Khamis, 18 Disember 2008

DAILOG DRAF DI SRI KEMUNING 19 DIS 2008

Satu dailog mengenai Draf Rancangan Tempatan akan diadakan di Taman Sri kemuning pada 19 disember ini(Jumaat malam sabtu)Program anjuran Pakatan Rakyat ini akan dimulakan jam 9 malam.Dijemput orang ramai hadir utk mendapatkan taklimat secara terperinci dan mengemukakan pandangan dalam dailog tersebut.(sy)

DRAF RANCANGAN TEMPATAN TEMERLOH PERLU RESPON SEGERA

Tarikh tutup pameran Draf tersebut tinggal beberapa hari lagi,dan akan dibuka utk bantahan dari mereka yg terlibat.Persoalanya ialah mereka yg mengambil bahagian dlm perkara ini agak minima.Sudahlah masa pameran dan bantahan begitu singkat,nak beli Draf tersebut pun tidak dibenarkan,peliknya.Walaupun dinafikan hak utk mendapatkan draf ini,akhirnya kita dpt juga setelah berhempas pulas.Macamlah Draf ni milik UMNO. PAS akan mohon dilanjutkan tempoh pameran dan bantahan Draf tersebut pada hari ini.Umno juga telah minta dilanjutkan masa pameran.Keputusan terletak pd MPT.Harapnya projek yg begini besar kesanya pd mereka yg terlibat tidak pandang sepi oleh mereka yg bertanggungjawab.
Pas akan mengadakan Road Show mengenai perkara ini,dan diharap org ramai akan mengambil bahagian dalam dailog yg kita anjurkan seterusnya mengisi borang bantahan atau cadangan yg kita akan rumuskan utk dimajukan kpd pihak MPT demi kepentingan bersama.(sy)

Selasa, 16 Disember 2008

PANGGILAN JIHAD KE KUALA TRENGGANU

Gendang perang sudah dibunyikan. Seruan JIHAD sudah kedengaran. Kuala Trengganu menggamit kedatangan pejuang. Ayuh kita kesana. Bersama ketaqwaan di dada, bersenjatakan iman yg kental, berbekalkan semangat juang yg tinggi.


Wahai pemuda-pemuda, dimana kalian? Jgn bertangguh lagi, syurga memerlukan penghuni, tapi bukan senang seperti petik jari, jgn neraka yg kita cari, walaupun ramai yg ingini. Kalau jasad tak pergi, DOA mesti hari-hari, supaya PAS menjadi pilihan hati, kepada setiap pengundi.
Walau sibuk bekerja sehari, harus diingat, musuh tidak berdiam diri, mencari peluang utk memenangi "peperangan" ini.

Ahad, 14 Disember 2008

Program Berkhatan di Lanchang berjaya.


Dewan Pemuda Pas kawasan Temerloh berjaya mengadakan program berkhatan beramai-ramai yg diadakan di Markas Pas Kg Chempaka Lanchang dengan kerjasama MTD DUN Lanchang. Ini merupakan Siri Kedua 2008. Siri Pertama telah berjaya diadakan di DUN Semantan.

Majlis dirasmikan oleh YDP kawasan Temerloh,Ust Abd Rahim Latiff. Penyertaan yg menggalakan diterima dari masyarakat setempat dari pelbagai ideologi politik menandakan penerimaan mereka terhadap program yg kita anjurkan. Terima kasih kepada kumpulan Doktor yg menjayakan program ini dan kpd semua yg bertungkus lumus sehingga selesai majlis. (yang balik sebelum selesai, camana?)
Keduanya DPP mungucapkan takziah kepada keluarga mangsa Kemalangan Jalanraya sehingga menyebabkan kematian anak seorang penduduk disini pada malam semalam.
Ketiganya DPP melahirkan rasa simpati terhadap mangsa kebakaran yg berlaku di Lanchang tadi.Kita juga melancarkan derma kilat utk membantu mangsa kebakaran tersebut.

Jumaat, 12 Disember 2008

Nahas ngeri dan Program Khatan

Dpp mengucapkan takziah kpd keluarga mangsa kemalangan ngeri di Lanchang semalam(khamis),yg melibatkan pimpinan Umno negeri.Siasatan mesti dijalankan punca terjadinya nahas yg mengorbankan nyawa tersebut.

