Khamis, 28 Januari 2010

CARUMAN DANA PRU-13 DPPT BERMULA


TEMERLOH JAYA, 27 FEB 2010 : DPPT bergerak selangkah lagi dalam usaha mempersiapkan jentera pilihanraya pemuda Parlimen Temerloh sesuai dengan slogan 'Temerloh Milik Kita'. Setelah berjaya menubuhkan jentera pilihanraya diperingkat Parlimen, Dun, Zon dan Peti Undi, kini DPPT merangka pelan kewangan yang mampu menghasilkan kekuatan prasarana yang cukup apabila Parlimen dibubarkan.


Malam tadi, setiap ketua hal ehwal zon menerima watikah perlantikan rasmi yang disempurnakan oleh Ustaz Jauhari Ishak selaku Ketua DPPT. Dalam ucapan ringkasnya, beliau mengucapkan tahniah kepada setiap pemuda yang sanggup menerima amanah perjuangan ini.

Terima kasih juga kepada jentera pilihanraya DPPT yang telah merangka pelan kewangan ini. Mudah-mudahan diri kita semua diberkati Allah swt dan moga amalan kita diterimaNya, tambahnya lagi.

Mesyuarat kali kedua Majlis Tindakan Pemuda Zon ini berjaya mengumpul muka-muka baru yang selama ini agak segan silu untuk bersama. Menurut Setiausaha DPPT, kami telah mencuba pelbagai cara untuk mereka merasakan kepentingan berada dalam satu perjuangan. Rasanya, ini adalah jalan terbaik untuk mereka dan semoga usaha ini berterusan dan mendapat petunjuk dari Yang Esa.

B'Muslim Akan Menubuhkan SAR


Akademi Belia Muslim Cemerlang atau ringkasnya B'Muslim dikatakan dalam proses mendaftarkan sebuah sekolah agama rakyat di Temerloh. Menurut pengerusinya, Ustaz Syukri Shuib pihaknya dalam proses perbicangan serius ke arah pendaftaran tersebut.

Sambutan masyarakat setakat ini amat menggalakkan dan semua pihak sedang mananti perkembangan ini dengan penuh minat, tambahnya.

B'Muslim sebuah pertubuhan bukan kerajaan atau NGO merupakan pertubuhan belia yang aktif menjalankan aktiviti pendidikan untuk semua peringkat umur. Antara aktiviti ialah ceramah agama di tapak pasar malam Taman Temerloh Jaya.

Suasana santai dekelilingi gerai makan cukup menghidupkan majlis. Para pengunjung yang hadir untuk makan malam dapat mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan luar dengan gaya yang tersendiri.

Antara kelainan yang ditampilkan oleh B'Muslim ialah persembahan nasyid sebelum ceramah bermula. Rata-rata pendengar yang hadir cukup terhibur dan berpuas hati dengan isi ceramah yang disampaikan.

Selasa, 26 Januari 2010

2010 : DPP Melangkah Penuh Waspada


DPPk mohon maaf kepada semua follower yang agak lama menanti update dari kami. Bukannya bosan mengadap PC mahupun LT, tapi waktu sehari hanya ada 24 jam. Tidak lebih tidak juga kurang. Seperti mati, tidak didahulukan atau dikemudiankan walau sesaat.

Tahun 2009, banyak kenangan sakit, suka, pahit, manis yang dilalui DPP. Teringat kata-kata akhir Dato' Pesuruhjaya ketika merasmikan Konvensyen ICT Pahang baru-baru ini, selepas beliau membacakan ayat terakhir surah alMaidah.

"Para petugas parti perlu banyak bersabar dan menyabari diri ketika melaksanakan tanggungjawab dan amanah jemaah. Tentu ada hati yang terasa, perasaan tertekan dan tidak puas hati, namun itu adalah adat dalam kerja berjemaah. Tentu ada pihak yang menekan dan tertekan. Satu pihak yang menggerak dan digerak."

Bila difikirkan, terkadang kita berada dipihak penggerak, maka kita mesti menggerakkan operasi atau program melalui arahan kepada pihak yang mesti digerak. Dalam proses itulah, terkadang kita lalai, leka atau tak ambil berat tentang arahan tersebut. Akhirnya pelaksanaan tidak seperti perancangan.

Entahlah, kata orang dalam kerja parti yang tidak bergaji ini, tak boleh nak paksa orang sangat. Mungkin betul. Tapi kalau kita tidak displinkan anggota parti hingga ramai yang tak ambil penting, jemaah juga yang rugi. Bila dah jadi macam tu, lebih ramai lagi yang tolong tunjuk orang ini tak pandai kerja, orang itu tak reti kerja.

Bila kita toleh ke belakang, ramai lagi ajk yang dipilih atau dilantik belum menggerakkan usaha ke arah memperkasakan parti. Kita lebih bersemangat membincangkan isu nasional dan dalaman parti. Kita jarang sekali nak mengaku 'saya tak cukup usaha bagi menguatkan parti'.

Dimana kita?? Maka, tahun 2010 DPP beriltizam menukar rentak langkahan dan strategi. Majlis Tindakan Pemuda Zon akan bermesyuarat sebulan sekali bagi membincangkan perancangan 2010 sehingga PRU13 nanti. Dana Pilihanraya 13 telah berrmula carumannya. DPP menjangkakan jumlah caruman sebanyak RM20,000 pada April 2011. Pastinya, jumlah itu masih belum cukup untuk penyediaan bahan kempen terutama untuk golongan muda.

