Rabu, 3 Mac 2010

DIMANA AYAHKU DIHUJUNG MINGGU?


Mungkin ini antara persoalan yang ditanya oleh anak-anak jika ayahnya tiada. Entah apa pula jawapan yang diberikan oleh ibunya. Yang pasti, ayahnya tiada di rumah untuk diajak berbual atau diadu masalah. Mungkin juga untuk mengajak ayahnya bersiar-siar atau menziarahi sanak saudara.

Bagi ajk DPP, tentunya anak-anak masih kecil dan ibunya masih muda. Banyak kehendak yang perlu diberi layanan sebaiknya. Bersetuju atau tidak, hati mereka perlu diberi kefahaman akan tanggungjawab dan amanah perjuangan.

Emosi perasaan mereka perlu disemai dengan iltizam berjemaah. Sememangnya, inilah antara ujian yang perlu dihadapi oleh semua pejuang. Antara perjuangan dan keluarga. Sebelum ini istilah pengorbanan hanya satu ungkapan ketika pertemuan usrah ketika belajar dulu-dulu. Tapi kini ia berada dihadapan mata dan hati.

Kalau dulu, kita selalu mendengar pimpinan pelajar melaungkan MEHNAH DAN TRIBULASI DALAM PERJUANGAN, tapi di mana mereka hari ini? Masih sibuk dengan urusan kerja dan keluarga?

Entahlah, sukar untuk memberikan jawapan bagi pihak orang lain. ALHAMDULILLAH, Allah masih memilih kita diantara hamba-hambanya yang memperjuangkan agamaNya. Moga tidak dialihkan hati ini kepada kesibukan dunia dan isinya.

Mungkin kalau kita tanya akal, tentu kita mesti pentingkan keluarga. Namun Iman memberikan jawapan sebaliknya. WALLAHU A'LAM.

up : Kami dedikasikan lagu ini buat semua isteri dan anak-anak ajk DPPT dan para pejuang.

">SENANDUNG ANAK PEJUANG

Pada Kelembutan Seraut Senyuman
Pada Kelunakan Tutur Perkataan
Ada Terlukis Warna Kerinduan
Tarkenang ayah jauh di rantauan

Ayah selalu menghilang diri
Tinggalkan ibu mengbilang hari
Terkadang tiada khabar berita
Namun ibu tak pernah berduka
---------------------------------------
Sesekali hati rasa cemburu
Melihat teman semuanya berayah
Bermanja bermesra kasih berpadu
Hidup gembira tiada gundah

Tidak tertahan menanggung rasa
Kepada ibu segera bertanya
Ke manakah ayah sekian lama
Hingga kini belum menjelma

Ibu tersenyum di dalam sayu
Senyumnya pudah tiada indah
Mungkin batinnya berlagu sendu
Bila anak rindukan ayah

Nada memujuk ibu menjawab
Tuturnya lembut penuh hikmah
Ayah pergi ke medan jihad
Mencegah mungkar menegakkan yang hak
---------------------------------------------
Oh Ayahku, seorang pejuang rupanya
Aku rasa bertuah, takkan ku kesali takdir ini
Suatu hari nanti, bumi Allah ini akan bersih jua
Dari najis, mungkar dan dosa
Ayah tentu gembira, ayah tentu bersyukur
Oh ibu, biarkan ayah pergi
Jangan bekalkan ia dengan airmata, tapi dengan doa penuh jiwa
Ayah, akan ku jejaki setiap tapak langkahmu
Aku anak ayah, anak pejuang

Selasa, 2 Mac 2010

KELIRU @ MENIRU


Oleh: PaipPecah

Terima kasih kepada TG Presiden PAS di atas Lawatan Kerja ke Negeri Pahang pada 26 & 27 Feb 2010 yang lalu. Sememangnya kedatangan TG amat dinantikan untuk kami mendengar sendiri penjelasan berhubung isu terkini terutama keputusan JK Displin.

Pelancaran Gerak Tarbiah Peringkat Negeri Pahang di sebelah pagi dan Taklimat Khas Presiden di sebelah petang cukup melapangkan dada yang sebelum ini agak senak dengan pelbagai kenyataan dan pandangan.

Saya sebenarnya berhasrat untuk bertanya ketika sesi soaljawab selepas pembentangan kertas 2 oleh TG, tapi pengerusi pulak tidak memberi ruang untuk itu. Soalan saya boleh diibaratkan soalan 'orang baru hari ini kenal PAS' jika nak dibandingkan pejuang2 yang telah lama mendokong parti dan jemaah.

