Selasa, 23 Februari 2010

LAGI GAMBAR-GAMBAR MENARIK MUKHAYYAM

Gambar setelah berjaya menerokai hutan dan pelbagai gua selama 4 jam

Apa yang disuluh tu? Banyak gambaran menarik yang terdapat di dalam gua.
Semuanya ciptaan Yang Maha Esa


Ketua Chef Bro Zul (berkopiah) sibuk menyediakan makanan malam.
"Bro! takkan kipas dengan papan bawang aje?"


YDP Ust Rahim sedang tekun menerangkan perjuangan PAS dulu dan kini.
Kelihatan para peserta terllau asyik mendengar sesuatu yang baru bagi mereka.

Berehat seketika apabila sedikit cahaya menembusi gua. Penat lelah dirasai.
Bagaiman agaknya Aisyah RA berkorban menghantar makanan kepada Rasulullah di gua Thur?


Acara menyanyikan lagu rasmi PAS di penghujug program.
"Selamatlah, Parti Islam melangkah ..."


Pemandangan dari dalam gua. Sembarangan kamera tak dapat ambik gambar ni.

Baru keluar dari gua paling gelap. Selesai slot 'Insafi Diri'.
Action depan 200 orang bakal cikgu UPSI. "Weh! Sapa tiup tropet tu?"

Dah dapai naik puncak bukit dalam gua. Apa? Kena turun curam pulak?
"Shaari! Cuba jauh sikit dari Hizam tu. Kita dalam gua ni!"

Post terakhir dari para peserta. Terima kasih daun keladi, lain kali buat lagi.
"Banyak canteek, weh! Sapa tak bayar yuran RM10.00 lagi ni?"
SU DPP : "Jangan lupa kemas balik khemah tu!"

ANTARA CIPTAAN ALLAH YANG MAHA AGONG


Sememangnya jauh berjalan, luas pandangan. Sebuah gua yang gelap gelita, namun tetap memberi petunjuk kejadian Yang Maha Esa.

Diperlihatkan di sini pemandangan menarik sepanjang penjelajahan DPP baru-baru ini.




MUKHAYYAM SYABAB BERJAYA HIMPUN 40 PESERTA


Gunung Senyum, 5 Feb 2010 : Awalnya hanya sekitar 25 orang yang barjaya hadir pada hari pertama program. Namun keesokannya, jumlah bertambah sehingga 40 orang peserta. Slot yang paling mencabar tentunya meredah hutan dan meneroka beberapa buah gua yang terdapat di sana. Pelbagai ragam peserta dapat disaksikan. Apa yang penting, kerjasama dan semangat berpasukan berjaya dibina ke dalam diri para peserta.

Saksikan gambar-gambar berikut :



Para peserta sedang ditaklimatkan mengenai tentatif dan keselamatan sepanjang program

Slot 1 : Motivasi Kerja Berpasukan Oleh En. Mazlan Mohd Yasin

Sedikit taklimat sebelum memulakan penerokaan hutan

Gua pertama yang diterokai... hati-hati

Khamis, 4 Februari 2010

Bila Terlajak Perahu...


Oleh : Dewan Pemuda PAS Temerloh

Tidak ada isu yang paling mencuri perhatian melainkan isu ketidakpuashatian Sdra. Abdullah Abdul Karim (AAK) terhadap keputusan JK Displin menjatuhkan hukuman kepada mereka yang telah diketahui umum.

Bagi mereka yang sempat membaca posting sebelum ini, tentu ada yang marah atau gelihati dengan ulasan PaipPecah. Namun, posting tersebut terpaksa dikeluarkan untuk menjaga maslahah jemaah. Tatapi, itulah politik. Kalau diri terlalu cengengeng, usah berada dalam kancah politik.

AAK orang Pahang bahkan orang Temerloh, tentu ramai yang menunggu respon DPP terhadap penulisannya yang dikira melampau oleh Dato’ Tuan Ibrahim, Pesuruhjaya PAS Pahang.

Ada sahabat AJK DPP memaklumkan beliau membalas sms dengan AAK. Akhir smsnya berbunyi lebih kurang, antara puluhan kenalan yang menghantar sms, hanya 2 orang yang menentangnya.

