi bakal memberi bonus kepada PR sementara C4 kepada PM najiboya. Pemuda Temerloh yang mengikuti aktiviti Pemuda Pusat semenjak pagi sabtu lagi bagi menjayakan Gelombang Semarak Hijau (GSH). Pagi Sabtu di DUN Trong, Pagi Ahad di DUN Changkat Jering dan pagi ini di DUN Kuala Sepetang.

Aktiviti utama program GSH ini adalah bertemu dengan semua pengundi terutama golongan muda bagi merayu mereka agar mengundi calon PAS Dato' Seri Nizar Jamaludin. Disamping itu, pelbagai risalah dan maklumat diedar dari rumah ke rumah. Alhamdulillah, prestasi petugas terutama pemuda yang baru dalam medan kempen ini amat baik dan tidak mengecewakan. Mereka begitu teruja untuk berkempen apatah lagi jika terserempak dengan petugas um-no. Namun, semuanya masih dalam kawalan Ketua rombongan, Sdr Shamsudin Ahmad yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Temerloh.

Disebalik kesungguhan tersebut, maklumat kurang enak didengar, Pemuda Temerloh seperti tidak dialukan kehadiran mereka di Markaz Induk PAS Pahang di Taman Berkat. Entah apa salahnya... ops, mungkin itu puncanya! Usul Pemuda Temerloh supaya PAS Pahang rombak semua penjawat dalam JPN Pahang yang telah 10 tahun gagal dalam usaha mengambilalih kerajaan negeri Pahang melalui Sistem Demokrasi Pilihanraya.

Bersabar wahai pemuda, cekalkan hatimu walau pemergian tanpa perutukan dari kawasan, insyaallah Ketua Pemuda Ust Jauhari akan luluskan peruntukan bagi petugas pemuda di sana. Teruskan berjuang ! Takbir, ALLAHU AKBAR !

Rabu, 1 April 2009

LAGU RASMI PEMILIHAN AGUNG um-NO


(ikut lagu 'inilah barisan kita...')

Itulah barisan rasuah
yang malas berjuang
siap sedia merasuah
untuk poket sendiri...

sebelum dia merasuah
jangan harap dia pulang
itulah sumpah pendekar rasuah
untuk poket sendiri...

andai kata dia gagal merasuah
taburlah najis di atas mukanya
kita mohon doa
bN lingkup semuanya...

projek kilat ditabur lagi
nak tipu para pengundi...




Ahad, 29 Mac 2009

KETUA DPP TEMERLOH DIMUKTAMAR DPP 15 MAC 2009


BUKIT GANTANG MENGGAMIT PEJUANG


Dewan Pemuda Pas Kawasan Temerloh mengalu-alukan penyertaan pemuda2 utk menyertai kempen PRK Bkt Gantang,Perak yg gendang perangnya telah dibunyikan tengahari tadi.Walaupun 3 PRK diadakan serentak,tapi kita lebih ditugaskan utk ke Bkt Gantang sahaja.Mereka yg berminat utk kesana sila hubungi DPP segera utk urusan kesana.DPP akan bekerjasama dgn Pas Kawasan utk kerja2 PRK ini.Tempat penginapan akan disediakan utk para petugas.Utk mereka yg pergi utk bertugas diminta hubungi DPP atau Pas Kawasan dahulu,dan apabila sampai diBkt Gantang,terus lapor diri ditempat yg ditentukan utk memudahkan segala urusan.Doa kami agar Allah memberikan kemenangan majoriti bergantang kpd Pakatan Rakyat di Bkt Gantang dan di 2 PRK yg lain.