Bagaimana lembu boleh berada di lebuhraya menjadi persoalan.Adakah salah pengurusan lebuhraya atau tuan punya lembu atau pemandu pacuan 4 roda atau salah semuanya?Semuga tragedi ini tidak berulang utk masa yg akan dtg dan menjadi tanggungjawab kita bersama utk menghindarkanya.
Keduanya program Berkhatan beramai-ramai akan diadakan ahad ini di Markas Chempaka Lanchang anjuran Dpp Temerloh dibawah Lajnah Kebajikanya.Tenaga pemuda diharapkan utk mempastikan program ini berjalan lancar.

Khamis, 11 Disember 2008

Draf Rancangan Tempatan Daerah Temerloh

Seminggu lamanya admin pulang ke kampung sebelah zaujah di kelantan, seminggu juga jejari ini tidak berfungsi seperti yang diharapkan. Namun, nasib baik sahabat ajk dpp yang lain dapat berkongsi tugas. Lebih kurang jam 7.45 malam tadi admin tiba di rumah, dan tergesa-gesa pula untuk menghadiri meeting khas untuk membincangkan cadangan dan bantahan mengenai draf tersebut.

Meeting tersebut yang dihadiri oleh pimpinan PAS,wakil PKR, wakil DAP dan beberapa individu profesional dalam bidang berkaitan yang berjumlah 15 orang telah bersetuju untuk membuat cadangan atau bantahan berkaitan draf rancangan tempatan tersebut. 3 orang ahli yang berkelayakan (nama dirahsiakan) diamanahkan untuk membuat kajian terperinci. Secara umumnya, banyak perkara yang menjadi tanda tanya.

Daam meeting tersebut, ADUN Kuala Semantan YB Syed Hamid Syed Mohamed dipilih sebulat suara sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Draf Rancangan Tempatan Daerah Temerloh, manakala 3 orang Timbalan Pengerusi dilantik dari Pakatan Rakyat. Hj. Jusoh Darus (PAS), Sdr. Nizam Abdul Hamid (PKR), Mr Wu (DAP). Setiausahanya pula Sdr Syed Putra Syed Ahmad, PRO pula Sdr Hashim Abdullah.

Meeting juga menetapkan bahawa satu Sidang Akhbar akan diadakan pada 12 Dis, jumaat ini jam 10.30 pagi di Pejabat Peguamcara Peguambela Nizam Abdul Hamid. Meeting kedua pula pada minggu hadapan. Tarikh, masa dan tempat belum ditentukan.

Rabu, 10 Disember 2008

Selamat Menyambut Eidul Adha


Dpp Temerloh mengucapkan selamat Hari Raya Eidul Adha kepada semua kaum muslimin dan muslimat.Semuga Taqwa kita bertambah sempena dgn hari lebaran ini.Dpp Temerloh tidak ketinggalan turut serta menyempurnakan ibadah korban pada tahun ini yg dijadikan taqwim tetap setiap tahun.Selamt hari raya,Maaf zahir dan batin.

Sabtu, 6 Disember 2008

BUKIT ANTARABANGSA..BALA ATAU BENCANA?

Peristiwa buruk berlaku untuk kesekian kalinya di Bukit Antarabangsa.Disebalik simpati terhadap mangsa,marilah kita fikir sejenak,mengapakah ianya terjadi.Adakah kerana BENCANA ALAM atau BALA?

Bolehkah kita lari dari peristiwa tersebut?Teringat kata seorang kawan di Temerloh Jaya tadi"Duduk tempat rendah kena banjir,duduk tempat tinggi runtuh pulak,dimana kita nak duduk"
Setiap perkara yg berlaku mesti ada sebab dan hikmah.Tak mungkin Allah zalim terhadap manusia.Sebenarnya manusialah yg menjadi penyebab berlakunya segala kemusnahan dimuka bumi ini.Kerajaan BN yg memerintah selama 50 tahun mesti bertanggungjawab diatas perkara ini.Antaranya gejala RASUAH,bila berlaku atas sesuatu projek contohnya,walaupun tidak cukup syarat,akan diluluskan bila ada tips.Maka berlakulah apa yg telah berlaku di seluruh negara.Kemusnahan Yg diciptakan oleh BN terlalu teruk dan tidak boleh dimaafkan.Kalau Pakatan Rakyat dapat mengambil alih Kerajaan Pusat dlm waktu terdekat,fuhh..susahnya nak baiki,kena ambil masa untuk pulih sepenuhnya atas segala kerosakan ini.Kalau istilah kereta,kena overhall!
Kemelesetan ekonomi,kenaikan harga barang,keruntuhan akidah dan akhlak,keruntuhan bangunan...entah apa lagi selepas ini,Ya Allah,,ampunilah dosa kami.(syam)

Khamis, 4 Disember 2008

IDUL ADHA MENUNTUT PENGORBANAN

Sedar tak sedar beberapa hari lagi,idul adha bakal menjelang.Satu tarikh penting buat umat ini.Sejarah terpahat pengorbanan yg sangat tinggi nilainya dari kekasih Allah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail A.S.Kita perlu terjemahkan pengorbanan ini dalam perjuangan yg berterusan.