Sahabat AJK lainnya pula menghantar sms kepada saya meminta agar ditubuhkan JK Khas Kawasan untuk mengambil tindakan ke atas AAK. Bahkan hampir semua AJK DPPT hanya menggeleng kepala memikirkan tindakan melampau AAK.

Salah seorang Exco Pemuda Pusat yang ditemui DPPT mengatakan, ramai ahli dan penyokong mulai lupa bahawa PAS bukan sahaja sebuah parti politik bahkan juga sebuah gerakan Islam yang penuh dengan adab dalam perjuangan.

Terkadang ketika kita berpolitik, banyak perkara yang tidak diendahkan. Memang benar seperti yang dinyatakan oleh Prof. Dr. Supyan Husin ketika program Mukhayyam Tarbawi Qiadi di Gua Kota Gelanggi, Jerantut baru-baru ini.

Di dalam kerja jemaah, kita bukan sahaja perlu menilai diri tetapi yang paling penting menilai pasukan keseluruhannya. Usah mengharapkan Jemaah mengikut kemahuan kita, tetapi kitalah yang mesti larut di dalam Jemaah.

Selalunya, naqib usrah akan menekankan aspek patuh arahan pimpinan, akur keputusan Jemaah, sanggup mengorbankan perasaan diri demi perasaan sahabat lain dan banyak lagi, tapi bagaimana pula jika naqib itu sendiri gagal mengikuti pesanannya.

Ramai pimpinan di Pahang khususnya Temerloh, namun dimana mereka sekarang? Samada telah meninggal dunia [alfatihah], atau sedang menghabiskan usia dengan amalan peribadi. Sedangkan yang lain samada sengaja menyibukkan diri dengan perkara lain atau bertindak ikut suka dalam politik sempit yang hanya difahami mereka.

Bagi yang sengaja menjauhkan diri dari Jemaah, mereka mungkin tergolong dari golongan yang makan perasaan, kecil hati dan membawa diri jauh hanya kerana tidak berjaya mengawal politik dalaman. Maka, jika telah tercicir, selamat tinggal perjuangan.
Berbalik kepada isu AAK, DPPT amat terkejut apabila tamat dari program mukhayyam, kami digemparkan dengan isu AAK. Targamaknya AAK menuduh PJ dan Bekas PJ dengan tuduhan dan kata-kata yang menampakkan diri AAK tidak tahu budi bahasa. Tidak ada cara dan kata-kata lainkah?

Memang benar sebagai ahli atau penyokong, kita bebas mempersoalkan dan menegur pimpinan. Tapi adakah AAK tidak ada malu langsung untuk menghentam PJ AAK sendiri dengan lenggok bahasa yang kurang ajar?

Kerana itulah, sebagai gerakan Islam kita perlu sentiasa ditarbiah dengan usrah, liqa’ fikri, mukhayyam dan sebagainya untuk menguatkan jatidiri seorang pejuang. Kalau ahli dan pimpinan PAS hanya sibuk membicarakan kepentingan politik, beginilah contohnya.

Oleh itu, DPPT amat mengharapkan semua Pemuda agar iltizam dengan program parti samada politik dan tarbiah agar seiring dan menepati kualiti perjuangan yang diredhai Ilahi.

Ingatlah wahai pemimpin dan ahli PAS; kalau Nabi Muhammad hanya dambakan kekuasaan memerintah, tidak perlu baginda keluar berhijrah. Kalau kita HANYA pentingkan kemenangan di dunia, kita boleh pilih masuk PKR, DAP atau lainnya.

Khamis, 28 Januari 2010

CARUMAN DANA PRU-13 DPPT BERMULA


TEMERLOH JAYA, 27 FEB 2010 : DPPT bergerak selangkah lagi dalam usaha mempersiapkan jentera pilihanraya pemuda Parlimen Temerloh sesuai dengan slogan 'Temerloh Milik Kita'. Setelah berjaya menubuhkan jentera pilihanraya diperingkat Parlimen, Dun, Zon dan Peti Undi, kini DPPT merangka pelan kewangan yang mampu menghasilkan kekuatan prasarana yang cukup apabila Parlimen dibubarkan.