Sebagai anak muda yang mengenali PAS melalui usrah dan tarbiah, kita selalu ditekankan aspek adab-adab berjemaah. Wala' kepada keputusan jemaah, patuh kepada arahan pimpinan, berlapang dada dengan teguran, berkorban, berjihad dan sebagainya.

Persoalannya, adakah tiada ruang langsung untuk teguran terhadap pimpinan? Jawapan mudahnya, ADA TAPI KENA IKUT SALURAN. Masalahnya diperkatakan, saluran tersebut TERTAPIS dan TERSUMBAT. Maka kebusukannya tersebar kepada masyarakat dan rakyat.

Sejarah membuktikan khalifah Umar RA pernah diberi amaran oleh wanita tua dengan pedang. Hari ini pimpinan kita hanya ditegur dan dikritik melalui BLOG, itupun ditegah. Apakah pimpinan tidak mahu berlapang dada dengan kritikan?

Kepada mereka yang gemar mengkritik pula, saya cadangkan bersuaralah anda ketika Muktamar nanti. Kritiklah dihadapan Presiden dengan jelas, kerana wanita tua tadi berdepan dengan Saydina Umar RA.

Blog juga bagi saya adalah salah satu cara menyampaikan maklumat dan dakwah. Usahlah kita gunakannya untuk menegakkan hujah kita selepas pimpinan menolaknya. Seolah-olah mafhumnya, kita lebih tahu dan lebih betul dari keputusan jemaah. Pandangan kita lebih tepat dari keputusan jemaah.

Satu lagi, adakah tidak ada lagi sifat-sifat yang telah ditanam ketika usrah? Dimana sifat tersebut? Malangnya, ada naqib usrah yang lantang mempertikaikannya. Cukup kecewa jika para nuqaba' telah hilang apa yang mereka tekankan selama ini.

Sememangnya, bukan mudah mempraktikkan apa yang kita sendiri ucapkan. Kalau dulu, Naqib memberitahu BERKORBANLAH, Sesunguhnya pengorbanan paling besar ialah pengorbanan perasaan. Berlapang dada jika cadangan dan pendirian kita tidak diterima.

Nah, hari ini naqib itu juga seolah-olah terlupa dengan apa yang diucapkan. Sebagai anak muda tentu kami keliru dengan dua keadaan ini. Pandangan mana yang lebih baik dan perlu kami ikut? Atau ini membuktikan bahawa Pimpinan PAS tidak punya Wahdatul Fikri?

Namun Alhamdulillah, segala kekeliruan telah terjawab apabila saya keluar dari KIAS. Puas hati kerana semua penjelasan berasaskan hujah ayat-ayat cinta, Al-Quran & Hadis serta sirah Nabi dan para sahabat.

Kepada mereka yang tidak mendengarnya, usahlah MENIRU hujah orang lain, binalah asas kekuatan diri. Terkadang saya terfikir dalam isu ini, lebih baik KELIRU dari MENIRU!

Khamis, 25 Februari 2010

SEJARAH PERAYAAN MAULIDUR RASUL SAW.


Perayaan Maulidur rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir. Kerajaan Fatimah telah merayakan perayaan ini secara besar-besaran. Bukan hanya hari jadi Rasulullah saw sahaja yang dirayakan, tetapi juga ahli keluarga Nabi saw seperti Zainab, Hassan, Hussain ( r.a.). juga dirayakan. Bahkan mereka juga merayakan kelahiran Nabi Isa as.

Walaubagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 atas perintah Perdana Menteri al-Afdal Shahindah pada ketika itu yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer. Masyarakat berhenti merayakannya sehingga Al-Ma'moon Al-Bataani memegang kuasa kerajaan. Beliau telah yang memulakan kembali perayaan yang telah dihentikan sebelum itu.

Apabila Kerajaan al-Ayubbiah merampas kuasa, semua perayaan telah dihentikan. Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya dikalangan keluarga mereka di dalam rumah. Pada Abad ke 7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa'id Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen `Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil. Beliau merupakan seorang sunni. Muzafar mengambil berat akan perayaan ini sehingga memerintahkan agar persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin. Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan ini di dalam khemah yang telah didirikan itu.

Perayaan diadakan pada 8 Rabiulawal dan kadang-kadang 12 Rabiulawal. Sambutannya diisikan dengan pelbagai acara antaranya membaca sejarah Nabi (s.a.w.) sehinggalah kepada menghias binatang ternakan untuk disembelih kemudian diadakan jamuan besar-besaran.