Apatah lagi sebagai PEMUDA semestinya contoh kepatuhan Nabi Ismail a.s kepada perintah Allah dijadikan pembakar semangat juang yg tinggi.Pemuda mesti bersikap YES MAN kepada setiap arahan Allah,menjadi pengkritik kearah kebenaran walaupun terhadap parti sendiri,sentiasa bersedia untuk berkorban apa sahaja yg diperlukan oleh agama,walaupun tindakan ini tidak popular dimata masyarakat,tetapi popular dikalangan penghuni langit.Selamat berkorban!

Selasa, 2 Disember 2008

MPT Tidak Akur Kehendak Rakyat

Pagi tadi, sahabat ajk dpp merangkap pegawai khas kepada YB ADUN Kuala Semantan, telah menemui Pengurus Projek Perancangan Daerah Temerloh, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa di Kuantan atas usaha mendapatkan Draf Rancangan Tempatan. Namun, hasilnya hampa...

Alasan yang diberikan, Pusat Khidmat ADUN Kuala Semantan tidak boleh menerima draf tersebut kerana tidak diputuskan dalam mesyuarat MPT. Iklan dibanting, banner dan akhbar sinar harian hanya memaparkan 7 tempat sahaja untuk draf itu dipamerkan iaitu, 1.MPT, 2.JPBD Negeri Pahang, 3.Pusat Khidmat ADUN Mentakab, 4.Pusat Khidmat ADUN Lanchang, 5.Pusat Khidmat ADUN Kerdau, 6.Pusat Khidmat ADUN Jenderak, dan 7.Pejabat Felda, Jengka 23.

Kenapa Pusat Khidmat ADUN Kuala Semantan tidak disenaraikan sekali dalam mesyuarat tersebut? ADUN Pembangkang? MPT tidak profesionallah kalau begitu. Dato' YDP sendiri menjawab tidak boleh diberikan kepada YB Semantan sebab ianya tidak dibincang. habis, kenapa tak bincang? Mungkin alasan "rasional"nya ialah sebab pejabat yb dekat dengan mpt. masalahnya sekarang kenapa tidak diberi penerangan. YB Semantan sendiri tidak dijemput dalam mesyuarat bahkan dalam Majlis Perasmian draf tersebut... tak perlu nak beri alasan hipokrit !!! jawab aje... memang MPT tak layan Yb Semantan sebab politik berbeza... UMNO memang sedang menggali kuburnya sendiri...


Isnin, 1 Disember 2008

Sejarah Baru PAS Kawasan Temerloh

Tanggal 29hb Nov baru ni menyaksikan satu peristiwa yang cukup membuatkan perasaan para pejuang ISLAM berasa kemenangan semakin hampir. Mungkin di kawasan lain telah lama ianya berlaku, namun untuk PAS Temerloh.. satu kejayaan moral yang pasti membuatkan para petugasnya semakin terdesak untuk mencapai kemenangan dalam pru13 nanti khususnya parlimen temerloh.

Majlis Dialog dan Pelancaran Kelab Penyokong PAS Temerloh telah berlangsung dengan jayanya sempena Program Kempen Jom Sertai PAS di Taman Temerloh Jaya baru-baru ni. Kehadiran hampir 40 orang masyarakat kaum india itu turut mendengar penerangan dari Pengerusi Kelab Penyong PAS Pahang Mr. N Balasubramaniam. Selain Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang, Ust Abd Ghani Shamsudin dan YB Khalil Idham Lee terut sebagai tetamu istimewa.

Rombongan Anggota Perhubungan PAS Negeri Pahang dan Tetamu Kehormat tiba di Hadapan Pejabat PAS Kawasan Temerloh pada jam 10.15 pagi disambut oleh pimpinan pas kawasan temerloh seterusnya dibawa untuk memeriksa perbarisan Unit Amal temerloh seramai 21 orang. Nyanyian Lagu tema PAS dan AMAL yang diiringi hujan renyai-renyai menyebabkan suasana semakin teruja untuk memperkukuhkan perjuangan suci ini.