Malam tadi, setiap ketua hal ehwal zon menerima watikah perlantikan rasmi yang disempurnakan oleh Ustaz Jauhari Ishak selaku Ketua DPPT. Dalam ucapan ringkasnya, beliau mengucapkan tahniah kepada setiap pemuda yang sanggup menerima amanah perjuangan ini.

Terima kasih juga kepada jentera pilihanraya DPPT yang telah merangka pelan kewangan ini. Mudah-mudahan diri kita semua diberkati Allah swt dan moga amalan kita diterimaNya, tambahnya lagi.

Mesyuarat kali kedua Majlis Tindakan Pemuda Zon ini berjaya mengumpul muka-muka baru yang selama ini agak segan silu untuk bersama. Menurut Setiausaha DPPT, kami telah mencuba pelbagai cara untuk mereka merasakan kepentingan berada dalam satu perjuangan. Rasanya, ini adalah jalan terbaik untuk mereka dan semoga usaha ini berterusan dan mendapat petunjuk dari Yang Esa.

B'Muslim Akan Menubuhkan SAR


Akademi Belia Muslim Cemerlang atau ringkasnya B'Muslim dikatakan dalam proses mendaftarkan sebuah sekolah agama rakyat di Temerloh. Menurut pengerusinya, Ustaz Syukri Shuib pihaknya dalam proses perbicangan serius ke arah pendaftaran tersebut.

Sambutan masyarakat setakat ini amat menggalakkan dan semua pihak sedang mananti perkembangan ini dengan penuh minat, tambahnya.

B'Muslim sebuah pertubuhan bukan kerajaan atau NGO merupakan pertubuhan belia yang aktif menjalankan aktiviti pendidikan untuk semua peringkat umur. Antara aktiviti ialah ceramah agama di tapak pasar malam Taman Temerloh Jaya.

Suasana santai dekelilingi gerai makan cukup menghidupkan majlis. Para pengunjung yang hadir untuk makan malam dapat mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan luar dengan gaya yang tersendiri.

Antara kelainan yang ditampilkan oleh B'Muslim ialah persembahan nasyid sebelum ceramah bermula. Rata-rata pendengar yang hadir cukup terhibur dan berpuas hati dengan isi ceramah yang disampaikan.

Selasa, 26 Januari 2010

2010 : DPP Melangkah Penuh Waspada


DPPk mohon maaf kepada semua follower yang agak lama menanti update dari kami. Bukannya bosan mengadap PC mahupun LT, tapi waktu sehari hanya ada 24 jam. Tidak lebih tidak juga kurang. Seperti mati, tidak didahulukan atau dikemudiankan walau sesaat.

Tahun 2009, banyak kenangan sakit, suka, pahit, manis yang dilalui DPP. Teringat kata-kata akhir Dato' Pesuruhjaya ketika merasmikan Konvensyen ICT Pahang baru-baru ini, selepas beliau membacakan ayat terakhir surah alMaidah.

"Para petugas parti perlu banyak bersabar dan menyabari diri ketika melaksanakan tanggungjawab dan amanah jemaah. Tentu ada hati yang terasa, perasaan tertekan dan tidak puas hati, namun itu adalah adat dalam kerja berjemaah. Tentu ada pihak yang menekan dan tertekan. Satu pihak yang menggerak dan digerak."

Bila difikirkan, terkadang kita berada dipihak penggerak, maka kita mesti menggerakkan operasi atau program melalui arahan kepada pihak yang mesti digerak. Dalam proses itulah, terkadang kita lalai, leka atau tak ambil berat tentang arahan tersebut. Akhirnya pelaksanaan tidak seperti perancangan.

Entahlah, kata orang dalam kerja parti yang tidak bergaji ini, tak boleh nak paksa orang sangat. Mungkin betul. Tapi kalau kita tidak displinkan anggota parti hingga ramai yang tak ambil penting, jemaah juga yang rugi. Bila dah jadi macam tu, lebih ramai lagi yang tolong tunjuk orang ini tak pandai kerja, orang itu tak reti kerja.

Bila kita toleh ke belakang, ramai lagi ajk yang dipilih atau dilantik belum menggerakkan usaha ke arah memperkasakan parti. Kita lebih bersemangat membincangkan isu nasional dan dalaman parti. Kita jarang sekali nak mengaku 'saya tak cukup usaha bagi menguatkan parti'.

