Selasa, 20 Januari 2009

TAHNIAH BAZLI


Alhamdulillah,semalam(isnin)sahabat kini ni sangat happy,baby yg ditunggu 9 bulan lebih menzahirkan dirinya dgn selamat di Hospital Temerloh.Tahniah kami ucapkan dgn kelahiran anak ke 2 ni.Dr Azri yg turut terlibat kami ucapkan terimakasih.Semoga dgn kehadiran anak baru ni memberi lebih semangat utk ayahnya dan maknya.Harapan kami mak dan anak baru ni sehat dan sempurna zahir dan batin.Baby lelaki ini akan segera kami daftarkan sebagai anggota Unit Amal Temerloh(bukan Bera).Munkin nama Ismail Haniya bin Bazli lebih sesuai.Tahniah dan Syabas sekali lagi.



Isnin, 19 Januari 2009

QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah ini hendaklah di baca di saat2 genting sebegini dgn tujuan memohon pertolongan dari Allah.Inilah antara perkara yg semua org mampu lakukanya.Tidak bermakna kalau inipun kita tak lakukan.
Dewan Pemuda Pas Temerloh mengajak semua muslimin utk sama2 tdk ketinggalan memberi sumbangan dlm bentuk DOA dan sumbangan kewangan kpd umat islam di Palestin khususnya.Walaupun diberitakan Israel tlh berundur,tapi sumbangan diharap berterusan kerana byk keperluan utk disegerakan.Yayasan Amal sekarang berada disana utk menghulurkan bantuan.Janganlah kita tercicir dari senarai pemberi sumbangan ini.Ya Allah inilah yg mampu kami berikan.Amiiiiin. (sy)





Ahad, 18 Januari 2009

PAS MENANG BERGAYA


"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan,
Kamu lihat manusia masuk kedlm agama Allah berbondong2,
Maka bertasbihlah dgn memuji tuhan kamu dan mohonlah keampunan,
Sesungguhnya Allah maha penerima taubat."
Kesyukuran kita ucapkan atas kemenangan ini.Tapi mestilah kita sambut menurut cara yg diajar oleh Allah ini.Tanggungjawab besar yg dipikulkan oleh Allah ini kpd kita mesti ditunaikan sepenuh hati,seikhlasnya.Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar!..(sy)


Jumaat, 16 Januari 2009

Rasuah Haram dan Rasuah Halal


Buletin Utama mlm tadi memaparkan pemberi rasuah ditangkap dlm oporasi Jabatan Hutan di BatuTalam Raub.Pembalak haram tersebut ditangkap oleh SPRM.Tahniah kita ucapkan kpd pihak SPRM yg cekap dan pantas dlm bertindak walaupun didalam hutan,ditengah malam.
Dihari yg sama di Kuala Terengganu,rasuah menjadi2 secara terangan dari BN yg menggunakan agensi kerajaan dlm perbagai bentuk tapi mengatakan dari BN.Dilakukan oleh JKK hingga PM dgn tujuan memancing undi.Aneh ya!mana pergi pencegah rasuah.Inilah akibatnya kalau SPRM tak bebas.Kalau bertindak kpd BN,akibatnya pegawai tersebut akan menghadapi tindakan!
Betulah kata seorang kawan,Rasuah ni macam Judi juga,ada"RASUAH HARAM DAN RASUAH HALAL"..(sy)

Khamis, 15 Januari 2009

SELAMAT MENGUNDI PRK KUALA TERENGGANU



Tarikan baru Kuala Terengganu.
"Rezeki dari Allah,bukan dari Umno".Mungkin inilah ayat yg paling tepat utk abang kita ni.Disaat org lain malu dan takut utk zahirkan sokongan kpd Pas,abang ni selambaa jee!.Kalaulah semua Ulama` di Malaysia ni zahirkan sokongan secara terbuka kpd Pas,dah lama Pas menang.