Pembinaan Pelapis perlu dipergiatkan. Tenaga pilihanraya perlu diberi pengetahuan lebih mendalam. Pemuda di setiap lokaliti perlu dikenali dan dikembangkan prestasi mereka. Program ziarah perlu diperkerapkan. Aktivtiti kepemudaaan di setiap cawangan dan lokaliti juga perlu dipergiatkan. Itu semua mesti disegerakan jika kita semua punya cita-cita bertnding di parlimen Temerloh dan menang!!!

Kenapa Kite Dilarang Menggunakan Handphone Ketika Mengisi Minyak ?

Meh kite tengok ekspiremen sains kat bawah nie... untuk buktikan betapa bahaya nyer isi minyak sambil berbual atau sms pakai handphone...

sebelom tu, kite sediakan bahan2 serta alatan yang diperlukan... Iaitu :-

1. Kuali sebijik... cari yang leper tu...


2. Tiga bijik kad.. kad manila pon buleh.. tapi jangan pakai mycard, kad kredit ataupon kad ATM, mahupon sim card...

3. 1 rol kertas foil... kertas timah tu laa.... yang macam bungkusan kedua corn flakes tu laa...

4. Handphone sebijik... dan pastikan gak ade kredit...

5. Minyak petrol sikit.. kalo xnak beli kat stesen.... curik jer kat moto abang, ayah atau adik korang...

susun kad tadi lebeh kurang macam nie...

letak plak kertas foil tu atas kad tadi..

letak petrol ckit...

TIBA-TIBA

api menyala !!!
peringatan,anda dinasihatkan untuk tidak mengunakan handphone ketika di stesen minyak.....

Isnin, 11 Januari 2010

Program di sana sini

Konvoi bermotor Pemuda Pas bermula di Taman Temerloh Jaya.Seterusnya bergerak ke Kg Gajah mati di Mentakab.Gotong royong membersihkan Markas Pas Gajah Mati.Pihak Cawangan menyediakan makanan tengahari sebelum menunaikan solat Jumaat.
Kami solat Jumaat di Bandar Mentakab dan mengedarkan risalah disitu.Kemudian kami rehat santai dikedai makan seterusnya bermain Futsal.




Himpunan Pemuda Pas Sg Gau berlansung dlm suasana meriah dimulai dengan ucapan dari Ketua Pemuda Kawasan Temerloh,Ust Jauhari Ishak.Seterusnya Roti Canai Teh Tarik menjadi santapan bersama.Sambil makan sedikit penerangan program terdekat oleh Ketua Amal Sdr Hasanal,Ketua Kebajikan DPP, Sdr Zaaba dan Timbalan Ketua DPP,Ust Fairuz.
Antara slot yg menarik perhatian ialah tayangan LCD.


B`Muslim mengadakan Kem Cuti Sekolah berpusat di Taman Temerloh Jaya.Program diresmikan oleh Ustaz Jailani,penyelaras KAFA Negeri Pahang.Lebih Seratus Pelajar menyertai program ini.


Ustaz Bazli mengisi slot Motivasi Kem pelajar bertempat di Surau Taman Temerloh Makmur.Program bermula Maghrib dan berakhir selepas kuliah Subuh esoknya.


Antara Penyertaan istimewa ialah dari pemilik Motor Besar dalam Program bersama antara B`Muslim dan KAFA Masjid Temerloh.




Umrah dan Ziarah bersama Ketua DPP Temerloh,Ustaz Jauhari Ishak.Sesiapa yg berminat silalah menghubungi beliau.








Rabu, 16 Disember 2009

FUTSAL PIALA PESURUHJAYA PAS PAHANG

Dewan Pemuda Pas Pahang menganjurkan Kejohanan Futsal Piala Pesuruhjaya Pas negeri Pahang bertempat di Temerloh.Hampir 20 pasukan mengmbil bahagian mewakili setiap kawasan.Pertandingan berlangsung di dua gelanggang iaitu di bandar Temerloh dan di Kg Bukit Tingkat di Mentakab.




Ustaz Suhaimi Saad merasmikan Kejohanan Futsal menggantikan Dato` Tuan Ibrahim yg tidak dapat hadir.Beliau menekankan betapa sukan memang digalakan dlm Islam, tetapi mestilah semuanya menurut peraturan yg telah di tetapkan.


Para pemain mendengar ucapan perasmian.Kejohanan ini turut menerima penyertaan dari Kelab Penyokong Pas kaum India.



Pertandingan sedang berlangsung diantara Pemuda Pas Temerloh melawan Maran di Gelanggang Futsal Kg Bukit Tingkat, Lubuk Kawah.

Selasa, 24 November 2009

Santai Seni "Roti Canai Teh Tarik"


Sabtu, 21 Nov 2009, 5.00 pm, Tapak Pasar Malam Taman Temerloh Jaya : Program Mega PAS Kawasan Temerloh "Jom Sertai PAS" telah dimulakan dengan program DPP Santai Seni 'Roti Canai Tah Tarik' dengan tema 'Orang Muda Geng Kita'.