Berkata Ibnu Haajj Abu Abdullah Al-Abdari, perayaan tersebut tersebar luas di seluruh Mesir pada zaman pemerintahan Putera Muzafar ini. Beliau menentang akan perayaan yang diadakan. Banyak buku telah ditulis mengenai perayan Maulidur Rasul ini antara penulisnya ialah Ibn Dahya, meniggal dunia pada 633, Muhy Ed-Deen Ibn Al-`Arabi, meniggal di Damascus pada 683, Ibn Taghrabik, meniggal di Mesir pada 670, dan Ahmad Al-`Azli dan anaknya Muhammad, meniggal di Sebata pada 670.
Oleh kerana amalan bid'ah yang banyak ketika perayaan itu, ulama'telah berbeza pendapat akan kebolehan merayakan Maulid Nabi ini. Pendapat pertama membolehkan perayaan ini manakala pendapat yang kedua mengatakan sebaliknya. Antara yang membolehkan ialah As-Siyooti, Ibn Hajar Al-`Asqalaani dan Ibn Hajar Al-Haythmi. Walaupun mereka bersetuju dengan perayaan ini, mereka tetap membangkang aturcara ketika Maulid itu(pada zamannya).

HUKUM MAULID

Seperti yang telah diketahui, perayaan Maulidur Rasul ini merupakan satu perayaan yang kontroversi. Ulama€' berbeza pendapat akan kebolehan perayaan ini. Kita sebagai masyarakat awam tersepit antara dua pendapat. Yang mana perlu kita turuti. Sedangkan kedua-dua belah pihak terdiri daripada ulama'-ulama' yang hebat dan tidak boleh ditolak lagi akan kewibawaan mereka. Di dalam artikel ini, akan dilampirkan kedua-dua belah hujah setakat mana yang mampu dikumpulkan. Melalui cara ini, kita dapat menilai sendiri yang manakah mempunyai hujah yang kuat. Dan insya Allah, kita akan berada di jalan yang benar.

HUJAH MEMBOLEHKAN MAULIDUR RASUL

Antara ulama yang menyokong akan Maulidur Rasul ialah Imam Jalaluddin Sayuti dan Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan.
Telah berkata Imam Jalaluddin Sayuti:
"Ibadat macam itu adalah bid'ah Hasanah (bid'ah baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia".

Dan berkata Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan:
³Telah berlaku kebiasaan bahawa orang apabila mendengar kisah Nabi dilahirkan, maka ketika Nabi lahir itu mereka berdiri bersama-sama untuk meghormati dan membesarkan Nabi Muhammad saw. Berdiri itu adalah hal yang mustahsan (bai) kerana dasarnya ialah membesarkan Nabi Muhammad saw dan sesungguhnya telah mengerjakan hal serupa itu banyak dari ulama-ulama ikutan umat.'

Berkata pula Syeikh Atiah Saqr:
'Saya berpendapat tidak menjadi kesalahan untuk menyambut maulid. Apatah lagi di zaman ini pemuda pemudi Islam semakin lupa dengan agama dan kemuliannya. Perlu juga diingat sambutan tersebut janganlah dicemari oleh perkara-perkara haram dan bid'ah. Seperti pergaulan antara lelaki dan wanita tanpa batas. Kita juga tidak sewajarnya menjadikan sambutan ini sebagai satu tradisi yang khusus, sehingga timbul dalam kefahaman masyarakat jika sesuatu acara tidak dilansungkan maka seseorang itu dikira telah berdosa dan melanggar syariat.

Syeikh Yusuf Qardawi juga telah memberi komen mengenai maulid ini.
Beliau berkata(ringkasan):
³Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah saw tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah saw. Ini adalah kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah saw dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah saw itu kekal di dalam hati dan juga ingatan. Sa€ ¦'²d Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah saw kepada kanak-kanak sama sepertiman keghairahan mereka mendidik anak-anak itu Al-Quran. Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah saw, maka tidak perlulah mereka merayakan sepertimana dirayakan Maulid ar-Rasul kini.

Walaubagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya. Dengan itu, perayaan Maulid Rasul ini diadakan bertujuan untuk mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah saw masih hidup. Tetapi malangnya, Maulid Rasul ini telah bercampur dengan amalan bid'ah yang ditentang oleh Islam. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam.

Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bid'ah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam'´

Berikut adalah antara dalil-dalil yang menjadi hujah bagi yang membolehkan Maulid ini:
1) Allah berfirman:
³maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung '´ - Al-Araf: 157
Keterangan:
Tujuan maulud diadakan adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad saw. Maka perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut.