Khamis, 26 Mac 2009

MUHASABAH MESYUARAT AGONG KAWASAN

Mesyuarat Agong Pas Kawasan Temerloh baru2 ini menampilkan berbagai gaya persembahan dari para perwakilan.Timbul persoalan inikah gaya yang sesuai bagi pendokong sebuah gerakan islam?Walaupun kita pendokong demokrasi..,tapi biarlah demokrasi yg tidak menyalahi hukum syarak.Kita tak perlu mencontohi lawan kita dlm memilih pemimpin mereka yg jelas menyalahi etika apatah lagi agama.Walaupun segalanya telah selesai,tapi perlu kita muhasabah diri,mengapa perkara2 sedemikian boleh berlaku.Apa pun, jawapan sebenarnya ialah kita sudah meminggirkan aspek kerohanian dlm kerja2 jamaah.Apabila kita letakan Politik ditempat yg teratas sudah tentu perkara Tarbiyyah kita tolakan kebawah.Akhirnya lahirlah ahli parti yg memandang Tarbiyyah perkara sampingan yg boleh ditangguhkan.Mereka yg terpilih menduduki Haraki kepimpinan pada tahun ini mesti memikirkan perkara tarbiyyah,usrah,qiamullail dll sebagai perkara utama utk menyatukan kembali fikrah yg telah mula nampak negatif. Hanya pertolongan dari Allah sajalah yg mampu menangani kemelut yg berlaku.




Isnin, 23 Mac 2009

MESYUARAT AGONG PAS KAWASAN TEMERLOH


span class="fullpost">



JAWATANKUASA PAS KAWASAN TEMERLOH SESI 2009-2011


Semalam, 22 Mac 2009, Jawatankuasa PAS Kawasan Temerloh sesi 2009-2011 telah dipilih dalam Mesyuarat Agong Tahunan Kali Ke 22 yang berlangsung di Darul Amin, Sg. Gau bermula jam 9.00 pagi hingga 8.00 malam.


Berikut adalah senarai penuh Jawatankuasa yang dipilih oleh para perwakilan :


Yang Dipertua : Ustaz Abdul Rahim Abdul Latif


Timb. Yang Dipertua : Hj Md Jusoh Darus


Naib Yang Dipertua : YB Syed Hamid Syed Mohamed


Ketua Urusan Ulama : Ust Ariffin Abdullah


Ketua Pemuda : Ust Jauhari Ishak


Ketua Muslimat : Pn. Salmi Mohd

Jawatankuasa :


Sdr Abdullah Abdul Karim


Sdr Hasanudin Salim


Sdr Hashim Abdullah


Sdr Fairuz Hisham Nordin


Ust Khairulzaman Md Nor


En Shohaimi Latif


En. Nazir Sulaiman


Hj Firdaus Abdul Kadir


Ust Wahid Abdul Ghaffar


Hj Akmal Hidri Othman


Hj Abdullah Sidek


Hj Amiruslan Abdul Manaf


En Roslan Ahmad


Ust Hanafiah Mohd


Ust Abu Hasan Al-Shaari


Hj Ahmad Zuber Omar

Tahniah dan takziah kepada yang terpilih. Takziah kerana anda dilantik untuk memikul bebanan. Tahniah kerana anda terpilih untuk menambah amalan. Salam perjuangan.

Jumaat, 20 Mac 2009

RUANG CHAT DITUTUP BUAT SEMENTARA


Maaf buat semua pengunjung blog dpp, ruang chat terpaksa ditutup buat sementara ekoran pencerobohan dan pelanggaran adab & etika ruang chat. Pihak luar dilarang membuat sebarang provokasi terhadap mana2 individu terutama ajk dpp. sila buat tuduhan di dalam blog sendiri. HARAP MAKLUM.




Khamis, 19 Mac 2009

SOLAT HAJAT UNTUK KEBAIKAN SEMUA


Dewan Pemuda PAS (DPP) Temerloh akan menganjurkan Solat Hajat untuk kebaikan semua pimpinan dan ahli PAS Kawasan Temerloh khususnya dan Malaysia amnya. Ia juga bertujuan memohon redha Allah di atas perlantikan semula dan AJK baru DPP Temerloh sesi 2009-2011 baru-baru ini.