Satu kelainan dari program sebelum ini, DPP tampil lebih santai dan mesra orang muda dalam program tersebut. Kehadiran yang agak baik memandangkan cuaca mendung hampir hujan sepanjang program berlangsung. Namun dek kerana kesungguhan ajk DPP dan artis undangan, keseluruhan program berjalan dengan jayanya.

Saksikan gambar-gambar menarik pada hari tersebut...








Anak Muda & PAS terus Relevan


alBanjari

Ramai ahli PAS terutama daripada kalangan pemuda terkejut atau terkesan dengan pendedahan Dr Abu Hassan Hasbullah berkenaan kemerosotan sokongan anak muda sebanyak 70% terhadap PAS. PAS juga diramalkan bakal kalah dalam PRU ke-13 berdasarkan beberapa bukti emperikal.

Apa yang saya lihat daripada pelbagai reaksi spontan para pemuda, ada yang menolak mentah saranan agar pemuda PAS meneliti sudut cerapan politik persepsi yang kini mendominasi arena politik dunia.

Ada juga yang pada awalnya ‘merah telinga’ namun akhirnya akur dengan persepsi masyarakat terhadap PAS serta berusaha membangunkan beberapa aktiviti segera untuk mengatasi masalah ini.

Namun begitu, pada pandangan saya, terdapat terlalu banyak suara yang terus melihat aktiviti ‘orang muda’ hanya sekadar berekreasi atau beriadah seolah-olah muda mudi di luar parti hanya inginkan reakreasi dalam PAS. Benar budaya hedonisme telah menyelimuti rakyat Malaysia dengan pelbagai hiburan melampau. Namun jika sokongan anak muda dikatakan menaikan PAS pada PRU-12, adakah pada waktu sebelum Mac 2008, PAS banyak melakukan aktiviti riang-ria bersama muda mudi sehingga PAS menang besar?

Saya tidak melihat dengan hanya mengadakan Futsal, XPDC, berkhemah, bermotor konvoi sahaja berjaya menarik kembali sokongan anak muda. Anak muda ‘hening’ dengan PAS adalah disebabkan isu.

Malah walaupun Dr Abu Hasan menyatakan skala umur yang mula hening dengan PAS adalah sekitar 21-40 tahun, pada pengamatan saya skala umur yang benar-benar memberi dampak kepada kemenangan PAS pada PRU-12 adalah sekitar umur 31-40.

Skala umur inilah yang mengubah haluan mereka untuk menyokong Pakatan Rakyat di sebabkan oleh beberapa isu major yang berlaku. Skala umur ini boleh dikatakan matang dan selesa berada dalam arena politik. Skala umur ini juga bukanlah muda mudi yang perlu dilayani dengan Futsal dan aktiviti konvoi motor semata-mata.

Dalam 21000 orang respondan yang dilakukan soalselidik oleh Zentrum Future Study antara isu major yang menyebabkan peralihan undi ialah, Rasuah (Korupsi) dan Kronisme sebanyak 3327 orang menyokong. Isu Menghalang kebebasan bersuara sebanyak 2673. Isu Penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dipilih oleh 2411 respondan. Isu Ketidakcekapan pengurusan sumber kekayaan seperti petroleum pula sebanyak 2309 undi, manakala isu Pemimpin yang tidak amanah, tidak cekap dan pentingkan diri sendiri sebanyak 2304 undi. (Analisis “Strata Ketidakpercayaan Terhadap Barisan Nasional” - jumlah 10 pilihan masalah paling utama per 21000 responden).

Isu di atas tidak banyak mempengaruhi belia sekitar umur 20an sebaliknya ia cukup berkesan terhadap individu berumur 30 ke atas yang telah bekerja dan berkeluarga. Lantaran itu, bagi PAS di Perak umpamanya, untuk menangani undi anak muda, perlu diadakan strategi jangka pendek serta jangka panjang. Hal ini kerana Pilihanraya kecil boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Bagi strategi jangka pendek semestinya isu yang membelenggu belia sekitar umur 31-40 diutamakan (kerana umur inilah yang banyak mempengaruhi undi PAS) dan program memperjelaskan ‘apa itu perjuangan PAS’ perlu diperlanjutkan.

Bagi strategi jangka panjang pula barulah diteruskan dengan aktiviti mengikat tunas muda yang bakal aktif berpencak di arena politik seperti golongan berumur 19-21 tahun serta 21-30 tahun.

PAS telah lama mendekati remaja dan PAS telah berusaha mendidik anak-anak seawal umur 5 tahun melalui PASTI. Pemuda PAS telah lama mengadakan aktiviti riadhah bersama remaja termasuk melalui aktiviti aktif Unit Amal.

Sokongan anak muda terhadap PAS pada pilihanraya yang lalu adalah berasaskan persepsi anak muda yang berubah terhadap PAS terutama melibatkan beberapa isu major yang dinyatakan tersebut, bukan semata-mata disebabkan PAS banyak beriadhah.

PAS perlu proaktif meneliti dan mengamat isu belia dan sosial. Belia dan sosial perlukan perhatian dan tunjuk ajar dari PAS. Masyarakat marhain perlukan pembelaan PAS dalam banyak isu. Lihat sahaja bagaimana aura isu minyak dan rentetan momentum demostrasi BERSIH yang inginkan keadilan berpilihanraya. Dua momentum ini termaktub juga dalam senarai 10 isu major yang dikaji oleh Zentrum Future Study.