2) Firman Allah:
Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah. Ibrahim. Ayat 5
Keterangan:
Al-Baihaqi di dalam 'Syakbu al-Iman€'´ daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi saw, sesungguhnya baginda menafsirkan hari-hari Allah' ialah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma'ani menjelaskan lagi dengan katanya kelahiran Nabi saw merupakan nikmat yang paling besar.

3) Bahawasanya Nabi Muhammad saw datang ke Madinah maka beliau mendapati orang-orang yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharram, maka Nabi bertanya kepada orang yahudi itu, "Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura ?
Jawab mereka: '³Ini adalah hari peringatan, pada hari serupa itu dikaramkan Firaun dan pada hari serupa itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan. Maka Nabi berkata: ³Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu'[Riwayat Bukhari dan Muslim.]

Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata bahawa dari hadis ini dapat dipetik hukum:
- Umat Islam dibolehkan bahkan dianjurkan memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari maulud, mi'raj dan lain-lain.
- Nabi pun memperingati hari karamnya Firaun dan bebasnya Musa dengan melakukan puasa Asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.

4) Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan.
Keterangan:
Rasul saw menegaskan kelebihan hari kelahirannya berbanding hari-hari lain. Oleh itu setiap mukmin sewajarnya berlumba-lumba beramal dan bersyukur dengan kelahiran baginda saw yang membawa rahmat kepada seluruh alam.

HUJAH MENENTANG MAULIDUR RASUL

Berikut antara pendapat yang menentang bersertakan hujah mereka:

1)Nabi Muhammad saw tidak pernah merayakan atau menyuruh umatnya untuk merayakan hari kelahirannya. Nabi saw telah menekankan agar jangan memperbesarkannya sepertimana orang kristian memperbesarkan Nabi Isa as. Ini dijelaskan di dalam hadis riwayat Bukhari:
Baginda bersabda, ³Jangan memperbesarkan mengenai aku seperti Kristian memperbesarkan mengenai anak Maryam. Aku hanyalah hamba, jadi katakanlah, hamba Allah dan pesuruh Nya.(Al Qomar )

Apa yang telah disuruh Rasulullah saw hanyalah menyuruh umatnya menjadikan hari kelahirannya satu hari untuk beribadat yang mana berbeza dengan perayaan. Bertepatanlah dengan hadis di bawah:
Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda:³Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan.Dan hendaklah kamu menjauhi perkara-perkara yang diada-adakan , kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid'ah , dan setiap bid'ah itu adalah sesat. [Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud]

2)Para sahabat Rasulullah dan juga umat Rasulullah saw pada 3 abad kemudian tidak pernah merayakannya walaupun merekalah orang yang lebih mencintai Rasulullah saw lebih dari umat terkemudian..
Hadis Imran bin Husain r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya yang terbaik dari kalangan kamu ialah sezaman denganku, kemudian orang yang hidup selepas zaman aku, setelah itu orang yang hidup selepas mereka. Imran berkata: Aku tidak mengetahui kenapakah Rasulullah s.a.w menyebut selepas kurunnya sebanyak dua atau tiga kali. Selepas itu datang satu kaum yang di minta memberi penyaksian tetapi tidak di beri penyaksian, yang berkhianat sehingga tidak boleh dipercayai, yang suka bernazar tetapi tidak melaksanakannya dan sukakan kemewahan. Perayaan Maulid Nabi datang beberapa abad kemudian yang mana ciri-ciri Agama Islam yang sebenar sudah hilang dan bid'ah berleluasa.

3)Allah berfirman di dalam Al-Quran:
Katakanlah, "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu,Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

Katakanlah, "Taatilah Allah dan Rasul-Nya; Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir". (QS. 3:31-32)

Ayat di atas menerangkan cara menunjukkan kasih sayang yang sebenar yang patut dilakukan kepada Rasulullah saw. Ayat yang pertama di atas menjelaskan bahawa cinta itu hanyalah pengakuan, tetapi buktinya ialah menuruti apa yang Rasulullah saw bawakan. Manakla ayat kedua menekankan kepentingan dalam menuruti kehendak Allah dan Rasul Nya. Allah menyudahi ayat di atas dengan ancaman yang keras bahawa sesiapa yang tidak mahu mentaati adalah kafir dan Allah tidak mencintai orang kafir.

Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agamamu. (QS. 5:3)
Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (QS. 33:21)

4)Kata-kata sahabat Rasulullah saw:
Huzaufah Ibnu Al-Yamaan ra berkata : "Setiap ibadah yg tidak dilakukan oleh sahabat Rasulullah saw, maka janganlah melakukannya"
Dan berkata Ibnu Mas'ud :"Ikutlah (sunnah) dan jangan menambah, dan telah cukup bagi kamu - perbuatan yg lama (kekal dengan cara lama)"

Rujukan:
www.islam-qa.com
www.islamonline.com
http://www.surau.ladang.net/
http://islam.tc/ask-imam/index.php
www.bicaramuslim.com

Selasa, 23 Februari 2010

ANTARA KEMAHUAN DAN KEMAMPUAN

Sebahagian AJK DPP berbincang seketika sambil memantau para peserta

Slot terakhir Mukhayyam Syabab adalah "Antara Kemahuan & Kemampuan". Slot ini khusus untuk para peserta yang tiada jawatan dalam DPP Kawasan Temerloh. Tujuannya untuk memberi kesedaran bagaimana menghadapi kemahuan golongan muda serta bagaimana menzahirkan kemampuan mengurus mereka.

Sememangnya sukar untuk DPP melayan kehendak semua kerana semuanya memerlukan masa, tenaga, wang ringgit dan kerjasama semua pihak. Namun ramai yang beranggapan ianya sekadar alasan bagi menafikan kelemahan DPP. Oleh itu, slot terakhir ini disediakan khusus untuk menyedarkan kesulitan tersebut.

Tunjuk ajar dan bimbingan sentiasa dicurahkan kepada peserta sepanjang program

Semua peserta telah dipecahkan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan perlu melantik seorang Ketua Pemuda, Setiausaha, Ketua Lajnah Ekonomi, Ketua Lajnah Sukan, Ketua Lajnah Kebajikan dan Ketua Lajnah Penerangan.

Setiausaha DPPT, Sdr Farid sedang menceritakan pengalaman beliau

Setiap kumpulan hendaklah merancang 3 program yang dikira mampu menarik minat golongan muda. Setiap program yang dirancang perlu disediakan objektif, anggaran kewangan dan sumber kewangan. Masa diberi 1 jam untuk menyediakannya.

Walaupun penat di hari ke-3, agenda perlu diteruskan. Aktiviti bebas 2 minit.

Kesimpulannya, para peserta sedar bahawa bukan perkara yang senang untuk mengurus sesuatu program dengan sumber kewangan yang terhad dan tenaga kerja yang minima. Itupun, belum dikira pengorbanan masa yang cukup berharga. Apapun, tahniah untuk semua.

Pokcu sebak menceritakan kisah duka pengalaman dalam dunia caving & tracking.


GUA MERANGKAK ATAU GUA GULING ?


Antara pelbagai gua yang diberi nama, ada sebuah gua yang dikenali sebagai gua merangkak yang memberi maksud sesiapa yang berminat menerokai gua tersebut, perlu memasukinya dengan merangkak.

Persoalannya, siapa yang berjaya melaluinya? Saksikan aksi-aksi terbaik dari peserta mukhayyam syabab DPP...






LAGI GAMBAR-GAMBAR MENARIK MUKHAYYAM

Gambar setelah berjaya menerokai hutan dan pelbagai gua selama 4 jam

Apa yang disuluh tu? Banyak gambaran menarik yang terdapat di dalam gua.
Semuanya ciptaan Yang Maha Esa


Ketua Chef Bro Zul (berkopiah) sibuk menyediakan makanan malam.
"Bro! takkan kipas dengan papan bawang aje?"


YDP Ust Rahim sedang tekun menerangkan perjuangan PAS dulu dan kini.
Kelihatan para peserta terllau asyik mendengar sesuatu yang baru bagi mereka.

Berehat seketika apabila sedikit cahaya menembusi gua. Penat lelah dirasai.
Bagaiman agaknya Aisyah RA berkorban menghantar makanan kepada Rasulullah di gua Thur?


Acara menyanyikan lagu rasmi PAS di penghujug program.
"Selamatlah, Parti Islam melangkah ..."


Pemandangan dari dalam gua. Sembarangan kamera tak dapat ambik gambar ni.

Baru keluar dari gua paling gelap. Selesai slot 'Insafi Diri'.
Action depan 200 orang bakal cikgu UPSI. "Weh! Sapa tiup tropet tu?"

Dah dapai naik puncak bukit dalam gua. Apa? Kena turun curam pulak?
"Shaari! Cuba jauh sikit dari Hizam tu. Kita dalam gua ni!"