Pelbagai acara dan aktiviti diadakan untuk memeriahkan lagi majlis tersebut yang berakhir jam 1 petang dengan jamuan tengahari. Rombongan seterusnya bertolak ke Maran. Nantikan Majlis Perasmian Kelab Penyokong PAS Temerloh Januari nanti.

Jumaat, 28 November 2008

DPP serah bantahan kepada PEJABAT AGAMA ISLAM

Jam 11 pagi semalam (sepatutnya, semalam update... tapi sibuk) dpp diwakili Ketua DPPT Ust Jauhari Ishak dan Pemangku Naib Ketua merangkap Ketua Penerangan DPPT Ust Fairuz Hisham Nordin telah menghantar memo bantahan perihal salahlaku perwakilan UMNO dalam Mesyuarat Agung dan Pemilihan Bahagian yang berlangsung baru-baru ni.

2 minggu lalu, dpp telah membuat laporan polis dan BPR berkaitan hal tersebut, namun Jabatan Agama Islam Pahang langsung tidak ambil respon. Kelmarin juga Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang, Ust Suhaimi Saad telah dipanggil Jabatan Agama Islam Pahag atas laporan umno Rompin yang mengatakan khutbah jumaat yg disampaikan oleh ust suhaimi menghasut rakyat. Siasatan dijalankan atas alasan laporan telah dibuat.

Nah ! DPPT telah lama buat laporan rasmi ke BPR dan Polis. Semalam, rasminya ke Pejabat AGama Islam Temerloh. Kita tunggu hasil siasatan ... ada atau tidak ? atau antar dua darjat ?

Khamis, 27 November 2008

MEDIA ... dah jadi MEE DIA PUNYA

Macam mee goreng, rasanya mengikut rasa tukang masak. Tukang masak akan makan mee seperti citarasa dia ketika menggoreng. Sedap ke tak sedap ke.. lantak dia laa. tak sedap pun dia cakap, mak bapak dia punya suka la...

So, macam hari ni, bak kata ayahde mat sabu, kalau tv tu harga sekupang dua, hari-hari dia lempaq ke dinding. Malam dulu, malam tadi, malam ini pasti agendanya sama. PECAHKAN PAKATAN RAKYAT. Isu ternak babi, isu selangor, perak, kedah, pinang... kelantan aje yg nampak tenang sikit (dah 18 tahun, takde isu dah) cuma main isu lapok tentang perbezaan pendapat antara 2 org tok guru dan "penasihatnya".

Tapi kita faham, itu hanya nak alih isu supaya rakyat jangan fikir isu rasuah dalam politik umno. isu harga barang. isu rebut pangkat dan akhlak kepimpinan dan pelbagai lagi. sudah lam kita mendoakan agar umno berpecahbelah dan hancur-lebur. Doa keluarga mangsa memali dan mangsa isa sedang dimakbulkan. amin. ALLAHU AKBAR!


Pelancaran Kelab Penyokong PAS Parlimen Temerloh

Kelab Penyokong PAS akan dilancarkan diperingkat Parlimen Temerloh pada hari Sabtu ini. Menurut Setiausaha Sekretariat Program, Pengerusi Penajanya adalah Mr K. Sivanesen manakala timbalannya pula Mr William Oh.

Pelbagai isu semasa dan masalah antara kaum akan dirungkai dalam sesi Dialog yang turut disertai oleh Pemimpin Kelab Penyokong PAS Kebangsaan. Manakala Majlis Perasmiannya pula dijangka pada 21 Disember ini yang bakal dirasmikan oleh YB Dr Mujahid Yusof Rawa, insya Allah. Harapan Sekretariat kepada semua ahli PAS, sebarkanlah maklumat tentang program ini kepada semua penyokong PAS tidak kira Melayu, Cina atau India. PAS FOR ALL ! ALLAHU AKBAR !!!

Rabu, 26 November 2008

PAS Temerloh Lantik Setiausaha & Ketua Penerangan baru

Pemimpin silih berganti, namun adakah pengganti itu lebih baik atau ??? Namun yang tiada perlu diganti. Begitulah realitinya... selepas setiausaha sebelum ini memohon letak jawatan ekoran kekangan masa dan kesibukan.

Bermua sesi 2007-2009, YB Tn Syed Hamid diamanahkan sebagai setiausaha PAS kawasan. Namun selepas PRU12, beliau mohon direhatkan atas alasan ingin memberi fokus sebagai ADUN Kuala Semantan. Sdr Syed Putra juga selepas itu berbuat tindakan serupa dengan alasan peribadi. Diharapkan kepada Sdr Hasanudin Salim kekal hingga ke akhir sesi yang dijangka pada bukan April 2009. Beliau sebelum ini memegang amanah sebagai Ketua Penerangan PAS kawasan. Jawatan Penerangan pula dipikul oleh Sdr Hashim Abdullah. Selamat Berjuang !!