Rabu, 14 Januari 2009


Tenaga Pakar dari Sg.Nerek sampai dan mengambil baton dari kami.




span class="fullpost">



Mokcik kene pakoh bulang,wakil bulang ni dok tolok pembangunang,tapi nok tengok rakyat senang.....kata Fairuz dalang loghat ganu


"Patutlah aku dok leh nyawaaa,mung bungkus aku dengan bendera bee eng."
Agaknya gitulah kata hati pokok ni.




span class="fullpost">



Rabu, 31 Disember 2008

Himpunan Intifadhah Membantah Kezaliman Zionis

PENTING... SEBARKAN... Satu Himpunan Intifadhah Membantah Kezaliman Regim Zionis ke atas Umat Islam Palestin akan diadakan Selepas Solat Jumaat, 2 Januari 2009, bertempat di Perkarangan Masjid Abu Bakar, Temerloh, anjuran bersama Parti Islam SeMalaysia (PAS) Negeri Pahang dan Gabungan NGO-NGO Islam Temerloh.

Semua lapisan masyarakat Islam terutama di Temerloh diseru agar manghadirkan diri sebagai menunjukkan protes bantahan kepada siri pengeboman dan kezaliman berterusan kepada umat ISlam seluruh dunia. Juga sebagai membuktikan kebersamaan kita kepada saudara seagama dan kekuatan umat islam di malaysia. AYUH ! Jom kita ke sana. Ajak saudara, ajak sahabat. TAKBIR !


Isnin, 29 Disember 2008

Maal Hijrah 1430

Selamat menymbut tahun baru Hijrah 1430 DPP ucapkan kepada semua,Semoga tahun ini membuka catatn baru yg lebih baik drpd tahun lepas.Samada utk diri atau perjuangan ini.Semangat baru kita harapkan utk terus memacu perjuangan yg semakin mencabar seiring dgn tempoh waktu yg semakin dekat utk bertemu dgn pencipta. Pakatan Rakyat harapnya makin berpakat utk menyekat BN yg sudah semakin reput dan sudah berkarat.(sy)

HUDUD DAN STATUS ISLAM

Hudud adalah hukum ciptaan Allah yg tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa sahaja terutama oleh mereka yg islam.Sebab itulah kita mempersoalkan status islam bagi mereka yg mempertikaikanya.Tak pelik kalau Samy yg tak ada value tu berkokok tentang hudud kerana ingin menjadi juara semula terhadap kaum India.
Kita faham isu ini dibangkitkan oleh Khairy utk tujuan Pemilihan Umno,dan ianya dipanjangkan oleh mereka yg merasakan Allah tersilap dlm menciptakan Hudud ini.Itulah sebabnya kita merpersoalkan status keislaman bagi mereka yg tidak puashati dgn cadangan Pas utk melaksanakan hukum tersebut.Lepas ni jgnlah lagi Umno mengaku sebagai parti islam kerana Hudud milik Allah,bukan milik Pas!(sy)

Ahad, 28 Disember 2008

Tanzim Yang Perlu Ditanzimkan

Selepas berakhirnya Majlis Taklimat dan Pelancaran Kempen Jom Sertai PAS, rombongan DPP Temerloh terus menghala pulang, namun disebabkan Timb Ketua, Sdr Hasanudin ada undangan untuk menyampaikan satu kertas kerja mengenai PAS di Markaz Chempaka, Lanchang, kami terus ke sana bersama.

Dalam pemerhatian, ada yang tidak kena dengan program yang diberi nama Tanzim Pelajar Lepasan SPM ini. 1. Ianya tidak dibawa berbincang dengan tuan rumah (dpp temerloh @ Jab Pelajar) 2. Tiada kawalan keselamatan dari pihak markaz. 3. Tiada Perantara antara Lelaki dan Perempuan.

Mungkin ada yang senyum sinis bila no 3 dibincangkan. Apakan tidak, Lebih 50 puluh orang peserta dan fasi, lelaki dan perempuan, tiada seorang pun yang telah berkahwin dan bawa isteri bersama ke dalam program tersebut sebagai perantara dan mengelak fitnah. Dpp tidak menuduh mereka membuat perkara maksiat, cuma perjalanan program tersebut amat terdedah dan hampir kepada fitnah. Bukankah Firman Allah swt, Jangan Kamu Menghampiri Zina. Sekalai diingatkan, dpp hanya terkilan dan tertanya : kenapa tiadanya sepasang suami isteri yang bersedia menemani mereka sepanjang program berlansung? terutama waktu malam. Boleh buat giliran. Pengarah MTD lanchang dan AJK atau ajk dpp sendiri tentu sanggup bertugas, sekiranya dimaklumkan sebaiknya. Yang cukup dirisaukan andai ada kejadian yang tidak diingini berlaku, dan ketika itu tiada seorang pun yang dikira boleh membuat keputusan.