Inilah fokus utama terhadap belia jika PAS ingin terus relevan. PAS sebagai ‘Duta Penyelamat dan kasih sayang’ pada PRU yang lepas cukup memberi kesan kepada rakyat baik yang tua mahupun anak muda. Aktiviti PAS sebagai penyalur harapan disamping memacu isu-isu besar di arus perdana adalah dua sinergi kekuatan PAS dalam pilihanraya dahulu dan semestinya 2 sinergi ini juga memaut sokongan anak muda sebelum ini.

Keheningan sokongan mereka dalam soal selidik rawak Zentrum Future Study adalah disebabkan beberapa isu polemik da kontroversi yang melibatkan PAS dan Pakatan Rakyat, bukan disebabkan PAS sudah kurang bersama anak muda. Penerangan perlu diperhebatkan dan anak muda amat bencikan hipokrasi atau kepura-puraan dalam penerangan yang bakal PAS jalankan.

Yang paling utama sekali ialah operasi PAS memperkenalkan perjuangan holistiknya terhadap remaja dan belia. Cara memperkenalkannya pelru dibezakan antara strata umur 21-30 serta 30-41 tahun. Jika dikatakan anak muda tidak kenal PAS, ianya benar kerana PAS masih berusaha memperkenalkan amalnya kepada anak muda. Proses ini sedang berjalan dan perlu diperhebatkan. Anak muda menyokong PAS mendadak pada PRU yang lepas bukan disebabkan ‘kenal PAS’, sebaliknya dimanipulasikan oleh isu negara. Inilah realitinya.


Khamis, 12 November 2009

HASSAN ALI BAKAL DIPECAT ?


Selepas Seminar Politik selesai dengan resolusi dihasilkan, kini pemerhati politik terarah ke topik yang lain pula iaitu hasil siasatan Badan Disiplin PAS yang diketuai oleh Dato Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Pengerusi JK Disiplin PAS. Masing-masing ingin melihat hasil siasatan. Paling utama barangkali mereka ingin tahu nasib PJ Selangor yang juga Exco Kerajaan Selangor.

Bagi yang "anti" Hasan Ali, tentunya ingin melihat karier Hasan Ali berakhir. Kena gantung atau dipecat sebagai PJ. Bagi yang"pro" pula, berdoa agar PJ Selangor ini bebas dari tindakan disiplin. Anda pula bagaimana?

Melihat cara Pengerusi JK Disiplin menjawab soalan media, nampaknya kes ini "tersangkut" juga. Dengan makna Hasan Ali kena jawab "benarkah tuduhan ini dan kena bela diri." Kalau mengikut "tatacara mahkamah", apabila suspek diarah bela diri, ini menunjukkan kena nafi dengan hujah yang menyakinkan hakim.

Mengenang kembali Sirah Rasulullah. Ketika Ghazwah Tabuk, beberapa Sahabat tidak menyertai peperangan tersebut kerana kelalaian dan mereka mengaku salah atas kesilapan mereka. Bukan mencipta alasan seperti golongan munafik. Mereka bertiga adalah Kaab bin Malik, Hilal bin Umayyah dan Murarah bin Rabi'.

Rasulullah menerima pengakuan mereka dan meminta orang Islam memulaukan mereka bertiga hingga Allah Taala memberi keputusan dengan penurunan wahyu.

Kaab bin Malik menerima ujian yang hebat. Dalam tempoh pemulauan itu, Raja Ghassan yang berugama Nasrani melalui wakilnya berjumpa Kaab. Menawarkan kemewahan dan jawatan kepada Kaab. Iman Kaab begitu tinggi hasil tarbiyyah Rasulullah. Kaab membakar surat tawaran itu dan menganggapnya satu malapetaka ke atas dirinya.

Nah! Cantiknya kisah ini untuk direalisasikan dengan keadaan hari ini. Seandainya Dato Hasan Ali melakukan kesalahan, beliau patut mengaku salah dan terima apa saja hukuman parti dengan hati terbuka. Seandainya Badan Disiplin PAS mendapati beliau tidak bersalah, golongan yang "anti" beliau perlulah terima keputusan tersebut.

Penyokong sejati PAS adalah mereka yang mempunyai perasaan :

i) Mereka merasai sedih seandainya Hasan Ali bersalah. Tiada sekelumitpun perasaan gembira jauh sekali perkataan "padan muka". Mereka berdoa Hasan Ali tetap dengan pendirian bersama PAS walaupun dijatuhi hukuman berat. Mereka berharap beliau terima hukuman tersebut dengan perasaan terbuka dan redha.

ii) Mereka bersyukur seandainya Hasan Ali bebas dari tindakan tatatertib.

Hanya golongan munafik yang berasa gembira sekiranya Dato Hasan Ali didapati bersalah ataupun bebas dari hukuman. Mengapa ? Bukankah kerja mereka mengadu dombakan antara sesama pejuang Islam. ?

Sebenarnya kes seperti inilah kita boleh mengenal musuh dalam lipatan, munafikin. Bacalah dalam blog-blog mereka. Kata-kata mengeji pimpinan TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi tertulis dalam blog mereka. Maki hamun, adu domba dan kata-kata jelek terkandung dalam blog mereka.

Peliknya, kadang kala blogger yang pro PAS tanpa segan silu mengutip "sampah busuk" ini untuk disiar dalam blog mereka.