DPP Bersedia Menjadi Pemangkin Program

Hari ini, hanya tinggal 3 hari lagi, Kempen Jom Sertai PAS semakin hampir.. Persiapan semakin ligat dek kerana melibatkan agenda dan tetamu istimewa, 'ala kulli hal, alhamdulillah.. semua pihak memahami tugas dan peranan masing-masing..

Pelbagai aktiviti dirancang sebagai usaha untuk menarik minat orang ramai supaya hadir pada 29hb ni (sabtu). Antaranya, Fesyen Muslimah Show, Basikal Lambat, Motor Lambat, Sepak Raga Bulat, Azan Subuh, Kaligrafi Cina, Tulisan Khat. Acara yang dijangka menarik perhatian ialah Acara Masak Ikan Patin (selain Masak Tempoyak), Acara Gubahan Hantaran Pengantin dan Acara Gusti Lengan.
Kaunter pendaftaran Ahli Baru PAS dan Pemilih Baru SPR akan turut dibuka sepanjang program tersebut. Majlis Dialog Bersama Komuniti Non Muslim akan diserikan dengan kehadiran Mr Vincent Lee dan Mr N. Balasubramaniam iaitu Timb dan Naib Kelab Penyokong PAS Kebangsaan. Majlis akan disempurnakan oleh Ustaz Ahmad Awang, Naib Presiden PAS.

Blog DPP, Cuba Buka Guna Mozilla

Salam perjuangan buat semua.. gangguan yang tidak tahu puncanya.. mungkin blog ini perlu dibuat semula. Sabar ye Seladang.. (siapa agaknya..)




Isnin, 24 November 2008

MAAFKAN KAMI

Kesilapan teknikal berlaku... maaf terganggu sebentar..


Blog DPP Masih Hijau Muda

Alhamdulillah... segala syukur kepada Yang Esa atas bantuanNya jua, program semalam selesai seadanya, tugasan selanjutnya menanti dpp pada 29hb ni, Kempen Jom Sertai PAS yang dianjurkan oleh Penerangan PAS Kawasan namun Ketua Penerangannya adalah Timb Ketua DPP, maka dpp perlu bersama dari awal hingga ke akhir.

Terima kasih juga kepada sahabat (seladang) yang kerap memberi komentar kepada setiap artikel yang disiarkan.. blog dpp ini mungkin dilihat tidak banyak mengulas isu politik, pertamanya ianya masih baru dan sedang dalam proses penambahbaikan samada dari segi pengisian mahupun ketrampilan. keduanya, seperti yang diperkatakan orang, dpp takde program. so, aktiviti dpp terutama bersama masyarakat perlu disiarkan. Tapi insyaallah mulai tahun depan, dpp akan tugaskan setiap ketua lajnah dpp untuk artikel yang sesuai. Ketua dpp merangkap Ketua Lajnah Politik & Pilihanraya akan mengulas isu politik, Ketua DACS akan mengulas isu sukan, Ketua Kebajikan aan mengulas isu kebajikan, begitulah seterusnya... harap semua sahabat bersabar... terima kasih dan salam mahabbah.

Ahad, 23 November 2008

PROGRAM BERKHATAN DPP TEMERLOH MERIAH

Program tahunan ini sungguh meriah dengan berbagai kerenah ibubapa dan saudara mara yg turut hadir.Program tahun ini turut menerima peserta dari mentakab,kuala krau dan lain-lain.

Pengarah program,Hj Syam mengucapkan terima kasih kepada semua yg terlibat terutama ajk dewan pemuda yg bertungkus lumus untuk menjayakan program ini.Juga kepada Dr Alias,Pak ngah(bukan Ayahngah) dan semua team Doktor yg bertugas.
YDP Kawasan Temerloh,Ust Abd Rahim Latif merasmikan majlis,turut menghantar dua org anaknya untuk berkhatan.
Terima Kasih yg tidak terhingga kerana mereka bekerja dengan bersungguh-sungguh walaupun dengan ganjaran yg tidak seberapa.Hanya Allah lah yg dapat membalas jasa kalian.
Seorang peserta pada tahun lepas,mohd Firdaus turut hadir pada tahun ini untuk merasakan kemeriahan sambutan seperti tahun lepas,walaupun menolak untuk di khatan
kan sekali lagi.

ASSALAMUALAIKUM WRT WBT