Dimana kita?? Maka, tahun 2010 DPP beriltizam menukar rentak langkahan dan strategi. Majlis Tindakan Pemuda Zon akan bermesyuarat sebulan sekali bagi membincangkan perancangan 2010 sehingga PRU13 nanti. Dana Pilihanraya 13 telah berrmula carumannya. DPP menjangkakan jumlah caruman sebanyak RM20,000 pada April 2011. Pastinya, jumlah itu masih belum cukup untuk penyediaan bahan kempen terutama untuk golongan muda.

Pembinaan Pelapis perlu dipergiatkan. Tenaga pilihanraya perlu diberi pengetahuan lebih mendalam. Pemuda di setiap lokaliti perlu dikenali dan dikembangkan prestasi mereka. Program ziarah perlu diperkerapkan. Aktivtiti kepemudaaan di setiap cawangan dan lokaliti juga perlu dipergiatkan. Itu semua mesti disegerakan jika kita semua punya cita-cita bertnding di parlimen Temerloh dan menang!!!

Kenapa Kite Dilarang Menggunakan Handphone Ketika Mengisi Minyak ?

Meh kite tengok ekspiremen sains kat bawah nie... untuk buktikan betapa bahaya nyer isi minyak sambil berbual atau sms pakai handphone...

sebelom tu, kite sediakan bahan2 serta alatan yang diperlukan... Iaitu :-

1. Kuali sebijik... cari yang leper tu...


2. Tiga bijik kad.. kad manila pon buleh.. tapi jangan pakai mycard, kad kredit ataupon kad ATM, mahupon sim card...

3. 1 rol kertas foil... kertas timah tu laa.... yang macam bungkusan kedua corn flakes tu laa...

4. Handphone sebijik... dan pastikan gak ade kredit...

5. Minyak petrol sikit.. kalo xnak beli kat stesen.... curik jer kat moto abang, ayah atau adik korang...

susun kad tadi lebeh kurang macam nie...

letak plak kertas foil tu atas kad tadi..

letak petrol ckit...

TIBA-TIBA

api menyala !!!
peringatan,anda dinasihatkan untuk tidak mengunakan handphone ketika di stesen minyak.....

Isnin, 11 Januari 2010

Program di sana sini

Konvoi bermotor Pemuda Pas bermula di Taman Temerloh Jaya.Seterusnya bergerak ke Kg Gajah mati di Mentakab.Gotong royong membersihkan Markas Pas Gajah Mati.Pihak Cawangan menyediakan makanan tengahari sebelum menunaikan solat Jumaat.
Kami solat Jumaat di Bandar Mentakab dan mengedarkan risalah disitu.Kemudian kami rehat santai dikedai makan seterusnya bermain Futsal.




Himpunan Pemuda Pas Sg Gau berlansung dlm suasana meriah dimulai dengan ucapan dari Ketua Pemuda Kawasan Temerloh,Ust Jauhari Ishak.Seterusnya Roti Canai Teh Tarik menjadi santapan bersama.Sambil makan sedikit penerangan program terdekat oleh Ketua Amal Sdr Hasanal,Ketua Kebajikan DPP, Sdr Zaaba dan Timbalan Ketua DPP,Ust Fairuz.
Antara slot yg menarik perhatian ialah tayangan LCD.


B`Muslim mengadakan Kem Cuti Sekolah berpusat di Taman Temerloh Jaya.Program diresmikan oleh Ustaz Jailani,penyelaras KAFA Negeri Pahang.Lebih Seratus Pelajar menyertai program ini.


Ustaz Bazli mengisi slot Motivasi Kem pelajar bertempat di Surau Taman Temerloh Makmur.Program bermula Maghrib dan berakhir selepas kuliah Subuh esoknya.


Antara Penyertaan istimewa ialah dari pemilik Motor Besar dalam Program bersama antara B`Muslim dan KAFA Masjid Temerloh.




Umrah dan Ziarah bersama Ketua DPP Temerloh,Ustaz Jauhari Ishak.Sesiapa yg berminat silalah menghubungi beliau.