Kita tidak menganggap TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi maksum. Kita juga tidak mahu blogger memuji melangit PAS. Tetapi kita mahu teguran dengan bahasa yang sopan dan beradab. Bukan maki hamun dengan bahasa kurang ajar.Kepada Dato Hasan Ali, jaga diri anda dari "jelmaan semula" wakil Raja Ghassan!

Mampukah PAS dipandang mulia dan menjadi penyelamat ?


Oleh : Tok Pepijat

Perjuangan PAS adalah Islam. Islam itu adalah penyelamat. Islam itu adalah keamanan dan pendamaian.

Selepas 13 Mei 1969, Kerajaan Persekutuan pimpinan Tun Razak mengajak PAS menyertai kerajaan campuran yang di namakan Barisan Nasional. Demi perpaduan dan keamanan, PAS menyertainya. Di kala itu PAS tidak melihat perkara yang bakal berlaku di masa depan. Apatah lagi prasangka buruk terhadap UMNO/BN. Semuanya dipandang positif dan baik oleh PAS. Yang penting rakyat selamat dan sejahtera.

Walaupun cita-cita PAS untuk tegakkan hukum hakam Allah sedikit terganggu dan tidak lancar, PAS sanggup korbankan "masa perjalanan itu" bukan korbankan prinsip ! Semuanya demi negara dan rakyat. Apatah lagi dikala itu negara berada diambang kemuncak perkauman dan ancaman komunis.

Akhirnya PAS ditendang keluar bagai anjing kurap. Bermula dari tarikh itulah PAS memulakan perjuangannya dengan "zero". Pelbagai pahit maung dialami. Tragedi Memali, Operasi Lalang, Tragedi Lubuk Merbau, penarikan permit Harakah dan 1001 kezaliman.

Itu belum lagi dengan penghantaran "hijrah" penyokongnya ke kawasan pendalaman samada sebagai guru maupun sebagai pegawai kerajaan.

PAS juga mengalami proses "pemutihan". Ramai pembesarnya gugur di perjalanan perjuangan. Nama-nama besar seperti Dato Asri, Datuk Nakhaei antara yang gugur. Oleh kerana perjuangan PAS bukan atas dasar peribadi dan individu tetapi Islam , maka PAS tetap gagah dan utuh. Hanya Allah Taala sahaja yang boleh "mentalqinkan" PAS ! Bukan makhlukNya.



Selepas PRU 12 2008, PAS juga mengalami ujian yang dahsyat. Terutama di Perak dan Selangor. Diumpan dan digoda dengan pangkat jawatan. PAS Selangor dan Perak berada di 2 persimpangan. Samada terima tawaran ataupun patuh kepada perjanjian. Hebatnya godaan itu ke peringkat jawatan MB dan kebenaran laksana hukum syariat!

Alhamdulillah PAS patuh kepada perjanjian walaupun dengan parti sekular PKR dan DAP. Langkah PAS ini mirip dengan apa yang telah Rasulullah lakukan dalam Perjanjian Hudaibiyah. Dikala Umar dan umat Islam agak kecewa dengan perjanjian itu yang mana seolah memberi kelebihan kepada Musyrikin Mekah, Rasulullah memberi harapan kepada Umar bahawa kemenangan Islam sudah hampir, Penaklukan Kota Mekah. Berduyung-duyung manusia memasuki agama Allah.

Mungkin kita melihat, PAS kerugian kerana patuh kepada perjanjian dengan PKR dan DAP. Kita mungkin kerugian jawatan MB dan Exco sepertimana Rasulullah kehilangan Abu Bashir dan Abu Jandal dalam Perjanjiaan Hudaibiyyah.

Tetapi lihatlah di sana, jutaan rakyat Malaysia sedang menanti dan merindui kerajaan yang adil untuk memimpin Malaysia. Seperti ucapan Presiden PAS TG Haji Hadi Awang yang menyatakan kita yakni PAS adalah kerajaan yang menanti.

Kini rakyat Malaysia melihat, PAS adalah parti yang patuh dan setia pada perjanjian. Setia pada perjanjian antara ciri akhlak yang mulia. Bukankah akhlak yang mulia ini yang menyebabkan Islam dapat menguasai 1/3 dunia ? Islam menguasai hati-hati manusia bukannya dengan pedang tetapi dengan akhlak.

PAS dipandang mulia selagi setia dan patuh kepada perjanjian.

Ahad, 1 November 2009

Lawatan Kerja DPP ke Cawangan


















Malam tadi Dewan Pemuda Pas Temerloh turun padang ke Cawangan Paya Pulai.Lawatan kerja ini bertujuan untuk bertemu pemuda2 di cawangan.Walaupun kehadiran Orang tua lebih ramai drpd pemuda, namun pertemuan ini sedikit sebanyak akan dapat mengeratkan lagi ukhwah dan dapat mengenali dgn lebih rapat antara AJK dan pemuda di Cawangan.Walaupun Ketua Pemuda, Ustaz Jauhari tidak dapat hadir kerana ada program di Kedah, namun Timbalan KP bersama saf pimpinannya dapat mengisi program mlm tadi dgn sempurna.

Jumaat, 30 Oktober 2009

Kita Jangan Jadi "Lebih Kuah Dari Sudu"!