Tarikh : 21 MAC 2009 (sabtu)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Akademi Belia Muslim (B'Muslim) Taman Temerloh Jaya

Semua pemuda PAS dari setiap cawangan dijemput hadir. Turut dialukan, semua ahli PAS Kawasan Temerloh.

JSHSH


Rabu, 18 Mac 2009

AR-RUHUL JADID


BAPA MERTUA AJK PEMUDA MENINGGAL DUNIA

Bapa mertua kepada Sdr Bazli,seorang AJK Pemuda Temerloh,Hj Mahmud Sidek telah meninggal dunia pada petang semalam di Hospital Temerloh.Jenazah telah selamat disemadikan di tanah perkuburan Paya Pulai tengahari ini.Rumah beliau di Taman Temerloh Jaya dikunjungi ramai masyarakat setempat dan aktivis Pas,termasuk ADUN Kuala Semantan,YB Syed Hamid untuk solat jenazah yg diimami oleh Ustaz Abdullah Ibrahim.Kita doakan semuga roh Allahyarham di cucuri rahmat oleh Allah.Amiin.





Isnin, 16 Mac 2009

KETUA DPP KAW.TEMERLOH SESSI 2009-2011

Ustaz Jauhari Ishak masih dipilih utk menerajui Dewan Pemuda Pas Temerloh dlm Mesyuarat Agung DPP Temerloh semalam.Tahniah diucapkan kpd beliau kerana masih mendapat kepercayaan utk mengepalai Dewan Pemuda.Cadangan dari Sdr Kamaruddin Ahmad dari Pas Cawangan Bandar Baru diterima sebulat suara oleh perwakilan.Jawatan Timbalan ketua yg dikosongkan oleh Sdr Hasanudin Salim kerana faktor usia diisi oleh Ustaz Fairuz Hisyam Nordin dari Cawangan Taman Temerloh Jaya.Harapan agar sessi baru ini DPP akan terus cemerlang dlm menjalankan kerja2 kepemudaan.

Ahad, 15 Mac 2009

DPP TEMERLOH SELESAI MESYUARAT AGUNG

Hari ini berlangsungnya Mesyuarat Agung Dewan Pemuda Pas Kawasan Temerloh yg dipengerusikan oleh Ustaz Ishak Husein,sementara perasmian disempurkan oleh Ustaz Mohtar Senik.Dalam masa hampir satu jam beliau menekankan aspek2 penting sebagai ahli Pas yg memahami kebenaran Pas berlandaskan hujah yg benar.YDP kawasan,ustaz Abd Rahim hadir sebagai pemerhati dari kawasan.Ustaz Jauhari diberi mandat sekali lagi utk mengetuai DPP utk sessi 2009-2011.Sementara Timbalan ketua dipilih Ustaz Fairuz Hisyam Nordin.Ajk lama masih dikekalkan dan Ajk baru akan dilantik kemudian utk cukupkan kuota.Ramai muka2 baru kelihatan menghadiri mesyuarat pada kali ini.Harapan agar sof pimpinan baru nanti akan lebih mendepani cabaran akan datang terutama untuk meneruskan kesinambungan KEPIMPINAN ULAMA`.Satu usul diluluskan berkaitan dengan perlukan rombakan drastik JPN untuk jadikan ianya lebih telus dan meyakinkan dlm memastikan kita beroleh kemenangan dan kemenangan tersebut mendapat keberkatan.

Rabu, 11 Mac 2009

MUHASABAH : Bila Datang Pertolongan Allah?


PRU12 telah setahun berlalu dengan menyaksikan PAS dan PR memerintah lima buah negeri walaupun salah satunya telah diculik dan dibawa lari ke negeri Pasir Berdengung. (Apakah Laksamana Do Re Mi yang menyelamatkan kerajaan Pasir Berdengung itu adalah Presiden PAS, PKR dan DAP?)

Apapun, dalam konteks Pahang, PAS masih perlu menilai jauh akan kekuatan dan persiapan untuk menghadapi PRU13 akan datang. Persoalannya, kenapa PAS Pahang masih belum boleh menang? Jentera tak kuat? Rakyat Pahang tidak cerdik? Orang Felda penakut?