Rabu, 16 Disember 2009

FUTSAL PIALA PESURUHJAYA PAS PAHANG

Dewan Pemuda Pas Pahang menganjurkan Kejohanan Futsal Piala Pesuruhjaya Pas negeri Pahang bertempat di Temerloh.Hampir 20 pasukan mengmbil bahagian mewakili setiap kawasan.Pertandingan berlangsung di dua gelanggang iaitu di bandar Temerloh dan di Kg Bukit Tingkat di Mentakab.




Ustaz Suhaimi Saad merasmikan Kejohanan Futsal menggantikan Dato` Tuan Ibrahim yg tidak dapat hadir.Beliau menekankan betapa sukan memang digalakan dlm Islam, tetapi mestilah semuanya menurut peraturan yg telah di tetapkan.


Para pemain mendengar ucapan perasmian.Kejohanan ini turut menerima penyertaan dari Kelab Penyokong Pas kaum India.



Pertandingan sedang berlangsung diantara Pemuda Pas Temerloh melawan Maran di Gelanggang Futsal Kg Bukit Tingkat, Lubuk Kawah.

Selasa, 24 November 2009

Santai Seni "Roti Canai Teh Tarik"


Sabtu, 21 Nov 2009, 5.00 pm, Tapak Pasar Malam Taman Temerloh Jaya : Program Mega PAS Kawasan Temerloh "Jom Sertai PAS" telah dimulakan dengan program DPP Santai Seni 'Roti Canai Tah Tarik' dengan tema 'Orang Muda Geng Kita'.

Satu kelainan dari program sebelum ini, DPP tampil lebih santai dan mesra orang muda dalam program tersebut. Kehadiran yang agak baik memandangkan cuaca mendung hampir hujan sepanjang program berlangsung. Namun dek kerana kesungguhan ajk DPP dan artis undangan, keseluruhan program berjalan dengan jayanya.

Saksikan gambar-gambar menarik pada hari tersebut...








Anak Muda & PAS terus Relevan


alBanjari

Ramai ahli PAS terutama daripada kalangan pemuda terkejut atau terkesan dengan pendedahan Dr Abu Hassan Hasbullah berkenaan kemerosotan sokongan anak muda sebanyak 70% terhadap PAS. PAS juga diramalkan bakal kalah dalam PRU ke-13 berdasarkan beberapa bukti emperikal.

Apa yang saya lihat daripada pelbagai reaksi spontan para pemuda, ada yang menolak mentah saranan agar pemuda PAS meneliti sudut cerapan politik persepsi yang kini mendominasi arena politik dunia.

Ada juga yang pada awalnya ‘merah telinga’ namun akhirnya akur dengan persepsi masyarakat terhadap PAS serta berusaha membangunkan beberapa aktiviti segera untuk mengatasi masalah ini.

Namun begitu, pada pandangan saya, terdapat terlalu banyak suara yang terus melihat aktiviti ‘orang muda’ hanya sekadar berekreasi atau beriadah seolah-olah muda mudi di luar parti hanya inginkan reakreasi dalam PAS. Benar budaya hedonisme telah menyelimuti rakyat Malaysia dengan pelbagai hiburan melampau. Namun jika sokongan anak muda dikatakan menaikan PAS pada PRU-12, adakah pada waktu sebelum Mac 2008, PAS banyak melakukan aktiviti riang-ria bersama muda mudi sehingga PAS menang besar?

Saya tidak melihat dengan hanya mengadakan Futsal, XPDC, berkhemah, bermotor konvoi sahaja berjaya menarik kembali sokongan anak muda. Anak muda ‘hening’ dengan PAS adalah disebabkan isu.

Malah walaupun Dr Abu Hasan menyatakan skala umur yang mula hening dengan PAS adalah sekitar 21-40 tahun, pada pengamatan saya skala umur yang benar-benar memberi dampak kepada kemenangan PAS pada PRU-12 adalah sekitar umur 31-40.

Skala umur inilah yang mengubah haluan mereka untuk menyokong Pakatan Rakyat di sebabkan oleh beberapa isu major yang berlaku. Skala umur ini boleh dikatakan matang dan selesa berada dalam arena politik. Skala umur ini juga bukanlah muda mudi yang perlu dilayani dengan Futsal dan aktiviti konvoi motor semata-mata.