Oleh : PaipPecah

Alhamdulillah, akhirnya selepas lama diasak berita dan fitnah, para pimpinan mencapai persetujuannya. EGM tiada lagi disebut bahkan Seminar Pemerkasaan Parti akan diadakan pada 7 November 2009 ini.

Seingat saya, sebelum ini tarikh tersebut dijadualkan program taklimat isu semasa oleh Lajnah Penerangan PAS Pusat. Apapun, tahniah kepada pimpinan kerana segera mengambil tindakan, walaupun pasti ada 'rumah siap pahat berbunyi'.

Baru-baru ni, Mantan PM Dr Mahathir memberi komen mengenai teguran TGNA. Maka, dikatakan TGNA dah nyanyuk sepertinya dan dinasihati bercuti dari pentas politik. Nak tergelak pun ada bila mendengarnya. Sebab pertama, dia mengaku dia dah nyanyuk. Kedua, nasihat bercuti dari politik. eh, diri sendiri mengaku nyanyuk pun masih nak campur politik, tiba-tiba nak nasihat orang lain pulak.

Bab nyanyuk ni, secara bahasa yang difahami, macam dah tahu beza betul salahnya. macam orang nyanyuk. semua perbuatannya samada mengundang kemarahan orang atau membuatkan orang berasa gelihati menyaksikannya. Kekadang perbuatan mereka menjijikkan malah menakutkan.

Berbalik kepada pandangan DrM, bagi saya antara faktor TGNA mengeluarkan kanyataan keras mungkin disebabkan emosi berfaktorkan umur dan kesihatan yang semakin uzur. Kesilapan boleh berlaku kepada pemimpin tapi kenyataan NYANYUK kepada TGNA amat tidak sesuai dan mungkin suatu bentuk penghinaan kepada beliau.

Usah kita pula yang mungkin tidak menyenangi cadangan TGNA, berlebih-lebih pula mempertikaikannya bahkan melabelkannya nyanyuk seperti DrM. Cuba kita perhatikan susuktubuh TGNA dari dulu hingga kini. Bila TGNA bercuti rehat seperti pemimpin UBN? Rehat tubuhnya hanya ketika solat mengadap Ilahi, menziarahi rumahNya dan makam Nabi. Fikirannya sentiasa fokus untuk mendaulatkan kalimah Tiada Tuhan Selain Allah.

Kelmarin, ketika sedang minum petang bersama ramai teman, ada seorang sahabat yang saya kira sudah melampaui etika dan adab seorang ahli dan pemimpin parti Islam. Cara dia mempertikaikan Pimpinan seperti dia seorang sahaja yang betul dan bijak.

Sebelumnya, saya tak pasti adakah dia seorang pimpinan, tapi dari bisikan seorang teman, dia seorang pimpinan di kawasan, negeri dan pusat. Fuh! Hebat! Patutlah cakap ada tinggi sikit. Sampai tak cukup 2 tangan, tunjuk sana sini.

Yang menjelikkan bilamana dia bercerita tentang apa yang berlaku dalam mesyuarat. Tak pasti pula mesyuarat kawasan, negeri atau pusat. Dia dengan bangga menceritakan bagaimana dia bersilat dan berhujjah. Pandangan saya, dia memang punya ketokohan tapi dia tidak ada kebijaksanaan.

Doa saya, semoga semua yang cintakan perjuangan Islam ini agar sentiasa berhati terbuka, tenang dalam situasi tegang, bertindak pantas dan tepat pada masanya. Semoga Allah menjauhkan diri kita dari sifat 'lebih kuah dari sudu'.


Selasa, 27 Oktober 2009

EGM : Antara Persepsi dan Prejudis


Oleh : PaipPecah

Salam ukhwah, sudah lama rasanya saya tidak menulis dan memberi komentar dalam blog kesayangan Pemuda Temerloh ini. Apatah lagi blog ini nampaknya sudah tiada tenaga, tiada motivasi dan tiada penggerak. Entahlah, kalau dpp sudah tidak beraktiviti.

Walaupun begitu, hari ini para pejuang agama Allah khususnya ahli PAS telah melahirkan perasaan kurang selesa ekoran isu terbaru yang melibatkan 2 tokoh ulama dan umara dalam PAS. TG Nik Aziz sebagai Ulama juga Umara Kerajaan Kelantan. Begitu juga TG Hj Hadi sebagai Ulama dan pernah menjadi Umara Kerajaan Terengganu.


Cadangan untuk mengadakan EGM memang nampak mudah bagi para pengkritik terutama blogger. Kata sahabat saya; kalau PAS berani, buat ajela EGM, apa payohnye? Saya tidak menyalahkannya kerana jahilnya beliau tentang perlembagaan PAS.

EGM memang mudah dilaksanakan, cuma apa tajuknya? Nak pecat Dato' Pa? Jawatan Setiausaha Agung adalah lantikan Presiden, kalau tak nak, pecat aje. Nak pecat Dato' Hasan Ali? Jawatan PJ Selangor adalah lantikan Presiden, kalau taknak, memadai AJK pusat putuskan agar dia dipecat.

Melainkan.... Tukar Presiden! tapi ini lagi mudah, tak perlu EGM, saya percaya TG Hj Hadi sendiri akan letak jawatan kalau tajuk EGM untuk tukar Presiden. Namun, siapa percaya perkara ini akan berlaku? Masya Allah, Subhanallah.