Post terakhir dari para peserta. Terima kasih daun keladi, lain kali buat lagi.
"Banyak canteek, weh! Sapa tak bayar yuran RM10.00 lagi ni?"
SU DPP : "Jangan lupa kemas balik khemah tu!"

ANTARA CIPTAAN ALLAH YANG MAHA AGONG


Sememangnya jauh berjalan, luas pandangan. Sebuah gua yang gelap gelita, namun tetap memberi petunjuk kejadian Yang Maha Esa.

Diperlihatkan di sini pemandangan menarik sepanjang penjelajahan DPP baru-baru ini.




MUKHAYYAM SYABAB BERJAYA HIMPUN 40 PESERTA


Gunung Senyum, 5 Feb 2010 : Awalnya hanya sekitar 25 orang yang barjaya hadir pada hari pertama program. Namun keesokannya, jumlah bertambah sehingga 40 orang peserta. Slot yang paling mencabar tentunya meredah hutan dan meneroka beberapa buah gua yang terdapat di sana. Pelbagai ragam peserta dapat disaksikan. Apa yang penting, kerjasama dan semangat berpasukan berjaya dibina ke dalam diri para peserta.

Saksikan gambar-gambar berikut :



Para peserta sedang ditaklimatkan mengenai tentatif dan keselamatan sepanjang program

Slot 1 : Motivasi Kerja Berpasukan Oleh En. Mazlan Mohd Yasin

Sedikit taklimat sebelum memulakan penerokaan hutan

Gua pertama yang diterokai... hati-hati

Khamis, 4 Februari 2010

Bila Terlajak Perahu...


Oleh : Dewan Pemuda PAS Temerloh

Tidak ada isu yang paling mencuri perhatian melainkan isu ketidakpuashatian Sdra. Abdullah Abdul Karim (AAK) terhadap keputusan JK Displin menjatuhkan hukuman kepada mereka yang telah diketahui umum.

Bagi mereka yang sempat membaca posting sebelum ini, tentu ada yang marah atau gelihati dengan ulasan PaipPecah. Namun, posting tersebut terpaksa dikeluarkan untuk menjaga maslahah jemaah. Tatapi, itulah politik. Kalau diri terlalu cengengeng, usah berada dalam kancah politik.

AAK orang Pahang bahkan orang Temerloh, tentu ramai yang menunggu respon DPP terhadap penulisannya yang dikira melampau oleh Dato’ Tuan Ibrahim, Pesuruhjaya PAS Pahang.

Ada sahabat AJK DPP memaklumkan beliau membalas sms dengan AAK. Akhir smsnya berbunyi lebih kurang, antara puluhan kenalan yang menghantar sms, hanya 2 orang yang menentangnya.

Sahabat AJK lainnya pula menghantar sms kepada saya meminta agar ditubuhkan JK Khas Kawasan untuk mengambil tindakan ke atas AAK. Bahkan hampir semua AJK DPPT hanya menggeleng kepala memikirkan tindakan melampau AAK.

Salah seorang Exco Pemuda Pusat yang ditemui DPPT mengatakan, ramai ahli dan penyokong mulai lupa bahawa PAS bukan sahaja sebuah parti politik bahkan juga sebuah gerakan Islam yang penuh dengan adab dalam perjuangan.

Terkadang ketika kita berpolitik, banyak perkara yang tidak diendahkan. Memang benar seperti yang dinyatakan oleh Prof. Dr. Supyan Husin ketika program Mukhayyam Tarbawi Qiadi di Gua Kota Gelanggi, Jerantut baru-baru ini.

Di dalam kerja jemaah, kita bukan sahaja perlu menilai diri tetapi yang paling penting menilai pasukan keseluruhannya. Usah mengharapkan Jemaah mengikut kemahuan kita, tetapi kitalah yang mesti larut di dalam Jemaah.

Selalunya, naqib usrah akan menekankan aspek patuh arahan pimpinan, akur keputusan Jemaah, sanggup mengorbankan perasaan diri demi perasaan sahabat lain dan banyak lagi, tapi bagaimana pula jika naqib itu sendiri gagal mengikuti pesanannya.

Ramai pimpinan di Pahang khususnya Temerloh, namun dimana mereka sekarang? Samada telah meninggal dunia [alfatihah], atau sedang menghabiskan usia dengan amalan peribadi. Sedangkan yang lain samada sengaja menyibukkan diri dengan perkara lain atau bertindak ikut suka dalam politik sempit yang hanya difahami mereka.