Dalam 21000 orang respondan yang dilakukan soalselidik oleh Zentrum Future Study antara isu major yang menyebabkan peralihan undi ialah, Rasuah (Korupsi) dan Kronisme sebanyak 3327 orang menyokong. Isu Menghalang kebebasan bersuara sebanyak 2673. Isu Penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dipilih oleh 2411 respondan. Isu Ketidakcekapan pengurusan sumber kekayaan seperti petroleum pula sebanyak 2309 undi, manakala isu Pemimpin yang tidak amanah, tidak cekap dan pentingkan diri sendiri sebanyak 2304 undi. (Analisis “Strata Ketidakpercayaan Terhadap Barisan Nasional” - jumlah 10 pilihan masalah paling utama per 21000 responden).

Isu di atas tidak banyak mempengaruhi belia sekitar umur 20an sebaliknya ia cukup berkesan terhadap individu berumur 30 ke atas yang telah bekerja dan berkeluarga. Lantaran itu, bagi PAS di Perak umpamanya, untuk menangani undi anak muda, perlu diadakan strategi jangka pendek serta jangka panjang. Hal ini kerana Pilihanraya kecil boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Bagi strategi jangka pendek semestinya isu yang membelenggu belia sekitar umur 31-40 diutamakan (kerana umur inilah yang banyak mempengaruhi undi PAS) dan program memperjelaskan ‘apa itu perjuangan PAS’ perlu diperlanjutkan.

Bagi strategi jangka panjang pula barulah diteruskan dengan aktiviti mengikat tunas muda yang bakal aktif berpencak di arena politik seperti golongan berumur 19-21 tahun serta 21-30 tahun.

PAS telah lama mendekati remaja dan PAS telah berusaha mendidik anak-anak seawal umur 5 tahun melalui PASTI. Pemuda PAS telah lama mengadakan aktiviti riadhah bersama remaja termasuk melalui aktiviti aktif Unit Amal.

Sokongan anak muda terhadap PAS pada pilihanraya yang lalu adalah berasaskan persepsi anak muda yang berubah terhadap PAS terutama melibatkan beberapa isu major yang dinyatakan tersebut, bukan semata-mata disebabkan PAS banyak beriadhah.

PAS perlu proaktif meneliti dan mengamat isu belia dan sosial. Belia dan sosial perlukan perhatian dan tunjuk ajar dari PAS. Masyarakat marhain perlukan pembelaan PAS dalam banyak isu. Lihat sahaja bagaimana aura isu minyak dan rentetan momentum demostrasi BERSIH yang inginkan keadilan berpilihanraya. Dua momentum ini termaktub juga dalam senarai 10 isu major yang dikaji oleh Zentrum Future Study.

Inilah fokus utama terhadap belia jika PAS ingin terus relevan. PAS sebagai ‘Duta Penyelamat dan kasih sayang’ pada PRU yang lepas cukup memberi kesan kepada rakyat baik yang tua mahupun anak muda. Aktiviti PAS sebagai penyalur harapan disamping memacu isu-isu besar di arus perdana adalah dua sinergi kekuatan PAS dalam pilihanraya dahulu dan semestinya 2 sinergi ini juga memaut sokongan anak muda sebelum ini.

Keheningan sokongan mereka dalam soal selidik rawak Zentrum Future Study adalah disebabkan beberapa isu polemik da kontroversi yang melibatkan PAS dan Pakatan Rakyat, bukan disebabkan PAS sudah kurang bersama anak muda. Penerangan perlu diperhebatkan dan anak muda amat bencikan hipokrasi atau kepura-puraan dalam penerangan yang bakal PAS jalankan.

Yang paling utama sekali ialah operasi PAS memperkenalkan perjuangan holistiknya terhadap remaja dan belia. Cara memperkenalkannya pelru dibezakan antara strata umur 21-30 serta 30-41 tahun. Jika dikatakan anak muda tidak kenal PAS, ianya benar kerana PAS masih berusaha memperkenalkan amalnya kepada anak muda. Proses ini sedang berjalan dan perlu diperhebatkan. Anak muda menyokong PAS mendadak pada PRU yang lepas bukan disebabkan ‘kenal PAS’, sebaliknya dimanipulasikan oleh isu negara. Inilah realitinya.


ASSALAMUALAIKUM WRT WBT