Allah swt berfirman yang bermaksud; "Apakah manusia merasakan dirinya akan dibiarkan sahaja berkata: Kami telah beriman. Sedangkan mereka masih belum diuji dan dicuba (dengan ujian dan cubaan).

Nah, para pendukung dan pejuang agama sedang diuji dan dicuba dengan permainan licik politik musuh. Perlu diingat, sejarah telah membuktikan perbalahan antara pemimpin Islam dahulunya, berpunca dari para munafiqin yang menyelusup ke dalam gerakan Islam.

Para pemimpin hari ini juga perlu lebih berhati-hati dengan mereka disekeliling. Mereka perlu lebih berwaspada, usah mudah bersangka baik dalam sepak terajang politik. Sikap tegas dan tenang mesti ada, mungkin baik bagi kita, tidak baik untuk jemaah, begitu juga mungkin tak baik untuk kita, tetapi amat baik kepada jemaah.

Kepada kita semua, usah tambah lagi gula dalam madu, usah lagi tambah cili dalam sambal, tak perlu tambah lagi petrol ron 96 ke dalam api yang sedang marak. Beristighfar lah wahai sahabat semua...

Isnin, 26 Oktober 2009

KURSUS MEMBINA BLOG

Kursus membina blog ini mendapat sambutan yg menggalakan dari seluruh negeri pahang.Dewan Pemuda Pas Temerloh tidak ketinggalan menghantar wakil utk mengikuti kursus ini.Semuga selepas ini Blog ini lebih ceria dan sentiasa di update.



Setiausaha DPP Temerloh mengadakan kenduri Aqiqah di Kg Paya Dalam.Ramai Pimpinan Pas yg hadir dlm majlis ini.




Jumaat, 16 Oktober 2009

2 PASTI BARU AKAN DIBUKA 2010


Sambutan masyarakat terhadap PASTI atau Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam di Daerah Temerloh semakin baik dan menggalakkan apabila 2 buah PASTI lagi akan dibuka. Salah satunya di Kg. Paya Kemuning, Jalan Bahagia. Manakala satu lagi di Taman Tualang Indah, Mentakab.




Ahad, 11 Oktober 2009

OPEN HOUSE MGP



Majlis Guru2 Pasti Kawasan Temerloh mengadakan sambutan Aidilfitri Petang tadi bertempat di Pejabat Pasti Negeri Di Taman Indera.Turut dijemput ialah Ajk Dewan Pemuda.Memang best kerana ada SATAY, Mee Kari dll.Terima kasih kerana menjemput kami utk menerangkan kuih muih yg ada.Apapun inilah antara cara utk mengeratkan lagi silaturrohim antara kita.




Rabu, 23 September 2009

Salam Aidilfitri dan salam PRK


Kami krew di Blog Dpp Temerloh mengucapkan selamat menymbut Aidilfitri kepada semua pengunjung,maaf zahir dan batin diatas segala kesalahan dan kekurangan dari kami di sepanjang kelahiran blog ini.Harapan agar kita semua mendapat manfaat dari tarbiyah Ramdhan yg telah kita lalui selama sebulan.Kisah Badar Qubra yg berlaku di bulan puasa itu menjadi pembakar semangat utk kita terus memperjuangkan kebenaran dimana sahaja kita berada.
Prk yg akan berlaku di Bagan Pinang tak berapa lama akan kita jadikan sebagai mimpi ngeri buat BN, insyaallah.
Barisan Nasional ni sebenarnya tidak boleh lagi di REFORMAT, jalan terbaik bagi rakyat ialah menggantikan saja dengan Barisan baru yg lebih MESRA RAKYAT.Tinggalkan saja BN yg MESRA KRONI dan MESRA RASUAH tu!
Program terdekat di Temerloh ni ialah Jamuan Raya sempena hari raya dan ceramah serta solat hajat sempena Pilihanraya Bagan Pinang yg tarikh tempatnya akan kita umumkan secepat mungkin.Harapan kami agar semua program yg kita atur mendpat kerjasama dan penyertaan dari semua pihak.


Ahad, 13 September 2009

PROGRAM RAMADHAN

Malam tadi Dewan Pemuda melakukan kunjungan ke Felda Bukit Damar.Inilah julung kali kami berkunjung disini.Rombongan yg di ketuai oleh Timbalan Ketua Pemuda ini dimulai dgn berbuka puasa bersama dgn hidangan istimewa "Nasi Arab".Kemudian program suaikenal dijalankan sebelum solat isya` dan Tarawih.Selepas itu sedikit tazkirah disampaikan oleh Pengerusi Lajnah Tarbiyah DPP, Ustaz Shukri Shuib.Semuga dgn program Pembuka Jalan ini akan menyusul program2 yg lain, insyaallah.
Sementara pagi tadi Qiamullail anjuran Pemuda telah diadakan di Surau Darul Izzah, dan Tazkirah Subuh disampaikan oleh Ketua DPP, Ustaz Jauhari Ishak di Masjid Temerloh Jaya.

Program Ihya` Ramadhan DPP diadakan bertempat di Tapak Pasar Malam Taman Temerloh Jaya.Bermula disebelah petangnya dgn Sumbangan yg disampaikan oleh YB Kuala Semantan.Program diteruskan dgn solat Maghrib, Tahlil Perdana, Solat Isya`. Tarawih di pimpin oleh Ustaz Shahril Azman Al-Hafiz seterusnya menyampaikan tazkirah.Program tidak berhenti setakat itu sahaja, pagi esoknya Qiamullail dan tazkirah Subuh dipimpin oleh Ustaz Shukri Shuib.