Bagi yang sengaja menjauhkan diri dari Jemaah, mereka mungkin tergolong dari golongan yang makan perasaan, kecil hati dan membawa diri jauh hanya kerana tidak berjaya mengawal politik dalaman. Maka, jika telah tercicir, selamat tinggal perjuangan.
Berbalik kepada isu AAK, DPPT amat terkejut apabila tamat dari program mukhayyam, kami digemparkan dengan isu AAK. Targamaknya AAK menuduh PJ dan Bekas PJ dengan tuduhan dan kata-kata yang menampakkan diri AAK tidak tahu budi bahasa. Tidak ada cara dan kata-kata lainkah?

Memang benar sebagai ahli atau penyokong, kita bebas mempersoalkan dan menegur pimpinan. Tapi adakah AAK tidak ada malu langsung untuk menghentam PJ AAK sendiri dengan lenggok bahasa yang kurang ajar?

Kerana itulah, sebagai gerakan Islam kita perlu sentiasa ditarbiah dengan usrah, liqa’ fikri, mukhayyam dan sebagainya untuk menguatkan jatidiri seorang pejuang. Kalau ahli dan pimpinan PAS hanya sibuk membicarakan kepentingan politik, beginilah contohnya.

Oleh itu, DPPT amat mengharapkan semua Pemuda agar iltizam dengan program parti samada politik dan tarbiah agar seiring dan menepati kualiti perjuangan yang diredhai Ilahi.

Ingatlah wahai pemimpin dan ahli PAS; kalau Nabi Muhammad hanya dambakan kekuasaan memerintah, tidak perlu baginda keluar berhijrah. Kalau kita HANYA pentingkan kemenangan di dunia, kita boleh pilih masuk PKR, DAP atau lainnya.

Khamis, 28 Januari 2010

CARUMAN DANA PRU-13 DPPT BERMULA


TEMERLOH JAYA, 27 FEB 2010 : DPPT bergerak selangkah lagi dalam usaha mempersiapkan jentera pilihanraya pemuda Parlimen Temerloh sesuai dengan slogan 'Temerloh Milik Kita'. Setelah berjaya menubuhkan jentera pilihanraya diperingkat Parlimen, Dun, Zon dan Peti Undi, kini DPPT merangka pelan kewangan yang mampu menghasilkan kekuatan prasarana yang cukup apabila Parlimen dibubarkan.


Malam tadi, setiap ketua hal ehwal zon menerima watikah perlantikan rasmi yang disempurnakan oleh Ustaz Jauhari Ishak selaku Ketua DPPT. Dalam ucapan ringkasnya, beliau mengucapkan tahniah kepada setiap pemuda yang sanggup menerima amanah perjuangan ini.

Terima kasih juga kepada jentera pilihanraya DPPT yang telah merangka pelan kewangan ini. Mudah-mudahan diri kita semua diberkati Allah swt dan moga amalan kita diterimaNya, tambahnya lagi.

Mesyuarat kali kedua Majlis Tindakan Pemuda Zon ini berjaya mengumpul muka-muka baru yang selama ini agak segan silu untuk bersama. Menurut Setiausaha DPPT, kami telah mencuba pelbagai cara untuk mereka merasakan kepentingan berada dalam satu perjuangan. Rasanya, ini adalah jalan terbaik untuk mereka dan semoga usaha ini berterusan dan mendapat petunjuk dari Yang Esa.

B'Muslim Akan Menubuhkan SAR


Akademi Belia Muslim Cemerlang atau ringkasnya B'Muslim dikatakan dalam proses mendaftarkan sebuah sekolah agama rakyat di Temerloh. Menurut pengerusinya, Ustaz Syukri Shuib pihaknya dalam proses perbicangan serius ke arah pendaftaran tersebut.

Sambutan masyarakat setakat ini amat menggalakkan dan semua pihak sedang mananti perkembangan ini dengan penuh minat, tambahnya.

B'Muslim sebuah pertubuhan bukan kerajaan atau NGO merupakan pertubuhan belia yang aktif menjalankan aktiviti pendidikan untuk semua peringkat umur. Antara aktiviti ialah ceramah agama di tapak pasar malam Taman Temerloh Jaya.

Suasana santai dekelilingi gerai makan cukup menghidupkan majlis. Para pengunjung yang hadir untuk makan malam dapat mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan luar dengan gaya yang tersendiri.