Kadang-kala, dpp tidak risaukan sangat dengan para peserta... tapi lebih risaukan tenaga fasi pembimbing. Pernah kedengaran dulu, fasi lelaki yang berkawan rapat dengan fasi perempuan. Bermula dengan SMS hingga berjumpa dibelakang bangunan. Ketika meeting, asyik bermain mata dan senyuman. Wah ! Apa ni ! Oleh yang demikian, satu penilaian dan muhasabah perlu dilakukan segera. Kita tidak mahu pemuda pas tewas dengan 'mainan' remaja. Pihak Urusetia perlu lebih berhati-hati dalam menjaga dan mengelak fitnah. Hanya sebagai peringatan dan tazkirah. Mungkin terkena kepada yang hidup. Maaf, menegur perlu untuk perubahan. Selamat Menyambut Awal Muharram.

Kempen 5 Bulan ... Jom Sertai PAS

Tepat jam 10.00 pagi sabtu yang lalu bersamaan 27 dis 2008, satu taklimat dari DPP Pusat mengenai Kempen Jom Sertai PAS yang seterusnya dirasmikan diperingkat negeri Selangor. DPP Temerloh yang diketuai Ust Jauhari Ishak turut merasai suasana meriah di tapak pelancaran majlis tersebut.

Program yang baik ialah program yang mampu diterima dan dilaksanakan disemua peringkat. Secara teorinya, tidak susah untuk mencari sasaran 100 ahli baru PAS bagi setiap kawasan setiap bulan. Yang susahnya ialah... Siapa yang hendak mencari? Siapa yang hendak dicari? Masing-masing sudah punya jawapan dan alasan untuk menafikan tugas tersebut. Akhirnya, teori hanya tinggal teori. Hilang dibawa arus alasan yang berlebihan.

Harap isu ini dapat dibincang & diperdebatkan oleh para pelawat blog ini.
Terima kasih.

Jumaat, 26 Disember 2008

Kem Kenali Diri "Man Ana"... Moga Capai Matlamat


Jam 11.30 pagi semalam, Majlis Penutup Kem Kenali Diri " MAN ANA?" berlangsung dengan jayanya. Suasana syahdu mengiringi kepulangan dan perpisahan para peserta yang membawa pulang pelbagai bekalan yang dikutip sepanjang program ini berlangsung.

Tahniah dan sekalung penghargaan kepada cikgu bazli dan ust syukri diatas kesungguhan dan usaha luar biasa yang dilakukan demi melihat program ini mencapai sasaran dan matlamat yang digariskan. Sememangnya, bukan senang untuk berjaya dan bukan susah untuk gagal. Tidak lupa kepada fasi-fasi yang membantu dengan cukup sabar penuh ceria, moga kalian dapat mengambil pengalaman ini kerana kalianlah pengganti kami nanti, sebarang kesulitan dan kelemahan jadikan pengajaran masa depan.

Kepada pihak Masjid Ar-Rahman, Batu 4, Jalan Maran, Paya Pulai, hanya Allah swt sahaja yang mampu mambalas jasabaik mereka. Hj Zorkornaini, Ust Anuar dan beberapa lagi "orang kuat" masjid, pengorbanan masa dan tenaga untuk memastikan perjalanan program khususnya jadual makan-minum, bukan sahaja berjalan dengan teratur bahkan masakannya cukup membuka selera. Moga kita jumpa lagi di tahun hadapan.

Kesimpulannya, dpp telah berjaya menembusi dinding pemisah antara politik dan masyarakat, antara politik dan masjid dengan cara yang cukup berhikmah dan berstrategi. Sasaran seterusnya adalah dinding pemisah antara politik dan sekolah. Akademi Belia Muslim Cemerlang (B'Muslim) sebuah NGO kelahiran dpp temerloh akan terus memainkan peranan agar Islam terus cemerlang dan gemilang sesuai dengan mottonya; Islam dijunjung, Belia disanjung. ALLAHU AKBAR !