Kita boleh senaraikan seribu alasan, namun klimaksnya, Allah masih belum redha berlaku kemenangan di negeri Pahang ini. Apa syarat kemenangan dan redha Allah?

Kalau kita baca kembali buku susunan Ustaz Nasarudin Hasan Tantawi, pra syarat kemenangan, pasti kita akan temui banyak perkara yang tidak diperhalusi oleh jentera pilihanraya PAS Pahang (sila baca dan fahami buku berkenaan).

Pendapat Dato' Bahaman, PAS Pahang belum menang sebab Allah belum mengizinkan ia berlaku kerana alasan yang kita semua tak nampak zahirnya. Semua pimpinan PAS Pahang berbangga kononnya memiliki antara jentera pilihanraya negeri yang terkuat di Malaysia. Apa tidaknya, buku manual pilihanraya diterbitkan oleh JPN diterima dan digunapakai oleh PAS negeri lain. Hebatnya PAS Pahang tapi kehebatan dan kekuatan serta organisasi yang tersusun rapi belum cukup untuk Allah kurniakan kemenangan.

Dato' Bahaman teringat zaman belajar dulu, punya sahabat seorang setiausaha yang nampak hebat dan kemas dalam perancangannya, tapi gagal dalam mencapai matlamat yang digariskan. Sahabat lain pula, nampak kolot dan tidak tahu komputer, tapi berjaya membawa persatuan ke arah mencapai misi dan visi yang diharapkan.

Di Malaysia ini pun, Dato' Bahaman ada sahabat berjawatan bendahari, rajin berusaha mencari wang, turun ke setiap pelusuk kampong, mencari dana dan sumbangan serta hutang, namun duit tetap tak cukup. Sahabat lain pula menggantikannya, nampak tidak yakin dan gugup, tidak punya perancangan rapi, namun diakhir tugasnya, berjaya mengumpul baki yang luar biasa.

Pahang pula, PRU '99 telah menjadi sejarah bahawa menang enam DUN ketika jentera Pilihanraya Negeri dianggap lemah dan tidak beroganisasi dengan baik. Atas usaha perubahan, JPN dirombak sepenuhnya, mungkin dikira gagal membawa kemenangan di negeri Pahang sedangkan Kelantan dan Terengganu telah diperintah PAS.

PRU 2004, kejutan berlaku, apabila PAS Pahang gagal sekali lagi walaupun jentera semakin kuat dan tersusun. Paling sakit bilamana enam DUN yang dimenangi '99 turut tumbang. Namun macam biasa, ribuan alasan diberikan apabila gagal.

PRU 2008, gelombang penolakan BN cukup kuat akhirnya PAS & PR menang di lima negeri. Pahang masih gagal. Alasan cukup banyak. Cuma masih belum menuding ke muka sendiri. Enam DUN Tumpuan gagal. Dua DUN yang tidak diberi tumpuan, Kuala Semantan (jengok pun tidak) dan Baserah, telah diberi kemenangan. Kalau ikut kekuatan, pimpinan negeri beri markah gagal, tapi Allah beri kemenangan mungkin kerana kebersamaan petugas dengan penuh keikhlasan. Soal selepas kemenangan adalah soal kedua. Yang penting adalah kemenangan.

Apakah Pertolongan dan Kemenangan Allah hanya akan TIBA selepas suatu pemutihan besar-besaran ke atas jentera pilihanraya PAS Pahang? Apakah ada jentera yang merosakkan jemaah? Petugas yang memberi imej buruk kepada jemaah? Adakah ada penyelewangan dalam bentuk tugas atau kewangan atau apa sahaja yang akhirnya menyebabkan kemenangan yang telah Allah janjikan hampir, tertangguh hingga masa yang hanya DIA yang tahu.

Selasa, 10 Mac 2009

ASSALAMUALAIKUM WRT WBT