Persediaan utk jamuan seekor lembu malam nanti.



Tahniah kpd S/U DPP, kerana menambah koleksi cahayamata. Kelihatan "Belah Mulut" dilakukan oleh Pengerusi Lajnah Tarbiyah DPP.



Selasa, 1 September 2009

Apakah yang dimaksudkan dengan RON sebenarnya?


RON merupakan ringkasan dari RESEARCH OCTANE NUMBER. Octane number ini ialah ketahanan minyak tersebut sebelum ia meletup atau dengan kata lain dinyalakan. RON97 bermakna minyak ini lebih tinggi ketahanannya berbanding dengan RON95 atau RON92.

RON yang tinggi dicipta untuk mengelakan berlakunya nyalaan pramatang dan pada asalnya diciptakan untuk kereta yang berkuasa tinggi seperti kereta-kereta lumba dan sport.

Jadi, tidak bermakna menggunakan RON95 tidak bagus untuk kereta anda. Anda boleh periksa balik minimum RON yang diperlukan untuk kereta anda.Anda boleh cek sama ada model kereta anda sesuai atau tidak dengan RON95 dalam jadual dibawah :






Khamis, 27 Ogos 2009

ADUN Lunas gugur, Kulim exco baru


Sultan Kedah memperkenankan ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh, yang mengisytiharkan dirinya wakil bebas Ahad lalu, digugurkan daripada jawatan exco Kedah, berkuatkuasa semalam dan digantikan oleh ADUN Kulim dari PKR, Lim Soo Nee.

Titah perkenan Sultan Kedah itu juga diterima semalam, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Perkara ini telah dimaklumkan kepada Mohd Radzhi melalui pembantu peribadinya kerana beliau tidak ada di pejabat, dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri juga telah diarahkan untuk memaklumkan bahawa jawatan exco telah digugurkan mulai 25 Ogos," katanya dalam satu sidang media di Wisma Darul Aman, di Alor Star hari ini.

Ahad lalu, Mohd Radzhi yang juga exco pelancongan, pembangunan masyarakat dan sumber manusia, mengumumkan keluar dari PKR dan melepaskan semua jawatan dalam parti itu serta mengisytiharkan dirinya menjadi wakil rakyat Bebas selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti itu.

Sementara itu, Azizan berkata majlis angkat sumpah pelantikan Lim Soo Nee untuk mengisi jawatan exco yang kosong itu, akan diadakan minggu depan.

"Majlis angkat sumpah akan dilakukan minggu depan kerana ramai pegawai-pegawai masih berada di luar negara dan kita kena tengok masa Tuanku," katanya.

Pada 24 Ogos, Azizan menyembahkan surat kepada Sultan Kedah bagi memohon perkenan baginda supaya perkhidmatan Mohd Radzhi ditamatkan dan digantikan dengan orang lain.

Azizan berkata, pihaknya juga akan berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri sama ada akan melakukan penambahan atau perubahan portfolio exco berkenaan.

"Buat sementara, saya akan pegang portfolio itu (Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia), sebelum majlis angkat sumpah.

Sementara itu, Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim berkata pemilihan Lim untuk menggantikan Mohd Radzhi dibuat selepas mencapai persetujuan hasil perbincangan antara Menteri Besar dan Penasihat parti itu.

Katanya, pemilihan Lim juga mengambil kira faktor geografi kedudukan Lunas yang terletak berhampiran dengan Kulim.

Lim sedia terima

Sementara itu, Lim menyambut baik serta bersedia untuk menerima pelantikan sebagai Exco kerajaan negeri, walaupun tidak mempunyai pengalaman memegang jawatan penting seumpama itu sebelum ini.

Lim, 37, berkata, peluang itu akan digunakan sebaiknya untuk memperjuangkan hak-hak rakyat dan akan melaksanakan tanggungjawab berkenaan dengan penuh amanah.

"Saya sudah terima banyak panggilan dan SMS yang mengucapkan tahniah dan sangat menghargai kepercayaan menteri besar serta
penasihat parti yang memilih saya untuk menjadi exco negeri ini," katanya ketika dihubungi Bernama.

Lim juga berkata bahawa harapan beliau agar polisi yang diamalkan sebelum ini, iaitu sentiasa dekat dengan rakyat dapat diteruskan walaupun sudah memegang jawatan exco kelak.

"Walaupun saya tidak ada pengalaman jadi exco, saya akan tetap dengan polisi saya dan dasar-dasar yang tidak adil akan tetap saya bantah," katanya.

Sebelum majlis angkat sumpah diadakan minggu depan, portfolio yang dipegang oleh Mohd Radzhi akan diambil alih oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Dalam pilihan raya umum ke-12, Mac tahun lalu, Lim menewaskan calon BN, Lim Lee Choo dan calon Bebas, Khairul Anuar Ramli dengan majoriti 7,365 undi.

Lim, seorang kontraktor, mempunyai empat anak berusia antara tujuh dan 15 tahun hasil perkahwinannya dengan isteri, Woon Nyok Yen, 34. Bernama.

ASSALAMUALAIKUM WRT WBT