Selasa, 23 Disember 2008

Kem Kenali Diri "Man Ana"... bermula

Bermula jam 12 tghari tadi, bermulalah satu lagi program dpp dalam merencanakan musim cuti sekolah ini. Masjid Ar-Rahman, Batu 4, Jalan Maran telah dipilih sebagai lokasi bagi menjayakan Kem Kenali Diri "Man Ana". Akademi Belia Muslim Cemerlang (B'Muslim) sebagai NGO yang ditubuhkan oleh dpp sebagai penganjur utama. Ini juga salah satu strategi dpp untuk masuk ke tengah masyarakat yang pelbagai idealogi.

Sewaktu masa pendaftaran ditutup jam 1 petang tadi, seramai 34 orang pelajar lelaki berumur dari 10 hingga 16 tahun telah mendaftar diri. Dijangka ramai lagi yang akan tiba selepas jam 5 petang nanti. Tahniah kepada Sdra Bazli selaku Pengarah, USt Syukri (timbalan), sdra Sham, sdra nasir dan sahabat-sahabat lain.

Tidak lupa kepada pengerusi masjid, Hj Zul, ust anuar dan ajk masjid yang lain kerana sudi memberi kerjasama yang amat cemerlang. Gulai labu dan ikan goreng panas bersambal, menu tengahari tadi, masih terasa dilidah ini akan kelazatannya.

Selamat datang adik-adik semua, semoga kalian mendapat sesuatu yang berguna sebagai bekalan hidup masa depan. Kem ini akan berakhir selepas zohor pada khamis 25 dis ini.


Pusingan Pertama Road-show Draf Selesai

Sudah agak lama jejari ini tidak mengendahkan desakan naluri agar membariskan bait kata atau bicara mengenai perkembangan semasa dpp. Bukan sudah letih atau bosan, cuma kadangkala masa itu amat mencemburui diri ini dan sahabat dpp yang lain.

Malam tadi, selesai pusingan pertama roadshow Draf Rancangan Tempatan Daerah Temerloh. Para penduduk di 3 lokasi utama yang terlibat dengan draf tersebut telah diberi taklimat dan penerangan sewajarnya. Terpulang kepada mereka untuk tindakan susulan. Pihak Jawatankuasa Bertindak (JB) hanya akan membantu mereka. Keputusan ditangan mereka. Malam ini, insyaAllah mesyuarat JB untuk membincangkan tindakan seterusnya. Pihak MPT telah memaklumkan bahawa tempoh untuk semakan dan bantahan telah dilanjutkan kepada 21 Januari 2009. Maka, terus merangka yang terbaik!

Khamis, 18 Disember 2008

DAILOG DRAF DI SRI KEMUNING 19 DIS 2008

Satu dailog mengenai Draf Rancangan Tempatan akan diadakan di Taman Sri kemuning pada 19 disember ini(Jumaat malam sabtu)Program anjuran Pakatan Rakyat ini akan dimulakan jam 9 malam.Dijemput orang ramai hadir utk mendapatkan taklimat secara terperinci dan mengemukakan pandangan dalam dailog tersebut.(sy)

DRAF RANCANGAN TEMPATAN TEMERLOH PERLU RESPON SEGERA

Tarikh tutup pameran Draf tersebut tinggal beberapa hari lagi,dan akan dibuka utk bantahan dari mereka yg terlibat.Persoalanya ialah mereka yg mengambil bahagian dlm perkara ini agak minima.Sudahlah masa pameran dan bantahan begitu singkat,nak beli Draf tersebut pun tidak dibenarkan,peliknya.Walaupun dinafikan hak utk mendapatkan draf ini,akhirnya kita dpt juga setelah berhempas pulas.Macamlah Draf ni milik UMNO. PAS akan mohon dilanjutkan tempoh pameran dan bantahan Draf tersebut pada hari ini.Umno juga telah minta dilanjutkan masa pameran.Keputusan terletak pd MPT.Harapnya projek yg begini besar kesanya pd mereka yg terlibat tidak pandang sepi oleh mereka yg bertanggungjawab.
Pas akan mengadakan Road Show mengenai perkara ini,dan diharap org ramai akan mengambil bahagian dalam dailog yg kita anjurkan seterusnya mengisi borang bantahan atau cadangan yg kita akan rumuskan utk dimajukan kpd pihak MPT demi kepentingan bersama.(sy)

ASSALAMUALAIKUM WRT WBT