Antara kelainan yang ditampilkan oleh B'Muslim ialah persembahan nasyid sebelum ceramah bermula. Rata-rata pendengar yang hadir cukup terhibur dan berpuas hati dengan isi ceramah yang disampaikan.

Selasa, 26 Januari 2010

2010 : DPP Melangkah Penuh Waspada


DPPk mohon maaf kepada semua follower yang agak lama menanti update dari kami. Bukannya bosan mengadap PC mahupun LT, tapi waktu sehari hanya ada 24 jam. Tidak lebih tidak juga kurang. Seperti mati, tidak didahulukan atau dikemudiankan walau sesaat.

Tahun 2009, banyak kenangan sakit, suka, pahit, manis yang dilalui DPP. Teringat kata-kata akhir Dato' Pesuruhjaya ketika merasmikan Konvensyen ICT Pahang baru-baru ini, selepas beliau membacakan ayat terakhir surah alMaidah.

"Para petugas parti perlu banyak bersabar dan menyabari diri ketika melaksanakan tanggungjawab dan amanah jemaah. Tentu ada hati yang terasa, perasaan tertekan dan tidak puas hati, namun itu adalah adat dalam kerja berjemaah. Tentu ada pihak yang menekan dan tertekan. Satu pihak yang menggerak dan digerak."

Bila difikirkan, terkadang kita berada dipihak penggerak, maka kita mesti menggerakkan operasi atau program melalui arahan kepada pihak yang mesti digerak. Dalam proses itulah, terkadang kita lalai, leka atau tak ambil berat tentang arahan tersebut. Akhirnya pelaksanaan tidak seperti perancangan.

Entahlah, kata orang dalam kerja parti yang tidak bergaji ini, tak boleh nak paksa orang sangat. Mungkin betul. Tapi kalau kita tidak displinkan anggota parti hingga ramai yang tak ambil penting, jemaah juga yang rugi. Bila dah jadi macam tu, lebih ramai lagi yang tolong tunjuk orang ini tak pandai kerja, orang itu tak reti kerja.

Bila kita toleh ke belakang, ramai lagi ajk yang dipilih atau dilantik belum menggerakkan usaha ke arah memperkasakan parti. Kita lebih bersemangat membincangkan isu nasional dan dalaman parti. Kita jarang sekali nak mengaku 'saya tak cukup usaha bagi menguatkan parti'.

Dimana kita?? Maka, tahun 2010 DPP beriltizam menukar rentak langkahan dan strategi. Majlis Tindakan Pemuda Zon akan bermesyuarat sebulan sekali bagi membincangkan perancangan 2010 sehingga PRU13 nanti. Dana Pilihanraya 13 telah berrmula carumannya. DPP menjangkakan jumlah caruman sebanyak RM20,000 pada April 2011. Pastinya, jumlah itu masih belum cukup untuk penyediaan bahan kempen terutama untuk golongan muda.

Pembinaan Pelapis perlu dipergiatkan. Tenaga pilihanraya perlu diberi pengetahuan lebih mendalam. Pemuda di setiap lokaliti perlu dikenali dan dikembangkan prestasi mereka. Program ziarah perlu diperkerapkan. Aktivtiti kepemudaaan di setiap cawangan dan lokaliti juga perlu dipergiatkan. Itu semua mesti disegerakan jika kita semua punya cita-cita bertnding di parlimen Temerloh dan menang!!!

Kenapa Kite Dilarang Menggunakan Handphone Ketika Mengisi Minyak ?

Meh kite tengok ekspiremen sains kat bawah nie... untuk buktikan betapa bahaya nyer isi minyak sambil berbual atau sms pakai handphone...

sebelom tu, kite sediakan bahan2 serta alatan yang diperlukan... Iaitu :-

1. Kuali sebijik... cari yang leper tu...


2. Tiga bijik kad.. kad manila pon buleh.. tapi jangan pakai mycard, kad kredit ataupon kad ATM, mahupon sim card...

3. 1 rol kertas foil... kertas timah tu laa.... yang macam bungkusan kedua corn flakes tu laa...

4. Handphone sebijik... dan pastikan gak ade kredit...

5. Minyak petrol sikit.. kalo xnak beli kat stesen.... curik jer kat moto abang, ayah atau adik korang...

susun kad tadi lebeh kurang macam nie...

letak plak kertas foil tu atas kad tadi..

letak petrol ckit...

TIBA-TIBA

api menyala !!!
peringatan,anda dinasihatkan untuk tidak mengunakan handphone ketika di stesen minyak.....

ASSALAMUALAIKUM WRT WBT